Alam Berbilang Dan Sebuah Alam Dari
Ketiadaan
Kami sebelum ini melihat bahawa penalaan
pemalar kosmologi memerlukan pengenaan pelbagai alam semesta untuk
menjelaskannya,
Walau bagaimanapun, kepelbagaian alam semesta
ini telah membuka pintu kepada hujah bahawa tafsiran alam semesta daripada
ketiadaan bergantung pada asas pembuaian kuantum ketiadaan. Dengan hipotesis
alam berbagai, adalah mungkin untuk menjelaskan pembuaian ini melalui kesan
sementara alam semesta ini. Ini lebih munasabah dan logik daripada prinsip
"tiada alasan" yang diterima pakai oleh mekanik kuantum. Ini
memusnahkan hipotesis kewujudan sesuatu daripada ketiadaan pada asasnya. Tiada lagi sesuatu dari tiada, apatah lagi
sebelum kewujudan segalanya. Isu ini memerlukan kepada kewujudan ruang - tidak kira betapa kecil ruang tersebut - agar pembuaian kuantum vakum dapat wujud
di dalamnya.
Mereka yang menerangkan penetapan pemalar
kosmologi menggunakan isu alam berbagai menganggap bahawa alam semesta ini
berada pada tahap yang sama, dan bahawa mereka semua kembali kepada satu asal
usul yang tunggal, atau bahawa mereka, seperti yang selalu mereka gambarkan,
alam ini diibaratkan seperti gelembung yang keluar daripada periuk dengan air
mendidih. Kami boleh mengandaikan - dan inilah yang kita percaya - bahawa
sememangnya wujud pelbagai alam, namun pada tahap yang berbeza, dan sebahagian
daripadanya datang daripada alam yang lain. Oleh itu, peringkat alam yang
paling rendah berasal dari alam yang lebih tinggi. Alam-alam ini memberi kesan
antara satu sama lain. Menurut hipotesis ini, kita boleh menerangkan kemunculan
pembuaian kuantum di dalam vakum berkenaan alam
kita. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menjelaskan penetapan pemalar
kosmologi melainkan ada sesuatu yang menetapkannya, yang tujuannya adalah
mencipta alam semesta ini. Hasilnya, ini membuktikan kewujudan tuhan yang ingin
mencipta sesuatu.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 552
Dalam istilah saintifik, tidak wujud sebarang
hipotesis yang menyebutkan alam berbagai berada pada satu tahap lebih
berkemungkinan daripada apa yang telah kami sebutkan, iaitu semua alam-alam ini
tidak berada pada satu tahap. Malah, mungkin pembuaian kuantum dalam ruang telah
membuatkan hipotesis berkenaan alam-alam ini berada pada tahap yang berbeza
lebih berkemungkinan, kerana kuanta ini mewakili zarah utama untuk asal-usul
alam kita. Oleh itu, jika ia adalah dari kesan alam yang lain, maka pastinya ia
berasal dari kesan alam yang menjadi asal-usul alam kita. Ini menyokong idea
bahawa alam berbagai tidak berada pada satu tahap, atau dari satu asal. Sebaliknya, mereka berada pada tahap yang
berbeza dan mereka berasal dari satu sama lain. Setiap alam mempunyai sumber
yang berbeza daripada alam yang lain dan, oleh itu, ia mempunyai cara
penciptaan, kewujudan, dan komposisi yang berbeza. Ini menjadikan konsep alam
berbagai tidak sesuai untuk menerangkan penetapan pemalar kosmologi.
Contoh yang terbaik adalah, jika semua alam
berbagai bermula dengan pembuaian kuantum di dalam ruang dan dari zarah primer,
seperti alam semesta kita, maka kita boleh menyatakan bahawa, secara
keseluruhan, mereka telah dapat menjelaskan penetapan kosmologi di alam semesta
kita. Walau bagaimanapun, jika setiap satu daripada alam berbagai ini bermula
dengan cara yang berbeza berdasarkan tahapnya, sebagai contoh, dengan sesuatu
yang sama sekali berbeza daripada mana-mana zarah tenaga atau bahan, maka,
secara keseluruhannya, alam semesta ini tidak dapat menjelaskan pemalar
kosmologi kerana semua alam ini bukan satu kumpulan yang datang dari satu asal
yang sama dan terus.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan