Asalan
Dikirim oleh darren » Mon 8 Oktober 2012 17:07
Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only,
hanya untuk bacaan dan pembetulan)
Soalan 31 : Apakah sebabnya
orang mati dikafankan, dan apakah manfaat daripadanya?
Jawapan : Sesungguhnya tubuh
yang mati dihormati , menyedari penyambungan rohnya kepadanya sebelum
kematiannya. Oleh itu bahagian tubuh dan badannya mesti dilindungi di hadapan orang
ramai dan pada masa pengkebumian, sama seperti dia mengambil berat bahagian
tubuh dan badannya dengan menyalutinya dalam kehidupan di dunia ini pada masa
lalu. Selain itu, kain kafan adalah pakaian orang yang telah mati semasa ia
dibangkitkan, Insya Allah, yang akan dipakainya dengan pakaian ini, yang disediakan
dari jenis kain terbaik, sebagai pengakuan yang jiwanya telah dipakaikan jenis
terbaik daripada pakaian takwa pada masa kematiannya, dan ia adalah satu
pengakuan bahawa Allah akan melimpahkan kepadanya dan pakaiannya dengan pakaian
takwa selepas orang yang beriman telah menyelubunginya dengan kain kafan. Dan
maksud ini telah diriwayatkan dari mereka as dalam cerita Seorang Pemuda
Bersama Daud dan Malaikat Maut, di mana Allah melimpahkan belas kasihan kepada orang
muda itu * dan Dia dipanjangkan usianya kerana belas kasihan Daud as pada anak muda itu.
*
Abu Jafar as berkata, "Telah ditunjukkan kepada kita – menurut Rasulullah saw
dan keturunannya (as)
– Suatu masa Daud as duduk dan dengannya adalah seorang pemuda dengan penampilan
yang kasar yang sering duduk dengan beliau dan selalunya lama berdiam diri.
Kemudian Malaikat Maut datang kepada Daud as, Malaikat memberi salam kepada
beliau dan kemudian terus memandang ke arah pemuda itu. Kemudian - menurut Rasulullah
saw dan keturunannya (as)
- Daud berkata, " Adakah kamu melihat [pemuda] ini?" Jadi dia berkata,
"Ya aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya dalam masa tujuh hari di tempat
ini. " Daud amat kasihan kepadanya, dan berkata, "Wahai anak muda,
adakah kamu mempunyai isteri? " Dia berkata, "Tidak, saya tidak
pernah berkahwin." Daud berkata, "Pergilah berjumpa Si-Fulan, seorang
lelaki Bani Israel yang gagah, kemudian katakan kepadanya , “Daud menyuruh kamu
untuk kahwinkan anak perempuan mu kepada ku” dan ambillah belanja apa sahaja
yang kamu perlukan, dan tinggallah bersamanya (isterimu). sediakan perbelanjaan
(wang) yang kamu perlukan untuknya dan tinggal bersamanya dan jika tujuh hari berlalu
datanglah semula kepada ku di tempat ini, jadi pemuda itu lakukan pesanan Daud –
menurut Rasulullah saw dan keturunannya (as)
– jadi lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya kepada pemuda itu dan mereka
membawa anak perempuannya kepada pemuda itu dan pemuda itu tinggal bersama isterinya
selama tujuh hari, selepas itu dia pergi bertemu Nabi Daud as pada hari kelapan,
dan Daud as berkata kepadanya, ""Wahai anak muda, bagaimana keadaan kamu
sekarang?" Dia berkata, "Saya belum pernah dapat rahmat dan juga
kebahagiaan yang lebih besar daripadanya." Daud berkata,"Duduklah."
Lalu dia duduk dan Daud menunggu supaya rohnya (pemuda) yang akan diterima dan
apabila masa yang berlalu lama beliau berkata, "Baliklah ke rumah kamu dan
tinggal dengan keluargamu dan berjumpa dengan ku di sini pada hari kelapan ."
Jadi anak muda pergi dan datang berjumpa Daud pada hari kelapan, kemudian berlalu
satu minggu lagi dan datang berjumpanya selepas itu, lalu Malaikat Maut datang
bertemu Daud, maka Daud as berkata, "Bukankah kamu memberitahu ku bahawa kamu
telah diperintahkan untuk mengambil nyawa anak muda ini dalam tujuh hari?"
Dia berkata , "Ya." Daud berkata, "Ia telah berlalu lapan hari, kemudian
lapan dan kemudian lapan lagi!" Malaikat Maut berkata," Wahai Daud,
Allah swt telah memberi rahmat kepadanya disebabkan belas kasihan kamu terhadapnya,
jadi masanyaa ditangguhkan selama tiga puluh tahun." Bihar al-Anwar Jilid.
4 Laman 111..
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan