Bab 2.5 Bukti Evolusi: Anatomi Komparatif
Perbandingan anatomi mengesahkan evolusi.
Wujud banyak contoh bagi perkara ini, namun saya akan berikan hanya satu, saraf
laring. Saraf ini boleh didapati di dalam ikan, amfibia, rusa, manusia dan
zirafah. Dalam ikan, saraf laring ini bersambung dari otak ke insang setelah
menggelungi hati.
Baik, jika badan setiap haiwan direka secara
berasingan, dan tidak berevolusi dari ikan, saraf ini akan bersambungan secara
terus dari otak ke bahagian atas laring kerana jarak yang dekat antara keduanya.
Namun, apa yang terjadi secara tabi’ei adalah, saraf ini mengikut laluan yang
sama dengan ikan pada haiwan yang lain. Ini bermakna, haiwan tersebut telah
berevolusi dari ikan, dan pemanjangan leher serta kedudukan jantung yang
terpencil memaksa saraf ini membuat lencongan melalui aorta, kemudian pusing
semua dengan jarak yang hampir sama sehingga sampai kepada bahagian atas leher
dan bersambung dengan bahagian atas laring. Jarak panjang yang diambil saraf
ini tidak membawa sebarang manfaat, -mengikut ahli biologi dan perbandingan anatomi - Alasan untuk berjalan
dalam jarak ini adalah karena ia membungkus arteri yang keluar dari jantung dan
kemudian kembali dengan jarak yang kira-kira sama hingga mencapai puncak leher
dan menghubungkan ke laring dari atas. Jadi, saraf ini terbungkus dalam ikan,
dan berlanjut dengan cara yang sama membungkus haiwan yang lain, akibat evolusi,
pembungkus ini adalah warisan sejarah.
Saraf laring telah mengambil satu lencongan
yang tidak diperlukan kerana ia tidak direka pada asalnya secara berasingan
untuk setiap haiwan. Ia bersambungan dari otak ke permulaan dada dan balik
semula ke atas laring. Ini adalah bukti evolusi dan perkembangan kerana ia
adalah langkah evolusi, pemanjangan saraf ini sedikit demi sedikit adalah lebih
mudah dari penyambungan terus. Sebaliknya, jika jasad setiap haiwan direka
secara khusus dan dicipta berasingan, saraf ini akan bersambung secara terus, dan
pembaziran ekonomikal yang terhasil dari rekaan saraf dengan kepanjangan
tersebut, seperti yang kita lihat pada zirafah sebagai contoh, adalah tidak
diperlukan.
Fakta yang disebutkan di atas telah digunakan
untuk menentang ideologi Perancangan Pintar (Pent: Intelligent Design), kerana
kecacatan dalam rekaan yang berlaku ketika proses evolusi ini bukanlah satu
Perancangan Pintar yang sempurna untuk semua haiwan. Reka bentuk awal menghasilkan
pemanjangan terhadap saraf laring yang ketara pada haiwan, khususnya haiwan
dengan leher yang panjang seperti zirafah, tanpa sebarang manfaat. Fakta ini
membatalkan dakwaan Perancangan Pintar apabila dibandingkan dengan evolusi.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 82
Apa yang telah disebutkan di atas adalah
ringkasan bagaimana anatomi komparatif digunakan untuk membuktikan evolusi, dan
ia juga adalah kekaburan ateis ke atas Perancangan Pintar. Saya telah cuba
meringkaskan isu ini sebaik mungkin. Ilustrasi mungkin membantu meringkaskannya
lebih lagi.
InsyaAllah, kita akan membincangkan argumen
ini dan akan kita buktikan bahawa kecacatan yang terjadi dalam struktur badan
ketika proses evolusi bukanlah satu argumen kuat ke atas sifat evolusi yang
bersifat mematuhi suatu perundangan dan mempunyai matlamat. Pelan genetik yang
pertama adalah bermatlamat dan patuh perundangan, yang kemudiannya menunjukkan
adanya suatu pembuat undang-undang dan pereka cipta yang mencipta undang-undang
tersebut demi mencapai suatu hasil yang khusus. Pastinya, perkara berkenaan
saraf laring berulang ini membatalkan dakwaan-dakwaan mereka yang menafikan
evolusi dan mendakwa penciptaan terjadi dalam satu letusan tunggal, kerana
semua rekaan dan perlaksanaan yang terjadi dalam letusan tunggal memerlukan
kepada ketiadaan kecacatan yang kita lihat pada pemanjangan saraf laring berulang.
Malahan, walaupun jika kita mengatakan pemanjangan saraf ini mempunyai manfaat,
ia tidak mengubah hakikat bahawa ia adalah sejarah warisan evolusi yang
bercanggahan dengan teori penciptaan dalam satu letusan.
Saya telah membentangkan contoh saraf laring berulang secara khusus kerana ia bukan sahaja digunakan untuk membuktikan teori evolusi, malah ia juga digunakan untuk menafikan evolusi sebagai sebuah proses yang patuh perundangan dan matlamat. Kita akan terangkan mengapa konklusi ini terbatal, dan bagaimana kecacatan dalam suatu produk evolusi sama sekali bukan bermaksud evolusi tidak mengikuti suatu peraturan. Paling tidak, ia hanya menunjukkan penciptaan tidak terjadi dalam satu letusan namun secara berperingkat melalui evolusi.
Sumber [1] Dawkins, Pertunjukan
terbesar di bumi: bukti evolusi:
___________________
[1] Sumber: Dawkins R 2009. Pertunjukan terbesar di bumi: bukti evolusi.
Akhbar percuma, Transworld. muka surat 160.
Gambar 2. Ilustrasi pemanjangan saraf laring berulang (warna hitam) dalam zirafah semasa proses evolusi apabila ia mengelilingi saluran darah dan pulang semula ke laring di kepala.[1]
___________________________
[1] Ini ialah video demonstrasi:
Saluran Video The Book of
Illusion of Atheism (04/09/2013) Ilustrasi saraf laring yang berulang zirafah.
Boleh didapati di
http://www.youtube.com/watch?v=kAJKZdHmiTg
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan