Jirim Gelap
Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit
tertentu dan pada kelajuan tertentu. Kelajuan dalam orbit ini ditentukan oleh
daya graviti: daya yang dikenakan oleh suatu jasad ke atas jasad yang lain.
Kesan daya ini kelihatan jelas dalam objek besar, kerana ia terkumpul dan
meningkat apabila jisim meningkat. Undang-undangnya telah dibangunkan oleh ahli
fizik terkenal Isaac Newton. Walau bagaimanapun, ia kekal sebagai daya yang
misteri dalam fizik sehingga teori kerelatifan am Einstein menjelaskan ia
adalah hasil daripada lenturan fabrik alam semesta, atau fabrik ruang masa,
bergantung kepada jisim objek.
Secara hipotesisnya, jika matahari mempunyai
jisim yang lebih besar daripada sekarang, ia akan membengkokkan fabrik ruang-masa
ke tahap yang lebih tinggi. Akibatnya,
bumi (dengan orbit dan kelajuan semasa) akan bergerak keluar dari laluan semasa
dan menuju ke arah matahari akibat daya graviti. Demi mengelakkan kejadian ini
dari berlaku, ia mesti berputar pada kelajuan yang lebih tinggi supaya detik
tork inersianya mengekalkannya dalam laluan yang sama. Begitu juga, jika kita
mengandaikan bahawa bumi bergerak pada kelajuan yang lebih besar daripada
sekarang, dan kelajuannya cukup untuk melepaskan diri daripada graviti matahari
(bermaksud ia mencapai halaju lepas), maka bumi akan bergerak keluar dari
orbitnya, menjauhi matahari. Untuk mengelakkan bumi yang bergerak laju ini
terlepas dari orbitnya dan menjauhi matahari, jisim matahari perlu ditambah
supaya gravitinya mencukupi untuk menghalang bumi daripada terlepas dari
orbitnya dan menjauhinya.
Apa yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan
hukum graviti Newton, dan dengan cara yang sama di mana ia terpakai kepada bumi,
ia juga terpakai kepada galaksi. Contohnya ialah kesan graviti jisim galaksi
pada bintang dan planet di dalamnya, dan kesan jisim gugusan pada galaksi, dan
kesan graviti jisim galaksi pada galaksi lain.
Sejak tahun 1930-an, pemerhatian telah
merekodkan galaksi di dalam beberapa gugusan galaksi bergerak
____________________
. 1. Sumber (Tyson dan Smith - Permulaan): ms
39
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 516
pada kelajuan tinggi yang melebihi kelajuan
yang dibenarkan untuk daya tarikan sesama gugusan galaksi. Dalam erti kata
lain, galaksi ini bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kelajuan
pelepasannya, namun ia kekal dalam orbitnya. Ini bermakna wujud graviti yang
menghalangnya daripada melepaskan diri atau kelajuan yang membuatkan ia
bergerak pada kelajuan ini. Malah pada masa ini, pemerhatian telah mengesahkan
bahawa ia wujud di sekeliling kita di alam semesta dan atau pada skala yang
lebih besar lagi, kerana banyak gugusan galaksi telah mengesahkan kewujudan
daya tarikan yang sangat kuat, membuatkan galaksi bergerak pada kelajuan yang
lebih tinggi. Gugusan ini tidak akan dapat kekal dalam keadaan mereka jika
tidak kerana kewujudan daya tarikan yang melindungi gugusan ini daripada
melesap dan tersebar di alam semesta apabila galaksinya melebihi halaju lepas,
dalam had pengiraan graviti jirim yang dapat dilihat dalam gugusan galaksi.
Turut diperhatikan ialah daya graviti yang melebihi apa yang mampu disediakan
oleh jirim dapat terlihat di dalam galaksi pilin.
Kesimpulan yang dicapai oleh ahli astronomi
daripada pemerhatian adalah bahawa terdapat daya tarikan yang banyak di dalam
alam semesta, yang sumbernya tidak diketahui. Apabila ahli astronomi
menyebutnya dengan terma jirim gelap, mereka menyifatkannya sebagai tidak
bertindak balas dengan jirim biasa atau bertindak balas dengan sangat lemah, ia
tidak ketara, mahupun menjejaskan jirim biasa melalui daya tarikan yang
dihasilkan.
Oleh itu, kita mempunyai sebuah daya tarikan
yang puncanya tidak dapat diperhatikan dan tidak diketahui secara nyata oleh
ahli astronomi dan ahli fizik - sekurang-kurangnya sehingga kini.
Pada awalnya, beberapa ahli fizik telah menolak
kaedah penaakulan ini, menganggap hukum Newton sebagai tidak benar sama sekali,
memerlukan pindaan berkenaan entiti yang mempunyai jumlah besar seperti galaksi
dan gugusan galaksi kerana jarak antara bintang dalam galaksi adalah berjauhan.
Hal yang sama juga untuk jarak antara galaksi dan gugusan galaksi. Walau bagaimanapun, pindaan hukum Newton
seperti ini tidak berjaya menjelaskan punca daya tarikan yang berlebihan dengan
cara yang betul dan boleh diterima. Di samping itu, terdapat bukti yang mengesahkan
kewujudan jirim gelap atau daya graviti tambahan melebihi daya graviti yang
wujud daripada jirim yang diketahui. Hasilnya, hukum Newton sememangnya tepat
dan alam semesta memerlukan daya tarikan yang lebih besar pada permulaan
penciptaannya daripada jumlah yang diwujudkan oleh jirim yang diketahui. Ini
membolehkan gugusan galaksi dan galaksi untuk membentuk jirim - yang wujud pada
permulaan penciptaan alam, dari menyebarkannya ke seluruh alam.
Dalam tempoh setengah juta tahun pertama
selepas dentuman besar - tempoh yang ibaratnya sedetik di sepanjang sejarah
kosmik 14 bilion tahun - jirim di alam semesta telah mula bergabung menjadi
gumpalan yang akan menjadi gugusan dan supergugusan galaksi. Apa pun kosmos
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 517
terus berkembang,
dan akan bertambah saiznya dua kali ganda dalam tempoh setengah juta tahun akan
datang. Maka alam semesta bertindak balas kepada dua kesan yang bersaing:
graviti, yang mahu membuat semua perkara tergumpal, serta pengembangan yang
mahu memecahkannya. Jika anda membuat pengiraan, anda dengan cepat akan dapat
menyimpulkan bahawa graviti daripada jirim biasa tidak akan dapat memenangi
pertempuran ini dengan sendirinya. Ia memerlukan bantuan jirim gelap, tanpanya
kita akan hidup - sebenarnya tidak hidup - dalam alam semesta yang tiada
struktur: tiada gugusan, tiada galaksi, tiada bintang, tiada planet, tiada
manusia. Berapakah kekuatan graviti daripada jirim gelap yang diperlukannya?
Enam kali lebih banyak daripada yang wujud dari jirim biasa itu sendiri.
Analisis ini tidak memberi ruang untuk istilah pembetulan kecil MOND ke atas
hukum Newton. Analisis tidak menceritakan kepada kita apa itu jirim gelap,
hanya sahaja kesan jirim gelap itu nyata - dan, cubalah seboleh mungkin, namun
anda tidak boleh menyebutkan kesan tersebut berasal dari jirim biasa.”[1]
Di samping hipotesis kewujudan jirim gelap
untuk menjelaskan peningkatan tambahan, atau hipotesis bahawa hukum Newton
adalah salah, dan memindanya mengikut saiz-saiz besar, terdapat juga teori alam
berbilang yang dikemukakan oleh Hugh Everett.[2] Teori ini telah
mendapat banyak penerimaan di kalangan komuniti saintifik, terutamanya
berikutan pembentangan teori supertetali dan teori-M serta bukti matematiknya,
dan juga demonstrasi dimensi selain daripada empat dimensi yang diketahui dan
boleh dilihat (tiga dimensi ruang dan dimensi masa). Secara saintifiknya, jika
wujud alam bayangan, yang tidak dapat diperhatikan dan berselari dengan alam
kita, maka wujud kemungkinan alam tersebut memberi kesan kepada alam kita
melalui daya tarikan. Sebagai contoh, jika setakat ini wujud kemungkinan untuk
mengandaikan tetali daya graviti - atau zarah graviton - sebagai bebas dan
tidak bersambung dengan fabrik kosmos atau bran[a] di mana kita
hidup, maka dengan itu adalah mungkin untuk memindahkannya daripada satu alam
kepada yang lain. Akibat daripada ini ialah kewujudan alam yang selari dengan
alam kita sudah memadai untuk menerangkan berkenaan kewujudan daya graviti dari
sumber yang tidak diketahui, yang telah menyebabkan peningkatan kelajuan galaksi
yang bergerak dalam gugusan galaksi.
“Di dalam alam bran
ini, kita akan hidup di dalam satu bran namun akan wujud satu lagi bran
"bayangan" berdekatan. Oleh
kerana cahaya akan terhad kepada bran dan tidak akan merambat melalui ruang
yang wujud, maka kita tidak dapat melihat alam bayangan tersebut. Tetapi kita
akan dapat merasakan pengaruh graviti jirim dari bran bayangan tersebut. Dalam bran kita, daya graviti sedemikian
nampaknya dihasilkan oleh sumber yang benar-benar "gelap" kerana
satu-satunya cara kita dapat
_______________________
[1] Sumber (Tyson dan Smith - Permulaan): ms
57
[2] Hugh Everett (1984 1930), seorang ahli
fizik Amerika, yang pertama mengemukakan teori multiverse dengan cara yang
terbukti secara matematik.
[a] Penterjemah: Rujuk https://id.wikipedia.org/wiki/Bran
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 518
mengesannya adalah
melalui gravitinya. Hakikatnya untuk menjelaskan kadar bintang-bintang
mengelilingi pusat galaksi kita, pastinya wujud lebih banyak jisim yang
terhasil daripada jirim yang dapat kita perhatikan. Jisim yang hilang mungkin
timbul daripada beberapa spesis zarah eksotik di dunia kita seperti WIMP (zarah
besar yang berinteraksi dengan lemah) atau aksion (zarah asas yang sangat
ringan).
Tetapi
jisim yang hilang juga mungkin menjadi bukti kewujudan dunia. Dalam senario alam
bran, planet-planet mungkin berputar mengelilingi jisim gelap pada bran "bayangan"
kerana daya graviti merebak ke dimensi tambahan.
Kita tidak akan
melihat galaksi bayangan pada bran bayangan bran kerana cahaya tidak akan
tersebar melalui dimensi tambahan. Tetapi graviti merebak melaluinya, jadi
putaran galaksi kita dipengaruhi oleh jirim gelap yang kita tidak nampak bayangan
jirim itu. Mungkin ia mengandungi manusia bayangan yang tertanya-tanya tentang
jisim yang hilang itu yang kelihatan hilang dari dunia mereka untuk menjelaskan
orbit bintang bayangan di sekitar pusat galaksi bayangan.”[1]
____________________
[1] Sumber (Hawking - Alam semesta dalam
cangkerang walnut): ms 165-166
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan