Halaman

Isnin, 31 Januari 2022

BAB 2.4 Bukti Evolusi: Kombinasi Antara Variasi

BAB 2.4 Bukti Evolusi: Kombinasi Antara Variasi, Pemilihan Semulajadi dan Perwarisan Pasti Akan Menghasilkan Evolusi

 

Fakta ini bisa diringkaskan dengan contoh berikut:

 

Orang Eropah mempunyai asal usul kulit gelap, namun hari ini, kita dapati mereka berkult cerah. Lebih tepat lagi, mereka berkulit cerah dengan gred tertentu. Sebagai contoh, orang Eropah di selatan lebih gelap berbanding Eropah di utara kerana warna kulit dipilih oleh persekitaran. Berkenaan sebab warna kulit cerah dipilih, mudahnya adalah kerana Vitamin D, yang memerlukan cahaya matahari menembusi kulit agar ia boleh dihasilkan. Sebaliknya, kulit gelap menghalang atau mengurangkan cahaya matahari menembusi kulit. Di Eropah, keadaannya mempunyai cahaya matahari yang kurang, akan membuatkan manusia berkulit gelap mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengidap kekurangan Vitamin D, yang memberi ancaman kepada nyawa dan reproduksi. Atas sebab ini, yang paling kuat akan terus hidup. Oleh kerana variasi warna kulit (atau pigmen) pasti akan terjadi, warna cerah akan dipilih, kerana mereka yang punya kulit cerah akan lebih sesuai untuk terus hidup dalam persekitaran cahaya matahari yang kurang. Dengan cara ini, proses tapisan pasti akan berlaku, dan ini berterusan, generasi demi generasi sehingga kulit mencapai warna yang sesuai untuk persekitaran. Perkara yang sama juga harus diaplikasikan kepada saiz hidung, ketinggian dan sifat yang lain.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 78

                        

 

“Pendedahan kepada persekitaran yang baru pasti akan menyebabkan adaptasi kepada persekitaran tersebut. Dalam tempoh 50,000-100,000 tahun sejak perpisahan dari Afrika, telah wujud peluang yang besar untuk adaptasi budaya dan biologikal. Kita dapat lihat dari sisi biologikal dalam warna kulit, saiz, bentuk hidung, mata, kepala dan badan. Kita dapat katakan bahawa setiap kumpulan etnik telah dicipta secara genetik di bawah pengaruh persekitaran tempat tinggalnya. Kulit hitam melindungi mereka yang tinggal berhampiran dengan khatulistiwa dari dibakar radiasi ultraviolet yang boleh menyebabkan kanser kulit merbahaya.

 

Petani-petani Eropah yang mengambil diet dengan kurang bahan tenusu, berasaskan bijirin yang kekurangan Vitamin D yang siap, mungkin akan menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit rakhitis (susu kita masih perlu dikayakan dengan vitamin ini). Namun mereka mampu terus hidup di latitud lebih tinggi di mana mereka berhijrah ke situ dari Timur Tengah, kerana vitamin penting ini boleh dihasilkan dengan bantuan cahaya mahatari, dari molekul yang wujud di dalam bijirin. Atas sebab ini, orang Eropah telah mengembangkan kulit putih yang mampu ditembusi radiasi ultraviolet dari cahaya matahari, untuk menukarkan molekul itu kepada vitamin D. Bukanlah tanpa sebab orang Eropah mempunyai kulit yang lebih cerah, apabila mereka dilahirkan di daerah yang lebih utara. 

 

Saiz dan bentuk badan akan diadaptasi kepada suhu dan kelembapan persekitaran. Di kawasan beriklim panas dan lembap, seperti di hutan tropika, memiliki badan yang rendah memberi kelebihan besar, kerana lebih banyak lapisan badan untuk pengewapan peluh berbanding saiz badan. Badan yang lebih kecil juga menggunakan tenaga dan menghasilkan haba yang lebih rendah. Rambut kerinting membolehkan peluh kekal di kulit kepala lebih lama untuk penyejukan yang baik. Dengan adaptasi ini, risiko kepanasan melampau di iklim tropika dapat dikurangkan. Populasi yang tinggal di hutan tropika lazimnya berbadan rendah. Orang Pigmi adalah contoh terbaik.”[1]

 

Contoh: Perubahan warna kupu-kupu dari putih kepada hitam hasil dari revolusi industri.

___________________

[1] Sumber (Kavelli - Gen, Orang dan Bahasa): ms 22 - 23

Profesor Luigi Luca Cavalli-Sforza (Genoa, 25 Januari 1922 ialah ahli genetik Itali dan juga bekerja dalam antropologi. Beliau memperoleh Ph.D. pada tahun 1944 dan menamatkan pengajiannya di Universiti Cambridge dengan ahli biologi evolusi Roland Fischer, dan sejak 1970 beliau telah mengajar di Universiti Stanford di California, Amerika Syarikat. Beliau ialah Profesor Emeritus di sana, serta ahli Académie de l'Ansi, dan telah dianugerahkan Hadiah Balzan untuk Antropologi pada tahun 1999, dan juga ahli kehormat Persatuan Itali Biologi Evolusi.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 79

 

 

Sebelum ini, kupu-kupu mendapat manfaat dari warna mereka yang putih kerana kulit pokok yang putih dapat menyembunyikan mereka dari dilihat burung-burung. Apabila revolusi industri bermula di Eropah, kulit pokok di sesetengah kawasan industri menjadi hitam akibat dari pencemaran yang disebabkan oleh arang. Kupu-kupu putih lebih mudah terdedah kepada burung-burung, sementara kupu-kupu yang mempunyai mutasi warna lebih gelap dapat terus bersembunyi dan terus hidup. Hasilnya, warna kupu-kupu  berubah dalam masa yang singkat dari memerlukan jutaan tahun memandangkan mereka mempunyai kitaran hidup yang singkat. Oleh itu, dalam kes kupu-kupu, suatu tempoh masa yang singkat adalah memadai untuk ratusan atau ribuan generasi berlalu dan evolusi biologikal terjadi.

 

Contoh: Panjang leher nenek moyang zirafah yang berbeza, sesetengahnya mempunyai leher yang lebih panjang dari zirafah yang lain. Jika kita mengandaikan zirafah hidup di kawasan yang mana makanan mereka berada di suatu ketinggian yang lebih sesuai bagi zirafah yang mempunyai leher yang panjang berbanding yang mempunyai leher yang pendek, maka pemilihan semulajadi akan terjadi, memilih zirafah yang lebih sesuai untuk hidup di persekitaran tersebut. Oleh itu, zirafah berleher pendek akan kebuluran, tidak mampu untuk membiak kerana kekurangan makanan atau ketidakmampuan mereka memberi makanan kepada anak-anak mereka. Dengan cara ini, bilangan zirafah berleher pendek akan berkurangan dalam persekitaran ini dan mungkin akan pupus, sementara zirafah berleher panjang akan terus hidup dan membiak dengan baik.  Maka bilangan zirafah berleher panjang akan bertambah dan memindahkan sifat genetik kepada keturunan mereka, sebaliknya sifat leher pendek akan dihapuskan dari pelan genetik zirafah, generasi demi generasi.

 

Perkara ini terbukti dengan sendirinya, dan membuktikan kesahihan perkara ini menggunakan ilmu genetik adalah sama seperti membuktikan bumi berputar mengelilingi matahari dengan menggunakan imej. Walaubagaimanapun, ramai orang menafikannya, hanya kerana mereka menyangka ia bercanggahan dengan skriptur (teks) keagamaan.

 

Contoh: Haiwan pemangsa seperti serigala berbeza dari segala aspek, seperti organisme lain.

Jika serigala tinggal di persekitaran yang mempunyai mangsa yang pantas, maka serigala yang perlahan dan berkaki pendek akan kebuluran. Hasilnya, mereka tidak akan mewariskan sifat mereka kepada generasi seterusnya. Dengan beredarnya masa, melalui pemilihan semulajadi, serigala yang berkaki panjang dan bergerak pantas akan terbentuk dalam persekitaran tersebut. Dalam keadaan salji, hanya serigala berbulu putih akan dapat terus hidup kerana yang berbulu gelap akan dapat dilihat dengan mudah oleh mangsa dan tidak dapat memburu, seterusnya akan mati kebuluran. Dengan cara ini, warna bulu serigala akan beransur-ansur menjadi putih, dan perkara yang sama juga terjadi kepada mangsa, contohnya bulu arnab yang menjadi putih untuk membantu penyamaran. Dalam kasus beruang kutub, warna putih mereka membantu dalam penyamaran ketika memburu mangsa, kerana mereka tidak akan dilihat sehinggalah terlambat. Jika tidak kerana sifat bulu putih ini, mereka mungkin tidak mampu memperolehi makanan. Warna putih ini tidak diperolehi secara mengejut, namun

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 80

 

 

melalui proses evolusi yang sama dengan evolusi kupu-kupu semasa revolusi industri. Keduanya terjadi apabila mutasi genetik memberikan pilihan yang sesuai kepada keberterusan hidup, reproduksi dan membangunkan sifat yang menggantikan sifat yang lain. Bagaimanapun, ia mengambil masa 150,000 tahun untuk beruang kutub berevolusi dari beruang perang menurut Dr. Ian Stirling.[1] Tempoh masa ini lebih lama dari yang diperlukan oleh kupu-kupu ketika revolusi industri, sebabnya adalah perbedaan antara kitaran hidup yang panjang dan pendek bagi haiwan tersebut, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini.

 

Contoh: Di zaman sekarang, kita dapati walaupun dengan kemajuan ketamadunan, teknologi dan perubatan, masalah kesihatan, penyakit dan permasalahan dari wabak semakin bertambah. Kita semua -  malah mungkin termasuk doktor - tertanya-tanya, apakah sebab terjadinya perkara ini?! Salah satu sebabnya yang sangat jelas, iaitu dengan kemajuan pelbagai bidang, kita telah menghapuskan salah satu dari faktor evolusi bagi spesis kita, iaitu pemilihan semulajadi.

 

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, mari kita meneliti penyakit keturunan seperti diabetes, sebagai contoh. Industri kesihatan (para doktor, makmal, pakar, farmasis dan perubatan dan lain-lain) telah memanjangkan umur pesakit diabetis sehingga mereka boleh dewasa, mempunyai anak dan mewariskan gen kepada keturunan mereka. Ini menyebabkan pertambahan jumlah manusia yang mempunyai gen ini. Oleh itu, dengan kemajuan kita, kita telah menghapuskan pemilihan semulajadi. Jika kita tidak menyertakan industri kesihatan dalam persamaan ini, pemilihan semulajadi pasti terjadi. Hasilnya, ramai pesakit diabetis akan mati sebelum menjadi dewasa dan mampu mempunyai zuriat, lantas bilangan orang yang mempunyai gen ini akan berkurangan secara beransur-ansur.

 

Sebagai tambahan, oleh kerana kita tinggal di rumah yang terlindung, ramai orang tidak mampu menghadapi kesusahan tinggal di persekitaran semulajadi, seperti keupayaan untuk menghadapi kuman atau gigitan serangga.

 

Malah, wujud kajian yang menunjukkan penghapusan biologikal yang telah menimpa orang asli Dunia Baru akibat daripada binatang peliharaan yang dibawa ke rantau tersebut oleh peneroka baru. Orang Eropah telah beradaptasi untuk hidup dengan kuman-kuman ini, dan membentuk ketahanan terhadapnya, namun orang asli Dunia Baru tidak mempunyai ketahanan tersebut, yang akhirnya menyebabkan pengstrukturan semula populasi berdasarkan sistem evolusi.

 

____________________

[1] Dr. Ian Stirling dianggap sebagai salah seorang pakar terbaik dunia mengenai topik beruang kutub, dan telah menulis dan bercakap secara meluas tentang ancaman yang ditimbulkan oleh pemanasan global terhadap beruang kutub.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan