Halaman

Ahad, 23 Februari 2014

Soalan 125: Mengapa Qabil membunuh Habil?

Soalan 125: Mengapa Qabil membunuh Habil? Dan adakah benar Adam mahu mengahwinkan setiap seorang daripada mereka kepada kembar yang lain, dan Qabil enggan, jadi Adam memerintahkan mereka untuk membuat korban untuk menyelesaikan perkara ini?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Terdapat banyak kekeliruan tentang hal ini, dan kebenarannya adalah Allah SWT melarang perkahwinan adik-beradik dalam Ummul Kitab,[37] dan semua Syari’at  dan Kitab As-Samawiyah menyatakan ianya adalah haram, termasuklah Syari’at  Adam. Jadi masalah perkahwinan anak-anak Adam (as) adalah seperti berikut:

Hawa melahirkan untuk Adam (as) Qabil dan kemudian Habil, Qabil berkahwin dengan seorang wanita yang mana Allah SWT telah ciptakan untuknya dan dia seorang yang jahat, dan Habil berkahwin dengan seorang wanita yang Allah telah ciptakan untuknya dan dia adalah seorang wanita solehah. Dan Allah menciptakan kedua-dua isteri seperti mana Dia sebelum ini telah menciptakan Adam dan Hawa, yang bermaksud Allah telah mencipta dua isteri untuk Qabil dan Habil dengan KudratNya SWT.

Kemudian Allah memerintahkan Adam (as) untuk melantik Habil (as) sebagai penggantinya (washiy). Oleh itu, apabila Qabil tahu perkara ini, beliau membantah perintah pelantikan tersebut, jadi Adam memaklumkan kepadanya bahawa perintah itu adalah dari Allah dan bukan dari dirinya sendiri, dan beliau memerintahkan mereka untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Lalu Habil mempersembahkan domba (biri-biri) yang gemuk manakala Qabil mempersembahkan gandum yang rusak, jadi persembahan Habil diterima dan dijilat api. 

Maka niat jahat Qabil terhadap Habil membara dalam jiwanya, dan syaitan (laknahu Allah) membisikan supaya membunuh saudaranya. Dan jiwanya, yang cenderung kepada kejahatan, dia cenderung untuk membunuh saudaranya. Maka Qabil membunuh Habil kerana hasad dengki, kerana dia adalah pengganti (washiy) Adam. Oleh itu janji yang dibuat oleh Iblis (laknahu Allah) akan menggoda, telah terlaksana, kerana dia menggoda Qabil dan dia (pemilik badannya) dijangkiti dengan penyakit Iblis iaitu mementingkan diri  (Al-Ana, keakuan-ego) dan keangkuhan, dan salah satu perkara yang mengiringi "keakuan" adalah penyakit hasad dengki.

Bagi keturunan seterusnya, isteri Habil yang mengandung melahirkan anak lelaki, dan kemudian, Syets dan Yafits dilahirkan untuk Adam (as). Jadi isteri Syets melahirkan seorang anak lelaki dan seorang perempuan dan isteri Yafits melahirkan seorang anak perempuan, maka anak Habil berkahwin dengan anak perempuan Syets, dan anak Syets berkahwin dengan anak perempuan Yafits. (sepupu penterjemah)

Keturunan nabi-nabi (as) adalah dari mereka, dan ini adalah kata yang muktamad, dan apa-apa jua perkataan luar dari kenyataan ini hanyalah datang dari orang yang akan berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya.




✡✡✡✡

-----------------------------
[37] - Diriwayatkan Zaraarah dari Abi Abdillah (as): (Adam (as) mendapat anak Syets dan namanya hadiah Allah, dia adalah washiy pertama yang dilantik sebagai washiy umat manusia di atas bumi. Kemudian dilahirkan selepas Syets, Yafits, dan apabila Allah Azza wa Jalla menetapkan dan sampai kepada perkembangan kelahiran apa yang kamu lihat dan apa yang terjadi adalah yang berkembang dari Al-Qalam dan melarang apa yang diharamkan Allah Azza wa Jalla (perkahwinan) antara saudara-perempuan dengan saudara lelaki. Diturunkan selepas ‘Ashar hari Khamis Hauraa’ (bidadari) dinamakan dan diberikan kedudukannya dari syurga, Allah Azza wa Jalla memerintahkan Adam mengahwinkan Syets sebagai isteri dengannya, dan kemudian diturunkan selepas ‘Ashar esoknya Hauraa’ (bidadari) daripada Syurga dengan suatu kedudukan dan Allah Allah Azza wa Jalla mengarahkan Adam mengahwinkan Yafits sebagai isteri dengannya, Syets dikurniakan anak lelaki dan Yafits dikurniakan anak perempuan, maka Allah Allah Azza wa Jalla mengarahkan Adam dengan menetapkan supaya anak perempuan Yafits berkahwin dengan anak Syets, maka dilaksanakan, maka anak-anak yang terpilih dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah dari keturunan mereka. Dengan itulah Allah melarang supaya apa yang mereka katakan Perintah (perkahwinan) antara saudara-perempuan dengan saudara lelaki) Min La Yahdhuruh Al-Faqih: Jilid. 3, halaman  381 hadits 4337.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan