Penyelamat Yang Dinantikan (as)
( (ع لمصلح المنتظر
Yang
Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا
فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ
يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ
الْمُفْسِدِينَ * وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي
الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ
لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا
كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾
Sesungguhnya
Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya
berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak
laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya
Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Dan Kami hendak memberi
karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan
mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan
akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan
kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan
dari mereka itu. [Al-Qashash: 28: 4-6] [134].
Imam
Mahdi (as) Washiy kedua belas dari Aushiak Nabi al-Khatim (Penutup Nabi-nabi) (sawas),
Imam yang terlalu lama selama bertahun-tahun, sehingga di kalangan Syiah memperkatakan
tentang keimaman dan kekhalifahannya kepunyaan Allah di muka bumiNya. Penyelamat,
yang ditunggu-tunggu semua umat manusia, umat Islam dan lain-lain, pengikutnya
dan musuhnya. Manusia sedang menunggu kezuhurannya untuk menyokong beliau, dan yang
lain pula menunggu-nunggunya untuk menimpakan marabahaya dan menghapuskannya
jika dia zuhur dan bangkit, dan mereka fikir mereka boleh mengubah sunnah Allah.
Orang
yang beriman sedang membuat persediaan untuk kezuhurannya dan yang lain juga membuat
persediaan untuk kezuhurannya. Sebahagian orang Islam yang lalai tidak tahu menahu
sedikit pun mengenai beliau, dan sebahagian pengikutnya atau daripada orang
yang memanggil mereka dengan nama Syiah tidak mengetahui (mengenal)nya, melainkan
sebagai simbol sahaja, berputus asa daripada kemunculannya dan kebangkitannya,
pengharapan ini jelas kelihatan daripada tindakan (amalan) mereka, walaupun tidak
menyatakannya dengan kata-kata.
Dalam
saat-saat yang genting, yang terlalu hampir dengan kiraan jam menunjukkan sifar,
kita perhatikan orang-orang yang jauh dari kebenaran mula mendekati beliau
perlahan-lahan malah seolah-olah mereka telah masuk ke dalamnya. yang lain pula
di tengah-tengah bulatan kebenaran mula menjauhinya sedikit demi sedikit sehingga
mereka terkeluar darinya. Oleh itu, orang dalam lembah jurang mula naik ke gunung
perlahan-lahan, dan yang lain pula mendapati diri mereka berada di puncak mula turun
malah seperti mereka mungkin telah jatuh ke dalam jurang.
.
Dalam
erti kata lain: dunia dan di akhirat, dan semua yang berkaitan dengannya. Sesiapa
yang memilih kebenaran akan memeluk kematian dan berjalan menuju akhirat, tidak
kira sama ada kematian berlaku atau berlaku kematian ke atasnya. sesiapa yang memilih
kebatilan tertarik dengan kehidupan dan mengabdi kepada dunia. Dan orang-orang
di antara kedua-dua golongan pula terasa bahangnya seperti mabuk, tidak masuk
kepada golongan ini dan tidak (pula) kepada golongan itu, mereka mengenal
kebenaran tetapi tidak menyokongnya, dan mereka membenci kepalsuan tetapi tidak
memusuhinya. Rugi di dunia dan diakhirat, itulah kerugian yang nyata.
﴿إِنَّ الَّذِينَ
تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا
كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ
وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ
مَصِيراً﴾
Sesungguhnya
orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri,
(kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu
ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di
negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas,
sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya
neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,
[135].
✡✡✡✡✡
------------------------------
[134]
– Al-Qashash: 4-6.
[135]
– Al-Nisa’: 97.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan