Halaman

Isnin, 21 Februari 2022

4.15 Gen Tidak Aktif

 

Gen Tidak Aktif

 

Antara perkara yang menunjukkan mutasi genetik itu bersifat patuh-hukum dan langsung tidak rambang adalah gen tidak aktif, atau gen yang tidak mempunyai fungsi pada waktu ini. Ia mewakili majoriti gen, pada waktu tertentu melebihi sembilan puluh tujuh peratus. Malah di hari ini, ahli genetik tidak mengetahui fungsi khusus mereka. Sesetengah ahli biologi dan genetik menganggap mereka hanyalah warisan evolusi.

Perlu diambil maklum bahawa, jika gen tidak aktif tidak patuh-hukum, dan jika gen ini hanyalah warisan evolusi yang tidak mengikuti hukum, maka mereka sepatutnya meneruskan peranan mereka memberi kesan kepada badan. Namun, jika mereka terus berfungsi, maka badan akan mendapat kecacatan yang signifikan, malah mungkin akan menyebabkan kehilangan dan kepupusan pelbagai spesis secara berperingkat, pada setiap masa. Hakikat bahawa gen ini tidak berfungsi menunjukkan sisi patuh-hukumnya dan sifat tidak rambang pelan genetik. Apa yang terjadi di sini adalah sama dengan apa yang terjadi apabila projek kejuruteraan dilaksanakan. Apabila beberapa bahagian pelan kejuruteraan dilaksanakan, ia tidak akan berulang dalam projek yang sama. Bayangkan kecacatan dan kegagalan yang akan terjadi jika asas projek kejuruteraan dilaksanakan dua atau tiga kali, atau jika sebahagian dari struktur kejuruteraan diaplikasikan dua kali atau lebih. Oleh itu perlaksanaan sistematik

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100

 

 

sesebuah plan kejuruteraan menunjukkan perekanya dan pelaksananya kepada pemerhati luar. Begitu juga, kewujudan sistem yang begitu tepat di dalam pelan genetik, yang menyahaktifkan secara sendiri bahagian yang telah dilaksanakan, secara mutlak menunjukkan suatu kuasa yang bijaksana, membuat hukum dan peka yang menulis hukum kepada struktur dan fungsi pelan ini, serta melaksanakannya dengan cara yang sangat tepat dan patuh-hukum.

Mungkin sebuah contoh untuk perkara ini adalah bebulu tebal tidak tumbuh semula pada manusia apabila mereka keluar dari Afrika ke bahagian sejuk di bumi ini semasa Zaman Ais terakhir, walaupun hakikatnya, mereka pastinya memerlukan sifat ini untuk menahan kesejukan. Jika gen-gen telah menyediakan sifat bebulu tebal, pada kuantiti yang mencukupi untuk menyebabkan evolusi, kita pastinya akan menemui satu jenis lagi manusia yang dipenuhi bulu badan seperti gorilla muncul di Russia, Eropah dan Amerika Utara. Sama seperti kehilangan bulu badan dan ciri perpeluhan yang telah menyebabkan penyejukan badan dan memberikan manusia kelebihan melebihi pemangsa lain di savana Afrika, ciri rerambut dan bebulu yang menutupi badan manusia pastinya akan memberikan mereka kelebihan besar, atau sekurang-kurangnya, menjadikan mereka lebih mampu untuk bersaing, khususnya semasa Zaman Ais terakhir.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan