Halaman

Isnin, 14 Februari 2022

Bab 3.19 Penghujahan Sumbang Mahram dan Kesesuaian Antara Agama dan Evolusi

 

Penghujahan Sumbang Mahram dan Kesesuaian Antara Agama dan Evolusi

 

Saya ingin berkongsi penghujahan ini dan maklum balas kepadanya dengan tujuan menjadikan kebenaran itu jelas dan mengecilkan ruang untuk bantahan.

 

Asas penghujahan sumbang mahram yang digunakan terhadap evolusi adalah seperti berikut:

“Jika evolusi itu benar, maka Adam atau salah seorang dari bapa-bapa beliau sebelumnya mungkin adalah hasil dari sumbang mahram kerana ketiadaan syariat yang mengharamkannya. Dan jika itu adalah persoalannya, mengapa sumbang mahram tidak berleluasa di dalam komuniti manusia, sedangkan ini pasti akan terjadi jika tiada syariat yang mengharamkannya?!!!

 

Orang yang boleh mengajukan masalah ini ialah orang yang tidak percaya bahawa manusia adalah hasil perzinaan sumbang yang berlaku antara anak lelaki dan perempuan Adam, namun para agamawan tidak dapat menggunakannya, kerana mereka menganggap sumbang mahram adalah semulajadi, dan perkahwinan sumbang mahram di masa Adam adalah disyariatkan. 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 177

 

 

Oleh itu, masalah ini tidak wujud di kalangan agamawan Yahudi atau Kristian, mahupun kebanyakan ulama dan ahli tafsir Sunnah dan Syiah, kerana mereka menganggap keseluruhan umat manusia adalah hasil perzinaan sumbang mahram. Menurut kepercayaan mereka, anak-anak Adam berkahwin sesama mereka, dan umat manusia terhasil dari cara yang bercanggahan dengan sifat biologikal jasad kita yang menolak sumbang mahram.

Menurut Keluarga Muhammad, kepercayaan anak-anak Adam mengamalkan sumbang mahram adalah rosak dan tidak benar. Para Imam Keluarga Muhammad (as) telah menjelaskan kebatilannya. Wujud riwayat-riwayat dari mereka (as) yang menyucikan Adam dan keturunannya dari perkara jijik ini, serta menjelaskan bahawa sumbang mahram diharamkan dalam syariat Adam (as).

 

Zararah meriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya: "Sets dilahirkan dari Adam, dan namanya adalah Hibatullah. Beliau adalah khalifah (washi) pertama yang dilantik dari Bani Adam di muka bumi. Yafets dilahirkan dari Adam selepas Sets. Apabila mereka mencapai umur dewasa, Allah AWJ mahu menjadikan keturunan yang kamu lihat hari ini dan mengharamkan perkahwinan antara saudara lelaki dan perempuan, dan peraturan ini telah ditulis dengan Pena (Al-Qalam), jadi pada petang hari Khamis, Allah telah menurunkan seorang wanita dari syurga yang bernama Nazlah. Allah AWJ memerintahkan Adam mengahwinkannya dengan Seth, dan Adam melakukannya. Pada petang hari berikutnya, Allah menurunkan seorang lagi wanita, bernama Manzalah dari Syurga. Allah AWJ memerintahkan Adam untuk mengahwinkannya dengan Yafets. Allah kemudiannya memerintahkan perkahwinan antara anak perempuan Yafets dengan anak lelaki Sets, maka apabila mereka cukup umur, Adam melaksanakan perintah tersebut. Dengan itu, para Nabi dan Rasul yang terpilih telah dilahirkan dari kalangan keturunan mereka berdua. Semoga Allah melindungi kita dari apa yang mereka katakan (tentang perkara perkahwinan saudara lelaki dan perempuan.)”[1]  

 

Dan apa yang disebut dalam beberapa riwayat tentang isteri-isteri kepada anak Adam yang soleh dan bahawa mereka adalah wanita-wanita dari syurga. Apa yang dimaksudkan adalah jiwa-jiwa (anfus - diri-diri) wanita-wanita tersebut telah disambungkan kepada jasad mereka, yang merupakan permulaan perjalanan Adam dan anak-anaknya di bumi.  Kerana, diri-jiwa ini diciptakan di langit dari unsur tanah yang diangkat, dan ditiupkan roh kepadanya, sebelum ia diturunkan dan disambungkan dengan jasad.

 

Maklum balas kepada penghujahan:

 

Telah dijelaskan di atas bahawa mereka yang menggunakan hujah ini adalah mereka yang mengimani kata-kata para Imam (as):

 

_______________________

[1] Sumber (Al-Shaduq - Man Lā Yahḍhuruhū Al-Faqih): J 3, ms 381, Hadis: 4337

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 178

 

 

Umat manusia bukan hasil dari hubungan zina ataupun perkahwinan sumbang mahram.

 

Memadai untuk kita katakan bahawa tidak ada bukti berkenaan tidak wujud syariat Illahi yang mengharamkan perkahwinan sumbang mahram sebelum Nabi Adam (as) dan kumpulan manusia yang mana beliau diutuskan kepada mereka. Mungkin sahaja wujud taklif (tanggungjawab keagamaan) yang asas bagi umat tersebut yang bersesuaian dengan kadar kesedaran mereka. Sememangnya kumpulan Nisnas atau umat manusia yang datang sebelum bapa kita Adam (as) mempunyai taklif mereka yang tersendiri, walaupun ia sangat ringkas, yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Tiada siapa boleh menyatakan dengan jitu bahawa pengharaman sumbang mahram bukan sebahagian dari syariat mereka. Malah, sememangnya wujud pengharaman sumbang mahram, sebagaimana yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat agama, ia ditulis dengan pena (Al-Qalam). Dan apa sahaja yang ditulis pada pena adalah suatu undang-undang yang terpakai untuk Adam dan keturunannya, sebagaimana juga untuk manusia sebelum beliau yang mempunyai taklif ke atas mereka.

 

Jawaban balas dari sisi saintifik pula, kita boleh katakan bahawa telah terbukti secara umum, evolusi biologikal mempunyai kecenderungan untuk menghalang sumbang mahram melalui pemilihan gen bagi mencapai matlamat tersebut. Dengan kata lain, jasad yang mana pelan genetiknya mempunyai gen yang menghalang badan dari mengamalkan sumbang mahram lebih berkemampuan untuk hidup. Proses evolusi telah jelas menunjukkan ia telah berjaya menghalangnya dalam beberapa kes alam semulajadi, dan genus Homo adalah salah satu dari kes tersebut. Kami percaya bahawa pembangunan pelan genetik telah dikodkan untuk mencapai matlamat badan yang mengelak dari melakukan sumbang mahram.

 

Jika kita melihat kepada Mawas Besar yang paling hampir kepada manusia, iaitu chimpanzi, kita dapati apabila yang betina menjadi dewasa, ia meninggalkan keluarganya untuk berpasangan dengan jantan dari keluarga yang lain. Doktor Jane Goodall,[1] pakar terkemuka komuniti chimpanzi berkata:

 

“No Consortships , either observed or inferred , have involved mothers and sons or maternal siblings .No male hase ever been observed to try to take his mother or sister on a consortship .Because the father – daughter relationship is not known, there are likely to be occasions when such pairs go off together. But again , the fact that the older males tend to be less sexually interested in young females of their own

 

________________________

[1] Dr. Jane Caudall ialah seorang saintis British yang mengkhusus dalam kajian primata, etiologi, tingkah laku

dan antropologi "manusia". Dia dianggap pakar terkemuka dunia mengenai cimpanzi. Dia juga terkenal dengan kajian selama 45 tahun tentang interaksi sosial dan keluarga cimpanzi liar di Taman Negara Aliran Gombe di Tanzania..

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 179

 

 

community can reduce the likelihood of incestuous consortship of this sort.”

 

“Tidak ada pasangan chimpanzi, samada dari pemerhatian atau kesimpulan, yang terdiri dari ibu dan anak atau saudara kandungnya. Tiada jantan yang telah diperhatikan cuba untuk mengambil ibu atau saudara betinanya sebagai pasangan. Oleh kerana hubungan bapa dan anak betina tidak diketahui, wujud kemungkinan adanya pasangan inses. Namun, hakikat bahawa jantan yang lebih tua cenderung untuk tidak tertarik secara seksual kepada betina yang lebih muda dalam komuniti mereka dapat mengurangkan kebarangkalian pasangan sumbang mahram.” [1]

 

“Young females were sometimes reluctant to respond to the courtship of much older males and they suggest that this could be another mechanism for minimizing incestuous mating”

 

“Chimpanzi betina yang muda kadang kala kurang memberi respon kepada pacaran dari jantan yang lebih tua dan mereka menggambarkan ia adalah sebagai satu lagi mekanisme untuk meminimakan pasangan sumbang mahram.” [2] 

 

“At Gombe there are permanent transfers, or immigrants (females who have left their natal community to join neighbouring ones), and temporary transfers, or visitors (females who visit neighbouring communities for relatively short periods, usually during consecutive periods of estrus, then return to their original social group). In addition, certain peripheral females may continues to move back and forth between communities.”

 

“Di Gombe, ada perpindahan chimpanzi yang kekal dan ada juga chimpanzi imigran (chimpanzi betina yang telah meninggalkan komuniti semulajadi mereka untuk jangka masa singkat, selalunya dalam tempoh kesuburan, dan kemudiannya kembali semula kepada kumpulan sosial mereka). Di samping itu, sebahagian chimpanzi betina mungkin

                                                     

_______________________

[1] Sumber: Goodall, The Chimpanzees of Gombe: Corak Tingkah Laku. Cimpanzi Gombe - Corak Tingkah Laku: ms 470

[2] Sumber Dr. Jane Caudall, Goodall, Cimpanzi Gombe: Corak Tingkah Laku.

Cimpanzi Gombe - Corak Tingkah Laku: ms 469

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 180

 

 

akan berulang alik antara komuniti.”

 

 “In free-living chimpanzees Jane Goodall has observed incest taboos. Mothers do not allow their sons to copulate with them, sisters do not copulate with their brothers and females do not copulate with older males in their familial group. Though none of these chimpanzees are biologically related, they have grown up in this family group and show no sexual behavior toward one another.”

 

“Di dalam komuniti chimpanzi yang hidup bebas, Jane Goodall telah memerhatikan sumbang mahram. Si ibu tidak membenarkan anak-anak jantan mereka dalam perhubungan ini, saudara betina tidak akan berhubungan seks dengan jantan yang lebih tua dalam kumpulan keluarga mereka. Walaupun tiada dari individu chimpanzi ini mempunyai hubungan biologi, mereka telah membesar dalam kumpulan keluarga ini dan tidak menunjukkan sikap-sikap seksual antara satu sama lain.”[2] 

 

 

Apabila  seekor chimpanzi dalam komunitinya mengelak melakukan sumbang mahram, dan ia adalah fenomena pengelakkan perlakuan sumbang mahram wujud dalam alam haiwan, maka mengapa tidak perkara ini turut terjadi dalam komuniti Homo Bani Adam? Mengapa tidak komuniti tersebut mengelakkan perlakuan sumbang mahram sebelum Adam (as), memandangkan wujudnya pencegahan secara biologi dari melakukan sumbang mahram?!

 

Terutama dengan adanya penghalang biologi kepada sumbang mahram, badan yang dibina dengan peta (plan) genetik yang mengandungi gen yang menyebabkan badan mengelakkan sumbang mahram akan menjadi plan genetik yang berjaya dalam alam semula jadi dan akan diutamakan oleh pemilihan semula jadi. Iaitu, ia akan menjadi yang paling berdaya maju; kerana plan genetik yang tidak mengandungi gen ini akan mengalami kepupusan demi kepupusan kerana gen maut terpendam yang kesannya akan terbukti melalui perzinaan atau sumbang mahram.

Memandangkan badan yang dibina dengan plan genetik yang tidak mengandungi gen untuk mencegah sumbang mahram tidak akan dapat membesarkan zuriat seperti yang lain; Kerana sumbang mahram akan meningkatkan kemungkinan padanan bencana gen maut terpendam, menyebabkan keturunan terbunuh

 

_________________________________

[1] Sumber (Goodall , The Chimpanzees of Gombe: Corak Tingkah Laku) Dr Jane Caudall Gombe Cimpanzi - Corak Tingkah Laku: ms 86

[2] Laman web rasmi Central Washington University, Amerika Syarikat. Institut Komunikasi Chimpanzi dan Manusia,

Soalan Lazim. Boleh didapati di: http://www.cwu.edu/chci/frequently-asked questions

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 181

 

 

oleh itu, plan genetik yang membenarkan sumbang mahram akan kalah kepada plan genetik yang tidak membenarkannya dalam perlumbaan untuk evolusi dan kelangsungan hidup, dan begitu juga dengan masa, kelangsungan hidup adalah untuk plan genetik yang membina badan yang mengelakkan sumbang mahram, dan untuk ini ia adalah lumrah bahawa cimpanzi dan gorila betina apabila mereka sampai kepada keluarga mereka berhijrah untuk berkahwin dengan keluarga lain dan asing.

 

"Gen maut ialah gen yang membunuh pembawanya. Bagi gen maut terpendam (letal resesif)[a], seperti mana-mana gen terpendam yang lain, kesannya hanya nyata jika ia wujud dalam dos berganda. Malah, gen maut terpendam berjaya dalam kelompok genetik kerana individu yang membawa gen ini kebanyakannya hanya mempunyai satu salinan daripadanya. dan kemudian mereka tidak mengalami sama sekali kesannya. Tambah pula bahawa mana-mana gen yang mematikan jarang berlaku kerana jika ia bertemu dengan satu lagi salinannya lalu membunuh pembawanya.

  

Walaubagaimanapun, wujud berbagai jenis letal (yang boleh membawa maut), maka wujud kemungkinan badan kita masih mengandungi gen tersebut. Tiada anggaran yang tepat berkenaan jumlah gen berbeza yang wujud dalam kumpulan gen manusia. Sebahagian buku menyebutkan kewujudan sehingga dua gen mautnya (letal), secara purata untuk setiap manusia. Jika seorang lelaki secara rawak berpasangan dengan seorang wanita secara rawak, kebarangkaliannya, letal (gen maut) bagi lelaki tersebut tidak akan sama dengan wanita tersebut, dan anak-anak mereka tidak akan mengalami kesan daripada gen maut itu. Namun jika seorang saudara lelaki berpasangan dengan saudara perempuannya, atau seorang bapa dengan anak perempuannya, keadaannya akan berbeza. Walaupun jarang sekali untuk resesif letal (gen maut terpendam) saya untuk sama dengan manusia lain dalam populasi umum, dan begitu juga dengan saudara perempuan saya, wujud kebarangkalian yang tinggi untuk resesif letal saya dan adik perempuan saya adalah sama.

 

 

Jika kita membuat pengiraan, kita akan dapati, untuk setiap resesif letal (gen maut terpendam) yang saya punyai, jika saya berpasangan dengan saudara perempuan saya, 1/8 dari anak kami akan dilahirkan mati atau mati muda. Secara tidak langsung, kematian ketika umur muda adalah lebih merbahaya dari kematian ketika kelahiran. Seorang bayi tidak akan membazirkan banyak masa dan tenaga ibu bapanya. Dengan cara apa sekalipun, sumbang mahram bukan sekadar memberi bahaya yang “ringan”, sebaliknya ia berpotensi menyebabkan bencana besar. Pemilihan sifat pencegahan sumbang mahram mungkin sekuat sifat lain yang telah diukur dalam alam semuladi.

 

Ahli Antropologi yang menentang penjelasan Darwin berkenaan pencegahan sumbang mahram mungkin tidak menyedari betapa kuatnya hujah Darwin tersebut. Penghujahan mereka begitu lemah seolah-olah seperti rayuan terdesak, mereka sering mengatakan sebagai contoh: 'Jika seleksi Darwin yang mencegah sumbang mahram telah wujud dalam naluri kita, kita tidak perlu lagi untuk melarangnya. Pantang-larang tersebut tersebar luas kerana manusia mempunyai keinganan untuk melakukan sumbang mahram. Jadi peraturan yang mencegah sumbang mahram tidak berasaskan biologikal, sebaliknya ia semata-mata bersifat “sosial”.’ Bantahan ini seolah-olahnya adalah seperti berikut: ‘Kereta tidak memerlukan

 

_______________________________

[a] Penterjemah: Recessive Lethal Gene, terjemahan literalnya adalah gen membawa maut yang mengalami kemerosotan.

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 182

 

 

kunci pada suis ignisi kerana sudah ada kunci pada pintu. Oleh itu, kunci ignisi bukanlah peranti anti-kecurian; ia pasti mempunyai kepentingan ritualistik semata-mata!” Ahli Antropolog kerap juga gemar menekankan budaya yang berbeza mempunyai pantang-larang yang berbeza, malah mempunyai definisi ahli keluarga yang berbeza. Mereka seolah-olah mempercayai bahawa ini juga menafikan aspirasi Darwiniyah untuk menerangkan pencegahan sumbang mahram. Namun boleh juga dikatakan bahawa keinginan seksual bukan disebabkan oleh adaptasi Darwiniyah kerana budaya yang berbeza suka melakukan hubungan seks dengan posisi yang berbeza. Bagi saya, sangat berkemungkinan tinggi bahawa pencegahan sumbang mahram di dalam manusia, dan tidak kurang juga dalam haiwan lain, adalah hasil dari pemilihan Darwiniyah yang kuat.

 

Bukan sahaja ia tidak baik untuk berhubungan seks dengan orang yang terlalu sama secara genetik dengan anda. Pembiakan yang terlalu jauh juga boleh menjadi tidak baik kerana ketidaksesuaian genetik diantara galur yang berbeza. Bukanlah mudah untuk meramalkan di manakah terletaknya galur yang ideal. Adakah kamu perlu berpasangan dengan sepupu pertama? Atau kedua atau ketiga?

 

Patrick Bateson telah mencuba untuk bereksperimen dengan burung puyuh Jepun untuk melihat bagaimana pilihan pasangan burung-burung tersebut. Di dalam sebuah tetapan eksperimental yang dikenali sebagai Aparatus Amsterdam, sekumpulan burung puyuh telah diaturkan untuk memilih pasangan dari kalangan jantina berbeza yang diletakkan di belakang cermin paparan. Mereka telah memilih sepupu pertama berbanding adik beradik dan juga burung yang tidak mempunyai pertalian. Eksperimen lanjut menunjukkan puyuh muda belajar berkenaan sifat-sifat teman kumpulan mereka, dan di kemudian hari, mereka memilih pasangan seksual yang kelihatan seperti teman kumpulan namun tidak terlalu sama.

 

Burung puyuh kelihatannya seperti mengelak sumbang mahram berdasarkan kurangnya keinginan mereka untuk berpasangan dengan individu dari kumpulan yang mereka membesar bersama. Haiwan lain juga melakukannya dengan mengikuti peraturan sosial atau peraturan pembiakan yang ditetapkan secara sosial. Singa jantan remaja, sebagai contoh, dihalau keluar dari kawanan keluarga mereka jika ada kerabat betina yang mungkin menggoda mereka, serta mereka hanya boleh membiak jika dapat merampas kawanan yang lain. Dalam komuniti chimpanzi dan gorila pula, selalunya remaja betina yang akan meninggalkan kawanan untuk mencari pasangan di kawanan yang lain. Kedua corak-corak pembiakan ini, sebagaimana kaedah pembiakan burung puyuh, boleh didapati dikalangan

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 183

 

 

pelbagai budaya spesis manusia sendiri.”[1]

 

Kesimpulannya badan kita dicipta secara biologi untuk mencegah sumbang mahram. Ia adalah hasil semulajadi dari proses evolusi dan keberterusan hidup gen yang terbaik dalam perlumbaan di antara mereka. Kajian telah menunjukkan beberapa haiwan mengelak dari melakukan sumbang mahram, sekaligus membatalkan ideologi Yahudi, Kristian, Fuqaha Sunni dan ulama Syiah yang berpegang kepada doktrin tersebut, serta membuktikan kebenaran Keluarga Muhammad yang telah menjelaskan hal ini lebih seribu tahun yang lepas.

 

________________________

1. Sumber (Dawkins - The Selfish Gene): ms 173 - 174 

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan