Bab 2.13 Bukti Genetik
Wujud terlalu banyak pembuktian evolusi dalam
bidang genetik, termasuklah:
Gabungan Kromosom 2 Pada Manusia
Ini merujuk kepada percantuman dua kromosom pada
manusia yang kekal terpisah pada chimpanzi, orang utan dan gorila. Manusia
mempunyai 23 pasang kromosom, sementara mawas besar yang lain mempunyai 24
pasang.
“The data we present here
demonstrate that a telomere-to-telomere fusion of ancestral chromosomes occurred,
leaving a patho-gnomonic relic at band 2q13.
This fusion accounts for the
reduction of 24 pairs of chromosomes in the great
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 93
apes (chimpanzee, orangutan and
gorilla) to 23 in modern human and must, therefore, have been a relatively
recent event. Comparative cytogenetic studies in mammalian species indicate that
Robertsonian changes have played a major role in karyotypeevolution (23,24). This
study demonstrates that telomere-telomere fusion, rather than translocation after
chromosome breakage, isresponsiblefor the evolution of human chromosome 2 from ancestral
ape chromosomes.”
[Data yang kami
bentangkan di sini menunjukkan sebuah percantuman telomere kepada telomere
(yang berada di akhir kromosom) pada kromosom nenek moyang, meninggalkan
tinggalan pathognomonik pada band 2q13.
Percantuman ini
menyebabkan pengurangan 24 pasang kromosom pada mawas besar (cimpanzi, orang
utan dan gorila) kepada hanya 23 pasang pada manusia moden, oleh itu
menunjukkan kejadian ini masih baru.
Kajian perbandingan
cytogenetic terhadap spesis mamalia menunjukkan perubahan robertsonian [Iaitu
kromosom yang mempunyai centromere pertengahan (bahagian tengah kromosom)
dibentuk dari dua kromosom yang tidak mempunyai centromere pertengahan] telah
memainkan peranan besar dalam evolusi karyotype (23,24). Kajian ini
menunjukkan gabungan telomere ke telomere, bukan translokasi selepas perpecahan
kromosom, adalah bertanggungjawab untuk evolusi kromosom 2 manusia dari
kromosom milik nenek moyang mawas [1].
Kajian oleh Dr. Jacob Ejido[2] dari
Universiti Iowa, Amerika Syarikat.
Juga: Ini adalah video penerangan oleh Dr.
Kenneth Miller[3] di mana beliau menerangkan isu gabungan kromosom
kedua pada manusia.
_____________
[1] Sumber: Ijdo et al., Asal usul kromosom
manusia 2: Satu gabungan telomere ke telomere Nenek Moyang Boleh didapati di: http://www.pnas.org/cgi/reprint/88/20/9051.pdf
[2] Dr. Jacob George Ijdo adalah seorang
profesor klinikal asosiat yang khusus dalam bidang imunologi di Universiti
Iowa. Beliau menerima PhD dari Universiti Amsterdam, di Belanda.
[3] Dr. Kenneth Miller (lahir 14 Julai 1948)
ialah ahli biologi selular dan molekular (sel dan molekul) Amerika dan kini
Profesor Biologi di Universiti Brown.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 94
Saluran Video Buku Delusi Atheism (14/9/2013). Kromosom kedua - Kenneth Miller.
Boleh didapati di:
https://www.youtube.com/watch?v=wySVojm2x3Q
Virus Retro Yang Sama Terdapat Pada Manusia Serta
Primat[a] Yang lain
“All but two (CERV
1/PTERV1 and CERV 2) of the 42 families of chimpanzee endogenous retroviruses were found to have orthologs in humans”
"Semua (CERV
1/PTERV1 dan CERV 2) kecuali dua daripada 42 keluarga retrovirus endogen cimpanzi
didapati mempunyai ortolog pada manusia"[1].
Penyelidikan oleh
Profesor John MacDonald[2].
Untuk menjelaskan bagaimana perkara ini dapat
membuktikan evolusi, mari bayangkan kita mempunyai sebuah rekod peristiwa yang
terjadi kepada spesis manusia dan mawas besar yang lain. Apabila kita membaca
rekod ini, semua mereka mempunyai tanda kecederaan khusus yang sama. Kecederaan
ini meninggalkan jejak kesan jutaan tahun yang lepas. Satu-satunya penjelasan
kepada persamaan kesan kecederaan ini adalah kerana ia melibatkan nenek moyang
yang sama untuk semua spesis moden ini. Jika tidak, apabila kita menghitung
perkiraan kebarangkalian, kita akan mendapati adalah mustahil bagi semua mereka
untuk mempunyai kuantiti dan kualiti kecederaan yang sama, serta mewarisi jejak
kesan kecederaan pada waktu dan lokasi yang sama.
Sebagai contoh, mari kita andaikan ada dua
orang, A dan B, dan kita mempunyai rekod sejarah nenek moyang mereka, yang
menunjukkan:
Salah seorang dari nenek moyang A (kita
andaikan moyang ke seratus) mempunyai satu sentimeter luka di tempat tertentu
____________________
[a] primat kelas mamalia, antaranya
termasuklah monyet, orang hutan, dan manusia.
1. Sumber: (retrovirus endogen cimpanzi)
McDonald et al., Pengenalpastian, pencirian dan genomik perbandingan Terdapat
di:
http://genomebiology.com/2006/7/6/R51
2. Dr. John MacDonald - PhD. dalam Genetik,
Universiti California:
http://www.biology.gatech.edu/people/publications/john-mcdonald
[b] Video illustrasi oleh Dr. Miller,
Keruntuhan Rekaan Pintar: kuliah Kenneth R. Miller, menerangkan isu gabungan
Kromosom 2 di dalam manusia .2
https://www.youtube.com/watch?v=Ohd5uqzlwsU
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 97
pada tangan kanannya yang terjadi pada tarikh
tertentu.
Kita juga mendapati salah seorang dari moyang B (juga moyang ke seratus) mempunyai luka sepanjang satu sentimeter pada tempat yang sama di tangan kanannya, dan ia terjadi pada tarikh yang sama. Kita mendapati seorang dari moyang A (kita andaikan yang ke-70) telah mendapat luka pada mata kirinya pada tarikh tertentu.
Kita juga mendapati salah seorang moyang B
(yang ke-70) turut mendapat luka di mata kirinya dan bermata satu pada tarikh
yang sama. Peristiwa yang sama ini terjadi semula berkali-kali kepada semua
moyang A dan B dengan cara ini. Maka, sesiapa sahaja yang melihat sejarah ini
akan menyimpulkan bahawa kesemua individu itu adalah nenek moyang yang sama
kepada A dan B.
Tidak syak lagi bahawa bukti genetik itu
terlalu banyak dan saya tidak mahu membincangkan kesemuanya. Oleh itu saya akan
akhiri dengan petikan ahli genetik, Dr. Francis Collins, yang membahaskan
beberapa bukti yang ditemui oleh beliau sendiri semasa mengkaji pelan genetik
manusia, mamalia tertentu dan organisme yang lain.[1]
“WhenI contracted malaria in West
Africa in 1989, that was despite having taken the recommended prophylaxis
(chloroquine). Randomly occurring natural variations in the genome of the
malarial parasite, subjected to selection over many years of heavy use of chloroquine in
that part of the world, had ultimately resulted in a pathogen that was resistant to
the drug, and therefore spread rapidly. Similarly, rapid evolutionary changes in the
HIV virus that causes AIDS have provided a major challenge for vaccine development,
and are the major cause of ultimate relapse in those treated with drugs against
AIDS. Even more in the public eye, the fears of a
____________________
[1] Dr. Francis Collins (14-4-1950 M) adalah ahli genetik
Amerika yang mengetuai Projek Genom Manusia.
Sebagai ahli genetik, dia percaya pada
kesahihan teori evolusi, dan pada masa yang sama percaya kepada kewujudan Tuhan
dan telah mengarang lebih daripada satu buku dalam usaha untuk mempertahankan
kepercayaannya secara saintifik tentang kewujudan Tuhan.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 98
pandemic influenza outbreak from the
H5N1 strain of avian flu are based upon the high likelihood
that the current strain, devastating as it already is to chickens and a few humans who
have had close contact with them, will evolve into a form that spreads easily
from person to person. Truly it can be said that not only biology but medicine would
be impossible to understand without the theory of evolution.”
“Saya dijangkiti
malaria di Afrika Barat pada tahun 1989, walaupun telah mengambil prophylaxis
yang digalakkan. Seleksi natural yang berlaku secara rambang di dalam genome
parasit malaria, setelah ditapis dengan pemilihan selama bertahun lamanya
akibat penggunaan berat chloroquine di negara tersebut, telah menyebabkan wujudnya
pathogen yang mampu menahan kesan dadah, dan hasilnya menular dengan pantas.
Begitu juga perubahan evolusinari yang pantas dalam virus HIV yang menyebabkan
halangan besar kepada pembangunan vaksin, serta menjadi penyebab utama
pengulangan ketagihan kepada mereka yang telah dirawat dengan dadah bagi
mengubati AIDS. Di pihak orang-orang awam pula, mereka lebih risau akan meletusnya
pandemik influenza dari H5N1 selsema burung yang mempunyai kebarangkalian
tinggi untuk virus tersebut, yang sudah pun bersifat memusnahkan kepada ayam
dan beberapa manusia yang mempunyai kontak dengannya, untuk berevolusi kepada
bentuk yang tersebar mudah dari manusia ke manusia lain. Sememangnya dapat
dikatakan bahawa tanpa teori evolusi, bukan sahaja ilmu biologi, malah ilmu
perubatan juga akan menjadi mustahil difahami........... “
“The study of genomes leads
inexorably to the conclusion that we humans share a common ancestor with other
living things.”
“Kajian terhadap
genome pasti akan membawa kita kepada kesimpulan bahawa manusia berkongsi nenek
moyang yang sama dengan benda hidup yang lain… Bukti ini semata-mata sudah
pasti tidak cukup untuk membuktikan nenek moyang yang sama...............”
“This
evidence alone does not, of course, prove a common ancestor; from a creationist perspective, such similarities could simply
demonstrate that God used successful design
principles over and over again. As we shall see, however, and as was
foreshadowed above by the discussion of "silent" mutations in
protein-coding regions, the detailed study of
genomes has rendered that interpretation virtually untenable—not
only about all other living things, but also about ourselves.”
“Dari sudut pandangan
agama, bukti-bukti ini sahaja, sudah tentu, tidak mencukupi untuk membuktikan
asal usul yang sama antara makhluk, dan persamaan (genetik) ini boleh dikaitkan
dengan keterlibatan Pencipta
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 99
telah menggunakan
prinsip rekaan yang berjaya secara berulang. Tetapi, kita akan melihat nanti,
seperti yang telah dibahaskan sebelumnya berkenaan mutasi “senyap” di dalam
kawasan pengkodan protein, kajian terperinci pada genome telah membuatkan semua
tafsiran tersebut (yang diterima pakai oleh agama) tidak dapat dipertahankan,
bukan sahaja berkaitan semua benda hidup lain, tetapi juga berkait rapat dengan
kita sendiri sebagai manusia.
“As a first example, let us look at
a comparison of the human and mouse genomes, both of which have been determined at high accuracy. The
overall size of the two genomes is roughly the same, and the inventory of
protein-coding genes is remarkably similar. But other unmistakable signs of a common
ancestor quickly appear when one looks at the details.”
“Sebagai contoh
pertama, mari kita lihat perbandingan antara genome milik manusia dan tikus,
keduanya telah ditentukan dengan ketepatan tinggi. Saiz keseluruhan kedua
genome tersebut hampir sama, begitu juga dengan inventori gen yang mengkodkan
protein. Namun bukti satu nenek moyang yang tidak ada syak lagi akan muncul
dengan pantas apabila seseorang itu melihat perinciannya....” (Collins,133-34).
“Unless one is willing to take the
position that God has placed these decapitated AREs in these precise positions to
confuse and mislead us, the conclusion of a common ancestor for humans and mice
is virtually inescapable. This kind of recent genome data thus presents an
overwhelming challenge to those who hold to the idea that all species were created ex
nihilo”
“Sesiapa yang tidak
menerima kenyataan bahawa Tuhan meletakkan unsur-unsur purba yang berulang-ulang
ini di tempat-tempat itu untuk mengelirukan dan menyesatkan kita, kita dapat
menyimpulkan tanpa keraguan bahawa manusia dan tikus mempunyai asal usul yang
sama. Data genome terbaru seperti ini merupakan sebuah cabaran besar kepada
mereka yang berpegang kepada idea semua spesis diciptakan dari tiada.....
(Collins,136).
“When one compares chimp and human,
occasional genes appear that are clearly functional in one species but not in the other, because
they have acquired one or more deleterious mutations.”
“Apabila seseorang
itu membandingkan antara manusia dan chimpanzi, mereka akan mendapati beberapa
gen yang jelas berfungsi pada satu spesis namun tidak pada spesis yang lain, ini
kerana gen ini telah dirosakkan oleh sekurang-kurangnya satu
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100
daripada mutasi
genetik.”
“The human gene known as caspase-12,
for instance, has sustained several knockout blows, though it is found in the identical relative
location in the chimp. The chimp caspase-12 gene works just fine, as does the similar gene
in nearly all mammals, including mice. If humans arose as a consequence of a
supernatural act of special creation, why would God have gone to the trouble of
inserting such a nonfunctional gene in this precise location?”
Sebagai contoh, gene
manusia yang dikenali sebagai caspase-12 (enzim), telah mendapat beberapa serangan
KO (pent: maksudnya, telah dipadam fungsi gene tersebut), walaupun ia
masih ditemui di lokasi sama dalam chimpanzi. Gene caspace-12 milik chimpanzi
berfungsi dengan baik, sama seperti gene lain dalam hampir kesemua mamalia
lain, termasuk tikus. Jika manusia muncul akibat dari tindakan ajaib proses
penciptaan istimewa, mengapa Tuhan bersusah payah meletakkan gene yang tidak
mempunyai fungsi ini pada lokasi yang sangat tepat tersebut?[1]
(Collins, 138-39).
Selepas ahli genetik Francis Collins
menyenaraikan bukti-bukti genetik untuk membuktikan teori evolusi, dia mengulas:
“At this point, godless materialists
might be cheering. If humans evolved strictly by mutation and natural selection, who needs God to
explain us? To this, I reply: I do.”
“Orang-orang ateis di
sini mungkin sedang berkhayal. Jika manusia berevolusi melalui mutasi genetik
dan pemilihan semula jadi, siapa yang memerlukan Tuhan untuk membenarkan
kewujudan kita sebagai manusia? Dan saya menjawabnya ....saya perlukan Tuhan
untuk menjelaskannya.”
“The comparison of chimp and human
sequences, interesting as it is, does not tell us what it means to be human.
In my view, DNA sequence alone, even if accompanied by a vast trove of data
on biological function, will never explain certain special human attributes, such as
the knowledge of the Moral Law and the universal
___________________
1. Sumber: Collins, Language of God. Excerpts
from Chapter 5. Bahasa Tuhan - Francis Collins - Petikan Pilihan daripada Bab 5
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 101
search for God. Freeing God from the
burden of special acts of creation does not remove Him as the source of the
things that make humanity special, and of the universe itself. It merely shows us
something of how He operates.”
Perbandingan antara
jujukan chimpanzi dan manusia, walaupun sangat menarik, tidak menunjukkan apa
maknanya menjadi manusia. Bagi saya, susunan DNA semata-mata, (walaupun disertakan
dengan data fungsi biologikal), ia tidak akan dapat menjelaskan beberapa sifat
manusia yang istimewa, seperti pengetahuan undang-undang moral dan mereka semua
mencari Tuhan. Memisahkan Tuhan dari tanggapan bahawa Dia menciptakan kita
secara istimewa tidak membatalkan kewujudan-Nya sebagai sumber semua perkara
yang membuatkan kemanusiaan itu istimewa, Ini hanya menunjukkan kepada kita
sesuatu tentang pengurusanNya.[1]. (Collins 2006, 140-41).
______________
[1] Sumber : (Collins, Language of God) Excerpts from Chapter 5
Bahasa Tuhan - Francis Collins - Petikan
terpilih daripada Bab Lima.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan