Halaman

Ahad, 4 Mei 2014

Kerja-kerja penting mempercepatkan Faraj Imam (AS)
(أهم الأعمال لتعجيل فرج الإمام (ع)

Kerja-kerja penting untuk mempercepatkan Faraj Imam ialah:

1 – Memahami Agama
التفقه في الدين

Termasuk:

A - Bacaan Dan Tafsiran Al-Quran:

Rasulullah (sawas) bersabda:. (“Wahai manusia, bahawa kamu pada zaman ketenangan (gencatan senjata), dan dalam perjalanan kamu berjalan di belakang dan kamu berjalan cepat, kamu tentu telah melihat hari siang dan malam, matahari dan bulan menerangi semua yang baru, dan mendekatkan yang jauh, dan datang semua yang dijanjikan, maka bersiaplah untuk makan makanan selepas mendapat kemenangan,” Miqdad berdiri lalu bertanya : “Ya Rasulullah, apa Daerah ketenangan? Rasulullah (sawas) bersabda: Daerah tiada gangguan, jika kamu ditinggalkan dengan fitnah ganti malam yang gelap maka kamu mempunyai Al-Quran, Syafaat Al-Quran adalah perantara dan apa yang datang dari orang yang mempercayainya, [173] sesiapa yang menjadikannya sebagai pemimpinnya akan membawanya ke syurga, dan sesiapa yang mengadakannya penggantinya akan membawanya ke neraka, ia adalah panduan (dalil) jalan yang terbaik, sebuah kitab yang memperinci dan menerangkan dan memberi kesimpulan, ia adalah yang muktamad bukan gurauan, padanya yang zahir dan batin, zahirnya kebijaksanaan, dan batinnya ilmu, zahirnya indah dan batinnya itu mendalam, padanya batas kepada setiap tepian sempadan [174], tidak terkira banyaknya keajaiban, tiada tandingannya, di dalamnya ada lampu petunjuk, sinar kebijaksanaan, dan dalil atas kebaikannya kepada orang-orang yang mengenalinya.) [175].

Dan Amirul Mukminin (as), beliau berkata: (Aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: Jibril datang padaku dan berkata:. Wahai Muhammad akan ada fitnah pada umatmu, aku berkata: Apakah jalan keluar daripadanya. Jibril berkata: Kitab Allah (Al Quran). Di dalamnya terdapat khabar berita (umat) sebelum kamu dan selepas kamu. Dan ia menjadi hukum antara kamu dan ia pemisah (muktamad), bukan sesuatu gurau senda. Barangsiapa yang berpatah balik (lari) kerana ingkar dan takabbur akan dibinasakan oleh Allah, barangsiapa yang mencari petunjuk selain daripadanya (Al-Quran) maka Allah akan menyesatkannya dan ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah peringatan yang bijaksana. Dan ia adalah jalan yang lurus dan ia tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsudan ia tidak akan menyukarkan lidah menyebutnya (sekali pun bagi bukan Arab) [176] Dan tidak akan lapuk sekalipun diulang berkali-kali. [177] dan tidak akan merasa puas daripadanya oleh ulamak. Tidak akan terhenti keajaibannya. Dan dia tidak menghalang jin [178] daripada mendengarnya: “lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan (yang) memberi petunjuk kapada jalan yang benar” lalu dia membenarkannya. Sesiapa yang beramal dengannya akan diberi ganjaran, dan sesiapa yang berpegang dengannya akan diberi hidayah ke jalan yang lurus. Ia adalah Kitab Al-‘Aziz yang tidak akan menyesatkannya dari hadapan dan dari belakangnya, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Terpuji) [179].

Diriwayatkan di dalam hadits bahawa tiga aduan kepada Allah pada hari dibangkitkan untuk dihisab, bahawa Nabi (sawas) bersabda: (Pada hari kiamat tiga kewujudan akan mengadu, al-Quran, Masjid dan ‘Itrah: Al-Quran akan. berkata, "Ya Tuhanku! Mereka membakarku dan mengoyakkanku helaian demi helaian. "Masjid akan berkata, "Ya Tuhanku! Mereka telah memeliharaku dan merosakkanku." Al-Itrah akan berkata, "Ya Tuhanku! Mereka membunuh kami, menghalau kami keluar dari rumah kami dan menjadikan kami berkeliaran ke sana-sini," kata Rasulullah (sawas)," Aku akan duduk untuk menghakimi perkara ini.. "Bagaimanapun, Allah berfirman, "Aku lebih berhak untuk melakukannya. ") [180]

Al-Quran, ‘Itrah dan masjid. Adakah kamu wahai saudara-saudara sudah bersedia untuk menghadapi ketiga-tiganya demi memberi penjelasan di hadapan Allah (Azza wa Jalla)?.
Yang pertama adalah kitab Allah yang dikuasai dan diperakuiNya. Yang kedua adalah Khalifah Allah di muka bumi. Dan yang ketiga adalah rumah Allah.

Yang sebenarnya bahawa penduduk di seluruh bumi ini dihalang hak mereka atas pendekatan ini, jika demikian marilah kita semua mengamalkan nasihat ketiga-tiga perkara ini, untuk menghadapinya, pada Hari kiamat kesemuanya itu meredhai kita, dan untuk memulihkan masjid sebagi tempat yang sebenar dalam menyebarkan ilmu al-Quran dan hadits-hadits Ahl al-Bayt (as), dan mengambil peringatan Imam Zaman di dalamnya (as) dalam semua perkara, dan Beliaulah yang mewakili al-'Itrah pada hari ini, Untuk memberikan keputusannya ke atas semua ketentuan, dan untuk kita membaca Al-Quran Saya tidak bermaksud hanya pada kalimah (perkataan) sahaja, tetapi mengetahui maknanya dan membaca mencari dalil-dalil dan melaksanakannya, dan berakhlak dengan akhlak al-Quran, dan menyebarkan kepada masyarakat selepas mengamalkannya, Maka orang yang menyuruh orang lain berakhlak mulia tidak terpakai dan tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka, bahkan mungkin mendatangkan hasil yang bertentangan. Telah diriwayatkan dari mereka (as) yang bermaksud: (Jadilah penyokong kami yang senyap) [181], iaitu:dengan ilmu dan amal, dan dengan sirah yang baik (nabi dan rasul) dan sesama manusia bukan hanya dengan perkataan sahaja, ia merupakan alat (perantara) yang menyatakan asas-asas dalam berdakwah, dan datang dalam Kitab Suci:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ﴾

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. * Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [Al-Shaf 61:2]  [182].

Akhlak Al-Quran yang diambil dari Al-Quran dan ahli Al-Quran Muhammad dan Aali Muhammad (sawas). Al-hamdu Lillah diriwayatkan dari mereka (as) di dalam hadits, doa-doa dan tafsir adalah terlalu banyak. Pelbagai akhlak tidak pernah habis, tetapi malangnya Al-Quran hari ini ditinggalkan dan mati di pusat-pusat pendidikan Ilmu terutamanya di Najaf Al-Syarif serta di tempat-tempat lain.

Maka usaha ini akan diteruskan di masjid-masjid yang ditubuhkan berasaskan Al-Quran mengenai kitab-kitab ilmu Mantik (Logik), Falsafah, Perbahasan dan Tatabahasa, yang menggalakkan pengajian dan pembelajaran untuk memahami al-Quran dan Sunnah, walaupun kamu tidak berminat untuk mempelajari kitab Allah dan mengkaji tafsirannya, dan Jika terdapat sesuatu yang dianggap penting sebelumnya oleh sebahagian orang yang beriman ia adalah tidak seberapa!

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً﴾

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".[Al-Furqan 25:30] [183].

Rasulullah (sawas) bersabda dalam menerangkan keadaan kita hari ini: (Masjid-masjid mereka penuh (3amarah) tetapi merosakkan hidayah) [184],

Ia penuh dengan orang tetapi mereka tidak berada di laluan yang dicatat oleh al-Quran dan Muhammad dan Aali Muhammad (sawas).

Berkatalah Amirul Mukminin (as) dalam menerangkan tentang kebanyakan ulamak masa kita ini: (Mereka menolak al-Kitab dari membawanya, melupakan dari memeliharanya ) [185], iaitu, mereka sepatutnya membawanya  dan memeliharanya, mereka adalah pelajar ilmu agama dan ulamak.

Ini, walaupun terdapat perbahasan di dalam kitab suci Al-Quran, ia hanya berkisar pandangan pentafsir, yang tidak lebih daripada percubaan untuk membuang banyak ayat-ayat Al-Quran dalam bidang kaedah-kaedah tatabahasa, falsafah, dan lain-lain, bahawa kebanyakan dari mereka menunjukkan kecenderungan membuat kesilapan dan banyak daripada mereka tidak terlepas dari percanggahan-percanggahan di dalamnya. Sekiranya mereka mentafsirkan al-Kitab itu dari apa yang diriwayatkan oleh Ahli Bayt yang ma’shum nescaya tidak tersasar dari jalan yang lurus yang dicatatkan oleh Ahl al-Bayt (as) bagi menjayakan Al-Quran dan mentafsiran ayat-ayat yang lebih baik kepada mereka dan lebih dekat kepada takwa. Tetapi adakah mereka berbuat demikian?

Amirul Mukminin (as) berkata dalam menerangkan keadaan penduduk zaman ini dengan al-Quran: (Penduduk pada zaman itu tidak menanggap perkara baik pada isi al-Kitab ketika membaca hak bacaannya, dan tidak memanfaatkan daripadanya kecuali huruf dari tempat-tempatnya) [186].

Kita mesti memberi perhatian untuk mengetahui tafsiran kitab Allah, ia tidak terhad hanya kepada pelajar-pelajar hauzah (pusat-pusat pengajian) sahaja, tetapi ke atas setiap orang Islam supaya mengetahui tafsiran kitab Allah itu sebanyak mungkin. Adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar hauzah (pusat-pusat pengajian) mempelajari tafsiran yang betul dan mengajarkannya kepada  orang-orang di masjid-masjid dan di tempat-tempat lain, dan harus membuka tempat-tempat mengajar tafsiran Kitab Allah atau di mana-mana sahaja.

Kaedah-kaedah Islam yang betul kesemuanya ada di dalam kitab Allah dengan mengetahui tafsiran dan takwilannya yang betul dan dengan sentiasa membahaskan (membincangkan) kitab Allah, dan memahami maknanya dan perbendaharaan katanya, dan juga mendedahkan kepada masyarakat Islam semua kesilapan imam-imam yang sesat, seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Abdul Wahab, dan tuduhan-tuduhan mereka yang menyesatkan umat Islam dengan fahaman syirik, seperti mendedahkan selok -belok taghut dan pendokong-pendokong mereka dan rancangan kesyaitanan mereka yang menjadi matlamat dari belakang untuk mengelirukan masyarakat Islam.


B – Akidah-akidah Islam yang betul, pengajaran dan pembelajarannya:

Ia adalah Akidah-akidah yang berasaskan dari ayat-ayat Al-Quran yang Muhkamah dan Al-Sunnah. Adapun ayat-ayat Al-Quran yang Mutasyabihat, mestilah diterjemahkan {dijelaskan) dan diketahui tafsiran dan takwilannya dari riwayat (hadits) yang diterima daripada Rasulullah (sawas) dan keluarganya yang suci (as), janganlah kamu mentafsirkan kesemuanya dan mengiktikadkan mengikut keinginan apa yang kamu kehendaki.

Nasihat saya kepada saudara saya yang beriman:

Iktikad yang dihasilkan dari Al-Quran yang ditafsir dari riwayat Ahl al-Bayt (as) yang tersebar dalam masyarakat Islam; untuk menjadikan iktikad agama masyarakat, mahu atau tidak mahu dari iktikad Al-Quran yang sahih; yang menjadikan masyarakat Islam bersedia untuk menerima dan menyokong Imam al- Mahdi (as).

C – Hukum-hukum Syariat:

Belajar adalah wajib bagi setiap Muslim; kerana ia berhadapan dalam hidupnya dalam urusan ekonomi (mu’amalat) dan tanggungjawab ibadat harian, bahkan kewajipan tiap-tiap Muslim untuk belajar atau mengajarkan sebahagian darinya pula kepada saudara-saudara muslimnya yang lain.

Pada hakikatnya kebanyakan kitab-kitab fiqh yang ada pada hari ini adalah fatwa-fatwa hukum syariat keseluruhannya yang diperakui dan terpakai telah banyak dikeluarkan, iaitu dalam masyarakat Islam yang memperakuinya dan menggunakannya yang tidak kurang juga pentingnya, tetapi tanpa diperakuinya dan digunakan tidak mempunyai apa-apa faedah amaliah, kewajipan pelajar-pelajar hauzah (pusat-pusat pengajian) yang berilmu dan beramal, Allah menyelamatkan mereka daripada segala kejahatan kerana melaksanakan kesemua hukum-hukum ini yang diperakui dalam masyarakat Islam, dan untuk memberi amaran kepada orang ramai pada larangan-larangan (muharramat) yang banyak dipandang ringan oleh mereka, tetapi sebahagian pelajar-pelajar hauzah (pusat-pusat pengajian) yang beramal untuk mengambil tugas untuk menulis pemakaian hukum syariat yang diperakuinya dalam masyarakat Islam, dan ini adalah kewajipan kifa’ei (fardhu kifayah) yang akan berdosa jika semua orang meninggalkan.

2 – Beramal Dengan Syariat Islam Yang Suci:
العمل بالشريعة الإسلامية المقدسة

Sudah tentu, syariat itu sangat penting diamalkan, kerana tanpanya ia akan terbiar. Dan setiap kali beramal akan menentukan keperibadian, dan akan menentukan hubungannya dengan masyarakat. Bagi setiap orang Islam, selepas mengetahui apa yang ada dan apa yang dibawa kepadanya dengan Syariah yang suci, apa yang dibawa dan dicarinya, dengan tidak menambah sesuatu padanya. Tolak ansur ke atas manusia perlu dibuang demi kebenarannya, demi mencari keredhaan Allah Yang Maha Suci.

Sesorang yang bijak tidak akan menyia-nyiakan ketika di dunia ini dan peluang untuk berjalan menuju Allah, saya tidak bermaksud hanya menunaikan yang wajib-wajib sahaja, tetapi juga yang mustahab (sunat), yang paling penting doa dan solat malam, bahkan nawafil (sunat nafilah) setiap hari kesemuanya, puasa dan ziarah para nabi dan Imam-imam (as) dan orang-orang soleh dan para syuhada’ dan mengambil iktibar dari amalan (perbuatan) mereka dan mengesan tinggalan mereka, dan agar mampu menunaikan hajat orang-orang mukmin  dan menasihati mereka dan membimbing mereka dan mengasihani dan belas kasihan dengan mereka, dan dengan kebencian kepada taghut penzalim dan penyokong mereka yang mengelincirkan mereka. Merekalah yang melemparkan permusuhan kepada Aali Muhammad (as) terutamanya kepada yang terakhir dari mereka al-Mahdi (as). Tindakan taghut penzalim dan sekutu mereka ini yang menjadi dalil kepada Nawaashib (nashibi) mereka, maka mereka mesti diberikan hukuman Nawaashib ke atas mereka. Bukanlah amalan syariah itu dengan ibadah sahaja, tetapi juga mu’amalah yang baik dengan manusia dan bukanlah mu’amalah yang baik itu hanya dengan kemurahan hati dan belas kasihan, tetapi juga dengan sikap keras dan tegas pada masa-masanya pada semua orang, dan dengan orang yang beriman berbelas kasihan dan lemah lembut, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ﴾

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Aali 3imran 3:159]  [187].

Walau bagaimanapun apabila berdepan dengan taghut penzalim dan penyokong mereka hendaklah sikap keras dan tegas, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ﴾

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya. [Al-Taubah 9:73], [188].

Dalam Al-Kafi dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda kepada para sahabatnya : Yang manakah ikatan iman yang paling kuat? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui, dan sebahagian daripada mereka berkata: solat, dan sebahagian daripada mereka berkata: Zakat, dan sebahagian daripada mereka berkata: puasa, dan sebahagian daripada mereka berkata: Haji dan Umrah, dan sebahagian daripada mereka berkata: Jihad, bersabda Rasulullah (sawas):. Semua yang kamu kata ada kelebihan, tetapi bukan itu (jawapannya), tetapi ikatan iman yang paling kuat,adalah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah, dan berwali kepada Auliak Allah, dan berlepas diri daripada musuh-musuh Allah) [189]..

Dan Ali Bin Al-Hussein berkata: (Apabila Allah (Azza wa Jalla) menghimpun orang-orang yang awal dan yang akhir dengan pemanggil menyeru dan didengar manusia, dengan dikatakan: Di mana orang yang kasih kerana Allah, Tegak sebahagian leher manusia, dikatakan kepada mereka: Pergilah ke syurga tanpa hisab, malaikat bertanya: Apa (sebab) kamu mengatasi manusia? mereka berkata : Kami mengasihi kerana Allah.

Beliau berkata: malaikat bertanya lagi: Apa lagi amal-amal kamu? Mereka menjawab: Kami mengasihi dan membenci kerana Allah. dikatakan kepada mereka: Ya ambilah ganjaran amal-amal kamu [190].

Dan Abi Jafar (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Kasih sayang seorang mukmin kepada mukmin yang lain kerana Allah adalah orang-orang besar dalam iman, Sesiapa yang mengasihi dan membenci kerana Allah, taat pada Allah dan menahan diri kerana Tuhan, dia dari teman-teman dekat Allah) [191].

Dan bukan syariat Ilahiyah itu penyokong [yang mengajak] menghilang atau menolak sifat keperempuanan (pondan).. Dengan nama agama saya mendapati sesiapa berpura-pura dalam perjalanannya dan merendahkan suaranya sehingga hampir-hampir tidak didengar. Dan dengan nama ‘Irfan (Tasauf) dan akhlak dapat dari memanggil dirinya seorang ulamak atau yang memanggil dirinya ulamak yang jahil kerana dia meninggalkan perkara penting lagi wajib di dalam Islam, yang dengannya dipegang fardhu-fardhu yang menjamin mazhab-mazhab dan mengatasi peningkatan usaha, dan ia adalah menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Dan perkara ini sungguh pelikI! Dan yang peliknya adalah menghormati model yang negatif ini sebagai suci! Pada hal bahawa Rasulullah (sawas) sangat halus dan kasih kepada orang beriman dan tegas dengan orang-orang kafir, sehingga diriwayatkan dari Amirul Mukminin ( as) sesuatu yang bermaksud “bahawa mereka berlindung pada baginda di dalam pertempuran” [192].

Kemudian Amirul Mukminin (as) telah menggambarkan baginda sebagai Tabib yang merawat pesakit [193], iaitu: Ia adalah sangat mengutamakan dalam perkara Kebaikan (makruf) dan Pencegahan Kemungkaran dan memaklumkan kepada manusia. Sebarang ‘Irfan (pekerti halus) ini, dan apa juga akhlak yang menganjurkan pemiliknya untuk berjalan berasaskan sirah perjalanan Rasulullah (sawas)?

Wahai orang yang beriman, lelaki dan perempuan: Ibrahim (as) yang membawa kapak dan memecahkan berhala mereka turut serta sirah tauladan yang mulia ini, sirah perjalanan hidup para nabi dan rasul yang kamu membaca Al-Quran. Berhati-hatilah dengan sirah perjalanan hidup orang-orang seperti Samiri dan Bal’am bin Ba’ura’ (Bal3am bin Ba3ura’).

Membawa kapak dan menghancurkan patung berhala dan (berhala) anak lembu [194], dan bermula setiap daripada kita secara peribadi, dan orang-orang di sekelilingnya. Jangan takut, kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.:

﴿أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ * وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انْتِقَامٍ * وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ * قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ * مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ﴾

Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan yang selain Allah? Dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak seorangpun pemberi petunjuk baginya. * Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab? * Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nya-lah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. * Katakanlah: "Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui, * siapa yang akan mendapat siksa yang menghinakannya dan lagi ditimpa oleh azab yang kekal". [Al-Zumar 39:36-40]  [195].

Dan pelajar-pelajar pusat-pusat pengajian (hauzah) harus sedar bahawa tanggung jawab orang berilmu adalah menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran, lebih khusus dan lebih besar daripada yang lain; kerana banyak sebab, termasuk: bahawa dia meletakkan dirinya di tempat para nabi dan Rasul, dan berdiri di pintu Malakut, dan menyeru dengan kesaksian (dalil-dalil) jalan Tuhan dengan Lisanu al-Hal (kata-kata perbuatan), tetapi dengan tidak melafazkannya.

Orang yang berilmu wajib mencegah kemungkaran yang dicanai dan dicanang oleh taghut-taghut zalim dan pengikut mereka dalam masyarakat Islam, dan oleh semua cara yang ada untuk menghadapinya. Dia mesti mengawal (muraqabah-mengawasi) masyarakat Islam dari munculnya penyelewengan di dalamnya, jika tidak ia akan diputuskan dengan jalan Allah SWT dan tentera dari tentera iblis. Taghut-taghut penzalim menyebarkan kemungkaran dengan tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, dan imam-imam dan ulamak yang tidak beramal menyebarkan kemungkaran dengan tiada pencegahan terhadapnya dengan pengabaian mereka mengarahkan masyarakat Islam dari mengislahkannya. Perumpamaan mereka seperti orang yang ingin menyelamatkan amalan tertentu tetapi tidak kembali mengerjakannya malahan tidak mendirikannya dan tidak meninggalkan yang lain yang dilakukannya.

Perlu (wajib) juga diberi perhatian kepada terdapatnya kelemahan yang ketara dalam masyarakat Islam, terutama golongan kelas atasan mukmin yang berpendidikan. Maka mereka mesti (wajib) memperjuangan pencegahan kemungkaran pada segala perkiraan pengengetahuan dan tanggungjawabnya, dan mesti menghimpunkan ulamak di persekitaran yang beramal dan ikhlas kepada Allah, menyeru mereka kepada makruf dan mencegah kemungkaran, dan berjihad di jalan Allah dan mempertahankan mereka. Adalah tidak masuk akal untuk melihat ulamak yang beramal yang dibebankan dengan tanggungjawab dan dengan masyarakat Islam yang hanya berdiri dan mengikut Taghut-taghut penzalim rapuh dan ulamak al-suukyang tidak beramal.

Hendaklah memberi amaran kepada ahli-ahli masyarakat Islam, mereka pada hari kiamat bertanggungjawab atas ilmu dan amalan di dunia dan bagaimana mereka menjawabnya, diriwayatkan dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (tiga pihak mengadu kepada Allah Azza w Jalla, masjid yang runtuh yang tidak bersolat di dalamnya, dan di antara alim dan jahil, dan Al-Quran itu telah ditinggalkan berhabuk tidak dibaca.) [196].

Ya Wahai yang dikasihi, Wahai mukmin dan mukminah, diwajibkan kamu membantu orang alim yang beramal yang ikhlas kerana Allah yang berjuang untuk menegakkan Kalimah لا إله إلاّ الله - Tiada Tuhan Selain Allah, tidak berganjak dan berundur ke belakang dan meninggalkannya pada akhirnya terpaksa kembali kepada TuhanNya.

Dizalimi dan terdampar, darahnya sendiri mengadu kepada Allah, kehinaannya diambil dan ditolong selepas ia menjadi dalil ke jalan Allah yang lurus.

Amirul Mukminin (as) berkata: (Allah SWT menjadikan zikir menyinari hati, kamu mendengarnya selepas membacanya, dan melihat pada sarangnya, dan didorong selepas bersama, "Dalam semua tempoh dan masa, terutamanya semasa peralihan pemerintahan yang (tempohnya di antara kedatangan dua nabi) ada orang yang bersama Allah - besar nikmat-nikmatNya - membisik (melalui ilham) ke dalam fikiran dan akal mereka, dan menyinari mata hati mereka dan telinga dengan cahaya kesedaran. Mereka diingatkan dengan hari-hari Allah dan dipertakutkan dengan makam mereka, pengurusan dalil-dalil di padang luas, sesiapa yang bertujuan memuji kepadaNya jalan yang mengembirakannya untuk terus hidup, dan sesiapa yang mengambil jalan kiri dan kanan yang dicelaNya dan diperingatkanNya akan binasa, dan kerana mereka menggunakan lampu yang malap, dan dalil-dalil yang syubhat (keliru), tetapi menyebut selamat datang dan membawanya dari dunia, maka tidak dihalangi oleh perdagangan dan jual beli padanya diputuskan pada hari kehidupan, dan melaungkan tegahan yang diharamkan Allah ke telinga orang yang lalai, dan menyeru ditegakkan keadilan bila tiada seruan padanya, dan mencegah kemungkaran bila tiada yang mencegahnya, seolah-olah dia memutuskan dunia untuk akhirat walaupun mereka masih di dalam, maka saksikanlah di sebaliknya, seolah-olah dia telah dipanggil oleh yang ghaib-ghaib oleh ahli (alam) Barzakh kerana lama menunggu dibangkitkan di dalamnya, dan mentahkikkan kiamat disediakan kepada mereka. Jadi terangkat penutupnya bagi penduduk dunia, Sehingga mereka melihat apa yang tidak dilihat dan mendengar apa yang mereka tidak didengar...) [197].

Malangnya, ada orang-orang yang meninggalkan seruan kepada makruf dan mencegah kemungkaran, ini tugas yang sangat besar di bawah alasan taqiyah, saya tidak dapati ia rosak kerana sedikitnya penjelasan.

Taqiyah - التـقية

Taqiyah (kepura-puraan) adalah : mengelakkan kerosakan fizikal (jasmani). Dan haiwan-haiwan mengelakkan kerosakan biasanya lebih unggul dari manusia, dan biasanya kebanyakan anak-anak Adam cenderung pada yang hak (benar) dari yang batil (salah atau dusta) dan menjadi lumrah hak (yang benar) susulannya menyebabkan bahaya dari segi ekonomi atau tubuh badan, walaupun perkara remeh, dan perjalanan hidup manusia di tangan saudara-saudara di dalam buku sejarah, jika disemak (dilayari) akan didapati bahawa sebahagian orang-orang yang telah mengalami kerosakan (kerugian) pada harta benda mereka dan diri mereka untuk menegakkan kalimah yang hak (kebenaran).

Jika kebanyakan manusia mengamalkan taqiyah (kepura-puraan), bahkan juga berlebih-lebihan dan secara kekal, maka apabila kita lihat kepada umat Islam dan kita dapati mereka dua bahagian (firqah): Firqah yang bermuafakat secara senyap-senyap atau firqah pelinciran (licin dan licik) para pemerintah zalim yang memerintah negara-negara Islam, pada mereka memerintah dengan kekerasan dan memandang rendah Syariah dan Al-Quran dan nilai-nilai ketuhanan dan berhukum selain dari apa yang telah diturunkan Allah, dan yang menghalalkan darah orang-orang mukmin, terutama kerana memperkosa kepimpinan negara dari ma'sumin (as).

Firqah ini kebanyakannya adalah ahli Sunnah, mereka mengamalkan taqiyah dan secara berlebihan, bagaimanapun, mengatakan bahawa ajaran mazhab mereka terpaksa taat pemerintah yang tidak adil dan yang tidak menjalankan Syariah dan penumpahan darah manusia secara haram, dan mendirikan pergerakan media secara besar-besaran untuk memusnahkan Islam, dan penyebaran alkohol dan perbuatan yang songsang (bertentangan) dengan lagu-lagu hiburan yang disiarkan oleh TV di negara-negara Islam dengan kegiatan perosak dan merosakkan masyarakat. [198].

Saya tidak fikir bahawa ulama Sunni hari ini yang mengatakan seperti itu, dan hanya untuk mengatakan ini adalah seorang yang memerangi Muhammad dan Syariatnya dan pembantu kafir Quraisy dan pengikut mereka hari ini.

Jadi, kerana mereka tidak mengatakan dengan mewajibkan mentaati pemerintah yang tidak adil, tetapi apa yang saya fikirkan bahawa setiap Muslim menafikan taat kepada pemerintah yang tidak adil; kerana mereka memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan kerana mereka tidak menentang pemerintah yang zalim, tetapi mereka memberikan sanjungan pada kebiasaannya, bagaimana pun dalam setengah keadaan mereka ini mengamalkan kepura-puraan (taqiyah) dan berlebihan dalam memanggil apa yang mereka mahukan, apa yang penting pengertiannya bukanlah pada istilah.

Dan sudah tentu terdapat sebahagian ulamak Sunni tidak terlibat degan taqiyah secara berlebihan, tetapi mereka berdiri dan bersekutu dengan taghut penzalim dan pemerintah zalim, dan di antara mereka Sayyid Qutb. Tiada salah jika kita kaji sebahagian perkataan dalam kisah Ashhabu al-Ukhdud (parit berapi), yang mengatakan: (Ia adalah kisah golongan yang beriman dengan TuhanNya yang mengumumkan hakikat iman mereka, dan kemudian datang cubaan (fitnah) dari musuh-musuh yang sangat kuat untuk menyelewengkan mereka tanpa mempedulikan hak manusia untuk bebas beriktikad dengan kebenaran dan beriman kepada Tuhan Al-Aziz Al-Hamid, dan kemuliaan manusia di sisi Allah sebagai permainan yang digemari penzalim dengan kesakitan penyeksaan dengan menukarkan pandangan mereka ketika disiksa dengan api!

Iman telah meningkat di hati-hati ini mengatasi cubaan (fitnah) dan akidah mengatasi kehidupan, tidak tunduk kepada ancaman penguasa zalim dan tidak dapat memfitnah agama mereka dengan membakar mereka dengan api sehingga mati... dan kemudian mengatakan bahawa semua mereka yang mati atas sebab-sebab yang berbeza tetapi mereka tidak menang atas kemenangan ini, tidak meningkat kepada peningkatan ini, ia tidak bebas dengan pembebasan ini, tidak terpisah dengan perpisahan ini kepada pandangan kejadian tersebut, tetapi ia adalah pilihan Allah dan penghormatan kepada golongan yang dilindungi dari hamba-hambaNya; untuk melibatkan manusia dengan kematian, dan keunggulan manusia dalam kemuliaan, kemuliaan dalam halaman himpunan tertinggi (al-Mala’ al-A’la) dan juga pada manusia di dunia. Jika kita mengambil kira pandangan dari generasi ke generasi, Sesungguhnya pada kesetiaan orang-orang mukmin dalam keupayaan untuk kehidupan mereka adalah dalam kebalikan untuk dikalahkan iman mereka, tetapi berapa banyak mereka kehilangan diri mereka sendiri, dan berapa banyak yang seluruh umat manusia telah dikalahkan, berapa banyak mereka yang hilang dan mereka yang terbunuh? Betapa besar maknanya ini, dengan makna zuhud pada kehidupan yang tidak berakidah dan betapa buruknya hidup tanpa kebebasan, dan telah memusnahkannya walaupun telah dikawal taghut penzalim ke atas roh-roh (jiwa) mereka selepas mengawal jasad-jasad mereka, ia adalah makna yang sangat mulia dan sangat besar, kemenangan mereka ini masih berada di bumi, kemenangan mereka yang telah disentuh api yang membakar hangus tubuh manusia mereka, dan kemenangan mulia ini bererti yang disucikan dengan Api!) [199].

Dia berkata (dan perubahan keadaan, berdiri seorang muslim untuk mengetuk kebiasaan kuasa fizikal (kebendaan) yang mujarad (abstrak), maka tidak boleh dipisahkan dengan perasaan kerana ia tinggi, dan melihat pada kebiasaan dari kemungkinan selagi ia beriman, dan dipastikan dengan yakin bahawa ia lemah dan diteruskan, tetapi bagi serangan iman tiada ruang-ruang darinya, dan yang sangat takut lalu pergi, ia tidak membengkokkan kepalanya. Manusia semuanya akan mati, tetapi dia yang syahid akan meninggalkan bumi ini ke syurga dan kebiasaannya meninggalkan api neraka, dan terdapat perbezaan yang besar, terdapat perbezaan yang besar bagi yang mendengar rayuan TuhanNya Yang Mulia:

﴿لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ * مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ * لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلاً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ﴾

Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri * Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. * Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti. [Aali Imran 3:196-198] [200].
                              
Kemudian dia berkata : Pada masa lalu kita telah mengurangkan Al-Quran Al-Karim orang-orang kafir berkata kepada orang yang beriman :

﴿وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَيُّ الْفَرِيقَيْنِ خَيْرٌ مَقَاماً وَأَحْسَنُ نَدِيّاً﴾

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang (maksudnya), niscaya orang-orang yang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman: "Manakah di antara kedua golongan (kafir dan mukmin) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)?" [Maryam 19:73] [201].

Golongan mana? Orang-orang besar yang tidak beriman pada Muhammad, atau golongan miskin, yang berkumpul di sekelilingnya? Golongan mana, Al-Nadzir bin al-Harith, 3amru bin Hisyam dan Al-Walid bin Al-Mughirah, dan Abu Sufyan bin 7ar, atau Bilal, 3ammar, Shuhaib dan Khabbaab? Maka kalaulah apa yang diseru Muhammad baik apakah pengikut-pengikutnya kelompok mereka yang tidak mempunyai kuasa dan tidak membahayakan kaum Quraisy? Mereka bertemu di sebuah rumah yang sederhana seperti rumah Al-Arqam, dan lawan mereka adalah pemilik Kesatuan hartawan dan kemuliaan, kekayaan dan kuasa?!

Ia serasi di muka bumi, keserasian yang tidak kelihatan di khalayak ramai yang tertinggi pada setiap masa dan tempat, dan ia adalah kebijaksanaan Allah untuk menegakkan akidah mujarad (abstrak) yang tidak mempunyai hiasan dan kecantikan warna, terbiar dari amalan-amalan godaan nafsu, tidak berkerabat dengan pemerintah mahupun kebanggaan dengan pihak berkuasa, tidak juga sorakan kesenangan, tidak menggeletek naluri, tetapi ia adalah usaha dan kesusahan serta jihad dan mati syahid ... untuk menerimanya, dengan menerima keyakinan dirinya bahawa dia ingin memiliki keikhlasan kerana Allah bukan manusia, bukan kerana terharu dengan nilai-nilai dan godaan, tetapi mereka mengulang-ulangi cita-cita memerangkap yang berfaedah, daripada keinginan hiasan dan kemegahan, daripada mencari harata kekayaan murahan, dan dari menilai pertimbangan manusia dan perzinaan kerana takutkan dengan neraca Allah.

Orang Mukmin tidak mendapatkan nilai-nilai, pandangan dan ukuran dari manusia walaupun melanggar budi bicara manusia. Sesungguhnya ia pengajaran dari Tuhan manusia, yang mencukupi dan menyeluruh. Ia bukan pengajaran daripada keinginan penciptaan kerana tidak datang bergolek dari kehendak penciptaan. Sesungguhnya  ia berasal dari Neraca Al-Haq yang jitu, yang tidak goyang dan tidak senget. Ia tidak ditemui dari alam fana lagi terhad ini, tetapi tergali dalam hati nurani mata air kewujudan. Bagaimanakah kemudian dia mendapati dirinya di sini atau terdapat kesedihan dalam hatinya, yang dihubungkan kepada Tuhan manusia dan Neraca Al-Haq dan mata air (sumber) kewujudan?

Sesungguhnya ia di atas kebenaran, maka tidak ada selepas kebenaran selain kesesatan. Yang menyesatkan kuasanya, apa yang utama diutamakannya, Dan hendaklah ada bersamanya orang awam kebanyakannya, Sesungguhnya ini tidak akan mengubah kebenaran sedikitpun, ia di atas kebenaran, dan tidak ada selepas kebenaran selain kesesatan, dan orang yang beriman yang tidak akan memilih kesesatan di atas kebenaran – dia seorang mukmin - dan tidak akan menggantikan kebenaran dengan kesesatan yang terletak pada keadaan dan syarat-syarat...) [202].

Adapun firqah umat Islam yang lain, mereka yang menolak hukum taghut penzalim dan tidak menerima kekuasaan dan undang-undang (hukum) mereka yang mengambil alih tampuk pentadbiran, dan menolak hukum (undang-undang) selain daripada apa yang telah diturunkan Allah yang merosakkan muka bumi, sehingga manusia mengggelar mereka Rafidhah (orang yang menolak) Ini adalah nama kebanggaan kepada mereka, pingat kehormatan yang membezakan mereka, dan kebanyakan mereka adalah Syiah.

Adalah lumrah bahawa segolongan besar orang mukmin yang mencontohi agama Allah di muka bumiNya, jika mereka tidak meletakkan para Imam mereka (as) peraturan-peraturan yang memastikan kelangsungan hidup mereka dan kelangsungan kebenaran mazhab mereka, maka mereka akan menyanjung dan meninggikan agama Allah di muka bumiNya. Dan mereka telah ditakdirkan sepert takdir Ashhab u Al-Ukhdud, ia adalah takdir yang mulia. Tetapi masalahnya bahawa umat ini Allah hendak mengekalkan hidup mereka sehingga akhir zaman; untuk membawa Kalimah Tauhid kepada penduduk bumi seluruhnya, dan ini disahkan oleh Ahl al- Bayt (as) bagi pelaksanaan Taqiyah dan bagi mengelakkan kerosakan (mudharat) tetapi tidak secara pasif dan dengan meninggalkan amalan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran, bahkan untuk beramal dan mengelakkan mudharat bersama-sama, seperti orang yang terbakar rumahnya, ia tidak boleh meninggalkan kebakaran dan tidak boleh membuang dirinya ke dalam api, tetapi dengan memadamkan api dan mengelakkan kemudaratan sebanyak mungkin, ini adalah taqiyah yang dikehendaki Ahl al- Bayt (as) dan menunjukkan kepadanya sirah mereka dan hadits-hadits mereka dan mengarahkan kepada sahabat-sahabat mereka, dan ini adalah taqiyah dalam Al-Quran dalam Surah Ghafir, seorang lelaki mukmin dari keluarga Firaun, menyembunyikan imannya daripada Firaun dengan bertaqiyah, dan pada masa yang sama menyeru untuk agama Allah dan beriman pada Musa dan mengingkari Firaun dan parti kesyaitanannya.

Adapun ketundukan sebahagian ulamak yang tidak beramal dan mereka yang mengikat taghut penzalim yang mendiamkan diri dan meninggalkan seruan kepada makruf dan mencegah kemungkaran, itu satu tindakan peribadi dan bukanlah taqiyah pada sesuatu. ia adalah sifat pengecut yang tersirat dalam diri mereka, dan cintakan kehidupan dan dunia ini dan mengkaguminya di dalam dada mereka, sehingga mereka bergerak dengan cara yang bertentangan dengan jalan para nabi dan aushiak (as), dan bertentangan dengan jalan yang lurus, yang ditetapkan dalam Al-Quran, dan menyentuh (mengikut) imam-imam sesat yang mengajar manusia tunduk, memuji dan bergantung kepada taghut penzalim sehingga zahir kekuasaan orang yang jahil dan negara-negara sesat. Kalaulah tidak kerana rahmat Allah dan wujudnya sebahagian ulamak yang beramal tidak akan tinggal (tersisa) nama dan tidak ada lagi semua bentuk taghut penzalim di samping agama ini.




✡✡✡✡✡

------------------------
[173] – yang berkata: digantikannya tempat Sultan, iaitu : sebagai alat usaha-usahanya. Quran tempat kebenaran disahkan jika seorang lelaki yang mencari kebenaran kepada Allah Azza wa Jalla.
[174] – Unik, unggul: adalah al-Hassan. Pengumpulan penaklukan denga membuka sempadan-sempadan, iaitu: perkara yang muktamad.
[175] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 3, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 17.
[176] - dalam sebahagian salinan Tafsir Al-3iyasyi: La Tazhiqah.
[177] - dalam sebahagian salinan Tafsir Al-3iyasyi: 3an Katsirah Al-Rad.
[178] - dalam sebahagian salinan Tafsir Al-3iyasyi: Talbats. Dalam sebahagian daripadanya: Tanahu.
[179] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 3, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 24.
[180] – Al-7ashil Al-Sheikh Al-Shaduq : halaman 175, Bihar Al-Anwar: Jilid 7 halaman 223, Al-Sail Al-Syi3ah (edisi Aali al- Bayt) : Jilid 5 halaman 202, dalam: Uala Bi Zhalika Minka.
[181] – Da3am Al-Islam: Jilid 1 halaman 57, Syara7 Al-Akhbar: Jilid 3 halaman 506, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 1 halaman 116. Dan Hadits dari Imam Al-Shadiq (as).
[182] – Al-Shaf: 2-3.
[183] – Al-Furqan: 30.
[184] – Al-Kafi: Jilid 8 halaman 308, Tsawab Al-A3mal: halaman 253, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 109.
[185] - Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 31, Al-Kafi : Jilid 8 halaman 387, Bihar Al-Anwar: Jilid 34 halaman 233.
[186] - Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 30, Al-Kafi: Jilid 8 halaman 378 dengan sedikit perbezaan, Bihar Al-Anwar: Jilid 34 halaman 233.
[187] - Aali Imran : 59.
[188] – Al-Taubah : 73.
[189] - Al-Kafi: Jilid 2 halaman 125, Al-Ma7asan: Jilid 1 halaman 264, Wasail Al-Syi3ah : Jilid 16 halaman 177, Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 242.
[190] – Al-Kafi: Jilid 2 halaman 126, Al-Ma7asan: Jilid 1 halaman 263, Wasail Al-Syi3ah : Jilid 16 halaman 167, Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 245.
[191] - cukup : 2.00 c 125, Al-Ma7asan: Jilid 1 halaman 263, Wasail Al-Syi3ah: Jilid 2 halaman 166, Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 240.
[192] - Amirul Mukminin (as) berkata: (jika kami pergiatkan orang-orang untuk melindungi Rasulullah (sawas)) Al-Risalah Al-Sa3diyah, Al-3alamah Al-7illiy Hamasy halaman 78, dan Ahmad dalam Musnad-nya : Dari Ali (as) katanya: (Kami masih ingat ketika hari Badr dan kami melindungi Rasulullah (sawas) baginda hampir dengan musuh dan kami pergiatkan orang-orang pada hari orang-orang menjadi lemah) Musnad Ahmad : Jilid 1 halaman 86, Majma3 Al-Zawaid : Jilid 9 halaman 12, dan riwayat Thabari, katanya, berkata Abu Jafar: (apabila baginda selesai Rasulullah (sawas) pulang kepada keluarganya, pedang diserahkan baginda kepada anak perempuannya Fatimah, baginda bersabda: Basuh semua darah ini, hai anak perempuanku, maka demi Allah percayalah aku hari ini, dan kemudian Ali bin Abi Talib, menyerahkan pedangnya, dan berkata : Ini juga cucilah darahnya maka demi Allah percayalah aku hari ini, Rasulullah (sawas) bersabda: Bahawa aku percaya pertempuran, bahawa aku percaya Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah) Tarikh Al-Thabari, Jilid 2 halaman 210. Dan riwayat Ibn Saad: (Dari Jabir, dari Muhammad bin Ali berkata: Rasulullah (sawas) teruk diserang) Al-Thabaqat Al-Kubra: Jilid 1 halaman 419.
[193] - Amir Al-Mu'minin (as) mengatakan dalam beberapa khutbahnya menjelaskan Ar-Rasul (sawas):. (Tabib menjelajah perubatannya dan menentukan jenis ubat dan membantu melindungi wabak, Dia mengubat di mana muncul keperluan, untuk menyembuhkan hati yang buta, telinga tuli, dan lidah bisu. Ia diikuti dengan ubat-ubatan di tempat yang lalai dan tempat-tempat kebingungan) Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh: Jilid 1 halaman 207.
[194] – Al-3ajul (anak lembu) yang disembah selain Tuhan, Seperti Al-3ijl Al-Samiriy.
[195] – Al-Zumar : 36-40.
[196] – Al-Kafi: Jilid 2 halaman 613, Al-Khashal: halaman 142, Al-Sail Al-Syi3ah : Jilid 5 halaman 202, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 41.
[197] – Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 211, Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 325.
[198] - Berikut adalah kata-kata sebahagian daripada mereka: Al-Nawawi berkata dalam syarahnya terhadap Sahih Muslim Bab kelaziman ketaatan pada pada pemerintah yang bukan maksiat - berkata Jumhur ulamak Sunni dari Fuqaha’ Muhaditsin dan Mutakallimin : tidak dipencilkan Khalifah yang melakukan kejahatan (fasik), zalim dan melampaui hudud dan membuang yang hak-hak, dan tidak diambil kira dan mungkin tidak terkeluar daripadanya, tetapi wajib berdakwah dan menakutkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya. Syara7 Shahih Muslim: Jilid 12 halaman 229.

Berkata Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani: Jika seseorang berdiri untuk mengatakan adakah wajib memakai Imam di antara kamu telah, dikatakan kepadanya, Urusan itu wajib, Kafir selepas iman, yang meninggalkan Iqamah pada solat dan berdoa kepadanya, yang ramai manusia yang fasiq dan zalim dengan kuasa harta kekayaan dan memukul manusia, membunuh jiwa-jiwa tanpa hak-haknya dan melampaui hudud. Beliau berkata, Jumhur ahli Itsbat dan ahli-ahli Hadits: Tiada tergelincir perkara-perkara ini tidak perlu mengeluarkannya (tidak terkeluar), tetapi wajib berdakwah dan menakutkan kerana meninggalkan ketaatan dalam apa-apa yang dipanggil bermaksiat kepada Allah. Mereka berdalih dengan berita (khabar) banyak kepura-puraan bahawa Rasulullah (sawas) dan sahabat-sahabatnya dalam kewajipan mentaati imam-imam walaupun mengejar dan diperdayakan dengan harta kekayaan dan dia (as) berkata: (Dengarlah dan taatlah walaupun pada hamba yang kudung walaupun untuk hamba Habsyi, Sampai menterbalikkan semua kebenaran dan kekarutan), dan riwayat, bahawa beliau berkata: (Mereka taat walaupun kamu dimakan raja dan memukul belakang kamu, dan kamu mentaati mereka walaupun tidak solat.) ada banyak khabar (riwayat) yang terkandung dalam bab ini dan pada awal dalil-dalil yang diringkaskan: halaman 478.

Tujuan khabar-khabar dan riwayat-riwayat yang disebut oleh Al-Nawawiy dan Al-Baqilani ia adalah diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy, Muslim, dan lain-lain, di sini sebahagian daripada riwayatnya di tempat:

Baihaqiy meriwayatkan dari Yazid bin Salamah Al-Ja3fiy dia berkata: Wahai Nabi Allah, apa yang kamu fikir, jika kami mempunyai hak untuk meminta raja-raja kami, dan hak untuk menghalang kami, apa yang di perintah pada kami? Baginda (sawas) bersabda: (Dengar dan taat, untuk apa yang mereka bawa, dan kepada kamu apa yang kamu bawa.) Al-Sunan Al-Kubra: Jilid 8 halaman 158.

Muslim meriwayatkan: dari Huzhaifah bin al-Yaman berkata, aku berkata: (Wahai Rasulullah, bahawa kami manusia datang kepada Allah dengan kebaikan, kami berada di dalamnya, di belakang kebaikan ini kejahatan? Baginda (sawas) bersabda: Ya. Aku berkata: bagaimana? Baginda (sawas) bersabda: Akan ada imam-imam selepasku tidak dapat petunjuk dengan pimpinanku, tidak beramal dengan sunnahku, akan bangun orang-orang yang hati mereka hati-hati syaitan dalam badan manusia, Huzhaifah berkata: aku berkata: Apakah yang perlu aku lakukan, wahai Rasulullah?, Baginda (sawas) bersabda: Dengar dan taat pada pemerintah, walaupun dia memukul belakang kamu, terimalah kerajaannya, dengar dan taatlah kamu kepadanya.) Sahih Muslim : Jilid 6 halaman 20, Al-Sunan Al-Kubra Al-Bayhaqiy: Jilid 8 halaman 157, Al-Mu3jam Al-Ausath: Jilid 3 halaman 190. Kepada pembaca yang amat dihormati bahawa ambillah kepada apa yang kami ingatkan dan bukan atas lain-lain sangkaan.
[199] – Mu3alim fi Al-Thariq : halaman 232-236.
[200] – Aali Imran: 196-198.
[201] - Maryam : 73.
[202] – Mu3alim Fi Al-Thaqriq: halaman 226-230.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan