Halaman

Jumaat, 18 Mac 2022

6.19 Kesan Doppler dan Alam Berkembang

 

Kesan Doppler dan Alam Berkembang

 

Kesan Doppler adalah perubahan relatif (anjakan) di dalam frekuensi yang diakibatkan oleh pergerakan relatif antara sumber gelombang dan pemerhati. Berdasarkan perubahan ini, kita dapat menentukan samada sumber gelombang tersebut bergerak ke arah atau menjauhi si pemerhati. Kesan ini dapat diperhatikan di dalam kehidupan harian kita apabila sebuah kenderaan yang menghasilkan bunyi melepasi kita, contohnya seperti kereta polis atau ambulan. Kita akan mendapati bahawa apabila kenderaan tersebut mendekati kita, bunyi kenderaan tersebut adalah lebih kuat dari apabila ia bergerak menjauhi kita, sementara untuk si pemandu, bunyinya sama. Dengan menggunakan kesan Doppler, kita boleh menentukan samada bintang dan galaksi sedang mendekati kita atau menjauhi kita, melalui pengukuran frekuensi radiasi yang dipancarkan, dan kemudiannya membandingkannya dengan frekuensi

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 490

 

 

makmal yang asli. Apabila kita mengukur frekuensi cahaya yang dipancarkan dari sebuah bintang dengan menggunakan  teleskop, digabungkan dengan ilmu yang kita tahu bahawa cahaya adalah hasil dari hidrogen yang sedang terbakar serta panjang gelombang hidrogen yang asli secara eksperimen, kita boleh membandingkan panjang gelombang spektrum hidrogen yang dipancarkan dari bintang dengan panjang gelombang asli spektrum hidrogen. Oleh itu, kita dapat menentukan samada bintang tersebut sedang mendekati atau menjauhi kita. Jika panjang gelombang cahaya bintang adalah kurang dari apa yang dihasilkan di dalam makmal, maka kita tahu bahawa bintang ini sedang bergerak menjauhi kita, dan begitulah sebaliknya. Perkara yang sama juga terpakai untuk galaksi. Dari segi warna, jika warna cahaya sebuah galaksi itu bertukar ke arah kebiruan, maka itu bermakna ia bergerak mendekati kita dan ke arah kita. Jika warna cahaya sesebuah galaksi itu bertukar ke arah kemerahan, itu bermakna ia sedang bergerak menjauhi kita.

 

Hasil dari pemerhatian telah membuktikan bahawa spektrum kebanyakan galaksi bertukar kemerahan. Takat perubahan ini adalah berkadar langsung dengan jarak galaksi tersebut dengan kita. Oleh itu, semakin jauh galaksi tersebut, maka semakin jelas kemerahannya. Ini bermakna, galaksi-galaksi sedang bergerak menjauhi kita. Sebagai tambahan, semakin jauh galaksi itu dari kita, maka semakin besar kelajuannya, dengan kata lain, galaksi sedang bergerak menjauhi satu sama lain dengan pantas dan pada kadar meningkat. Ini juga bermakna, galaksi dan jirim di alam ini sangat dekat antara satu sama lain pada masa silam. Semakin kita kembali kepada masa silam, maka semakin dekat kedudukan mereka sehingga kita mencapai isipadu sifar. Oleh itu, model alam yang pegun adalah tidak tepat. Adalah tidak tepat untuk mengatakan alam yang kita diami sekarang adalah abadi, mahupun dengan mengatakan alam ini dicipta secara terus seperti keadaan sekarang.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 491

 

 

 

 

 

 


(Rajah 25: Gambar rajah yang dipermudahkan bagi mengesan Doppler)[1]

 

 



 Rajah 26: Imej ringkas bagi contoh tambahan penggunaan fenomena (Kesan) Doppler (imej menunjukkan bagaimana ketaksamaan Doppler digunakan untuk mengesan planet)

 

 

________________________

[1] Imej asal dari ensiklopedia bebas Wikipedia telah diubah suai.

Apabila "sumber gelombang" bergerak ke arah anda, gelombang tersebut menjadi semakin mampat apabila ia semakin dekat dengan anda (gelombang biru), tetapi jika sumber gelombang bergerak menjauhi anda, gelombang semakin mengembang semakin renggang apabila ia semakin menjauhi anda (gelombang merah).

[2] Boleh didapati di: http://planetquest.jpl.nasa.gov/page/methods

 

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan