Halaman

Ahad, 20 Februari 2022

4.10 Hukum Evolusi Atau Perkembangan Melalui Pemilihan Semulajadi

 

2. Hukum Evolusi Atau Perkembangan Melalui Pemilihan Semulajadi  

 

Evolusi atau perkembangan melalui pemilihan semulajadi mempunyai tiga rukun, iaitu variasi (pembezaan), pemilihan dan perwarisan. Faktor-faktor dalamannya adalah pembezaan dan perwarisan, sementara faktor luarannya adalah kelangsungan hidup makhluk paling kuat. Oleh kerana evolusi yang berlaku melalui proses pemilihan semulajadi mempunyai beberapa hukum yang mentadbirnya, kita boleh katakan ia sebagai sebuah proses yang berkod hukum. Kita juga boleh katakan ia adalah proses yang sangat tepat, ditadbir oleh suatu perlembagaan yang mempunyai beberapa hukum.[1] Dengan izin Tuhan, kami akan membuktikan bahawa ia adalah hukum yang sangat tepat dan merupakan sebuah perlembagaan, dan pastinya wujud sang pembuat hukum yang menulisnya untuk mencapai suatu matlamat yang jelas dan pasti.

 

______________________

[1] Setiap perlembagaan perundangan, samada untuk pemerintahan atau untuk apa-apa aktiviti tertentu, mempunyai beberapa hukum. Kadang-kala pada waktu tertentu, hukum-hukum ini akan saling bercanggahan. Sebagai hasilnya, salah satu darinya akan dibenarkan untuk diluluskan, sementara satu lagi akan digantung, atau kedua-duanya akan diluluskan sebahagiannya, atau kedua-duanya akan digantung, lalu akan membawa kepada hukum ketiga di dalam perlembagaan untuk menyelesaikan masalah perlembagaan ini. Oleh itu, perlembagaan adalah sekumpulan hukum untuk mentadbir aktiviti tertentu. Perlembagaan tidak boleh dikritik atau dianggap tidak mempunyai matlamat hanya kerana jika ia menyebabkan kerugian kepada mana-mana pihak apabila terkait dengan isu-isu terkecuali, dan ia bukanlah kerana wujud permasalahan dengan pencipta perlembagaan tersebut.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 207

 

 

Pemilihan semulajadi terjadi melalui persekitaran, samada alam semulajadi - seperti keadaan cuaca panas, sejuk, kelembapan, salji, kedalaman air, air cetek, kesucian air atau lumpur -  atau melalui pemangsaan atau melalui keinginan / pemilihan seksual.

Pemilihan melalui keadaan alam semulajadi, atau cuaca bergantung kepada hukum fizikal yang memberi kesan kepada bumi dan alam semesta secara keseluruhannya, dan hukum-hukum ini mengisyaratkan kepada suatu pembuat hukum.

Sementara pemilihan semulajadi berdasarkan mekanisme pembunuhan, atau pemangsaan, ia juga mengikuti suatu hukum dan menunjukkan kewujudan pembuat hukum. Pada peringkat herbivor, mereka mempunyai sistem nutrisi dan penghadaman yang telah berevolusi sesuai dengan makanan yang mereka makan. Sama juga dengan tumbuhan yang mempunyai mekanisme pertahanan seperti duri. Haiwan karnivor pula mempunyai mekanisme pemburuan yang telah berevolusi, seperti kepantasan, gigi taring, penglihatan yang sangat berkuasa dan penyamaran. Di pihak mangsa pula, mereka telah berevolusi untuk menyamar, bergerak pantas dan memilih masa yang terbaik untuk makan. Oleh itu, anda akan dapati, organisme saling menguatkan antara satu sama lain dan saling berevolusi, yang mana jika dilihat sebagai sebuah unit yang integral, tidak boleh disebutkan sebagai rambang. Malah, ia mewakili suatu sistem berhukum, dan oleh itu menunjukkan ada suatu pembuat hukum.                             

Sebuah contoh berkenaan pemilihan seksual pula adalah apabila burung betina tertentu yang memilih jantan yang berbulu yang paling panjang atau berwarna warni.  

Apabila kita melihat peralatan yang kompleks dan canggih seperti teleskop atau mikroskop, kita akan menyimpulkan bahawa ada seorang pereka yang menciptanya, serta satu hukum yang mentadbir penghasilan alatan tersebut. Oleh itu adalah tidak logik untuk kita tidak membuat kesimpulan yang sama apabila kita melihat sebuah lagi instrumen yang kompleks dan canggih pada tahapnya, iaitu mata. Saya akan serahkan kepada ahli biologi ateis, Richard Dawkins, seorang pakar untuk menceritakan kepada kita berkenaan mata:

 

Tahap pembesaran ini menunjukkan mata sebagai alat penglihatan. Persamaan dengan kamera adalah jelas. Iris bertanggungjawab untuk perubahan berterusan apertur dan titik fokus. Kanta, yang sebenarnya hanya sebahagian daripada sistem kanta kompaun, bertanggungjawab untuk perubahan bahagian dalam pelarasan fokus jauh. Fokus berubah dengan penyempitan kanta oleh otot, "atau dalam bunglon dengan menggerakkan kanta ke hadapan dan ke belakang, seperti dalam kamera yang dibuat oleh manusia."

Imej itu terletak pada retina di bahagian belakang, di mana ia merangsang sel fotovoltaik. Sel sensitif cahaya bukanlah yang pertama terkena cahaya...... Sel peka cahaya bukanlah "sel fotovoltaik" yang pertama kali terkena cahaya, sebaliknya ia tertimbus ke dalam, jauh dari menghadap cahaya....... Dan perkara pertama yang dipengaruhi oleh cahaya itu, sebenarnya

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 208

 

 

neuron yang membentuk "pemisah permukaan elektronik" antara otak dan sel cahaya.

Malah, sel ganglion bertanggungjawab untuk menyelaraskan maklumat dengan cara yang bijak sebelum ia dihantar ke otak, dan dalam erti kata perkataan "permukaan pecah" bukanlah perkataan yang adil untuk itu. Mungkin perkataan komputer hamba akan lebih adil. Wayar berjalan dari sel ganglion pada permukaan retina ke "titik buta" di mana ia tenggelam melalui retina untuk menjadi batang kabel utama menuju ke otak, iaitu saraf optik. Terdapat kira-kira tiga juta sel ganglion dalam "permukaan pemisahan elektronik" yang mengumpul data daripada kira-kira 125 juta sel fotovoltaik.........

 

Apabila anda melihat arkitektur yang sangat indah untuk sel-sel ini, anda harus ingat bahawa semua kerumitan ini diulang sebanyak 125 juta kali dalam setiap retina. Dan kompleksiti ini diulang ber-trillion kali di bahagian lain dalam badan kita secara keseluruhan.

Bilangan 125 juta sel fotovoltaik (sel suria) adalah kira-kira 5,000 kali ganda bilangan titik yang boleh dianalisis dalam gambar berkualiti berbanding dalam majalah, dan membran terlipat fotosel ialah struktur yang sebenarnya mengumpul cahaya. Dan pembentukan sel fotovoltaik dalam lapisan meningkatkan kecekapannya dalam menangkap foton (unit kuantum cahaya), "zarah asas yang membentuk cahaya."

Jika sebuah foton itu tidak ditangkap oleh membran pertama, maka ia akan ditangkap oleh membran kedua, dan seterusnya. Hasilnya, sesetengah mata mampu mengesan foton tunggal. Emulsi filem yang paling pantas dan sensitif, yang tersedia kepada jurugambar memerlukan 25 kali ganda jumlah foton untuk mengesan poin cahaya. Objek berbentuk lozenge yang berada di bahagian tengah sel kebanyakannya adalah mitochondria. Setiap satu darinya boleh dianggap sebagai kilang kimia yang mana, dalam prosesnya menghasilkan tenaga yang boleh diguna, ia memproses lebih dari 700 bahan kimia yang berbeza dalam satu proses pengeluaran yang panjang dan saling berkait di sepanjang permukaan bahagian dalam membran terlipat. Setiap nukleus, seperti yang akan kita lihat dalam bab 5, mengandungi sebuah pangkalan data yang terkod secara digital, yang mana saiznya lebih besar dari keseluruhan 30 jilid Ensiklopedia Britanika. Perlu diingat bahawa saiz ini adalah hanya untuk satu sel, bukan keseluruhan sel dalam badan.. Apabila anda makan stik, maka anda sedang menghancurkan lebih dari 100 bilion salinan Ensiklopedia Britanika. [1]

 

Kerumitan, kecanggihan dan ketelitian dalam susunan organ tersebut telah memaksa Dr. Dawkins untuk mengakui, walaupun beliau adalah seorang ateis, wujud suatu tatanan dan ketiadaan kerambangan mahupun kebetulan dalam semua ketelitian dan kecanggihan

 

________________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 36

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 209

 

 

yang indah ini. Namun oleh kerana beliau adalah seorang ateis, beliau telah membahagikan mekanisme evolusi dengan niat untuk melemahkan bukti bahawa evolusi adalah suatu proses yang mengikuti hukum dan bermatlamat jika diambil kira proses keseluruhannya, dan beliau telah menolak matlamat tersebut.                         

Jadi beliau boleh mengatakan wujud seorang pembuat jam” yang mencipta jam-jam yang canggih dan kompleks berdasarkan sebuah hukum yang tepat. Namun oleh kerana Dawkins tidak mahu melihat matlamat tersebut, beliau mengatakan pembuat jam” tersebut tidak mempunyai kesedaran, atau buta. Jadi pembuat jam” tersebut hanyalah alam semulajadi ini sendiri. Kebenarannya adalah, dengan mengiktiraf hukum tersebut, Dawkins telah meletakkan dirinya pada posisi yang tidak ada pilihan melainkan mengiktiraf pembuat hukum, dan entiti itu mempunyai kecerdikan. Oleh itu, telah terbukti wujud suatu pembuat jam” yang mempunyai kesedaran, atau tuhan. Kami telah menjelaskan sebelumnya berkenaan matlamat evolusi, yang mana Dawkins tidak dapat melihatnya, dan kami akan terus membahasnya dengan lebih dalam lagi. Jika diizinkan Tuhan.                     

 Rajah 8: Gambar yang menunjukkan peringkat perkembangan (evolusi) mata. Sumber[1]

Nilsson et al., A pessimistic estimate of the time required for an eye to evolve

[Nilsson et al., Anggaran pesimis masa yang diperlukan untuk mata berkembang]

 

_____________________

1. Sumber:

Nilsson D & Pelger S. "Anggaran pesimis masa yang diperlukan untuk mata berkembang".

Sains Biologi Jld 256:1345. Apr 1994, PP 53-58. Boleh didapati di:

http://philoscience.unibe.ch/documents/educational_materials/Nilsson1994/Nilsson1994.pdf

 





 Rajah 9: Gambar yang menunjukkan peringkat perkembangan (evolusi) mata dengan sebutan bilangan generasi yang dijangkakan untuk setiap perkembangan yang boleh dilihat dalam gambar.

Sumber 1: [1]

 

______________________

1. Sumber: Curt Deckert, PhD., Buku Reka Bentuk Mata. Boleh didapati di : http://eyedesignbook.com/ch6/fig6-01cBG.jpg


 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 212

 

  

Apabila kita melihat sonar atau ultrasound, kita akan menyimpulkan wujud seorang pereka yang mencipta alatan kompleks dan canggih yang mampu mengesan kapal selam atau batu di dalam hempedu manusia. Adakah logik untuk kita tidak membuat kesimpulan yang sama apabila kita melihat sonar pada ikan lumba-lumba atau kelawar? Ikan lumba-lumba Atlantik mampu mengenali bentuk sasarannya dan jarak antara dua sasaran yang berada sangat dekat bersama. Teknologi sonar atau ultrasound yang canggih pada kelawar membolehkan mereka bergerak di waktu malam, dengan lancar melepasi halangan dan membezakan antara frekuensi mereka sendiri dan kelawar lain, atau bunyi-bunyi yang lain. Dengan menggunakan sonarnya, kelawar mampu dengan mudah memburu mangsanya di waktu malam, malah ada sesetengah spesis kelawar seperti kelawar ladam mampu mengira kelajuan relatif pergerakan antara mereka dan mangsa mereka yang sedang bergerak menggunakan Kesan Doppler. Ini bermakna mereka menggunakan teknologi radar yang lebih canggih dari radar trafik statik yang digunakan untuk menganggar kelajuan kereta di jalan raya. Malah kelawar telah memiliki kebolehan sonar mereka jutaan tahun sebelum kita.

Jika kita boleh menyatakan bahawa sonar sebuah kapal, pengimbas ultrasound yang digunakan doktor atau radar trafik sebagai direka oleh seorang pereka berdasarkan hukum yang tepat dan konsisten untuk mencapai matlamat ia dicipta, maka kita sepatutnya menyatakan bahawa sonar kelawar juga telah direka secara efisien oleh suatu pereka dan berdasarkan hukum yang tepat demi mencapai matlamat penciptaannya. Kelawar menggunakan teknologi canggih untuk ekolokasi. Dr. Dawkins berkata:                        

 

“Kelawar-kelawar ini adalah seperti pesawat pengintip mini, sarat dengan peralatan canggih. Otak mereka adalah pakej yang telah ditala dengan teliti sebagai aneka peralatan elektronik yang dikecilkan, diprogram dengan perisian yang teliti untuk menyahkod dunia gema pada waktu sebenar. Wajah kelawar acap kali dianggap hodoh oleh kita semua sehinggalah kita menyedari hakikat sebenar keupayaan mereka, iaitu sebuah peralatan yang direka indah untuk memancarkan ultrasound pada arah yang dikehendaki.”[1]

 

______________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 42

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 213

 

 

 

Oleh itu, sistem sonar pada kelawar telah mensahihkan sebuah fakta penting, iaitu, ia tidak direka secara rambang. Sebaliknya, wujud sebuah sistem dan hukum yang mentadbir dan menyempurnakan cara penghasilannya, bertujuan mencapai suatu objektif dengan cara yang paling baik. 

Darwin telah mencapai suatu kesimpulan yang penting setelah membincangkan naluri dan evolusi mereka:                      

 

“Adalah lebih memuaskan untuk melihat naluri-naluri ini, seperti apabila burung cuckoo muda yang menendang adik-beradik angkatnya,[1] atau semut-semua yang menggunakan perhambaan, atau larva ichneumonidae yang memakan dari dalam badan ulat beluncas, bukan sebagai naluri yang dikurniakan atau yang diciptakan, sebaliknya ia harus dilihat sebagai hasil dari satu hukum yang umum, membawa kepada kemajuan semua makhluk organik, iaitu untuk berkembang biak, untuk mempunyai variasi serta untuk membenarkan yang kuat terus hidup, dan yang lemah mati.” [2]

 

Kesimpulan yang dicapai oleh Darwin ini menunjukkan sebuah kenyataan yang jelas bahawa Teori Evolusi dengan sendirinya menunjukkan kewujudan Tuhan, kerana teori evolusi ini, menurut kesimpulan di atas merupakan sebuah hukum perkembangan yang sangat tepat. Sebaik sahaja kita melihatnya, kita tidak akan boleh mengabaikan kewujudan suatu pembuat hukum disebalik proses evolusi ini yang berilmu, bijaksana malah mempunyai matlamat, seperti yang akan kami jelaskan. Ini membuktikan tanpa ragu, kewujudan Tuhan. Dawkins juga berkata:                        

 

“Jika anda merasakan Darwinisme hanya berdasarkan nasib, maka anda akan mendapati mudah untuk menolak Darwinisme! Salah satu tugas saya adalah untuk memusnahkan mitos bahawa Darwinisme adalah teori nasib”. [3]

 

Di sini Dawkins mempercayai pemilihan semulajadi adalah sebuah proses yang mengikuti suatu hukum dan bukan bersifat rambang tetapi terdapat sistem yang mengawalnya. Namun Dawkins sebagai seorang ateis, telah menafikan kewujudan matlamat itu dan percaya bahawa penolakannya terhadap matlamat itu selepas pengiktirafannya terhadap undang-undang

 

_________________________

[1] Apabila anak cuckoo itu menetas, dengan segera ia akan melaksanakan nalurinya untuk menendang keluar telur-telur lain, atau anak-anak burung lain yang telah atau sedang menetas. Dengan cara ini, anak cuckoo itu telah mengambil alih sarang tersebut, dan pemilik sarang itu akan memberi makan hanya kepada anak cuckoo tersebut yang dianggap sebagai anaknya sendiri, padahal anak cuckoo tersebutlah yang telah membunuh anak-anaknya yang lain dengan menendang mereka keluar dari sarangnya.

[2] Sumber (Darwin - The Origin of Species): ms 442

[3] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 214

 

 

dan sistem itu akan mencukupinya untuk menafikan kewujudan Tuhan yang dikodifikasikan dan dikawal selia.

                  

Dr. Richard Dawkins berkata:

 

Paley[1] membandingkan mata dengan peralatan yang direka seperti teleskop, dan menyimpulkan bahawa wujud bukti yang sama bahawa mata dicipta untuk penglihatan, sama seperti teleskop yang dicipta untuk membantunya. Mata mesti mempunyai penciptanya, sama seperti teleskop mempunyai penciptanya.                          

Hujah Paley dibuat dengan keikhlasan serta dikhabarkan oleh ilmuan biologi terbaik di zamannya, namun ia jelas salah tanpa ragu. Analogi antara teleskop dan mata, antara jam dan organisme hidup, adalah salah. Sebaliknya, satu-satunya pembuat jam” dalam alam semulajadi adalah hukum fizik yang buta, walaupun ia dijalankan dengan cara yang istimewa. Seorang pembuat jam yang sebenar mempunyai pandangan jauh, dia membuat rekaan roda giginya dan spring, serta merancang kaitan antaranya, dengan matlamat dalam fikirannya. Pemilihan semulajadi, sebuah proses yang buta, tidak mempunyai kesedaran dan bersifat automatik seperti yang ditemui Darwin, yang mana kita ketahui sebagai penjelasan kepada kewujudan semua bentuk hidupan yang bermatlamat, adalah entiti yang tidak mempunyai sebarang matlamat. Ia tidak mempunyai rancangan untuk masa hadapan. Ia tidak mempunyai visi, pandangan jauh atau pandangan apa sekali. Jika ia ingin disebutkan dengan peranan sebagai pembuat jam” di dalam alam semulajadi, maka ia adalah sang pembuat jam yang buta.[2]  

 

Sepertinya amat jelas sekali, Richard Dawkins menerima kewujudan sebuah produk yang kompleks, sebuah hukum untuk menciptanya dan seorang pereka. Masalahnya beliau tidak melihat sebarang matlamat, maka beliau menyebutkan si pereka tersebut tidak mempunyai matlamat dan mengambil pendirian, pereka tersebut tidak mempunyai kesedaran dalam apa yang dilakukannya, atas sebab itu, si pereka itu hanyalah alam semulajadi. Dengan kenyataan ini, Dawkins menafikan kewujudan Tuhan.       

Dengan hujah ini, Dr. Dawkins mahu menafikan kewujudan Tuhan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana Dawkins adalah seorang ahli biologi yang dihormati dan bukan seorang ahli falsafah - seperti yang didakawa oleh sesetengah orang - beliau telah terlepas pandang beberapa perkara kecil. Cukuplah untuk beliau mengakui kewujudan sebuah hukum dan sebuah produk kompleks yang mengikuti suatu hukum untuk membuktikan kewujudan sang pencipta yang mengadakan hukum dan punya kesedaran. Malah, hanya kerana beliau tidak melihat matlamat bukanlah bermaksud tiada matlamat. Untuk menafikan kewujudan kewujudan matlamat, beliau perlulah secara muktamad membuktikan ia tidak wujud, ini sesuatu yang tidak dapat beliau lakukan. Kami telah membuktikan kewujudan matlamat, dan jika diizinkan Tuhan, kami akan terus melakukan sedemikian, sekaligus menutup sebarang jalan keluar untuk ateisme melalui alasan pemilihan semulajadi.

 

“Pendengaran gema dalam kelawar hanyalah satu daripada beribu-ribu contoh

 

_______________________

1. William Paley (1743-1805) dikenali sebagai ahli teologi pada abad kelapan belas, dan dia mempunyai risalah tentang teologi yang dipanggil (Teologi Alam) diterbitkan pada tahun 1802 AD, dan Dawkins memetik beberapa petikan daripada bukunya.

[2] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 19

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 215

 

 

yang boleh saya berikan untuk memberikan hujah berkenaan rekaan yang baik. Haiwan-haiwan telah memberikan gambaran bahawa mereka telah direka oleh ahli fizik atau jurutera yang bijaksana secara teorinya dan genius secara praktikalnya, namun tiada bukti bahawa kelawar sendiri mengetahui atau memahami teori tersebut dengan cara yang sama seperti yang difahami ahli fizik. Kelawar tersebut perlu dianalogikan kepada alat perangkap had-laju yang digunakan oleh polis, bukan orang yang mereka peralatan tersebut. Pereka alat perangkap had-laju memahami teori Kesan Doppler, kemudian mengeluarkan teori ini dalam bentuk persamaan matematik, secara jelas ditulis di atas kertas. Pemahaman pereka tersebut ditunjukkan pada rekaan alatan tersebut, namun alatan itu sendiri tidak memahami bagaimana dirinya berfungsi. Peralatan tersebut mengandungi komponen elektronik, yang bersambungan wayarnya, agar ia secara automatis membandingkan dua frekuensi radar dan menukarkannya kepada unit yang mudah – kilometer per jam (km/j). Pengiraan yang terlibat adalah sangat rumit, namun masih dalam batasan kemampuan sebuah kotak kecil yang mengandungi komponen elektronik moden, yang diwayarkan dengan cara yang betul. Sudah tentu, sebuah otak yang canggih dan punya kesedaran telah melakukan pewayaran tersebut, namun otak tersebut tidak terlibat dengan pekerjaan alat tersebut pada setiap saat.                            

Pengalaman kita bersama teknologi elektronik telah mempersiapkan kita untuk menerima idea bahawa sebuah mesin yang tidak punya kesedaran mampu bertindak seolah-olah ia memahami idea matematik yang kompleks. Idea ini secara langsung boleh digunakan pada tatakerja mesin-mesin yang bernyawa. Seekor kelawar adalah sebuah mesin yang mana elektronik dalamannya begitu bersambungan sehingga otot sayapnya membolehkan ia menyasarkan serangga, sebagaimana misil berpandu menyasarkan pesawat terbang. Setakat ini, gerak hati kita tanpa teknologi adalah tepat. Namun pengalaman kita bersama teknologi juga mempersiapkan kita untuk melihat akal waras dan pereka bermatlamat dalam penciptaan jentera yang canggih. Gerak hati yang kedua inilah yang kita salah dalam kes mesin-mesin bernyawa. Dalam kes mesin yang bernyawa, perekanya” adalah pemilihan semulajadi yang tidak punya kesedaran, pembuat jam yang buta.[1]

 

Hakikatnya, sesiapa yang membaca kata-kata Dawkins di atas memahami bahawa saintis pakar ini mengakui sonar semulajadi pada kelawar tanpa ragu adalah hasil dari kewujudan hukum dan pembuat hukum. Dan jika interaksi yang begitu tepat antara mekanisme kelawar yang lain, seperti sayap ditambah kepada sonar semulajadi, maka isu pembuat hukum menjadi seratus peratus yakin. Sebagai tambahan, wujud interaksi antara bahagian-bahagian kelawar, seperti sayapnya dan sonar semulajadi mereka, pada ketepatan yang sangat jitu, menjadikan isu ini seratus peratus sahih akan kewujudan hukum dan pembuat hukum.                          

Oleh itu, Dawkins mengakui kewujudan pereka, namun menafikan pereka itu sebagai bermatlamat. Atas sebab ini, beliau menggelarkan pereka tersebut sebagai pembuat jam yang buta. Dawkins benar-benar memaksudkan setiap perkataan tersebut, termasuklah segala percanggahan yang ditanggung. Beliau mendakwa bukunya, The Blind Watchmaker” (Pembuat Jam yang Buta) menyelesaikan kontradiksi ini.             

 

______________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 58   

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 216

 

 

Malah, ia tidak menyelesaikan apa-apa, sebaliknya ia hanyalah percubaan untuk membahagikan kilang besar atau industri besar (evolusi) kepada peringkat-peringkat dengan kilang-kilang kecil atau saluran pengeluaran kecil semasa proses mengkaji kilang besar atau industri besar ini untuk menyembunyikan matlamat industri besar ini atau kilang besar melalui penyebaran ini.

                            

Sebagai contoh: Dengan cara yang sama, mana-mana industri boleh dibahagikan untuk dikatakan bahawa ia tidak bertujuan untuk mencapai matlamat akhir. Industri bulu atau kapas, jika kita ingin mengikutinya dari pembersihan dan penyediaan kapas atau bulu untuk dipintal, boleh mereka yang melihat sebagai bahagian proses dari luar kilang atau barisan pengeluaran yang berasingan, bahawa dikatakan: Industri ini tidak bertujuan mencapai matlamat akhir dari awal, dan semua yang wujud adalah matlamat jangka pendek untuk setiap barisan pengeluaran dan barisan seterusnya mendapat manfaat daripada matlamat baris sebelumnya.

 

Apa yang terjadi pada langkah pertama adalah proses pembersihan, penyediaan dan pengasingan antara bahan berguna dan tidak berguna. Setelah itu, kilang pintalan akan menerima produk dari bahagian pembersihan dan penyediaan yang sesuai untuk pintalan menjadi pelbagai gred. Setiap gred boleh digunakan untuk pembuatan tekstil yang berbeza. Setelah itu, kilang fabrik yang khusus akan hanya memilih hanya satu dari produk yang telah dipintal, dan menganyamnya menjadi fabrik khusus. Akhir sekali, sebuah kilang jahitan akan hanya memilih satu fabrik untuk dijadikan baju. Sesiapa yang hanya melihat setiap barisan pengeluaran secara individu boleh mengatakan setiap proses tidak mempunyai matlamat jangka panjang, dan produk akhir adalah bersifat kebetulan dan tidak disengajakan, seperti yang disebutkan Dawkins. Namun sesiapa yang melihat proses ini sebagai aliran kerja yang saling berkait akan dapat melihat matlamat yang jelas dari awal, iaitu untuk menghsailkan baju, selimut dan tirai. Visi kami berkenaan matlamat akhir tidak terkesan dengan proses industri yang mempunyai banyak cabang dengan matlamat jangka pendek, kerugian dan kerosakan material di sepanjang perjalanan proses pembuatan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan