Ahad, 30 Ogos 2015

Soalan 461: Sukar Bertemu Jodoh


Soalan 461: Sukar Bertemu Jodoh

السلام عليكم يا سيدي ويا مولاي
Salam atas mu Ya Saidi Ya Maulai.

Pada mulanya saya minta maaf kerana saya menyusahkan tuan dengan masalah peribadi saya, tetapi Allah mengetahui betapa menderitanya saya dalam perkara ini. Masalah saya, Ya Saidi, adalah setiap kali saya ingin berkahwin dan dapatkan (calon) isteri yang sesuai terdapat halangan dan membatalkan (perkahwinan), dan sehingga dalam sebahagian perkara saya malu dengan saudara ansar kerana masalah ini dipersalahkan pada saya. Tetapi saya tidak tahu mengapa ini terjadi kepada saya, dan kadang-kadang saya dapat (calon) isteri yang sesuai tetapi yang terbaik (hiasan rumah) atau yang cukup bagus tetapi tidak sesuai untuk menjadi isteri saya atau keluarga saya menolak, atau apabila usaha berhasil ada sahaja halangannya.

Dan saya hairan dengan perkara ini dan saya tidak tahu apa yang saya lakukan di antara saya yang masih muda dan saya mahu berkahwin dengan masalah yang tidak berpisah dari saya sejak sebelum masuk dalam dakwah yang diberkati ini, dan saya merasakan keadaan ini seperti kutukan yang mengekori saya atau (perbuatan sihir) atau sesuatu yang seperti itu. Walaupun ingin bertunang dengan bukan ansar, seorang gadis buta pun tidak mahu berkahwin dengan saya kerana saya adalah seorang ansar, dan terdapat banyak lagi yang lain-lain ... Tetapi sekarang saya takut untuk mara ke hadapan dan hasilnya adalah rasa takut pada perempuan dan kerana tidak mahu menyakiti perasaannya, dan dengan surat ini maka saya ingin mereka tahu apa yang berlaku kepada saya.

Perkara yang kedua ialah bahawa terdapat seorang dari ansar perempuan yang saya berkenan dan saya hairan, adakah saya suka untuk berkahwin dengannya, dan apa pendapat tuan wahai bapa, izinkan saya untuk memanggil tuan seperti itu, kerana saya tidak dapat mencari orang lain selain tuan sebagai bapa pada saya. Apa yang saya inginkan dari tuan adalah untuk membimbing saya dan apa yang perlu dilakukan. Dan maafkan saya kerana terlalu panjang. Dan semoga dilindungi Allah dalam naunganNya. Semoga Allah melapangkan tuan dan Aali Muhammad (as) Amin.

Dihantar oleh: Fiziak – Iraq

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                           
                        
Saya berdoa supaya Allah membantu kamu untuk melakukan semua yang baik, dan bagi kamu sebelum berkahwin terlebih dahulu kamu perlu dirikan solat dua rakaat dan kamu berdoa kepada Allah agar memudahkan seorang wanita solehah memelihara kamu dan membantu kamu dalam perjalanan kamu kepada Allah, kepada kebenaran dan untuk membantu meneguhkan kamu di atas jalan kejayaan.

Malah lebih baik jika solat kamu ini didirikan dalam makam Imam Al-Hussein (as) dan kamu jadikan Al-Hussein (as) syafa’at kamu kepada Allah SWT, dan kemudian selepas Allah memudahkan kamu dengan seorang wanita daripadaNya SWT maka solatlah dua rakaat tanda syukur kepada Allah selepas ikatan perkahwinan itu, dan berdoalah selepas solat itu kerana doa ketika ikatan perkahwinan adalah maqbul dengan izin Allah, dan Allah memberi petunjuk kepada kamu semua yang baik dan memberi rezeki yang baik di dunia dan akhirat.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431



✡✡✡✡✡



Soalan 460: Bilakah Kemunculannya Mengikut Hadits Imam Ali (as)





Soalan 460: Bilakah Kemunculannya Mengikut Hadits Imam Ali (as)

: بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam.
                                                       
Saya harapkan jawapan bapa Al-Imam (as) sahaja, jika tidak, tidak perlu dijawab.
Salam atas bapaku yang berkata-kata dengan Musa di Al-Thur dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Saidi, tuan tidak panjangkan ucapan tuan (sebelum ini) kepada kami dan ilmu tuan berlebih-lebihan, semoga tuan dipelihara Allah dan menjadikan kami ansar tuan yang benar lagi jujur, ​​Amin Ya Allah.

Saya harap tuan tolong tafsirkan kepada saya keseluruhan Hadits Imam Amir Al-Mukminin sebagai pemimpin imam agama kita (as), mengenai Apabila Loceng berbunyi kuat, apabila lelaki pengsan kerana mimpi ngeri hingga akhir hadits Al-Imam seluruhnya,

Dan salam atas tuan bapa dan Imam saya, Wahai yang berkata-kata dengan Musa, Wahai yang diserupakan seperti Isa (as), laknat Allah kepada pemenggal kepala Al-Hussein (as) di zaman ini.

Dihantar oleh: Ansari – Sweden

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                        
Semoga Allah membantu kamu segala yang ada yang baik dan membimbing kamu dan menjadikan kamu dari mereka yang membantu agamaNya SWT, Insya-Allah, apabila terdapat keperluan untuk mengarahkan perkataan (perintah) kepada manusia dan bagi ansar semua, saya akan berbuat demikian dengan kurnia Allah atas saya, dan bermohon kepada Allah untuk membantu saya untuk berkhidmat kepada kamu dengan kurnia-Nya dan dariNya SWT.

Adapun tanda-tanda kemunculan dan perinciannya, Semoga Allah membantu kamu. Sebahagiannya adalah lambang dalam riwayat-riwayat dengan matlamat dan tujuannya, kita tidak boleh mendedahkannya kecuali Allah menghendaki kita untuk mendedahkannya dan pada waktu yang dikehendakiNya SWT, dan apa yang ditinggalkanNya kepada kita maka kamu hendak memahamimya, dengan apa yang diberikan Allah untuk menjayakan kamu kepadaNya, dan Insya-Allah, akan diperlihatkan dengan jelas pada kamu dan akan nyata pada masanya, dan Semoga Allah membantu kamu untuk segala yang baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431



✡✡✡✡✡


Soalan 459: Mencari Jalan Makrifat

Soalan 459: Mencari Jalan Makrifat

السلام عليكم ورحمه الله
Salam atas kamu dan dirahmati Allah

Al-Syeikh Al-Fadhil: Selepas salam hormat Islam .. saya  telahmendengar banyak mengenai tuan. Saya seorang pencari ilmu. Umur saya hampir 45 tahun. Saya mempunyai harapan pada Allah SWT mencarinya melalui tuan, ia adalah (melalui azimat atau doa yang dikhaskan pada saya) untuk berada dalam golongan ini atas kemuliaan tuan dan tidak dikhaskan pada selain tuan dari syeikh-syeikh atau imam-imam, Dengan mengetahui bahawa saya telah menjadi bodoh lebih daripada dua puluh tahun dari umur saya daripada ilmu-ilmu Aali Al-Bait, auliak dan orang-orang soleh, tetapi saya sehingga sekarang saya tetap menginginkannya dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, 


Dihantar oleh: Amjad Al-Najjar – Mesir
        
Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                   
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu semua yang baik dan bagaimana untuk mencapai sesuatu tanpa mendapatkan jalannya?!

Jika kamu ingin mendapatkan jalan makrifat yang menghubungkan kamu dengan seberapa segera, letakkanlah kaki kamu di atasnya, kemudian ingat (zikir) pada Allah dengan ikhlas dengan zikir ini dalam tiga hari atau kurang, jika boleh:

Baca surah Al-Nur tujuh puluh kali (70 X), dan berkata (berzikir):

﴿نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ﴾
Nabba_aniya l-3alimu l-Khabir

(Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal")

Sepuluh ribu kali (10000 X) tanpa tidur dan terputus, dan semoga Allah menjayakan kamu dengan ikhlas, dan semoga Allah mengenalkan kamu jalan tersebut, maka jika kamu tahu (kenal) jalan itu kamu akan dapati diri kamu telah mencapai keinginan kamu, dan semoga Allah menjayakan kamu.

Dan kepada Allah kamu menghadap dan kepada-Nya kamu meminta hidayah dengan lidah sahaja, kamu perlu lucutkan (buang) sebarang makrifat sebelumnya yang tidak diarahkan dari Allah atau dari auliaknya, mereka yang mendapat bimbingan Allah SWT.

Berdiri di hadapannya tanpa kuasa pemikiran dan hukum-hakam terdahulu sebagaimana yang kamu ketahui Dialah Yang Maha Suci yang mencukur kepala kamu sewaktu kamu pergi ke rumahnya, kerana bercukur di Malakut yang melambangkan kuasa pemikiran dan apa yang ada dalam akal manusia.

Buangkan sebarang pemikiran dan hukum-hakam sebelumnya, kamu hadaplah Allah dengan ikhlas dan kamu akan dapati diri kamu telah mengetahui jalan itu dan telah meletakkan kaki kamu di atasnya dan kamu mencapainya dengan kurniaan Allah kepada kamu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat dan berkat-berkat Tuhan ke atas kamu.


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431



✡✡✡✡✡



Sabtu, 29 Ogos 2015

Soalan 457: Haramkah Cinta Antara Lelaki Dan Perempuan


Soalan 457: Haramkah Cinta Antara Lelaki Dan Perempuan

السلام عليكم

Saidi wa Maulai,  Washiy dan utusan Imam al-Mahdi.

Maaf untuk soalan ini kerana saya terlalu inginkan jawapannya, kerana dia dilahirkan dengan konflik dalaman, adakah agama Islam telah mengharamkan cinta antara lelaki dan perempuan jika ianya berniat berkahwin dan mengadakan ikatan rasmi, adakah ia dibenarkan untuk wanita atau adakah ia haram? Saya memohon maaf kerana soalan ini dan saya mengharapkan jawapan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan kepada soalan saya.

Dihantar oleh: Pelajar Unoversiti- Iraq


Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                   
Allah SWT mensyari’atkan peraturan hubungan untuk perasaan (emosi) dan hubungan seks antara teruna dan dara dengan pertimbangan sebagai lelaki dan perempuan, dan ia adalah ikatan perkahwinan di mana kedua-dua saksi diperlukan untuk akad atau isytihar (umumkan)  selepas akad itu jika tidak ada dua orang saksi .. Ini adalah untuk memastikan hak-hak wanita dan hubungan antara lelaki dan perempuan sebagai manusia...

Dan Allah mengetahui saya menasihati anda dan bagi setiap gadis mukminah supaya anda meletakkan kaki (pendirian) anda di jalan yang benar untuk memastikan kehidupan anda baik dan mulia..

Apa yang anda panggil atas nama cinta itu sebenarnya tidak lebih daripada suatu perkara rasa kagum dalam bentuk atau rupa atau sebahagian daripada tindakan dan kata-kata yang kebanyakannya adalah tidak benar dan tidak formal dan jauh dari realiti peribadi sebenar lelaki atau wanita, untuk mengetahui bahawa ia hanya mengkagumkan pada zahir sebahagiannya tidak pada hakikatnya, melihat kepada realiti luaran, saya tidak mahu mengatakan lebih daripada mengatakan realiti luaran, dan apa yang dikatakan pada penyelidikan dan kajian induktif realiti luaran,
Yang menunjukkan melalui penelitian
realiti luaran yang yang dipanggil cinta atau hubungan cinta antara lelaki dan wanita berakhir selepas tempoh perkahwinan tidak berpanjangan atau selepas perkahwinan bersekedudukan seperti yang berlaku di Barat hari ini,

Dan mungkin pada tahap kedudukan terbaik tidak sempat beberapa tahun, manakala cinta hakiki tidak boleh berakhir walaupun selepas beberapa tahun kemudian, dan walaupun selepas mati dan berpisah dengan dunia ini, cinta yang hakiki akan terus semarak (hidup) dan yang kekal adalah cinta kepada Allah SWT, kerana ia terikat terus semarak (hidup) dan kekal dengan Dia SWT, dan oleh itu mana-mana cinta yang dikaitkan dengan cinta seperti ini akan hidup dengan kehidupan cinta yang hakiki ini, Maka cinta seorang perempuan pada suaminya, atau cinta suami isteri adalah kerana Allah dan taat kepada Allah, dan supaya pasangannya itu dekat dengan Allah dan taat kepada Allah akan menjadi kehidupan cinta yang hakiki; kerana, pada hakikatnya, berpunca daripada cinta kepada Allah ... dan siapakah yang menimpakan hati dan membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya selain Allah SWT? Hanya Dialah yang dapat mengekalkan kasih sayang antara pasangan itu yang dibina di atas cinta kepadaNya SWT.

Itulah sebabnya Al-Rasul orang yang beriman meminta menyelidiki agamanya (pihak perempuan) dan yang berkaitan dengannya, dan juga wanita digesa menyelidiki agamanya (pihak lelaki) dan yang berkaitan dengannya, dan semoga Allah anugerahkan kepad kamu maruah yang mulia lagi taat kerana Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia yang tidak menyia-yiakan auliakNya dan merahmati mereka di dunia dan akhirat, Dia berkuasa menjadikan orang-orang mukmin yang menjurus kepada kehendakNya SWT diiringi oleh lelaki yang beriman dengan agamanya.

Hubungan yang dipanggil cinta sebelum ikatan perkahwinan dan penyatuan itu sebenarnya sering menjadi penyebab wanita kehilangan maruah, kemuliaan dan kesuciannya, maka sepatutnya mukminah yang mulia dan mempunyai harga diri mengelakkan perkara ini dan manjadikan minat dan cintanya ditujukan kepada mukmin yang soleh yang diiringi dengan ikatan yang sah (syar’ei).

Dan ia sepatutnya menjadikan orang yang beriman dan keyakinannya kepada Allah, bertawakkal dan memohon kepada-Nya SWT untuk menjadikan dia seorang manusia yang diredhaiNya pada hakikatnya, dan dengan itu hidup bersama (pasangannya) pada hari-hari yang ditakdirkan Allah untuknya di dalam kehidupan dunia ini secara mulia dihormati diiringi dengan cinta dan kasih sayang.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ini adalah sebahagian teks yang merumuskan penemuan beberapa ahli sosiologi melalui kajian-kajian empirik:

Seorang Ahli Sosiology Amerika William Robinson telah berkata berdasarkan ekstrapolasi cerita-cerita cinta masyarakat: (Jangka hayat cinta adalah tiga tahun tidak lebih selepas perkahwinan), dan juga mengatakan: (Apabila cinta sampai ke penghujung hayat kegunaan cahayanya menjadi malap, dan mungkin memerlukan hampir setahun untuk merealisasikan hubungan cinta sebenarnya yang melindungi perkongsian hidup).

Beliau juga berkata: (kimia otak yang mengawal proses cinta kekal menjana penghantaran dan penghantaran cinta dan tenaga emosi selama tiga tahun dan kemudian menghentikan penghantaran tersebut seperti bateri kosong (tiada bekalan elektrik), dan tidak boleh sama sekali mengulang penghantarannya, kemudian menghidupkan hubungan cinta yang perlu dilakukan dengan kemesraan dan keikhlasan).

Profesor Cindy Hazan Universiti Cornell di New York menjalankan kajian empirikal ke atas sampel lima ribu orang lelaki dan wanita yang memiliki 37 budaya yang berbeza pada tahap negara maju dan negara membangun, dan kajian ini adalah satu set ujian psikologi dan biologi untuk mengukur tahap kasih sayang antara dua kekasih, dan hasilnya adalah: (tidak wujud cinta yang boleh terus hidup, di mana kajian ini mengesahkan bahawa cinta tidak hanya kehidupan dengan hubungan intim dan hanya berlanjutan sehingga empat tahun, kemudian ia mati).


Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1431



✡✡✡✡✡


Soalan 450:

Soalan 450:
. السلام عليكم

Apakah hikmah Solat Subuh dua rakaat dan Solat Dzohor dalam empat rakaat, dan apakah hikmah bacaan tidak secara jihar (kuat) dalam Solat Dzohor.

Saidi wa Maulai, saya berharap tuan doakan untuk bapa saya sembuh dari penyakit kencing manis dan doakan untuk kami semoga Allah meneguhkan kami dalam mengasihi tuan, Ya Imam Saidi wa Maulai saya kurang mengetahui dan tidak tahu apakah tugas tanggungjawab saya dan saya tidak berpendidikan dan buta huruf.

Dihantar oleh: Ali – German

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                   
Persoalan tentang sebab untuk bacaan secara jihar (kuat) dan khafi (perlahan) telah dijawab sebelum ini, dan saya bermohon kepada Allah semoga untuk membantu dan membimbing anda, dan semoga Allah menyelamatkan bapa anda kebaikan di dunia dan akhirat serta menyembuhkannya dan mengurniakannya kesejahteraan, dan anda, Insya-Allah, tidak kurang, tetapi kebaikan seluruhnya dengan menetapkan dengan mengenal kebenaran dan mendapat petunjuk bimbingan Allah dan menjadikan kamu sentiasa menyokong kebenaran dan dalam setiap keadaan.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1431 H



✡✡✡✡✡


Jumaat, 28 Ogos 2015

Soalan 431-434:



Soalan 431-434:
Soalan 431: Wuduk dan Al-Quran
Soalan 432: Tiada Khums Di Zaman Ghaibah Kubra
Soalan 433: Golongan Yang Sesat, Dan Kesalahan-Kesalahan Dalam Agama:
Soalan 434: Jika Tiada Doktor Wanita



Soalan 431: Wuduk dan Al-Quran

السلام عليكم.
Apakah dalil berwuduk sebelum membaca Al-Quran?

Dihantar oleh: Al-Istisyraqiy - Basrah / Iraq

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Untuk membaca Al-Quran tidak disyaratkan berwuduk, dan anda boleh membaca Al-Quran dan ia dalam keadaan tidak suci, tetapi menyentuh tulisan Al-Quran disyaratkan bersuci (berwuduk).

Dia SWT berfirman:

﴿لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾

tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [42 Al-Waqi3ah 56:79],

Makna zahir ayat di dalam Al-Quran ini adalah untuk mengelakkan perbuatan tidak sopan dengan menyentuh tulisan Al-Quran dalam keadaaan tidak suci.

                            
Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1431
                  
                  
✡✡✡✡✡


Soalan 432: Tiada Khums di zaman Ghaibah Kubra

Adakah Halal Khums bagi Syiah di zaman Ghaibah Kubra? Dengan sumber yang boleh dipercayai.

Salam.

Dihantar oleh:: Al-Syed ‘Irfan Kadzimi

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Tiada sesiapa yang berhak untuk memungut Khums yang dikhaskan kepada Imam (as) kecuali Imam (as) (itu sendiri) atau dari yang dizinkan Imam (as), iaitu Imam (as) tidak memberi kuasa kepada sesiapa pun untuk memungut Khums bagi pihaknya, sesiapa pun tidak berhak atas mereka yang mendakwa secara Fiqh untuk memungut wang (harta) yang dikhaskan kepada Imam. Ia kemudian menjalankannya pada masa itu dengan apa yang didakwanya itu adalah diredhai olehnya (Imam), dan tahukah mereka apa yang diredhainya (as)?!


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1430 H
                  
                  

✡✡✡✡✡


Soalan 433: Golongan Yang Sesat, Dan Kesalahan-Kesalahan Dalam Agama

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Saudara yang dikasihi, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih untuk menjawab soalan-soalan saya ini:

1. Saya ingin bertanya kepada Imam Zaman (wa Ibn 3ammiy), Al-Syed Ahmad Al-Hassan (Semoga Allah menempatkannya di bumi) bagaimana bentuk (keterangan) solat yang betul, dan apakah golongan yang sesat, dan apakah kesalahan-kesalahan dalam agama yang perlu saya elakkan?

Maksudnya saya ingin pesanan yang sempurna dan lengkap bagi urusan dunia dan akhirat saya yang ada di hadapan saya, dan Salam hormat.

Dihantar oleh: Al-Badar - Arab Saudi

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu semua yang baik dan menjauhkan dari semua kejahatan. Solat dan keterangannya ada di dalam Kitab Al-Syarai’3, dan telah diterbitkan. Jika anda mempunyai soalan dalam hal Solat dan tidak menemukan jawapan dalam Kitab Al-Syarai’3 itu, anda boleh menghantar soalan anda, dan kemudian, Insya-Allah, saya akan menjawabnya.

Mengenai persoalan siapa yang telah sesat, ketahuilah Allah akan memberi bimbingan dan hidayah kepada kamu. Jika sesiapa yang menjauhkan diri dari Khalifah Allah dan tidak mencontohi (memperhitungkan) sebagaimana malaikat Allah bersujud, maka dia tidak dapat tidak dikira (diperhitungkan) sebagaimana Iblis dan tenteranya yang menentang Khalifah Allah, seperti yang telah diucapkan oleh Al-Shadiq (as):

Bahawa agama dan permulaan agama adalah seorang lelaki. Lelaki itu diyakini, diimani dan menjadikan dia imam umat dan penduduknya di zamannya, sesiapa yang mengenali dia akan mengenal Allah, dan sesiapa yang mengingkari dia adalah mengingkari Allah dan agamaNya. Dan sesiapa yang jahil terhadapnya akan jahil terhadap Allah, agamaNya, sempadan-sempadan Syari’atNya dengan ketiadaan Imam seperti itu yang menjadi punca untuk terus mengenali lelaki yang memegang agama Allah dan mengenali wajahnya (dirinya) adalah makrifah untuk meneguhkan pengelihatan untuk mengenali agama Allah dan menghubungkan mereka kepada makrifah (mengenali) Allah) [43].

Anda boleh mengenal Khalifah-khalifah Allah dan dengan mereka untuk menghadap kepada Allah sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT anda akan terus hidup dan berjaya, Insya-Allah, dan pengetahuan (makrifah) yang terbaik adalah pengetahuan (mengenali) Khalifah Allah, kerana ia menghubungkan anda kepada mengenali (makrifah) Allah dan kerajaan langitNya (Malakut Samawaat), dan amalan yang terbaik adalah memimpin manusia kepada kebenaran, maka kerana itulah Allah membimbing anda sebagai manusia kepada kebenaran, ia lebih baik untuk anda daripada kenyataan harta dunia. Semoga Allah memberi petunjuk (kejayaan) kepada kamu semua yang baik-baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1430 H

                  
                       
 ✡✡✡✡✡
                                          
______________________________
[43] Bashair Al-Darajaat - Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaffar: halaman 549, Mukhtashar Bashair Al-Darajaat - Al-Hassan bin Sulaiman. Al-Hilliy halaman 82..




Soalan 434: Jika Tiada Doktor Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

السلام عليكم يا أنصار الله ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu wahai ansar Allah rahmat Allah serta keberkatanNya

Apa hukum seorang wanita yang pergi berjumpa doktor lelaki, apabila tidak ada doktor wanita di dalam bidang yang sama?

Allah memberikan anda kejayaan dan kerana mendokong Al-Qaim Aali Muhammad (as).

Dihantar oleh: Narjis – Iraq

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                             
               
Jika disertai dengan rawatan adalah dilarang contohnya seorang doktor ingin melihat pada sesuatu yang tidak boleh dipandang pada tubuh badan wanita dan tidak boleh menyentuhnya melainkan dalam keadaan yang terdesak.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1430 H
                  
                  
                  
✡✡✡✡✡
                                          



Soalan 428 - 430:


Soalan 428 - 430:
Soalan 428: Hukum Perkahwinan Mengikut Pendapat Bapa              
Soalan 429: Hukum Berkabung Melukakan Badan
Soalan 430: Hukum nikah Syed dengan bukan saiyidah (Syarifah)

Soalan 428: Hukum Perkahwinan Mengikut Pendapat Bapa              
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Selawat dan salam Allah atas Saidina Muhammad dan keluarga baginda yang baik dan yang disucikan.

Saya mempunyai masalah dengan ibu bapa saya, iaitu ad seorang yang bercadang (meminang) saya atas sunnah Allah dan Rasul-Nya, tetapi ia bukan dari Mazhab Jaafari, dia seorang Sunni, Lalu keluarga saya menolaknya atas sebab ini, tetapi hati saya yakin dengan orang ini walaupun dia tidak berwalikan Ahli Bait Rasulullah, dia dan keluarganya tidak membezakan antara Mazhab Syi’ei dan Sunni, Adakah Ibu bapa saya betul dan saya mengikut perasaan cinta saya, atau mereka menganggap perkara ini menjadi bahagian saya, dengan izin Allah?!
Saya ingin jawapan kandungan surat ini dengan seberapa segera yang mungkin, dan terima kasih banyak-banyak.

Dihantar oleh: Some One – Amirah Arab Bersatu

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
Yang terbaik untuk anda dalam masalah perkahwinan adalah dengan mengikut pendapat bapa anda dan semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu semua yang baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1430 H
                  
                       

                  ✡✡✡✡✡
                                          


Soalan 429: Hukum Berkabung Melukakan Badan

Apakah pandangan Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengenai memainkan pisau ke badan dalam berkabung?

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Semoga Allah memberi anda kejayaan. Yang terbaik dielakkan, walaupun ia tidak terjadi kerosakan yang ketara pada badan.


Ahmad Al-Hassan

                              

                  ✡✡✡✡✡
                                          

Soalan 430: Hukum nikah Syed dengan bukan saiyidah (Syarifah)

Adakah perkahwinan (nikah) wanita saiyidah (Syarifah) yang nasab keturunannya dari Rasulullah (S) dengan seorang lelaki bukan Syed iaitu nasab keturunannya bukan dari Rasulullah (S), adakah dibenarkan pada pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)? Diharapkan diberikan beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Dibolehkan.


Ahmad Al-Hassan

                              

                  ✡✡✡✡✡