Halaman

Jumaat, 6 Disember 2013

Soalan 31 : Apakah sebabnya orang mati dikafankan, dan apakah manfaat daripadanya?


Asalan Dikirim oleh darren » Mon 8 Oktober 2012 17:07

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 31 : Apakah sebabnya orang mati dikafankan, dan apakah manfaat daripadanya?

Jawapan : Sesungguhnya tubuh yang mati dihormati , menyedari penyambungan rohnya kepadanya sebelum kematiannya. Oleh itu bahagian tubuh dan badannya mesti dilindungi di hadapan orang ramai dan pada masa pengkebumian, sama seperti dia mengambil berat bahagian tubuh dan badannya dengan menyalutinya dalam kehidupan di dunia ini pada masa lalu. Selain itu, kain kafan adalah pakaian orang yang telah mati semasa ia dibangkitkan, Insya Allah, yang akan dipakainya dengan pakaian ini, yang disediakan dari jenis kain terbaik, sebagai pengakuan yang jiwanya telah dipakaikan jenis terbaik daripada pakaian takwa pada masa kematiannya, dan ia adalah satu pengakuan bahawa Allah akan melimpahkan kepadanya dan pakaiannya dengan pakaian takwa selepas orang yang beriman telah menyelubunginya dengan kain kafan. Dan maksud ini telah diriwayatkan dari mereka as dalam cerita Seorang Pemuda Bersama Daud dan Malaikat Maut, di mana Allah melimpahkan belas kasihan kepada orang muda itu * dan Dia dipanjangkan usianya kerana belas kasihan Daud as pada anak muda itu.

* Abu Jafar as berkata, "Telah ditunjukkan kepada kita – menurut Rasulullah saw dan keturunannya (​​as) – Suatu masa Daud as duduk dan dengannya adalah seorang pemuda dengan penampilan yang kasar yang sering duduk dengan beliau dan selalunya lama berdiam diri. Kemudian Malaikat Maut datang kepada Daud as, Malaikat memberi salam kepada beliau dan kemudian terus memandang ke arah pemuda itu. Kemudian - menurut Rasulullah saw dan keturunannya (​​as) - Daud berkata, " Adakah kamu melihat [pemuda] ini?" Jadi dia berkata, "Ya aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya dalam masa tujuh hari di tempat ini. " Daud amat kasihan kepadanya, dan berkata, "Wahai anak muda, adakah kamu mempunyai isteri? " Dia berkata, "Tidak, saya tidak pernah berkahwin." Daud berkata, "Pergilah berjumpa Si-Fulan, seorang lelaki Bani Israel yang gagah, kemudian katakan kepadanya , “Daud menyuruh kamu untuk kahwinkan anak perempuan mu kepada ku” dan ambillah belanja apa sahaja yang kamu perlukan, dan tinggallah bersamanya (isterimu). sediakan perbelanjaan (wang) yang kamu perlukan untuknya dan tinggal bersamanya dan jika tujuh hari berlalu datanglah semula kepada ku di tempat ini, jadi pemuda itu lakukan pesanan Daud – menurut Rasulullah saw dan keturunannya (​​as) – jadi lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya kepada pemuda itu dan mereka membawa anak perempuannya kepada pemuda itu dan pemuda itu tinggal bersama isterinya selama tujuh hari, selepas itu dia pergi bertemu Nabi Daud as pada hari kelapan, dan Daud as berkata kepadanya, ""Wahai anak muda, bagaimana keadaan kamu sekarang?" Dia berkata, "Saya belum pernah dapat rahmat dan juga kebahagiaan yang lebih besar daripadanya." Daud berkata,"Duduklah." Lalu dia duduk dan Daud menunggu supaya rohnya (pemuda) yang akan diterima dan apabila masa yang berlalu lama beliau berkata, "Baliklah ke rumah kamu dan tinggal dengan keluargamu dan berjumpa dengan ku di sini pada hari kelapan ." Jadi anak muda pergi dan datang berjumpa Daud pada hari kelapan, kemudian berlalu satu minggu lagi dan datang berjumpanya selepas itu, lalu Malaikat Maut datang bertemu Daud, maka Daud as berkata, "Bukankah kamu memberitahu ku bahawa kamu telah diperintahkan untuk mengambil nyawa anak muda ini dalam tujuh hari?" Dia berkata , "Ya." Daud berkata, "Ia telah berlalu lapan hari, kemudian lapan dan kemudian lapan lagi!" Malaikat Maut berkata," Wahai Daud, Allah swt telah memberi rahmat kepadanya disebabkan belas kasihan kamu terhadapnya, jadi masanyaa ditangguhkan selama tiga puluh tahun." Bihar al-Anwar Jilid. 4 Laman 111..


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan