Halaman

Ahad, 23 Februari 2014

Soalan 84 dan 85: Beza al-Furqan dan Al-Quran,- Azab dan ampunan

Soalan 84 Apakah perbezaan di antara Al-Furqan dan Al-Quran?


Jawapan: Al-Furqan adalah Muhkam (jelas) dan ia membezakan di antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu), dan dengannya kita akan tahu had-had (batasan-batasan) Allah Yang Maha Suci dan SyariahNya, dan ia adalah pada Nabi dan washi a.s, dan pemilik al-Furqan pada Zaman ini adalah Imam Al-Mahdi (as). Adapun Al-Qura'n adalah Himpunan apa yang telah diturunkan dari Allah SWT kepada NabiNya (sawas) dan disampaikan-nya (saw as) kepada hamba-hamba-Nya.



✡✡✡✡✡



Soalan 85: Apakah maksud Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi:

﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” [Al-Anfaal 8:33] 

Jawapan:

Sunnah Allah SWT mengenai mukjizat tampak (al-Mu’jizah al-Madiyah)) terdiri daripada hukuman, dengan itu, hanya dengan berdusta terhadapnya - hukuman akan diturunkan. Dengan itu, Sunnah Allah SWT akan menurunkan hukuman kepada umat yang mendustakan rasul. Setelah sehingga Rasul menggunakan segala cara-cara yang dimilikinya untuk menyampaikan dan membimbing mereka semua. sebagaimana keadaan Nuh dan Hud a.s. mukjizat terhadap mereka hanya hukuman yang memusnahkan penduduk kaum yang berdusta terhadap mereka. Tetapi ada dua cara untuk mengelakkan azab:

Pertama: Ia adalah doa Rasul yang bermohon dari Allah SWT untuk mengangkat hukuman (azab seksaan) dari umat di bawah tanggungjawabnya untuk menyampaikan dakwah dan membimbing mereka, kerana perkara ini dipikulkan kepada Rasul perjuangan dan masalah yang besar kerana itu berarti dia akan menanggung lebih banyak pendustaan, ejekan dan penghinaan yang biasa dihadapi oleh Rasul dari kaum yang mendustakannya. Dan doa untuk mengangkat (meniadakan) hukuman (azab dan seksaan) dari umat yang menderhaka ini tidak akan berlaku kecuali dari Rasulullah Muhammad (sawas). "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”.

Perkara kedua yang terangkatnya azab ialah: taubat dan istighfar dan keampunan dari umat dahulu, dan perkara ini juga tidak pernah berlaku kecuali pada kaum Yunus apabila mereka bertaubat dan meminta ampun dari Allah selepas dibayangkan kepada mereka azab  

﴿فَلَوْلا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ﴾

 "Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu), beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu. " [Yunus 10:98]



Maka Dia mengangkat azab seksaan dari mereka, selepas mereka menangis dalam taubat dan istighfar dan meminta ampun kepada Allah SWT.

﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” [Al-Anfaal 8:33] 




✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan