Mengenali Imam Ahmad as dari Haidar 3utsman
هكذا عرف حيدر العثمان الامام احمد الحسن (ع)
Beginilah cara Haidar Al-‘Utsman mengenali Imam Ahmad
Al-Hassan (as)
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
اللهم صل على محمد وال محمد الائمة والمهديين
وسلم تسليما
الحمد لله على هدايته الحمد لله الذي عرفنا
اوليائه وانقذنا بهم قبل ان نذل ونخزى
Segala puji bagi Allah atas petunjuk-Nya,
segala puji bagi Allah yang telah mengenalkan kita Aulia’Nya dan menyelamatkan
kita melalui mereka sebelum kita dihina dan dikeji.
اللهم لك الحمد والمنة
Ya Allah, bagiMu pujian dan kebesaran
ربَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن
ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا
لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ
وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
(Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman
di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian
itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia
cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan,
mudah-mudahan mereka bersyukur.) [Ibrahim 37]
Bagaimana saya memasuki dakwah yang diberkati?
Pada bulan Safar tahun 1424 Hijrah. dan pada satu
malam yang diberkati pada bulan kepulangan tawanan, abang saya datang dan
membuka perbincangan tentang masalah Imam Al-Mahdi (as), dan permulaan
ucapannya adalah begini:
(Jika engkau ditugaskan ketika kedatangan Imam Al-Mahdi (as),
adalah mengangkat batu besar dan ia sangat berat dan untuk diletakkan di tempat
lain. dan engkau tidak mengetahui tentang tugasan ini dan Imam Al-Mahdi (as) datang
dan dia berkata kepada engkau, sekarang engkau mesti mengangkat batu ini dan
tanpa peringatan terlebih dahulu. Maka ini akan menjadi tidak adil, dan jawapan
engkau adalah: Saya tidak tahu bagaimana untuk mengangkat batu besar ini.
Mengapa tuan tidak menghantar seseorang untuk memberitahu kami, ya maulai?
Dan apabila Imam (as) mengutus seseorang kepada engkau dan
berkata, “Kamu harus mengangkat batu ini apabila Imam Al-Mahdi (as) datang,
maka engkau akan datang untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu mengangkat batu itu,
engkau akan membawa kenderaan besar (kren) untuk mengangkatnya, dan engkau tidak
perlu memikulnya kerana ia terlalu berat dan ia bukan suatu kezaliman terhadap engkau.....
Abang saya meneruskan ucapannya dan berkata: Masalah Imam Al-Mahdi (as) mesti ada
persediaan, kerana beratnya sebagaimana berat batu itu, maka mesti ada persediaan
yang membuka jalan kepada Imam Al-Mahdi (as), dan memberi peringatan kepada
manusia dan mengajar mereka bahawa mereka mempunyai tugas yang harus mereka
penuhi sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi (as).
Kemudian abang saya berkata bahawa Imam telah
mengutus seorang utusan, dan bahawa dia berada di kejiranan Al-Zahraa', namanya
Ahmad (as) dan dia menyeru manusia kepada Imam Al-Mahdi (as). Maka ketika dia
bercakap, saya dihantui ketakutan yang besar. Dan apabila dia berkata bahawa
Imam Al-Mahdi mengutus seorang utusan dan meminta bai’ah, saya berkata dalam
hati, saya akan bersamanya, dan ada perbincangan dari sepupu saya kerana mereka
turut hadir dan mereka mengingkari dakwah Ilahiyah ini, dan kami berbai’ah
kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as), pada masa yang sama. Abang saya berkata,
"Jangan bangkit sehingga kamu berbai'ah." Maka dia membai'ah kami.
Itu adalah minggu pertama saya masuk ke dalam tanggung jawab itu dan dari situ
saya mula melihat Imam Ahmad, (Shalawatu Allah 3alaih) dalam rukya (mimpi), dan
Al-Hamdu Lillah Rabbi Al-3alamin.
Pada suatu hari, setelah kami memasuki dakwah yang
diberkati, dan hari itu adalah hari Jumaat, saya bersama saudara-saudara saya bersetuju
pergi mencari Al-Syed (as), kerana kami percaya bahawa dia ada di antara kami. Maka
kami bersepakat untuk mencarinya, dan apabila kami memasuki Hussainiyah (Hussainiyah
Ansar Al-Imam Al-Mahdi) di Basrah. Sholat Jumaat belum didirikan, para Ansar
sedang sibuk bersiap-siap untuk sholat Jumaat. Kami pergi memberi salam kepada ansar
tersebut. Saya melihat dua orang berdiri berdekatan dengan pagar, dan mereka
berpakaian Arab, maksudnya pakaian orang-orang Arab. Hati saya, demi Alah Yang
Maha Tinggi lagi Agung berdegup dengan kencang apabila saya melihat rupa yang
mulia Shohib Al-Amr (as), dan saya sangat takut, lalu saya pergi memberi salam
kepadanya, saya dan saudara-saudara saya, kerana kami bertiga dalam keadaan
yang sama. Dan saya mempunyai perasaan yang indah dan kegembiraan yang besar
apabila saya melihatnya, maka saya memberi salam kepadanya dan dia menyambut
salam saya dan saya tahu bahawa ini adalah Imam Ahmad Al-Hassan (as), Kemudian sampai
masa sholat Jumaat, maka beliau (Shalawatu Allah 3alaih) berdiri dan akan mendirikan
sholat, dan keyakinan saya bertambah, kerana sholat Jumaat diadakan oleh salah
seorang syeikh yang mulia, tetapi syeikh ini mengundur diri apabila hadir
pemilik urusan (Shohib Al-Amr (as)), dan beliau menyampaikan khutbah yang mulia
di mana beliau bercakap tentang kehadiran orang Amerika berhampiran maqam yang
mulia Amirul Mukminin Ali (as). Dia marah dan kecewa dengan keadaan ini, dan
dia meminta Al-Sistani bertanggungjawab atas kehadiran mereka, seperti yang dia
(Shalawatu Allah 3alaih) katakan yang maksudnya (Jika Sistani memberi fatwa
menyuruh mereka meninggalkan tanah Najaf, mereka akan pergi). Dia sangat kecewa
dengan kehadiran mereka (laknat Allah ke atas mereka), dan dia (Shalawatu Allah
3alaih) sholat Jumaat bersama kami. Saya benar-benar yakin bahawa dia adalah
Imam (as), dan kami tidak dapat melihat Imam Ahmad Al-Hassan (as), kerana kami menduduki
peperiksaan dan dia tidak menerima kami pergi ke Husseiniyah. Kami setia dengan
pelajaran kami. Tetapi kami telah dihalang daripada melihatnya semasa dia
berada di Al-Hussainiya kerana masih bersekolah, dan saya berada di tingkatan
tiga di sekolah menengah, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Pada suatu hari, setelah sekian lama dalam dakwah yang
diberkati, kami telah keluar untuk menziarahi Al-Amir Ali bin Abi Talib (as),
dan perjalanan kami adalah perjalanan keluarga, dan ketika itu hampir dengan
hari Al-Ghadir, maka kami memasuki Najaf, dan ada sekatan jalan (pusat
pemeriksaan tentera) yang terletak di pintu gerbang Najaf Al-Asyraf. Lalu
mereka menahan kami untuk pemeriksaan, jadi kami turun untuk diperiksa, dan
saya melihat abang saya telah lari, jadi saya mengejarnya dan ada sebuah kereta
yang di dalamnya ada beberapa orang ansar, saya kenal mereka, maka saya memberi
salam, dan apabila saya memberi salam kepada mereka semua. Pemandunya kekal di
dalam kereta dan tidak turun. Jadi saya memberi salam kepada yang terakhir dan
melihat ke dalam kereta, dan dia adalah Imam Ahmed Al-Hassan (as), apabila saya
melihatnya, saya tidak dapat menahan diri. Dan dia sangat menggembirakan hati
saya. Tetapi saya tidak dapat maju satu langkah pun mendapatkan Imam supaya memberi
salam kepada Imam (as), tetapi saya mengucapkan salam dalam diri saya, dan
saudara saya pergi untuk memberi salam kepadanya, maka turunlah Al-Syed (as), dan
memberi salam kepada saudara saya, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Haidar Al-‘Utsman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan