Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون
Mereka
adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.
Para
pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain adalah para penguasa
(raja). Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan pengekalan
kerusi kerajaan. Ini menurut pandangan mereka perlu dirosakkan dengan
menyelewengkannya, dalam apa jua bentuk, sama ada ia membina hadits-hadits dan ditempelkan
kepada Ar-Rasul (sawas), atau memadam ayat-ayat atau surah di dalam Al-Quran,
jika mungkin, atau dengan mencegah meriwayatkan hadits-hadits sahih Rasulullah
(sawas), atau menghalang dari membaca al-Quran seperti ia diturunkan dan
ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan, atau dengan mengupah mereka yang
dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan mentakwilkan tafsirannya
mengikut keinginan pemerintah yang zalim.
Dan
juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan
yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu untuk terus berkuasa
lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya, terutamanya jika yang
membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam masyarakat Islam dan wujud ulamak
suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam hari
ini.
Para
ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana pemerintah
yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya secara
umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk mengeluarkannya dan memerangi
syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal boleh mengenakan pakaian ahli abid
pertapa, maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut
dalam ucapannya, dan mungkin berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul
bersama pengikutnya. Tetapi jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara
akan dapati ia sombong dan rosak (agamanya), mereka-reka kebaikan dan merendah
diri, tetapi hanya pada zahirnya. Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya,
diterbitkan dari terlalu banyak untuk melepaskan dirinya yang akhirnya
mendedahkan dalamannys yang Hitam, Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan
keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].
Dan
kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian mereka, akan
kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka yang tidak betul,
dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai sifat-sifat munafik dan kerosakan
yang tersembunyi di hati mereka, atas sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka,
seperti menuntut kepimpinan agama, dan memuaskan keinginan nafsu diri.
Termasuk:
Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu), tetapi tuntutan
ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan tafsiran ayat
muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap masalah syariah,
dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah. Mungkin keangkuhan
membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat diri mereka sebagai
ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan
lebih tahu dari semua orang.
Mungkin
dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut penzalim, mereka
berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan dengannya,
sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera yang matlamat
terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama Allah di muka
bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.
Mungkin
ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan rasa bimbang
terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah lembut
kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan syariah.
Imam
al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan
merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].
Beliau
(as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan jadikan di
antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini lebih kamu
utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu
yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka, Aku telah
mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati mereka ) [131].
Dan
dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan kamu
menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu menuntut
untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang
gelap dan sempit) [132].
Kedua-duanya
adalah – di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan pemerintah taghut penzalim
yang memerintah negara-negara Islam hari ini - yang lebih berbahaya dari Kafir
Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah kerana kekalnya ulamak suuk
yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang Islam,
dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya kekalnya Zionis yang menduduki
tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam untuk
mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan; kerana pemerintah-pemerintah
ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama ada secara sedar atau janji-janji
kekacauan yang melulu, dan seperti mana Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan
perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi Palestin, telah membunuh seratus
orang atau lebih sedikit. Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka
membunuh beratus-ratus orang sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana
Zionis membunuh umat Islam untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini
pemerintah taghut penzalim dan sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin,
kerana mereka gemar menumpahkan darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong
mereka tenggelam dalam sifat kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal
erti kebaikan sedikit pun
﴿صُمٌّ
بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾
Mereka
tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah
2:18] [133].
Pertempuran
pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang tidak beramal,
dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai negara-negara
Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim yang menguasai seluruh
dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula dengan diri kita sendiri
dan menyingkiran tentera-tentera syaitan. Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan
di Ummu Al-Qura di Mekah, sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa agama
Hanafi dan bandar tempat menunaikan haji bagi penganut Hanafi, kemudian pergi
ke kampung-kampung sekitarnya di Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar
baginda shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.
Adalah
tabi’ei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan menghadapi pemimpinnya
yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, keazaman dan kesabaran dari
mara bahaya.
Dan
mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan sokongan ma’shum
dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari ini adalah menyusun
atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua jenis penyelewengan yang
wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya mengenalkannya kepada manusia,
bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ
بالله - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan
Allah.
Ya,
لا حول ولا وقوّة إلاّ
بالله - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan
Allah.,
وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita
kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi
Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon kepada Allah untuk
mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati kita dan dengan kelebihannya
dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya dengan kezuhurannya dan untuk
memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan membawa kita keluar dari
kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada kita Manasik dan Hukum Syariat yang
sebenarnya.
✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[130]
– 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar Al-Anwar:
Jilid 2 halaman 107.
[131]
- 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan
diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).
[132]
– Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy:
Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133]
– Al-Baqarah:18.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan