Sebuah Lagi Tesis Keagamaan
Ia adalah teori di mana roh telah ditiupkan ke
badan yang telah dievolusikan di bumi ini. Ia menjelaskan penciptaan Adam dalam
dua peringkat. Peringkat pertama adalah penciptaan manusia dari tanah liat,
dengan kata lain, penciptaan “manusia awal” dari bahan bumi ini sebagai makhluk bipedal (berkaki dua)
dan sempurna yang mampu untuk berevolusi. Mereka membayangkan bahawa dengan
ini, mereka telah menjelaskan sejarah fosil nenek moyang “manusia moden” yang telah ditemui, sebuah sejarah yang menjangkau
jutaan tahun. Bagaimanapun, mereka menolak sebarang kaitan evolusinari antara
sejarah fosil ini dan hidupan haiwan di bumi yang wujud sebelumnya, dan juga
yang datang lebih awal lagi.
Mereka membayangkan bahawa setelah sempurna
proses evolusi pada “manusia awal” tersebut yang dicipta secara terus dari tanah liat, maka
terjadilah peringkat kedua, iaitu ditiupnya roh kepada jasad bersepadu manusia
awal yang mempunyai kemahiran berbahasa
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 310
dan teknologikal, maka terjadilah Adam sebagai
“manusia moden” yang
pertama.
Idea ini telah
dipersembahkan oleh Dr. Abdul Sabur Shahin di dalam bukunya, Abi Adam - Qishah
Baina Al-Khaliqah Al-Asthurah Wal-Haqiqah, (Bapaku Adam: Kisah Penciptaan,
Antara Mitos dan Realiti)
Beliau mempercayai, berdasarkan pemahamannya,
nenek moyang manusia moden telah dicipta berasingan, sebagaimana keseluruhan
spesisnya. Beliau mengiktiraf evolusi hanya dalam had sebuah spesis tunggal
atau sebuah keluarga tunggal, yang merupakan sebuah pendapat yang tidak
saintifik. Walaupun di dalam had ini, evolusi akan tetap mencapai pen-spesis-an
dan menghasilkan spesis yang lain, tanpa mengira berapa lama ia diperlukan.
Oleh itu, penspesisan adalah hasil yang tidak boleh dielakkan dari evolusi.
Pastinya, ini menunjukkan falasi (hujah lemah) yang besar dalam apa yang
Abdul Sabur persembahkan. Beliau berkata:
“Idea berkenaan
evolusi sang pencipta telah gagal. Dan kami menyebutnya sebagai idea, bukan
sebuah teori. Walaupun manusia terpesona dengan teori ini selama berdekad
lamanya.. ia telah gagal, bersama semua ideal lain yang terhubung dengannya.
Kebenaran berkenaan penciptaan berasingan, yang ditegakkan oleh agama, telah
menang, dan ia juga turut disahkan oleh sains. Oleh itu, manusia moden tidak
mempunyai nenek moyang lain selain manusia awal, sejak kewujudannya, dan ia
bukan monyet. Ikan tetap menjadi ikan di alam akuatik. Dan dia bukan monyet,
dan ikan itu tidak lain hanyalah ikan di dunianya yang berair, dan semua itu
hanya mengikut kehendak ilahi mutlak dan pencapaian keupayaan sejagat.[1]
Kata-kata ini sangat menyedihkan. Malangnya ia
diulangi oleh sesetengah agamawan, memetik kata-kata satu sama lain, walaupun
hakikatnya ia adalah kenyataan yang tidak saintifik, yang tidak didasarkan
kepada mana-mana kajian saintifik yang bererti, mahupun ia telah digunakan oleh
mana-mana pusat kajian atau universiti ternama. Saya tidak tahu di mana
gagalnya teori evolusi dari sisi saintifik. Adakah ia hanya terjadi di dalam
imaginasi pemimpi yang tertipu?!
Evolusi adalah teori saintifik yang penting
dan telah dibuktikan dengan pelbagai bukti yang kukuh. Ia telah diakui oleh
semua universiti saintifik dan pusat kajian terulung di serata dunia. Tiada
bantahan yang kuat ke atas teori ini. Malah teori ini adalah hal yang telah selesai
setelah sains mencapai tahap kajian genetik termaju di akhir abad kedua puluh.
Tiada lagi orang yang mempertikaikan teori ini, kecuali mereka yang jahil akan
pencapaian bidang genetik.
Demi menjelaskan ideanya, Abdul Sabur berkata:
“Allah Ta’ala telah berfirman, {Dia telah
menciptakan kamu secara berperingkat.}[Quran 71:14]: Dari perspektif
sejarah, peringkat ini boleh dimaknakan sebagai tempoh
_____________________
[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah
Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 46
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 311
masa panjang yang
dilalui oleh manusia awal, dan perjalanan mereka melalui peringkat-peringkat
yang membentuk mereka serta peniupan Roh Tuhan ke dalam mereka: {Dan ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran, dan penglihatan serta hati.}[Quran
32:9]. Dari perspektif material, peringkat-peringkat ini boleh dimaknakan
dengan apa yang datang setelahnya, seperti yang disebutkan di dalam Quran
berkenaan janin dan peringkat-peringkatnya di dalam “penetapan yang kukuh”,
iaitu rahim ibu. Ayat di dalam Surah Al-Mukminun menjawab sebuah soalan yang
timbul dari penyebutan peringkat-peringkat di dalam Surah Nuh.. Apakah
peringkat-peringkat ini??.. Jawabannya datang di dalam Surah kedua puluh tiga (Al-Mukminun)
di mana Allah Taala berfirman, {Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari pati tanah} [Quran 23:12]. Ayat ini menjauhkan
akal dari kebarangkalian menghimpunkan kedua-dua proses. Manusia moden
diciptakan dari pati (unsur) tanah, maka dia tidak diciptakan secara terus dari
tanah.. Berkenaan manusia yang dicipta secara terus dari tanah tersebut, dia
adalah bapa kepada manusia awal, dan ini adalah jutaan tahun yang lalu. Inilah
makna yang disebutkan di dalam Surah ketiga puluh dua (As-Sajdah), yang
merupakan tambahan penting untuk menjawab soalan yang timbul dari makna “peringkat-peringkat”
di dalam Surah ketujuh puluh satu... Allahu Taala berfirman,
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ * ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ * ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ ۖ
{Yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia
berasal dari tanah ✶ Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia
itu dari sejenis pati, iaitu dari air yang hina✶ Kemudian
Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh} [ALSajadah
32:7-9]. Penciptaan manusia moden “bermula dari tanah” merujuk kepada permulaan
“manusia awal” ,
kemudian Tuhan mengeluarkan keturunan darinya {sejenis pati, iaitu dari
air yang hina}, kemudian ada proses penyempurnaan kejadian serta
peniupan roh, maka manusia moden adalah hasilnya yang terakhir... melalui
himpunan peringkat-peringkat sejarah purba.”[1]
“Kebenaran yang tidak
dapat dipersoalkan adalah: antara “manusia awal” dan “manusia moden”, wujud hal umum dan khusus yang mutlak. Kata “manusia awal” adalah terma umum untuk
semua makhluk bipedal (berkaki dua) yang muncul di muka bumi, sementara terma “manusia moden” adalah terma khusus untuk
semua manusia awal yang ditugaskan untuk mengenali Tuhan dan menyembahNya. Oleh
itu, setiap manusia moden adalah manusia awal, namun bukan semua manusia awal
adalah manusia moden. Apa yang sememangnya dimaksudkan adalah makna yang
pertama, yang mana perkataan “manusia awal” telah digunakan di dalam ayat
Quran; dialah yang muncul atau bergerak dengan keindahan.[2]
“Bersama para ahli
antropologi (kajian kemanusiaan), kita boleh menyimpulkan bahawa bumi mengenali
makhluk ini yang muncul di permukaannya jutaan tahun yang lalu. Anggaran
saintifik saling berbeza, bergantung kepada umur fosil dan hasil kepada
analisis saintifik. Para saintis telah salah atau cuai dengan menamakan makhluk
ini sebagai “manusia moden”, iaitu
dengan menyebutnya sebagai manusia moden Peking, manusia moden Jawa, atau
manusia moden Kenya, dan nama-nama lain yang mewakili tahap-tahap pembentukan
manusia seperti mana yang disebut di dalam Quran. Penggunaan sebutan “manusia moden” hanya digunakan untuk
mencirikan mereka secara umum, sama seperti sebutan “manusia awal” telah digunakan untuk menunjukkan makna manusia moden
secara umum. Sepatutnya, terma tepat yang perlu digunakan dalam menamakan
makhluk purba yang ditunjukkan oleh fosil-fosil ini, menurut bahasa Quran
adalah “manusia awal”.
___________________
[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah
Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 95-96
[2] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah
Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 102
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 312
Oleh itu mereka patut
disebut sebagai manusia awal Peking, manusia awal Jawa, manusia awal Kenya dan
manusia awal Neanderthal dan seterusnya. Berkenaan terma “manusia moden” dari sisi Quran, ia sepatutnya digunakan hanya untuk
makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah semata-mata. Makhluk
tersebut bermula dengan kewujudan Adam (as).Dengan ini, Adam adalah bapa manusia
moden, bukan bapa manusia awal. Tidak wujud sebarang
hubungan antara Adam dan manusia awal, yang musnah sebelum beliau demi membuka
jalan untuk kemunculan keturunan Adami yang baru, kecuali hanya sekadar
hubungan yang berbentuk umum, kerana beliau adalah salah seorang keturunan
mereka.”[1]
Rumusan tesis Abdul Sabur adalah wujud suatu
makhluk bipedal (berkaki dua) yang dicipta secara terus dari tanah jutaan tahun
yang lepas. Makhluk itu adalah “manusia awal”. Dia mempunyai bentuk badan yang telah berevolusi dan
memiliki kemampuan intelektual dan bahasa primitif. Kemudiannya, dia
memperolehi suatu roh khusus yang dihembus kepadanya. Maka beliau terbentuk dan
menjadi “manusia moden” yang
pertama, iaitu Adam. Melalui tesis ini, beliau telah mencuba untuk
menyelesaikan percanggahan yang jelas lagi terang antara tesis keagamaan
tradisional dan sains, memandangkan tidak wujud lagi ruang untuk mempertikaikan
apa yang telah tertegak secara saintifik - bahawa sejarah manusia moden
meliputi jutaan tahun, dan asal-usulnya adalah dari Afrika, serta berevolusi
dalam tahap-tahap yang berturutan.
Abdul Sabur telah cuba menyelesaikan masalah
ini dengan mengakui sejarah nenek moyang terdekat manusia moden, atau nenek
moyang yang berjalan di atas dua kaki secara khusus, meliputi jutaan tahun.
Beliau juga mengakui evolusi, namun menghadkannya dalam tempoh tersebut. Beliau
menolak hubungan manusia moden dengan nenek moyang yang lebih tua dari nenek
moyang yang berjalan di atas dua kaki tersebut. Beliau juga menolak kewujudan
asal usul tunggal semua hidupan di bumi ini, iaitu sesuatu yang telah diterima
di dalam biologi evolusinari dan terbukti di dalam kajian genetik. Sebaliknya,
Abdul Sabur memberi hipotesis manusia moden awalnya diciptakan sebagai manusia
awal beberapa juta tahun yang lalu, dan seterusnya berevolusi menjadi manusia
moden yang bertama, Adam (as), tanpa sebarang bukti saintifik mahupun sebarang
diskusi. Hipotesis ini bercanggahan dengan biologi evolusinari dan semua bukti
saintifik yang membuktikan nenek moyang yang sama memanjang ke belakang waktu
tanpa akhir, sehingga ia mencapai titik noktah yang menyatukan semua hidupan
bumi: komposisi kimia pertama yang mampu mereplikasi diri yang seterusnya
berevolusi kepada RNA, DNA dan bakteria, dan kemudiannya sel eukaryotik, dan
seterusnya menjadi organisme haiwan dan tumbuhan yang terdiri dari banyak sel.
Walaupun Abdul Sabur Shahin dan para
pengikutnya cuba untuk menyelesaikan percanggahan bermasalah antara tesis
keagamaan
__________________
[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah
Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 104
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 313
yang naif oleh sesetengah agamawan dan fakta
yang telah dibuktikan secara saintifik, tesis mereka masih mempunyai sebuah
kecacatan yang besar: acap kali ia tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan
oleh teks keagamaan yang muhkam. Malah, ia acap kali berkonflik dengan
prinsip-prinsip saintifik yang terkenal, seperti yang dijelaskan oleh Abdul
Sabur.
Menurut tesis ini, tidak ada sebarang tafsiran
logik atau berpatutan untuk ayat atau riwayat yang menyatakan Adam -yang
diciptakan dari tanah dan roh - telah diciptakan di syurga.
فَقُلْنَا يَـٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ
[Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam
sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia
menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau
akan menderita.] [1]
Mereka menganggapnya sebagai taman duniawi,
yang bercanggahan dengan banyak ayat dan riwayat.
Tidak wujud sebarang penjelasan logik
berkenaan Adam yang tidak pernah lapar, telanjang atau dahaga, serta tidak
merasai panas matahari, walaupun menurut tesis ini, beliau sentiasa berada di
bumi, sejak awal lagi.
إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيہَا وَلَا تَعۡرَىٰ . وَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيہَا وَلَا تَضۡحَىٰ
["Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai
nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan
bertelanjang. "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga
itu, dan tidak akan merasa panas matahari".] [2]
Tidak wujud sebarang penjelasan logik dan
berpatutan untuk ketelanjangan Adam, dan penampakan bahagian sulitnya, walaupun
menurut tesis ini beliau tinggal di bumi.
فَأَڪَلَا مِنۡہَا فَبَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُ ۥ فَغَوَىٰ
{Kemudian mereka berdua memakan dari pohon
itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah
menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada
Tuhannya, lalu tersalah jalan.} [3]
Tidak wujud sebarang penjelasan berpatutan
berkenaan turunnya Adam dan Hawa dari syurga.
قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢاۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ
[Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari
Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi
setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka
sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula
tidak akan menderita azab sengsara.] [4]
Tidak wujud sebarang penjelasan berpatutan untuk turunnya Adam ke bumi untuk tinggal di dalamnya setelah keingkarannya. Adalah sangat tidak rasional untuk penggelinciran dan penurunan dari syurga itu adalah dari bumi ke bumi.
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
____________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha ayat: 117
[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha ayat: 118
[3] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha ayat: 121
[4] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha Ayat: 123
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 314
[Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan
mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat
yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu!
Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu
semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke
suatu masa (mati)".] [1]
قَالَ ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ
[Allah berfirman: "Turunlah kamu
semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang
lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi
kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".] [2]
Tidak wujud penafsiran untuk riwayat keagamaan
yang mengatakan Adam dalam bentuk tanah terbaring di gerbang syurga sebelum roh
ditiup kepadanya.
Penulis tesis ini telah memadam sepenuhnya
kewujudan Adam dan penciptaan beliau sebelumnya di dalam syurga dari tanah.
Pada mereka, permulaan Adam adalah seratus peratus di bumi, walaupun teks Quran
jelas menyatakan permulaan Adam (a) adalah syurgawi, dan secara khusus, syurga
duniawi di Langit Pertama. Dan mereka pastinya terpaksa menafikan Alam Al-Zhar
yang disebutkan di dalam Quran kerana tesis mereka tidak mempunyai ruang untuk
alam tersebut, kerana bagi mereka Adam dari awal lagi berada di bumi!
Saya tidak tahu bagaimana, sebagai contoh,
mereka akan dapat menerangkan ayat-ayat ini jika mereka diminta untuk
menerangkannya, walaupun dalam apa-apa bentuk yang boleh diterima,
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنۡ هَٰذَا غَٰفِلِينَ* أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ
[Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab:
"Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata
pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini".atau
agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan
Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang)
sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan
orang-orang yang sesat dahulu?"] [3]
Di dalam bukunya, Ashal Al-Khalq Wa Amr
Al-Sujud [Asal-Usul Penciptaan dan Perintah Sujud], Aalim Subait Al-Nili juga
menulis tesis yang sama dengan Abdul Sabur.
Berdasarkan kata-kata Aalim Subait, kita
mengetahui beliau mempercayai kesahihan teori evolusi, dan beliau tidak
menghadkannya seperti mana Abdul Sabur. Berdasarkan kata-katanya, Aalim Subait
mempercayai evolusi dan pemilihan semulajadi seperti yang telah diketahui di
dalam biologi evolusinari, dan beliau juga mempercayai Adam adalah hasil dari
peniupan roh ke dalam badan yang terhasil dari evolusi di bumi ini. Aalim Subait
membezakan antara orang dan manusia seperti yang dilakukan oleh Abdul Sabur
Syahin. Walaubagaimanapun, apa yang dianggap oleh Abdul Sabur sebagai ayat
Quran yang ditujukan kepada manusia yang dipertanggungjawabkan
________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-Baqarah Ayat:
36
[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 24
[3] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat:
172 173
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 315
untuk menyembah Allah, telah dianggap oleh
Aalim Subait sebagai bertujuan untuk mengkritiknya, sekaligus telah
menerbalikkan isu ini. Maka Aalim Subayt menyatakan “orang-orang” awal telah berevolusi menjadi “manusia [moden]”. Adam, yang dianggap oleh Abdul Sabur sebagai “orang” pertama, adalah manusia pertama
menurut Aalim Subait:
“Tanah kering adalah
pati pekat di ambil dari lumpur, dan ia adalah seketul objek yang mempunyai
sebuah hukum dan laluan yang telah terbina, dan mampu melindungi dirinya
sendiri. Ia juga mempunyai kudrat untuk membantunya terus hidup dengan cara
pembahagian dan pembiakan. Oleh itu, tanah kering dari lumpur tersebut adalah
asas kehidupan yang pertama.”[1]
“Anda akan mendapati,
hipotesis sebelumnya (tanah kering dari lumpur adalah bahan pertama yang diberi
nafas kehidupan, yang kemudiannya terbentuk menjadi “orang-orang” awal melalui
suatu tempoh masa yang lama) adalah hipotesis yang tepat menurut lebih dari
satu aspek.”[2]
Untuk menyelesaikan konflik antara hipotesis
beliau dan riwayat serta ayat yang bercakap tentang Adam diciptakan dari tanah
lembab, Aalim Subayt mencipta hipotesis bahawa Adam diciptakan dari tanah basah
dan bukan dari tanah kering, kerana yang diciptakan dari tanah kering adalah “orang-orang awal”, yang kemudiannya
berkembang menjadi manusia moden. Manusia moden (Adam) adalah yang diciptakan
dari tanah basah, dan Adam, manusia moden yang diciptakan dari tanah basah,
adalah sebuah produk yang terhasil campur tangah Illahi untuk mempercepatkan
proses evolusi melalui pemilihan paksa.
Demi menyelesaikan konflik antara kata-kata di
atas dan teori evolusi, genetik serta firman Allah Taala, ["..bagi manusia
yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah
kental"] [Quran 15:33], beliau menyatakan tanah liat basah di sini
bukanlah tanah liat basah yang dikenali semua orang, sebaliknya ia bersifat
homogenus, bahan tegas yang berkembang dari tanah liat kering. Demi
menyelesaikan konflik antara hipotesis beliau dan firman Allah Taala, {Yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian
manusia berasal dari tanah} [Quran 32:7], beliau berkata:
“{..dan
dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah}, jelas memerlukan kepada
kewujudan suatu jenis kontradiksi, namun di sinilah wujudnya mukjizat Quran. Di
dalam Surah Shad, Dia juga menyebutkan Adam diciptakan dari tanah liat lembap,
maka perbezaan berada pada terma yang selebihnya. Tuhan berfirman, [Sesungguhnya
Aku hendak menciptakan manusia - dari tanah} [Quran 38:71] adalah
berbeza dengan firmanNya, {..dan dimulakanNya kejadian manusia berasal
dari tanah} [Quran 32:7]. Firman pertama adalah di masa lalu, apabila
Tuhan berkata-kata tentang sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan, yakni,
Dia akan menciptakan manusia dari tanah liat kering
____________________
[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms 34
[2] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms 36
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 316
atau lembap. Maka,
Dia menyebut asal usul pertama untuk menunjukkan perbezaan besar antara dua
keadaan, bagi menunjukkan keupayaan untuk menyatukannya dengan kuasa
perkembangan, sementara dalam firman kedua, Dia sedang berbicara tentang
sebuah insiden yang berlaku sebelumnya, maka ia berlawanan sama sekali dengan
yang pertama dalam cara menceritakan insiden tersebut. Makhluk haiwani yang
pertama masih belum mencapai tahap manusia awal. Sebaliknya, ia baru mula
menjadi manusia awal dari peringkat tanah liat lembap. Berkenaan terma “tanah liat basah”, ia sebenarnya benar
untuk kedua-dua kes. Berkenaan tahap kesucian pula, ia boleh difahami dari
perkataan lain yang berada di dalam teks.”[1]
Maka beliau meneruskan andaian yang mengarut
untuk melarikan diri dari satu penghujahan, hanya untuk jatuh tersadung di
hadapan penghujahan yang lain, ibarat tukang kayu yang menghayunkan kapaknya
dengan buta di bawah kegelapan malam.
“Wujud sumber yang
bersifat menolak pada peringkat tanah liat basah, ambil maklum perubahan pada
pencirian: {Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur serta menjadilah
ia dari golongan yang kafir.} [Quran 38:74]. Adam telah menjadikan
beliau sombong dan kafir kerana Tuhan telah mencipta sebuah model yang
mempercepatkan evolusi dari tanah yang sama, jika kita mengambil idea berkenaan
memasukkan sebuah elemen (unsur) atau model mempercepat— yang merupakan
satu-satunya idea yang menyelesaikan masalah di dalam riwayat para Ma’sum
berkenaan tanah liat basah dan asal usul pertama ciptaan, seperti yang anda
akan lihat. Apa yang terjadi sekarang hanyalah, tanah tersebut telah menjadi
suci tanpa najis di dalamnya, seperti mana yang disebutkan di dalam salah satu
riwayat, dan tanah liat basah yang terbentuk darinya adalah suci dari sebarang
najis, berbanding asal usul pertama tanah liat kering dari lumpur yang
terbentuk. Janganlah disangka bahawa najis yang disebutkan di sini sebagai
najis biasa atau ianya adalah tanah liat basah. Sebaliknya, tanah liat biasa
disebut demikian kerana asal usul menurut bahasanya adalah merujuk kepada suatu
elemen yang padu dan mempunyai fungsi khusus tertentu. Kemudian, Tuhan
mencirikannya sebagai tanah liat yang melekit kerana sifat kepaduannya yang
kuat antara elemen-elemennya, disebabkan oleh ketiadaan sebarang najis di dalam
kesucian ini. Dengan tahap kesucian ini, manusia moden dicipta tanpa melalui
peringkat manusia awal. Maka sila ambil maklum, ia adalah tanah liat basah yang
kudus. Oleh itu, ia adalah satu-satunya tempat di mana penciptaan manusia ini
dikaitkan dengan Zat Suci dalam bentuk tunggal yang dicipta...”[2]
“Tanah liat basah
yang kita lihat ini adalah tanah liat basah milik Adam, yang mempunyai kadar-kadarnya,
bahan konsisten dalam elemennya yang dibentuk dari tanah liat kering, bukan
dari sesuatu yang lain. Bagaimanapun, Tangan Illahi telah masuk campur dalam
mempercepatkan penyuciannya dan pembentukannya dengan penjagaan rapi. Ia
melibatkan kemunculan lambat manusia moden yang telah terbentuk ini secara
semulajadi.”[3].
Secara umumnya, idea atau tesis yang
menyebutkan Adam sebagai hasil dari roh yang ditiup kepada jasad yang diangkat
________________
[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms 74
[2] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms 56
[3] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms 60
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 317
melalui proses evolusi, adalah idea yang salah
dan tidak tepat. Malah, ia bercanggahan dengan ayat yang menyebutkan tentang
Alam Al-Zhar:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ﴾
[Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab:
"Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata
pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang
ini".] [Quran 7:172]
Ia juga bercanggahan dengan ayat yang
mengatakan Dia menciptakan manusia dari satu jiwa:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءًۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبًا
[Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan
daripada itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.] [Quran 4:1]
Ia juga menyanggah riwayat berkenaan titisan
sperma yang keluar ketika kematian, serta riwayat dan ayat yang lain.
Tesis ini juga tidak dapat memberikan
penjelasan logika untuk kematian dan apa yang terjadi ketika kematian dari segi
penarikan jiwa atau roh. Apa hakikat sebenar roh atau jiwa yang ditarik dari
badan apabila seorang manusia mati? Adakah ianya adalah “roh yang telah ditiup”, roh istimewa yang tidak dimiliki oleh semua
manusia melainkan mereka yang telah “berkembang” menurut tesis ini? Atau ianya sesuatu yang lain?
Hakikatnya, menurut tesis ini, tidak ada sebarang benda yang terhubung dengan
jasad duniawi yang telah berevolusi ini. Dalam masa yang sama, kematian sesuatu
jasad tidak lebih dari sebuah proses nyahaktif tindakbalas kimia yang
menjadikan organ-organ badan berfungsi. Maka, kematian jasad itu tidak
mempunyai kaitan dengan penarikan keluar jiwa sebenar. Sebaliknya, ia hanyalah
pemberhentian tindak balas yang menyebabkan proses nyahaktif organ-organ dan
seterusnya, nyahaktif badan secara keseluruhannya.
Secara saintifiknya, badan yang telah
berevolusi di bumi ini hanyalah badan yang terdiri dari bahan-bahan kimia. Jika
kita mahu merumuskan perkara ini dalam terma saintifik, kita boleh mengatakan
bahawa badan makhluk hidup seperti manusia adalah sebuah koloni yang didiami
oleh replikator (DNA, RNA dll) yang mempunyai pelan sebuah mesin tindak balas
kimia yang telah dilaksanakan demi keberterusan hidup para replikator dan
mewariskannya kepada generasi seterusnya, tidak lebih dan tidak kurang.
Ini mewujudkan beberapa penghujahan yang tidak
dapat dijawab oleh tesis di atas. Adalah kurang bijak untuk menugaskan
kewajiban keagamaan kepada sebuah jasad yang tidak mempunyai jiwa yang layak
untuk kewajiban-kewajiban tersebut. Dari sisi saintifik, badan manusia hanyalah
sekadar sebuah struktur kimia, sama sahaja seperti badan kelawar, sotong atau
chimpanzi. Oleh itu, bagaimana boleh ia diberikan tanggungjawab dan kemudiannya
akan ditanya berkenaan tanggungjawab itu atau dihukum pada kemudian waktu?
Entiti apakah yang sebenarnya diberi tanggungjawab keagamaan dan yang akan
ditanya? Adakah ianya merujuk kepada badan, suatu entiti yang terdiri dari
bahan-bahan kimia yang bertindak balas, yang membolehkannya melaksanakan
fungsi-fungsi tertentu?!
Jika peniupan roh adalah suatu kemuliaan dan
peninggian darjat, maka ia bukanlah sesuatu yang tepat untuk sesuatu roh
ditiupkan kepada suatu jasad namun tidak pula kepada jasad yang lain, kerana
badan hanyalah mesin kimia yang tidak layak untuk tanggungjawab yang
ditugaskan, dan kemudiannya, salah satu dari mereka akan dipertanggungjawabkan
sementara satu yang lain diberi ganjaran. Ini bercanggahan dengan sifat adil
Yang Maha Besar.
Bagaimanapun kita mendapati Aalim Subait
berkata:
“Sejak dicipta
ketulan darah sehinggalah masa kematian, setiap satu dari mereka menerima
jumlah roh yang berbeza. Sesetengah dari mereka mati tanpa roh, dan sesetengah
dari mereka dilahirkan dengan roh agung.”[1]
Apakah kriteria untuk “peniupan roh”? Adakah
ia bergantung kepada amalan dan ketaatan? Realitinya, ia pastinya bukan
ketaatan dari sebuah badan yang hanya terdiri dari bahan kimia yang bertindak
balas, yang mana tindak balasnya hanya menghasilkan syahwat jasmani, kudrat dan
kehidupan dalam bentuk aktiviti dan fungsi organ. Dari sisi saintifik, semua
ini hanyalah sekadar daya-daya fizikal, dapat diterangkan sepenuhnya dari sisi
fizikal, dan tidak memerlukan hipotesis bukan fizikal. Riwayat menyebut mereka
dengan terma roh syahwat, kudrat dan hayat, dengan kata lain, merujuk kepada
aktiviti dan fungsi organ-organ yang dimiliki oleh semua makhluk hidup. Roh-roh
ini tidak lebih dari komponen material jasad dan hasil-hasil yang datang darinya.
Saya percaya apa yang telah saya jelaskan
adalah mencukupi untuk menunjukkan tesis ini tidak betul. Inilah sebabnya saya
tidak akan membincangkannya dengan lebih terperinci, walaupun sesiapa sahaja
yang membaca buku ini mungkin mempunyai banyak untuk dibincangkan berkenaannya.
Apa yang telah saya jelaskan dalam buku ini
adalah hal yang sebenar, iaitu setiap manusia dilahirkan dengan sebuah jiwa
yang diciptakan dari tanah liat basah yang diangkat serta ditiupkan roh
kepadanya. Jiwa ini terhubung dengan badan dan mempunyai interaksi dan
keupayaan untuk merasai kenikmatan, kesakitan, kehidupan dan kematian badan. Ia
mempunyai kesan material kepada badan, seperti apa yang dilakukan oleh stimulus
aktif di dalamnya.
Oleh kerana jiwa ini diciptakan dari peniupan
roh, ia adalah satu bentuk roh yang jelas dan jernih, dan bentuk akal yang
sempurna. Oleh itu, ia layak untuk taklif (kebertanggungjawaban agama) dan
dibolehkan untuk memberi tanggungjawab agama kepadanya. Jiwa telah ditugaskan
dengan tugas ketuhanan untuk taat, dan ia diuji di dunia ini melalui
hubungannya dengan badan yang bersifat duniawi dan mempunyai keinginan syahwat.
Dari penerangan di atas, jelas semua semua
orang mempunyai jiwa yang layak untuk diberi tanggungjawab agama, dan semua
orang mempunyai kapasiti dan kemampuan yang sama. Maka tidak wujud sebarang
hujah ke atas sifat adil Tuhan. Dia telah menjadikan semua orang setara dan
meletakkan mereka di dalam ujian duniawi. Muhammad, Ali, para Nabi dan Washi,
serta mereka yang soleh telah menang melalui amalan mereka. Pada awalnya Tuhan
tidak memilih mereka ke atas manusia yang lain, kerana ini akan bercanggahan
dengan keadilanNya. Maka mereka yang menyertai ujian
________________
[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul
Penciptaan): ms
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 319
mempunyai peluang yang sama dengan Muhammad
(S), Ali, para Nabi dan Washi (as); namun mereka tidak beramal dan taat, lalu
tewas dalam ujian ini.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan