Alam Ini Mempunyai Permulaan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 489
Alam yang kita diami ini terdiri dari jirim
yang bisa dilihat, pada asasnya seperti awan-awan gas, serpihan batu,
planet-planet dan bintang yang menyala. Ia tersusun di dalam suatu kumpulan
yang digelar galaksi. Sesetengah dari galaksi ini mengandungi berbilion
bintang, sesetengah yang lain malah mencapai setrilion bintang. Mereka bergerak
menjauhi satu sama lain di dalam alam ini pada kelajuan dan pecutan yang
ketara. Sesetengah dari mereka mempunyai bentuk lingkaran, yang lain pula
berbentuk bujur, heliks, atau tidak tersusun; wujud yang berbentuk cacat akibat
dari pelanggaran dua galaksi. Galaksi-galaksi tersebut disusun di dalam sebuah
kelompok galaksi yang mewakili wilayah jirim yang bisa dilihat di dalam alam
ini. Sebuah kelompok boleh terdiri dari ratusan atau ribuan galaksi.

Ini adalah isu-isu asas, terbukti dari
pemerhatian astronomi dan beberapa hukum fizik, seperti Kesan Doppler yang
disebabkan oleh perubahan di dalam frekuensi relatif. Apa yang perlu kita ambil
perhatian di sini adalah kesimpulan yang telah dicapai oleh ahli astronomi,
iaitu galaksi-galaksi bergerak semakin menjauhi antara satu sama lain pada
kelajuan yang meningkat. Ini menunjukkan alam ini sedang berkembang dan
bukanlah pegun. Dengan kata lain, alam ini lebih kecil pada waktu silamnya dan
mempunyai ketumpatan yang lebih besar. Ini bermakna alam ini mempunyai
permulaan dan bukanlah bersifat abadi. Ini telah dibuktikan melalui
pemerhatian, kesan Doppler pada perubahan frekuensi relatif, dan seterusnya,
radiasi latar belakang kosmik. Bagaimanapun, sebelum radiasi latar belakang
kosmik, dentuman besar mempunyai sebuah pesaing, model keadaan-tetap yang telah
dipersembahkan oleh Hermann Bondi, Thomas Gold dan Fred Hoyle. Boleh dikatakan
bahawa, model ini telah cuba menjelaskan galaksi bergerak menjauhi satu sama
lain dalam rangka alam yang tidak mempunyai sebuah permulaan. Ia hampir menjadi
sebuah percubaan untuk membatalkan permulaan tersebut dan apa yang diwakilinya:
sebuah isyarat bahawa suatu entiti yang lebih besar dari alam ini mungkin telah
menyebabkan permulaan kepada alam ini.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan