Mengenali Imam Ahmad (as) dari Abu Nuh Al Ansari
هكذا
عرف المهندس ابو نوح الانصاري من العراق الامام احمد الحسن (ع)
Beginilah cara Jurutera Abu Nuh Al-Ansari dari
Iraq mengenali Imam Ahmad Al-Hassan (as)
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وال محمد الائمه والمهديين
وسلم تسليما.
Allah Ta'ala berfirman:
ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللّهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"(sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya
(turunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."
[Aali Imran 34]
Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً
لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي
وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta
untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum
habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan
sebanyak itu (pula)". [Al-Kahf: 34]
اللهم صل على محمد وال محمد في الاولين وصل
على محمد وال محمد في الاخرين وصل على محمد وال محمد الائمة والمهديين الطيبين
الطاهرين والعن أعدائهم من الاولين والاخرين الى قيام يوم الدين
Ya Allah, curahkanlah selawat ke atas Muhammad
dan keluarga Muhammad pada umat-umat yang terdahulu. Dan curahkanlah selawat ke
atas Muhammad dan keluarga Muhammad di kalangan orang-orang yang datang
kemudian.
Dan curahkanlah selawat ke atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi yang baik dan yang disucikan
Dan laknatlah musuh-musuh mereka dari yang terdahulu
dan yang terkemudian sehingga hari kiamat
Keluarga Muhammad adalah cahaya Allah di bumi
dan mereka adalah kitabNya yang berkata-kata lagi benar, merekalah yang mengatakan
dan mengamalkan yang makruf, Merekalah yang memperingatkan kebaikan pada permulaannya,
dan memperingatkan yang makruf. Merekalah sumber dan asalnya cahaya di atas
cahaya dari tanah yang satu yang diciptakan Allah dan merekalah yang memandang
Arasy-Nya sebelum Dia menciptakan penciptaan. Mereka adalah pohon nubuwah dan sumber
risalah. Akarnya kukuh, dan dahannya menjulang ke langit, pohonnya (shalawatu
Allah 3alaihim Ajma3in) yang baik. Dan dari pohon inilah cabang dan tunasnya yang
dahaga penyiraman air (ubat) dari Sungai Salsabil dengan ilmu yang murni dan
berat, Ahmad Al-Hassan, washi dan utusan Imam Al-Mahdi (as).
Sebenarnya, saya tidak tahu harus bermula dari
mana. Tuan-tuan yang dihormati, ansar Allah, dan orang-orang yang mulia, di
antara orang-orang yang adil dan yang berbeza dengan akhlak Saidi Yamani Aali
Muhammad, Ahmad Al-Hassan (as) adalah seperti seorang doktor yang berkeliling dengan
ubat-ubatannya di kalangan kita.
Dan seperti seorang bapa yang mengasuh anak-anaknya,
anak-anaknya terdiri dari orang-orang mukmin dengan berbelas kasihan lagi menyayangi
mereka, bersikap tegas terhadap orang-orang kafir. Beliau mula mengajar kami sifat
merendah diri dari dirinya. Pada awal dakwah yang diberkati, ketika kami
memulakan pembinaan Husainiyah kedua kami di Iraq, Husainiyah dan madrasah
Ansar Al-Imam Al-Mahdi di Nasiriyah. Dan dia membawa tanah liat dengan satu
tangan dan dengan tangan yang lain dia memegang pena, menjawab soalan orang
yang bertanya dan memberi mereka ilmu yang berat dan besar. Dan dari akhlaknya,
dia pernah duduk semeja dengan kami dan berkongsi makanan yang sederhana dengan
kami. Dia duduk menghadap hidangan seperti duduknya sang hamba, dan dia tidak masuk
Hussainiyah melainkan duduk menghadap kiblat. Dan tidak ada hari dia membelakangkan
kiblat apabila dia memasuki Husainiyah, dia mulakan memberi salam (bersalaman) kepada
semua orang yang duduk, walaupun anak-anak kecil, dan di mana dia tidak
berhenti memberi salam (bersalaman) sebelum duduk, dia tidak memilih bahagian terhadapan
majlis, bahkan di mana dia berhenti dalam majlis itu dia akan duduk walaupun
berhampiran pintu Husseiniyah. dan jika kami diam dia mula bercakap dengan kami
dan jika kami bertanya kepadanya dia akan menjawabnya dan jika salah seorang
daripada kami bercakap dia tidak pernah mengganggunya, hinggakan dia mendengar
setiap percakapan walaupun yang bercakap itu seorang kanak-kanak yang masih kecil.
Maka jika yang bercakap itu adalah seorang yang bertanya, dia akan menjawabnya,
dan jika yang bertanya itu mencelahnya, dia akan menambahkannya dengan
memperbanyakkan penerangan kebenaran. dan dia sholat berjemaah bersama kami dengan
sholat yang lebih ringan dan tidak berat dalam mengimamkan sholat apabila ada
di antara kami yang sakit atau lemah. dan jika dia solat sendirian, maka berdirinya,
ruku’nya dan sujudnya dalam keadaan yang lama, terutama dalam sholat malam. Dia
memakai pakaian yang sederhana dan menerima yang kurang berharga, dan ini
adalah tanda kemuliaannya. Tidak dia pernah menyoal kepada orang yang bertanya,
dia tidak pernah menolak dari menjawabnya. Dia memberi dan menyerahkan semua
yang padanya, dan dia berlaku adil terhadap semua orang yang beriman dan yang berbuat
maksiat, sehingga suatu hari Ansari (‘Alaa Al-Haddad) berkata kepada saya: "Kereta
saya rosak dan Imam Ahmad Al-Hassan (as) bersama kami. Jadi kami membawa
seorang mekanik muda untuk membaikinya, dan cuaca pada asa itu sangat panas. Lalu
lelaki muda ini masuk ke bawah kereta dan membaikinya dan selepas selesai saya
memberikan haknya dan jumlahnya kecil. Imam (as) tidak setuju dengan pemberiannya
itu, maka Imam (as) berkata kepada saya: Adakah kamu menerima untuk pergi ke
bawah kereta ini dalam cuaca panas ini dengan jumlah ini?
Dan di dalam hati saya, saya juga tidak terima
untuk pergi ke bawah kereta ini dalam cuaca panas ini, jadi kami menambah pemberian
kepadanya.” Imam Ahmad Al-Hassan (as) sering duduk bersama kami dan orang tidak
mengenalinya kerana tawadduk (merendah diri) dan kesederhanaannya, seolah-olah
dia adalah seorang saudara tua (abang) di kalangan kami. Ada yang datang
bertanya tentang dakwah ini dan Imam Ahmad (as) sendiri dengan segera
menyampaikan kepada mereka. Dan mereka tidak tahu mengenainya, dan dia mengenalkan
kebenaran dengan ramah tamah dan belas kasihan, seolah-olah dia melayan anak-anaknya
dan jagaannya, sehingga suatu hari salah seorang pengunjung bertanya tentang dakwah
itu dan Imam Ahmad (as) menjawabnya, dan dia tidak tahu bahawa dia adalah Imam
as. dan lelaki ini mula berkeras pada soalan itu dan tidak mahu memahaminya,
dan saya sedang duduk dalam majlis ini, saya marah dengan apa yang dilakukan
oleh penanya ini, jadi saya berfikir dalam hati bahawa saya harus bercakap
dengan lelaki ini secara kasar dan dengan keras, dan saya tidak terus membawa
perkara ini dengan lidah saya, tetapi hanya dalam fikiran saya sahaja. Kemudian
Imam Ahmad (as) berpaling kepada saya seolah-olah dia mengetahui apa yang ada
dalam hati saya, lalu dia dengan keras menghalangi saya dan “Majid” berkata
kepada saya, apa yang ingin kamu katakan, sehingga saya malu kepada Imam (as)
dan berdiam diri tentang perkara ini. Dan Imam Ahmad Al-Hassan (as) mengajarkan
Al-Quran kepada para ansar, dan dia biasanya memulakan pelajaran selepas sholat
‘Isya’, dan kadang-kadang pelajaran berlanjutan hingga sholat Fajar (subuh),
dan dia memberi pelajaran di Masjid Al-Sahal-nya (Masjid ringkas). Pada suatu
hari, Imam Ahmad (as) sedang mengajar di Masjid Al-Sahal-nya, dan salah seorang
ansar tidak memahami suatu masalah. Imam Ahmad as berkata: Adakah kamu melihat
lampu-lampu di masjid ini, dan bilangannya yang berpuluh-puluh itu, dan
terdapat beberapa lampu yang mati (tidak menyala)? Kemudian Al-Syed Ahmad (as) berkata
kepadanya: "Mengapa kamu hanya melihat lampu-lampu yang padam (tidak menyala)?
Sebaliknya, lihatlah lampu yang berfungsi dan cahayanya yang melimpah. Dakwah rabbaniyah
ini menyebabkan pembunuhan, pelarian, pemenjaraan dan kehilangan wang, tetapi di
hadapan kamu ada kehidupan kekal di taman-taman kebahagiaan (Jannaat Al-Na’im)
dalam dakwah ilahiyah ini.
Setelah membina Husseiniyah-husseiniyah di wilayah-wilayah
Iraq, Imam Ahmad (as) mula mengajar kami Al-Quran dan Tauhid, malah beliau
terus mengajar kami pada suatu hari dari selepas sholat ‘Isya’ hingga ke sholat
Fajar (subuh). Apabila azan dilaungkan, Imam Ahmad (as) sholat Fajar bersama
kami, Kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada kami dan terus mendoakan kami
seperti seorang bapa mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anaknya, dan kami
seperti anak-anak yang melihat ayah mereka ketika dia pergi dari mereka sedang
hati mereka dihimpit kepedihan..
Seperti yang diceritakan oleh salah seorang
saudara ansar kepada saya, dia berkata, “Saya pernah menjadi tetamu Imam Ahmad (as),
dan setelah kami makan, saya bangun untuk mencuci tangan, dan Imam Ahmad (as)
berdiri dan menuangkan air ke atas tangan saya, dan saya malu kepada diri saya sendiri,
betapa kami melihat diri kami sendiri, maka kami menuangkan air ke atas tangan orang
lain, sedangkan seorang washi dari washi-washi Aali Muhammad menuangkan air ke
atas tangan saya.
Begitu juga, Imam Ahmad (as) yang dikenali
para ansarnya atas nama mereka sebelum dia melihat mereka, sehingga dia
mengetahui banyak perkara tentang kehidupan mereka dan masa kanak-kanak mereka,
dan banyak keajaiban berlaku di antara kami di hadapan beliau (as). Kami
berjalan bersamanya di jalan atau dia duduk bersama kami, seperti yang
dikhabarkan kepada kami banyak khabar-khabar ghaib dan yang berlaku di atas muka
bumi secara nyata. Pada suatu hari, saya bertanya kepadanya (as) tentang tafsir
Surat Yusuf (as), dan Imam (as) berkata kepada saya: bahawa tafsiran surat
Yusuf sangat panjang, tetapi saya akan memberitahu kamu kalimah yang akan berguna
kepada kamu ini. Ketahulah bahawa Imam Al-Mahdi (as) akan menerapkan surat
Yusuf dalam amalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan