Kajian Sumbang Mahram Pendapat Agamawan
Syiah
Sebahagian ulama Syiah telah mengikuti jejak
langkah ulama Al-Sunnah. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan
menyatakan umat manusia adalah hasil dari perkahwinan sumbang mahram. Saya akan
kongsikan beberapa kenyataan mereka:
Di dalam Tafsir Al-Mizan, oleh Muhammad Husain
Al-Thabathaba’i berkata:
“Berkenaan penciptaan
generasi kedua manusia:
Generasi manusia yang
pertama, Adam dan Hawa, membiak melalui persetubuhan. Hawa melahirkan anak
lelaki dan perempuan. Adakah keturunan mereka terhasil melalui persetubuhan
sumbang mahram, atau melalui jalan yang lain? Berikut adalah lafaz zahir firman
Allah Taala: “...dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan
laki-laki dan perempuan yang banyak." (Al-Nisa’:1), berdasarkan
ayat di atas, kewujudan keturunan manusia sememangnya kembali kepada Adam dan
isterinya, tanpa ada lelaki atau wanita lain bersama mereka. Al-Quran hanya
menyebutkan mereka sahaja yang membiak. Jika ada mereka yang lain turut
membiak, maka akan disebutkan “...dan juga yang membiakkan dari keduanya dan
dari yang lain..." atau menyebutnya dengan susunan perkataan yang lain.
Maka dengan menghadkan konsep keturunan pada Adam dan isterinya memerlukan
anak-anak lelaki mereka berkahwin dengan anak-anak perempuan mereka.
Hukum Islam
menetapkan sumbang mahram sebagai haram, seperti yang disebutkan di dalam teks
agama. Bagaimanapun, ia
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 172
adalah hukum untuk
kebaikan manusia dan demi mengelakkan dari mudarat. Hukum ini bukanlah bersifat
tetap dan tidak dapat diubah. Ia berada di tangan Allah Yang Maha Suci, Dia
berbuat apa yang dikehendakiNya, dan Dia berhukum dengan apa yang
dikehendakiNya. Oleh itu, mungkin sahaja Dia membenarkan sumbang mahram untuk
sehari kerana keperluan, dan mengharamkan perkara ini pada kemudiannya apabila
tidak lagi diperlukan, agar dapat mengelakkan tersebarnya perbuatan keji di
dalam masyarakat.”[1]
Al-Tabatabai merumuskan bahawa manusia adalah
hasil dari sumbang mahram antara anak-anak lelaki dan perempuan Adam (as),
dengan menggunakan makna zahir firman Allah Taala, ...dan dari pada
keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak
", kerana ayat ini tidak menyebutkan sebarang asal usul untuk keturunan
selain dari Adam dan Hawa!
Hakikatnya, ayat ini bercakap secara zahir
berkenaan jiwa-jiwa (diri-diri) di Langit Pertama, atau syurga di mana Adam (as)
diciptakan. Oleh itu, jika kita ingin mengatakan ayat ini menghadkan keturunan
hanya kepada Adam dan Hawa, maka ia masih merujuk kepada jiwa mereka. Ayat ini
jelas menunjukkan jiwa Hawa diciptakan dari jiwa Adam (as). Penciptaan ini
bermakna, jiwa Hawa adalah belahan dari jiwa Adam (as), bukan bermaksud Hawa
diciptakan dari bahagian badan Adam (as) seperti yang disebutkan dalam Perjanjian
Lama dan seperti yang dipercayai oleh sebahagian ulama Al-Sunnah.
Penciptaan Adam duniawi (as) atau penurunannya
ke bumi, terjadi selepas penciptaan jiwanya (nafsnya).
Maka jiwa (nafs) Adam (as) telah diciptakan di
syurga dari unsur tanah yang diangkat, yang kemudiannya ditiupkan roh ke
dalamnya.
Setelah itu, jiwa (nafs) Hawa (as) diciptakan
dari jiwa Adam (as).
Seterusnya, keseluruhan jiwa-jiwa (nafs- nafs)
Bani Adam (as) telah diciptakan dari kedua mereka, termasuklah jiwa isteri
kepada anak-anak lelaki Adam,
Inilah yang jelas ditunjukkan oleh ayat
tersebut. Firman Allah (S):
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ
الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ
مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا
اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ
رَقِيبًا﴾
{Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan
daripada itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.} [2]
Secara umumnya, makna zahir dari ayat ini
tidak dapat digunakan sebagai bukti bahawa umat manusia adalah terhasil dari
perkahwinan antara saudara lelaki dan wanita (sumbang
________________________
[1] Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan): J 4, ms
144-145
[2] Al-Qur’an Al-Al-Karim Surah An-Nisa; Ayat
1
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 173
Mahram), seperti yang didakwa oleh mereka.
Kepada mereka yang tidak menerima apa yang telah saya bentangkan - walaupun ia
sangat jelas - berkenaan makna ayat ini dan bagaimana ia merujuk kepada Al-Anfus
(jiwa-jiwa): (yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang
menjadikan daripada itu pasangannya), Ia juga perlu mematuhi dengan apa
yang kami bentangkan adalah dari aspek memahami makna zahirnya, dan dengan itu
makna zahirnya telah menjadi mutasyabih (samar) padanya, dan mereka tidak boleh
mengambilnya sebagai asas aqidah, kerana aqidah tidak boleh diambil dari yang mutasyabih.
Sebagai tambahan, kami akan menyebutkan
kenyataan dari seorang lagi ulama Syiah, Nasir Makarim Shirazi:
“Bagaimana terjadinya
perkahwinan anak-anak Adam?
Firman Allah SWT:
{...dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki
dan perempuan yang ramai}. Apa yang kita pelajari dari ayat ini adalah
tersebar dan bertambahnya bilangan manusia dari keturunan Adam hanyalah dari
Adam dan Hawa, tanpa sebarang entiti ketiga.
Dengan kata lain,
kewujudan keturunan manusia dinisbahkan kepada Adam dan isterinya, tanpa
sebarang lelaki atau wanita lain yang berkongsi nasab itu bersama mereka.
Ini menunjukkan
anak-anak lelaki dan perempuan Adam berkahwin sesama mereka sendiri, kerana jika
nasab manusia bertambah bilangannya dengan mengahwini individu selain mereka,
maka sebutan Allah [dari keduanya] menjadi tidak tepat. Perkara ini telah turut
dibincangkan dalam beberapa hadits. Tiada apa yang menghairankan. Mengikut
kesimpulan yang didapati dari riwayat para Imam Ahlul Bait (as), perkahwinan
ini dibenarkan kerana masih tiada hukum pengharaman seorang lelaki mengahwini
saudara perempuannya.
Perkara ini jelas
menunjukkan sesuatu itu hanya haram jika Allah SWT mengharamkannya. Oleh itu,
tiada masalah jika Allah membenarkan sesuatu pada suatu masa disebabkan oleh
keperluan yang mendesak serta manfaat yang khusus, dan kemudiannya
mengharamkannya pada masa yang lain.
Bagaimanapun, telah
disebutkan dalam hadits-hadits lain, bahawa anak-anak lelaki Adam tidak
mengahwini saudara perempuan mereka, dan hadits tersebut telah meyakinkan
mereka yang berpegang kepada pendapat dan kepercayaan ini.
Dan jika terdapat hadits-hadits
yang bercanggah antara satu sama lain, kita terpaksa mengutamakan yang selari dengan
makna zahir Al-Quran, maka kita perlu memilih kumpulan pertama, kerana ia
bersetuju dengan makna zahir dari ayat ini. seperti yang diketahui sebelum ini.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 174
Wujud satu lagi
kemungkinan di sini: Anak-anak Adam berkahwin dengan manusia lain yang
mendahului Adam dan keturunannya. Kerana Adam - menurut beberapa riwayat – bukanlah
manusia pertama yang mendiami bumi.
Kajian dan siasatan
saintifik menunjukkan manusia telah wujud di bumi untuk suatu tempoh yang
sangat lama, sementara ‘Adam’ muncul di bumi tidak lama dahulu. Oleh itu,
adalah perlu untuk menerima teori yang mengatakan: bahawa manusia lain hidup di
bumi sebelum Adam dengan membandingkan ketiadaan sisa terakhir mereka dengan
kemunculan Adam kita, jadi apakah yang menghalang "anak-anak Adam"
daripada mengahwini sisa-sisa yang terdahulu. spesies manusia, yang berada di
penghujung kepupusannya?
Bagaimanapun,
kemungkinan ini bercanggahan dengan makna yang zahir dari ayat ini (dan
penyelidikan ini memerlukan lebih banyak kajian lanjut, di mana skop
perbincangan di sini tidak dapat menampungnya).[1]
Mereka mengatakan sebuah koleksi riwayat
keagamaan mengatakan bahawa manusia adalah produk sumbang mahram. Mereka
memberatkan riwayat agama yang mendukung sumbang mahram kerana mereka
membayangkan ia selari dengan makna zahir Al-Quran. Mereka menyangka ayat
tersebut merujuk kepada jasad Adam, dan merujuk secara khusus kepada Adam dan
Hawa sahaja. Sebaliknya, dari makna zahir, ia dengan jelas menyebutkan tentang nafs
(jiwa) bukannya jasad, apabila ia mengatakan:
﴿خَلَقَكُم مِن نَّفْسٍ وَاحدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا﴾
[yang menjadikan kamu dari diri yang
satu, dan yang menjadikan daripadanya pasangannya]. Dalam
masa yang sama, mereka sering terlepas pandang, samada sengaja atau tidak,
bahawa riwayat yang mereka ikuti lebih bersetuju dengan kepercayaan para
penentang keturunan Muhammad (as). Kebanyakan riwayat Ahlulbait (as) yang
bersetuju dengan para penentangnya adalah riwayat yang dikeluarkan atas dasar
taqiyah dan terdapat peraturan rasional dalam perselisihan mereka. Yang pertama
ialah penolakan terhadap riwayat yang meperkatakan sumbang mahram; kerana ia selari
dengan penentang keluarga Muhammad (as) dan bersetuju (selari) dengan Yahudi
dan Kristian, kerana mereka adalah memegang ideologi yang salah. Di zaman yang
penuh dengan perselisihan ini, petunjuk terletak pada pendapat yang berlawanan
dengan mereka. Oleh itu, riwayat yang menafikan sumbang mahram sepatutnya
diterima.
Sebagai tambahan, saya dapati Al-Tabataba’i membuktikannya
di dalam Tafsirnya Al-Mizan adalah riwayat dari Al-Ihtijaj:
“Di dalam Al-Ihtijaj,
dari Al-Sajjad (as) dalam percakapannya dengan seorang lelaki Quraisy tentang
perkahwinan Habil dengan Loza, adik perempuan Qabil dan perkahwinan Qabil
dengan Aqlima, saudara perempuan Habil. Beliau ditanya oleh lelaki Quraisy itu:
Adakah kedua mereka mempunyai anak, dan beliau menjawab: "Ya".
Kemudian ditanya oleh lelaki Quraisy itu: "Ini adalah apa yang dilakukan
oleh golongan Majusi." Beliau (as) menjawab: "Mereka melakukannya
setelah Allah mengharamkannya. Jangan menyembunyikan perkara ini kerana ia
adalah sebahagian dari syariat Allah yang berlaku,. Bukankah Allah telah
menciptakan isteri Adam dari dirinya, kemudian Allah menghalalkan Adam sebagai
isterinya? Ia adalah sebahagian dari syariat di zaman mereka kemudian
________________________
. 1. Sumber (Shirazi - Tafsir Al-Amtsal): J 3,
ms 82
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 175
Allah mengharamkannya
selepas itu. Al-Hadits.
Saya katakan: Apa yang disebutkan di dalam
hadits ini selari dengan makna zahir Al-Kitab dan pertimbangannya. Bagaimanapun,
terdapat riwayat-riwayat lain yang menafikan perkara ini, dengan menyebutkan
bahawa anak-anak Adam mengahwini wanita syurga dan Jin yang diturunkan kepada
mereka. Saya menerima kebenarannya berkenaan perkara ini.” [1]
Jika kita perhatikan dengan teliti pada
riwayat Al-Ihtijaj ini, kita mendapati ia juga menyebutkan masalah lain iaitu
Hawa telah diciptakan dari bahagian badan Adam. Ini bermakna mereka turut
mempercayai perkara ini, kerana riwayat yang menjadi sandaran mereka dengan
jelas menyebutkan Hawa diciptakan dari jasad Adam, seperti mana yang disebutkan
oleh Taurat (kitab Perjanjian Lama) dan juga pendapat Al-Sunnah.
Dan dari Abu Hamzah Al-Tsumali, yang berkata:
Aku mendengar Ali bin Al-Hussain (as) bercakap dengan seorang lelaki Quraisy,
katanya: Apabila Allah menerima taubat Adam, Adam telah mengadakan hubungan
badan dengan Hawa, dan beliau tidak pernah melakukannya sejak mereka
diciptakan. Beliau hanya melakukan perkara tersebut di bumi setelah Allah menerima
taubatnya. Adam kemudiannya akan menyucikan Al-Bait dan kawasan suci
sekitarnya, dan jika beliau ingin bersama dengan Hawa, beliau akan meninggalkan
kawasan suci tersebut, dan membawa Hawa keluar bersamanya. Jika dibenarkan
untuk melindungi tempat suci sebagai penyelesaian. Seterusnya mereka akan
berghusl (mandi) kerana menghormati Rumah Suci dan pulang semula ke
perkarangannya. Adam mempunyai 20 orang anak lelaki dan 20 orang anak
perempuan, seorang lelaki dan seorang perempuan setiap kali Hawa hamil. Pada
kehamilan pertama, Hawa melahirkan Habil dan seorang bayi perempuan bernama
Aqlima. Pada kehamilan kedua, beliau melahirkan Qabil dan Loza. Loza adalah
anak perempuan Adam yang paling cantik. Apabila mereka cukup umur, Adam
berasa risau akan terjadi perselisihan antara Habil dan Qabil, maka beliau
memanggil mereka dan bersabda: "Aku akan mengahwinkan kamu wahai Habil
dengan Loza, dan mengahwinkan kamu wahai Qabil dengan Aqlima." Qabil
berkata: "Aku tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengapa kamu
mengahwinkan aku kepada adik perempuan Habil yang hodoh dan mengahwinkan Habil
kepada adik perempuan ku jelita?" Adam bersabda: "Aku akan membuat
keputusan ini dengan cabutan undi. Jika cabutan Qabil jatuh kepada Loza, maka
aku akan mengahwinkan mereka. Jika cabutan itu jatuh kepada Aqlima, maka aku
akan mengahwinkan kamu dengannya." Mereka berdua bersetuju dengan cadangan
Adam (as), mereka membuat cabutan. Cabutan Habil jatuh kepada Loza, adik kepada
Qabil, sementara cabutan Qabil jatuh kepada Aqlima, adik Habil. Maka Adam mengahwinkan
mereka dengan apa yang datang kepada mereka dari Allah.
Katanya: Allah mengharamkan perkahwinan sesama
saudara selepas itu." lelaki Quraisy itu bertanya: Adakah kedua mereka
mempunyai anak, dan beliau menjawab: "Ya". Kemudian lelaki Quraisy itu
berkata: "Ini adalah apa yang dilakukan oleh golongan Majusi pada hari ini."
Ali bin Al-Hussain menjawab: " Majusi melakukannya setelah Allah
mengharamkannya. Kemudian Ali bin Al-Hussain (as) berkata: Jangan menyembunyikan
perkara ini kerana
________________________
. 1. Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan)
tafsir surat Al-Nisa, ayat: 1
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 176
ia adalah sebahagian dari syariat Allah yang
berlaku,. Bukankah Allah telah menciptakan isteri Adam dari dirinya, kemudian
Allah menghalalkan Adam sebagai isterinya? Ia adalah sebahagian dari syariat di
zaman mereka kemudian Allah mengharamkannya selepas itu.[1]
Saya akan menyebutkan riwayat-riwayat yang jelas dari Keluarga Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim) di mana mereka menafikan amalan sumbang mahram. Mereka juga berlepas diri dari orang-orang yang mengatakan anak-anak Adam mengamalkannya, walaupun jelas haiwan-haiwan sendiri mengelak dari melakukan sumbang mahram. Ini telah dibuktikan secara saintifik hari ini di kalangan komuniti chimpanzi dan gorilla yang mengelak dari melakukannya. Jika ini halnya, bagaimana mereka yang mengaku diri mereka sebagai agamawan menisbahkan sumbang mahram kepada umat manusia?!
Adakah masuk akal apabila mereka menolak
evolusi kerana mereka menentang idea manusia dan chimpanzi mempunyai nenek
moyang yang sama, atau menentang idea bahawa asal usul jasad manusia lama
dahulu dari mawas, sedangkan dalam masa yang sama, mereka meletakkan manusia
moden, khususnya Adam dan anak-anaknya, pada darjat yang lebih rendah dari
mawas, seperti kata mereka, manusia menerima dan mengamalkan pembiakan seksual
di antara saudara lelaki dan wanita, perbuatan yang dielakkan oleh komuniti
chimpanzi dan gorilla selama jutaan tahun. Kita tidak bercakap tentang sebarang
manusia di sini, namun kita bercakap tentang Adam, sang Nabi Allah, dan
anak-anaknya, para khalifah Allah (as)?!
_______________________
[1] Sumber (Syeikh Al-Tabarsi - Al-Ihtijaj):
Bahagian 2, ms 43 44
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan