Halaman

Selasa, 15 Februari 2022

Bab 3.22 Fitrah Manusia dan Sumbang Mahram

  

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 187

 

 

Fitrah Manusia dan Sumbang Mahram

 

Mereka yang mengatakan umat manusia adalah produk perkahwinan antara keluarga (sumbang mahram / inses) menganggap kelakuan jijik ini - yang ditolak para Imam (as) - tidak bercanggah dengan fitrah sifat manusia.

 

Al-Tabataba’i menyebutkan:

         

Bukti bahawa sifat manusia tidak bercanggahan dengan sumbang mahram dari aspek naluri penolakan adalah, berdasarkan sejarah yang direkodkan, ia diamalkan oleh orang-orang Majusi untuk suatu masa yang lama. Malah, ia dikatakan sebagai sah dan biasa di Russia, dan biasa juga di Eropah walaupun diharamkan.[1]

 

Dengan kata lain, Al-Tabataba’i mengatakan bahawa, jika wujud sekumpulan manusia mengesahkan dan mengamalkan amalan tertentu untuk suatu masa yang lama, maka ia menjadi bukti bahawa ia tidak berkonflik dengan fitrah sifat manusia atau penolakan berdasarkan naluri.

 

Saya percaya, saya tidak perlu memberi komentar tambahan berkenaan bukti yang bercanggah antara satu sama lain ini. Namun begitu, saya ingin membawa kepada perhatian berkenaan tersebar luasnya perkahwinan sesama jantina (homoseksualiti dan lesbianisme). Ini telah terjadi di era moden sehingga ia telah dibenarkan di dalam undang-undang sivil di banyak negara seluruh dunia. Jadi, jika sekumpulan manusia mengamalkan homoseksualiti atau lesbianisme di negara tertentu, bukankah maksudnya ia tidak bercanggahan dengan fitrah sifat manusia berkenaan penolakan secara naluri, dengan menggunakan kaedah kesimpulan Al-Tabataba’i!?

 

_________________________________

1. Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan) tafsir surah Al-Nisa, ayat: 1

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan