Halaman

Isnin, 14 Februari 2022

Bab 3.20 Sumbang Mahram: Adakah Kita Bersikap Adil Terhadap Keluarga Muhammad?

Bab 3.20 Sumbang Mahram: Adakah Kita Bersikap Adil Terhadap Keluarga Muhammad?

 

Adakah Kita Bersikap Adil Terhadap Keluarganya Muhammad?

 

Bagi sesiapa yang mencari kebenaran, cukuplah baginya untuk meneliti hadits-hadits daripada Ahlulbait (as) mengenai penghindaran sumbang mahram, yang telah pun dibuktikan oleh sains moden, dan untuk mempertimbangkan bahawa mereka (as) telah pun menentang pemahaman jahil di zaman mereka di mana ramai yang mempercayai bahawa kaum manusia adalah hasil daripada perkahwinan sumbang mahram. Walaupun banyak mazhab Islam mengatakan demikian, kita mendapati bahawa keluarga Muhammad (S) telahpun menunjukkan kebatilan pemahaman tersebut. Sebaliknya, kedua-dua anak lelaki Nabi Adam (as) telah mengahwini wanita-wanita yang tidak mempunyai perhubungan darah sehingga mengharamkan perkahwinan itu.

 

Sheikh Al-Shaduq, di dalam bab “Penjelasan Mengenai Permulaannya Keturunan” di dalam bukunya Illal Al-Syarai’ [Penalaran Hukum Islam], mengatakan:

 

[Kami diberitahu oleh Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin Al-Walid (ra) katanya: Kami telah diberitahu oleh Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya Al-Athar bersama-sama, dia berkata: Muhammad bin Ahmad ibn Yahya bin Imran Al-Asy'ari memberitahu kami, dia berkata: Ahmad bin Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami, dari Ahmad bin Ibrahim bin ‘Ammar, yang berkata: Ibnu Nuwaiyah telah menceritakannya kepada kami riwayat dari Zurarah. yang berkata:

 

Abu Abdullah (as) ditanya mengenai bagaimana keturunan Nabi Adam (as) itu bermula, kerana ada yang mengatakan bahawa Allah (S) telah mengilhamkannya untuk mengahwinkan anak-anak lelakinya bersama anak-anak perempuannya, yang mengakibatkan kelahirannya umat manusia.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 184

 

 

Beliau (as) menjawab: Maha Suci lagi Maha Tinggi Allah, jauh lebih mulia Dia di atas perkara itu. Sesiapa yang mengatakan ini telah mengatakan bahawa Allah AWJ menjadikan asal usul makhluk-makhluk pilihan-Nya, kekasih-Nya, nabi-nabi-Nya, rasul-rasul-Nya, hujah-hujahNya, orang-orang mukmin, mukminat, muslimin dan muslimat, daripada yang haram, dan Dia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta mereka daripada yang halal, dan Dia mengambil perjanjian mereka pada yang halal, yang suci murni dan baik-baik. Demi Allah, aku pernah mendengar sebuah kisah mengenai seekor haiwan yang bersetubuh dengan adik betinanya sendiri tanpa mengetahuinya. Apabila ia sedar bahawa haiwan betina itu adalah adiknya, ia mencincang kemaluannya dengan giginya sendiri lalu mati.”

 

Zurarah berkata: Kemudian beliau (as) ditanya mengenai penciptaan Hawa, dan dikatakan kepadanya: Sebilangan orang di antara kami mengatakan bahawa Allah AWJ menciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam yang akhir?

 

Beliau (as) menjawab: Maha Suci lagi Maha Tinggi Allah, jauh lebih mulia Dia di atas perkara itu. Sesiapa yang mengatakan ini telah mengatakan bahawa Allah TWT tidak mempunyai kuasa untuk menciptakan isteri Adam selain daripada anggota tubuhnya sendiri. Secara tidak langsung, orang-orang yang jahil ini telah mengatakan Adam telah berkahwin dengan anggota tubuhnya sendiri. Apa hal dengan orang-orang sebegini? Semoga Allah menghakimi di antara mereka dan kami! Apabila Allah TWT menciptakan Adam daripada tanah dan memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadanya, Dia menyebabkan Adam untuk tidur dan menciptakan seseorang makhluk untuknya. Kemudian, Dia SWT meletakkan makhluk ini pada sebuah tempat di antara Adam supaya dia menjadi taat terhadap Adam. Kemudian, makhluk itu mula bergerak, maka dia melihat pergerakannya. Apabila Adam menyedari akan kehadiran makhluk itu, beliau menyuruhnya untuk mengambil beberapa langkah menjauhinya. Adam mendapati bahawa ia adalah seorang wanita cantik yang merupai wajahnya sendiri, selain daripada jantinanya. Beliau berbicara padanya: Siapakah kamu? Dia berkata: Allah menciptakanku, seperti yang kamu lihat. Adam berkata: Ya Allah, siapakah ciptaan yang baik ini yang kedekatannya dan melihatnya membuatku lupa? Allah kemudian menjawab, “Inilah hambaku, Hawa. Mahukah kamu untuk dia bersama-sama denganmu, menghiburmu, berbicara denganmu, dan mematuhi arahan-mu?” Adam berkata, “Ya, wahai Tuhanku, untuk itu aku memujiMu dan bersyukur denganMu sehingga ke akhir hayatku.” Allah TWT kemudian berkata, “Mintalah izinKu untuk mengahwinkannya kepadamu, kerana dia adalah hambaKu. Dia boleh juga memenuhi keinginan-keinginanmu.” Kemudian Allah menurunkan nafsu syahwat ke atas Adam setelah memberinya pengetahuan. Adam berkata, “Ya Allah, aku meminta izinMu untuk berkahwin dengan Hawa. Beritahulah kepadaku apa yang akan mendatangkan redhaMu?” Allah menjawab, “Ajarlah kepada Hawa agamaKu.” Adam kemudian berkata, “Jika itu yang Kau kehendaki, Ya Allah, maka akan aku lakukannya.” Allah kemudian berkata, “Itulah yang Aku kehendaki. Aku kahwinkan Hawa kepadamu, maka bawalah dia dekat menghampirimu”. Adam kemudian menyuruh Hawa untuk datang dekat kepadanya, tetapi Hawa menjawab, “Tidak, kamulah yang harus datang dekat kepadaku.” Maka Allah AWJ memerintahkan Adam untuk menunaikan kehendak Hawa, dan Adam mematuhiNya. Jika tidak kerana itu, kaum wanita akan terus menghampiri kaum lelaki untuk meminta mereka berkahwin. Inilah cerita Hawa (as).”[1]

 

Dia juga meriwayatkan: [Ayahku, semoga Allah merahmatinya, berkata: Muhammad bin Yahya Al-‘Athar memberitahu kami dari Al-Husain bin Al-Hasan bin

 

________________________________

[1] Sumber (Al-Shaduq – ‘Ilal Al-Syarai’): J 1 ms 17-18

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 185

 

 

Aban, dari Muhammad bin Auramah, dari Al-Nawfali, dari Ali bin Dawud Al-Ya’qubi, dari Al-Hasan bin Muqatil, dari seseorang yang mendengar Zurarah berkata:

Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai permulaannya keturunan Adam (as), kerana ada yang mengatakan bahawa Allah AWJ telah mewahyukan Adam (as) untuk mengahwinkan anak-anak lelaki dengan anak-anak perempuannya, sehingga kaum manusia itu datang daripada anak-anak lelaki dengan anak-anak perempuannya.


Abu Abdullah (as)  menjawab “Maha Tinggi dan jauh lebih mulia Allah daripada perkara itu. Sesiapa yang mengatakan demikian sebenarnya telah menuduh Allah AWJ menciptakan makhluk pilihanNya, para kekasihNya, para Nabi dan Rasul, berserta orang-orang mukmin, mukminat, muslimin dan muslimat daripada yang haram. dan Dia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta mereka daripada yang halal. Mereka dengan secara tidak langsung telah mengatakan bahawa Allah itu tidak mempunyai daya untuk menciptakan manusia-manusia suci ini daripada sesuatu yang halal, sedangkan Dia telah mengambil perjanjian dari mereka ke atas perkara-perkara yang halal dan suci. Demi Allah, aku pernah mendengar sebuah cerita di mana seekor haiwan mencincangkan kemaluannya dengan giginya sendiri lalu mati, setelah mendapat tahu bahawa pasangan betinanya adalah adik kandungnya sendiri. Perkara yang sama berlaku terhadap seekor haiwan yang lain, setelah ia mendapat tahu bahawa pasangan betinanya adalah ibu kandungnya sendiri. Jadi, bagaimana mungkin seorang manusia, dengan sifat kemanusiaan dan pengetahuannya, melakukan perbuatan sumbang mahram?! Akan tetapi, satu generasi dari ciptaan ini yang kamu lihat berpaling dari ilmu ahli keluarga nabi-nabi mereka dan mengambil dari tempat yang tidak diperintahkan untuk mengambilnya, sehingga mereka menjadi seperti yang kamu lihat dari kesesatan dan kejahilan ilmu. Bagaimana perkara-perkara yang lalu dari awal bahawa Allah menciptakan apa yang Dia ciptakan dan apa yang pernah ada.

 

Kemudian beliau (as) mengatakan, “Celakalah ke atas mereka! Bagaimana mereka boleh tersesat sehingga ke tahap ini, jauh daripada apa yang dipersetujui oleh ulama-ulama Al-Hijaz dan Iraq, bahawa Allah AWJ telah memerintahkan dengan menjalankan PenaNya pada Lauh Al-Mahfudz dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam (as), untuk menetapkan hukum-hukum yang akan berterusan hingga ke Hari Kebangkitan? Dan bahawasanya Allah telah menuliskan dengan menjalankan PenaNya pada kesemuanya, saudara perempuan diharamkan kepada saudara lelaki bersama-sama dengan apa yang diharamkan, dan ini boleh kita lihat daripada keempat-empat kitab yang terkenal di dunia ini iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Allah menurunkannya dari Lauh Al-Mahfudz (Papan Terpelihara) kepada Rasul-rasul-Nya, rahmat Allah ke atas mereka semua, termasuk Taurat ke atas Musa (as), Zabur ke atas Daud (as), Injil ke atas Isa (as), dan Al-Quran ke atas Muhammad (S) dan para Nabi (selawat ke atas mereka). Tidak ada sebuah kitab pun daripada kitab-kitab ini yang menghalalkan perbuatan sumbang mahram. Dengan sejujurnya aku mengatakan: Satu-satunya tujuan mereka yang mengatakan kaum manusia datang daripada perkahwinan sumbang mahram adalah untuk menguatkan dalil orang-orang Majusi (ulama-ulama agama Zoroaster). Walau bagaimanapun, tidak akan ada sesiapapun yang mampu melakukan demikian, semoga Allah menghancurkan hujah mereka.” [1].

 

_______________________

[1] Sumber (Al-Shaduq – ‘Ilal Al-Syarai’): J 1 ms 17-18

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan