Bab 2.3 Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi
Kedua: Teori Perkembangan dan Evolusi
Pada 24 November 1859, Charles Darwin
telah menerbitkan buku terkenalnya, Origin of Species - Asal Usul Spesis -
Melalui Pemilihan Semulajadi, atau Pengekalan Spesis Terpilih Dalam Perjuangan
Kehidupan. Di dalam buku ini, beliau mempersembahkan sebuah teori yang
menyatakan bahawa organisme di bumi (tumbuhan dan haiwan) berevolusi, dan tidak
wujud secara tiba-tiba atau serentak.
Walaupun di waktu itu Darwin tidak mempunyai
fosil yang mencukupi untuk mendukung teorinya, beliau mempersembahkan bukti
yang beliau perolehi dari pemerhatian serta kajian hibridisasi dan
pendomestikan. Beliau juga telah mempersembahkan beberapa bukti dan kajian yang
beliau perolehi dari pelayaran terkenal beliau di atas HMS Beagle, dan bukti
lain dari ahli biologis lain. Kebanyakan bukti Darwin datang daripada
pemerhatian, perbandingan anatomi dan kajian ke atas organisma moden.
Bukti-bukti evolusi terus bertambah setelah
pemergian Darwin melalui kajian saintifik yang dibantu oleh kemajuan teknologi dalam
pemeriksaan fosil, perbandingan anatomi dan genetik. Darwin dan ahli biologi
evolusi yang datang selepas beliau telah menyimpulkan bahawa kombinasi antara
individu (kerana perbezaan pelan genetik mereka, sebagai contoh), proses
pemilihan yang terjadi dari alam sekeliling dan perwarisan, menghasilkan
evolusi kehidupan yang sesuai untuk persekitaran tersebut. Jika pembaca
memahami maksud variasi dalam pelan genetik dan pengekalan spesis terpilih oleh
alam semulajadi, maka mereka akan melihat dengan jelas bahawa evolusi adalah
tidak dapat dielakkan. Selanjutnya menjadikan bukti fosil tidak lagi
diperlukan.
Ringkasnya, di mana sahaja ada variasi (kepelbagaian),
pemilihan dan pewarisan, evolusi pasti terjadi. Variasi wujud, dan tiada
keraguan bahawa ia wujud antara individu dalam spesis yang sama. Pemilihan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 76
juga wujud, kerana ia adalah sebahagian
penting dari alam semulajadi, keperluannya dan perubahan persekitaran yang
sentiasa terjadi, seperti pengurangan paras air, kemarau, kenaikan atau
penurunan suhu atau kewujudan pemangsa dan mangsa yang baru. Pewarisan juga
adalah elemen yang tidak dapat dielakkan, selagi ada pembiakan dan pembiakan
semula. Maka evolusi tidak dapat dielakkan di masa lalu, sekarang dan pada masa
hadapan, kerana semua komponen yang diperlukan masih wujud. Oleh itu, isu ini
tidak perlu diperdebatkan, kerana ia jelas seperti jelasnya bumi ini berputar.
Sebagai tambahan, wujud juga bukti dari perbandingan anatomi, fosil-fosil dan
genetik yang mengesahkan evolusi, walaupun evolusi itu sendiri sudah jelas
walaupun dalam susur galur organisme moden.
Oleh itu, evolusi akan terjadi di mana sahaja
ada variasi, pewarisan akibat pembiakan dan pemilihan semulajadi ke atas spesis
yang paling kuat. Sebagai contoh, jika kita melihat kepada evolusi organ
kompaun seperti mata, telinga dan hidung, langkah evolusi yang pertama adalah
perubahan sel deria pada haiwan sel berganda yang primitif. Sel-sel ini
kemudiannya akan berganda pada generasi seterusnya, kerana variasi yang
disebabkan oleh mutasi genetik akan menyebabkan pergandaan ini. Jika sel deria
ini memberikan manfaat dan tenaga kepada haiwan tersebut
untuk melepaskan diri dari musuhnya dan membantu mencari makanan, serta jika
tenaga yang diberikan sel tersebut melebihi kos kewujudannya, maka haiwan
dengan sifat ini akan mempunyai lebih banyak peluang hidup seterusnya dipilih
oleh alam semulajadi. Dengan itu, pemilihan ke atas sel deria ini akan terjadi.
Maka, apabila ada langkah evolusi yang memberikan lebih banyak manfaat dari kos
kepada haiwan tersebut, ia akan dikekalkan.
Setelah sel deria yang khusus ini membiak
melalui langkah-langkah evolusi akibat variasi dan pemilihan, sekumpulan sel
yang dapat mengesan cahaya atau mengesan bahan kimia atau bau mula wujud.
Apabila sekumpulan sel yang mengesan cahaya wujud di dalam haiwan, dan variasi
juga ada, persekitaran akan memilih sel yang paling bersesuaian untuk terus
maju kepada keadaan terbaik. Bentuk melengkung akan lebih disukai kerana ia
mengesan cahaya dengan lebih baik, seperti kanta yang menumpukan cahaya dan
menjadikan imej lebih jelas, begitu juga deria yang lain. Apabila mutasi sesuai
yang lebih baik mula ada, haiwan tersebut akan memilih (bukan secara sedar atas
kemahuan haiwan tersebut, namun melalui kaedah evolusi yang saya telah
jelaskan) sebuah sistem yang menggabungkan dan menyusun pekerjaan sel deria
yang mempunyai pelbagai fungsi sebagai sebuah kumpulan dari sekadar bekerja
secara individu, untuk meningkatkan peluang hidup.
Jika mutasi memberikan sumber untuk sistem
tersebut, atau memberikan asas untuk sistem itu berhubungan dengan sel deria
serta menyusun atur kerja mereka, maka sistem tersebut akan dipelihara. Ini
mewakili sistem saraf primitif, yang boleh kita katakan sebagai asas kepada
otak. Dan inilah caranya sel-sel deria berevolusi menjadi mata, hidung dan
lain-lain. Umumnya, ia adalah perihal ekonomi untuk haiwan tersebut: jika sifat
yang diperolehi dari mutasi genetik membantu haiwan mendapatkan makanan dan
menambah kemampuannya memperolehi 2 unit tenaga dengan hanya membelanjakan 1
unit tenaga, maka sifat ini memberikan manfaat kepada haiwan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 77
tersebut, lalu dipelihara. Sebaliknya, jika
penggunaan tenaga mengoperasikan melebihi manfaatnya - berdasarkan contoh di
atas, penggunaan tenaga adalah 3 unit - maka sifat itu memudaratkan, dan akan
dihapuskan. Penghapusan sifat ini bukan dari tindakan individu haiwan tersebut,
sebaliknya ia adalah penghapusan keseluruhan spesis. Dengan kata lain, apabila
haiwan memperolehi sifat yang lebih memudaratkan dari manfaatnya, ia akan
binasa kerana mereka tidak akan mampu hidup atau bersaing dengan haiwan lain.
Wujud beberapa perbezaan pendapat berkenaan
jalan yang diambil evolusi, dan ada juga beberapa teori yang menerangkan
perjalanannya. Teori-teori ini berbeza pendapat tentang kelajuan evolusi,
samada ia sentiasa bergerak sangat perlahan atau kelajuannya berubah secara
khusus atau berterusan. Salah satu darinya adalah teori mutasi genetik ekstrim,
yang telah ditinggalkan hampir sepenuhnya. Teori ini menyebutkan organ kompoun
wujud secara terus dan serta merta melalui mutasi genetik tunggal.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan