Halaman

Ahad, 6 Februari 2022

Bab 3.4 Teori Evolusi, Riwayat Islam, Dan Hujah Adam Terhadap Manusia Hominin Pada Zamannya

  

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 135

 

Teori Evolusi, Riwayat-riwayat dalam Islam, Dan Hujah Adam Terhadap Manusia Hampir Serupa Pada Zamannya

 

Pastinya, persoalan evolusi tidak mungkin disebutkan di dalam riwayat-riwayat secara terperinci, tetapi wujud petunjuk di dalam riwayat-riwayat yang mengisyaratkan kepada persoalan evolusi. Ia menjelaskan dengan terang bahawa Adam AS bukanlah makhluk pertama yang mempunyai fizikal tubuh manusia sepertimana hari ini. Bahkan makhluk yang menyerupai Adam dari sudut fizikal tubuh mereka telah wujud lebih lama. Mereka bukanlah dari anak keturunan Adam AS, bererti mereka telah mendahului Adam AS. Riwayat-riwayat telah menamakan mereka sebagai NasNas, iaitu nama yang hampir kepada penamaan-penamaan peringkat evolusi sains hari ini, seperti: Homo erectus, Homo sapiens, manusia Neanderthal dan sesetengah saintis menamakan mereka sebagai hominin (Yang serupa dengan manusia).

 

 

Apa yang menarik perhatian kita adalah terdapat banyak riwayat daripada Keluarga Muhammad AS yang mengesahkan fakta sains yang muncul akhir-akhir ini, hasil daripada penemuan fosil-fosil dan kajian sains genetik. 

 

Perkara ini menyumbang sebagai dalil dan hujah buat Keluarga Muhammad bagi mereka yang ingin mengenal kebenaran. Dari manakah Keluarga Muhammad telah mendapat tahu kewujudan keserupaan manusia yang mendahului kewujudan kita atas muka bumi ini, jika bukan kerana Keluarga Muhammad berhubung dengan Allah SWT? Dengan ini tetaplah hujah Keluarga Muhammad buat mereka yang mencari kebenaran, dan ketetapan wujud Tuhan yang memberitahu, menyampai dan memindahkan fakta-fakta ini kepada mereka. Di sini saya saya kongsikan beberapa riwayat:

 

 

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ali Al-Baqir AS: [Allah Azza wa Jalla telah menciptakan di atas muka bumi tujuh umat sejagat semenjak Dia menciptakannya, mereka bukanlah daripada anak keturunan Adam dan diciptakan mereka daripada permukaan bumi. Mereka menghuninya satu persatu beserta umatnya. Kemudian Allah Azza wa Jalla menciptakan bapa manusia ini dan menciptakan zuriatnya daripadanya.][1] 

 

Riwayat ini menunjukkan Tuhan telah menciptakan sekurang-kurangnya tujuh jenis hominin di bumi sebelum Adam. Mereka bukanlah keturunan Adam kerana mereka wujud terlebih dahulu dari beliau.

 

_______________

[1] Sumber: (Al-Khishal, Syeikh Al-Shaduq, ms 359)

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 136

 

 

Diriwayatkan daripada Jabir bin Yazid Al-Ja'fi, daripada Abi Ja'far Muhammad bin Ali bin Al-Hussein, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya, berkata Ali Amirul Mukminin: [Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala hendak menciptakan makhluk dengan tanganNya dan yang demikian itu adalah selepas berlalunya Jin dan NasNas di bumi selama tujuh ribu tahun, dan Dia mahu menciptakan Adam dan mengeluarkannya dari lapisan langit, lantas Dia berfirman kepada para Malaikat: Lihatlah kepada makhluk Ku dari kalangan penghuni bumi dari kalangan Jin dan NasNas. Tatkala melihat apa yang dilakukan mereka di dalamnya daripada perbuatan-perbuatan maksiat, pertumpahan darah dan kerosakan di muka bumi secara tidak benar, lalu para malaikat berasa lebih hebat berbanding mereka, berasa marah dan sedih ke atas penduduk bumi serta tidak dapat menahan perasaan marah mereka. Lantas mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mulia, Maha Berkeupayaan, Maha Perkasa lagi Maha Agung, makhlukMu yang lemah lagi hina ini mereka berbolak-balik di dalam genggamanMu, hidup dengan rezekiMu dan bersenang-lenang dengan kesihatanMu, sedang mereka menderhakaiMu dengan dosa sebesar ini. Janganlah Engkau berasa sedih, marah dan berdendam dengan mereka tatkala Engkau mendengar dan melihat mereka, kami lebih hebat dan lebih membesarkan Engkau.

Beliau berkata: Allah berfirman tatkala mendengar yang demikian itu daripada para malaikat: (Aku hendak menjadikan seorang khalifah), yang menjadi hujjahKu buat makhlukKu di atas muka bumi. Maka para malaikat berkata: Maha Suci Engkau (Adakah Engkau hendak menjadikan di dalamnya mereka yang berbuat kerosakan di dalamnya) sebagaimana bani Jin telah melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sebagaimana bani Jin yang saling mendengki dan saling membenci. Oleh itu, jadikanlah khalifah itu dari kalangan kami kerana kami tidak saling mendengki, tidak menumpahkan darah, memujiMu dan mensucikanMu. Maka Azza wa Jalla berfirman: (Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui), sesungguhnya Aku hendak menjadikan makhluk dengan tanganKu dan menjadikan para anbiya, rasul-rasul dan hamba-hamba yang soleh para Imam petunjuk daripada zuriatnya, dan menjadikan mereka khalifah-khalifah ke atas makhlukKu di bumiKu, mereka menegah daripada melakukan maksiat kepadaKu, memperingatkan mereka tentang azabKu, menunjukkan mereka ketaatan kepadaKu, mereka berjalan di atas jalanKu dan Aku menjadikan mereka hujahKu keatas mereka. Aku akan hapuskan Nisnas daripada bumiKu dan membersihkannya dari mereka.......][1] 

 

Jelas di dalam riwayat berkenaan kewujudan Hominin (NasNas) yang mendahului kewujudan Adam atas muka bumi ini dan terdapat perkara penting di sisi lain riwayat ini, iaitu pernyataan bahawa Adam akan turun ke bumi untuk menjadi hujah ke atas keserupaan manusia sebelum kewujudan mereka lenyap atas muka bumi ini, atau paling kurang untuk membawa berita langit ke atas hominin ini sebelum kewujudan mereka dikalahkan oleh Adam terakhir yang diwakili oleh zuriat keturunan Adam (Aku hendak menjadikan seorang khalifah, yang menjadi hujjahKu buat makhlukKu di atas muka bumi…..Aku akan hapuskan NasNas daripada bumiKu dan membersihkannya dari mereka). Apabila Adam turun ke bumi ini, satu-satunya makhluk bumi yang layak untuk beliau menjadi

 

_______________

[1] Sumber: (Tafsir Al-Qummi, Jilid 1, halaman 36. ‘Ilal Al-Syara'i, Syeikh Al-Shaduq, Jilid 1, Halaman 104)

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 137

 

 

hujah ke atas mereka dan menunjukkan mereka kepada penyembahan Allah hanyalah hominin ini. 

 

Ini bermakna Adam diturunkan sebelum lenyapnya kewujudan Hominin atau sebelum kewujudan mereka didominasi oleh keturunan Adam. Ini juga bermakna Adam diciptakan seperti salah seorang daripada mereka dan dilahirkan dalam tubuh yang fizikalnya seperti mereka, yang mana jiwanya (nafs) diciptakan daripada tanah dan ditiupkan Ruhul Qudus yang terhubung dengan tubuh fizikal ini. Walaubagaimanapun beliau tidak berada pada peringkat kewujudan yang sama, kerana beliau mewakili entiti yang rasional, yang berpengetahuan dan dipertanggungjawabkan (mukallaf) di sisi agama. Berkenaan dengan seruan dakwah beliau kepada para hominin, meskipun tingkat kewujudan mereka tidak sama dengan Adam, isunya adalah sama seperti bagaimana Adam memberitahu kepada para Malaikat tentang nama-nama, walaupun para malaikat berada di tingkatan kewujudan dan makrifah mereka tersendiri yang berbeza dengan Adam.

 

Persoalan ini diperkuatkan dengan kewujudan riwayat yang menunjukkan adanya nabi dan kaum yang berbeza dari sudut pengetahuan keagamaan, malah mereka langsung tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama. Nabi ini mengajarkan mereka tentang asas-asas agama dan nabi yang dimaksudkan adalah Adam.

 

 

Diriwayatkan daripada Hassan bin Abdul Rahman, berkata Abi Al-Hassan: Sesungguhnya mimpi-mimpi tidak pernah wujud pada awal penciptaan, malah ia sebenarnya masih baru. Aku bertanya: "Apakah sebab pada yang demikian itu?" Lalu Abi Al-Hasan menjawab: Sesungguhnya Allah yang mulia sebutanNya telah mengutuskan seorang rasul kepada penghuni di zamannya, lalu mengajak mereka supaya menyembah Allah dan mentaatiNya, lantas mereka berkata: “Jika kami berbuat demikian, maka apa yang kami dapat? Demi Allah kamu tidak mempunyai banyak harta dan keluarga kamu juga tidak lebih mulia daripada kami.” Lalu dia berkata: Jikalau kamu mentaatiku nescaya Allah akan memasukkan kamu ke syurga, dan sekiranya kamu menderhakaiku nescaya Allah akan memasukkan kamu ke neraka. Lantas mereka bertanya: Apakah syurga dan neraka?

Lalu beliau pun menggambarkan yang demikian itu kepada mereka. Mereka bertanya: Bilakah akan berlaku hal yang demikian itu? Lalu dia menjawab: Setelah kamu mati. Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah melihat orang-orang yang mati dari kalangan kami menjadi tulang belulang dan sisa-sisa. Maka mereka mendustakannya dan meremehkannya (rasul itu), lalu Allah Azza wa Jalla menjadikan mimpi-mimpi pada mereka, maka mereka mendatanginya dan mengkhabarkannya apa yang telah mereka lihat dan tidak mengingkari perkara itu. Lalu dia berkata: Sesungguhnya Allah hendak menjadikan ini sebagai hujah ke atas kamu, beginilah keadaan ruh-ruh kamu apabila kamu mati dan badan kamu lusuh, maka ruh-ruh kamu akan menjalani pembalasan sehinggalah kamu dihidupkan semula.”[2]

 

Periode awal penciptaan yang disebutkan di dalam riwayat ini berselari dengan zaman penciptaan Adam. Maka manusia yang disebutkan dalam riwayat ini adalah beberapa hominin yang lebih awal dari Adam.

 

Sementara mimpi (rukya) semasa tidur atau jaga adalah kaedah Tuhan memberi wahyu kepada para Nabi. Maka mimpi pasti bermula dengan

 

____________________

1. Maknanya akan dijelaskan dalam kisah penciptaan Adam a.s.

. 2. Sumber (Al-Kulayni - Al-Kafi): Jilid 8, Halaman 90

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 138

 

 

nabi pertama dari para nabi AS, iaitu Adam AS.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan