Khamis, 23 Disember 2021

Mengenal Al-Hujjah Imam Ahmad Al-Hassan (as) 03

Imam Ahmad Al-Hassan (as) seperti Yang Dikenal Oleh Dr. Zaki Al-Ansari

 هكذا عرف الدكتور زكي الصبيحاوي من البصرة الامام احمد الحسن (ع)

 

Beginilah cara Dr. Zaki Al-Shabihawi dari Basrah mengenali Imam Ahmad Al-Hassan (as)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Inilah cara saya mengenalinya:

Sebagai permulaan, saya mesti mengatakan perkara berikut ini sebagaimana saya melihatnya. Adapun mengatakan bahawa saya mengenalinya, ini adalah suatu risiko besar dan tidak adil terhadap kebenaran dan sejarah. Ini adalah kesaksian yang dengannya saya akan bertemu Tuhan kelak, dan saya akan ditanya tentang setiap perkataan di dalamnya, dan saya juga meletakkan di hadapan kesaksian saya pengakuan ini terlebih dahulu bahawa saya tidak boleh mendakwa setiap perkataan yang saya akan tulis adalah secara adil dalam kesaksian saya kepada seorang wali dari wali-wali Allah Yang Maha Suci dan pilihan dari pilihan-pilihan baginda (S), tetapi cukuplah penyaksian saya bagi mengenalnya ini adalah atas ukuran saya, bukan ukuranNya, dan mudah-mudahan Allah SWT akan menjadikan penyaksian ini diguna pakai dengan seadanya lebih baik dari kekurangan pintu hidayah bagi pembaca yang mencari kebenaran dan hakikat. Ia adalah pertemuan pertama saya dengan dakwah yang diberkati ini, dan bukan penyerunya (semoga selawat Allah dan salamNya ke atas penyerunya dan bapa-bapa dan anak-anaknya) pada ulang tahun Arba’ein Imam Hussein (as), iaitu pada 20 / Safar / 1426 Hijrah bersamaan dengan hari Khamis 31/3/2005 M, di mana kami ditemani dalam ziarah itu oleh dua orang saudara yang kedua-duanya tidak bergabung dengan universiti, dan ziarah ini bertujuan untuk gabungan universiti, tetapi Maha Suci Allah, ini adalah bagaimana ia berlaku.

Dan dua lelaki ini bersetuju menaiki bas yang membawa kami ke Karbala yang suci, walaupun ada kereta lain selainnya. Mungkin salah seorang daripada dua beradik itu kenal rakan saya seorang profesor yang menyebabkan mereka menaikinya. Yang penting pada mulanya macam biasa, kawan saya perkenalkan saya dan kami bersalaman. Dan perjalanan bermula, dan perbualan di sepanjang perjalanan adalah tentang pemilik sambutan (Arba’ein) (selawat dan salam Allah ke atasnya), dan salah seorang daripada dua beradik itu telah duduk di antara saya dan rakan saya, dan perbualan mereka berdua berterusan dari awal perjalanan sehingga kami telah semakin jauh. Saya masih ingat bahawa orang ini membawa bersamanya kitab (Mafatih Al-Jinan), dan dia membaca Doa Al-Jausyan Al-Shaghir dan bertanya kepada kami tentang makna beberapa perkataan di dalamnya. Dia berhenti di beberapa perenggan dan cuba mencetuskan perbincangan mengenainya, dan nampaknya bahawa orang ini telah pergi jauh dalam bercakap dengan kawan saya tentang dakwah Yamani, keluarga Muhammad (S).

Menurut apa yang kawan saya sebutkan kepada saya, bahawa kawannya itu berkata kepadanya: Bagaimana anda melihat rakan anda menerima perkara ini?? Bolehkah saya membawakannya kepadanya?? Kawan saya berkata: Saya menjawabnya dan saya takut dengan reaksi penolakan kamu, jadi saya berkata kepadanya: Cubalah, insya-Allah ada baiknya, dan saudara ini berpaling kepada saya dan mula bercakap tentang keadaan ulama dan bagaimana mereka telah meninggalkan tugas mereka dan tanggung jawab mereka kepada terhadap orang ramai dan kegagalan mereka untuk membimbing mereka, dan mereka kurang warak dan perhatian mereka kepada dunia. Percakapan saudara itu tidak pelik tentang apa yang bermain di kepala saya. Saya berlindung kepada Allah daripada Al-Ana. Saya tidak tahu bertaqlid dalam hidup saya, malah apabila saya menyebut bahawa saya bertaqlid pada ulama si fulan, yang dikatakan adalah hanya sebagai jalan seiring dengan orang ramai, kerana telah ditetapkan dalam kalangan Syiah secara umum bahawa orang yang tidak bertaqlid dalam ibadahnya tidak sedikit, jika tidak diterima, maka diragukan tentangnya. Untuk menghilangkan banyak cakap sia-sia, dia berkata: Aku bertaklid pada Fulan dan itu sudah berakhir, tetapi dalam situasi apabila percakapan terbuka tentang peranan Marajik dan orang agama dalam masyarakat, saya mengkritik peranannya dengan apa yang saya tahu. Keadaan Marajik, terutamanya selepas kejatuhan rejim, telah diketahui umum walaupun kepada orang lalai. Bagaimana pula dengan mereka yang melihat tindakan mereka dalam satu cara atau yang lain pada masa taghut penzalim itu, terutamanya sejak kita menyedari peranan mereka yang memalukan semasa perang Iran-Iraq, dan orang-orang ditinggalkan untuk si taghut penzalim memenggal kepala mereka untuk membunuh mereka di bawah dalih taqiyah, dan lain-lain rekaan hauzah yang tidak ada kena mengena dengan agama sama ada dekat atau jauh.

Saudara itu bercakap dan menyebut kedudukan yang menyakitkan bagi ulama ini, kerana dia sudah biasa dengan ramai di antara mereka, termasuk apa yang diberitahu oleh kawan-kawan yang dipercayai tentang amalan yang memalukan yang dianggap oleh masyarakat (orang jalanan) akan bangkit. Dengan memohon maaf kepada pembaca atas ungkapan ini - tetapi ia adalah ungkapan paling ringan yang boleh dikatakan menggambarkan kemungkaran alim ulama dan sebilangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Marajik, Dan selepas saudara ini ditenangkan dan saya pula bersamanya berbual sepenuhnya, dan dia tidak merasakan apa-apa tentangan daripada saya mengenai apa yang dia tunjukkan tentang nasib malang orang berserban tersebut, kemudian dia memasuki tajuk seruan dakwah Al-Yamani (Shalawatu Allah 3alaih) dan berkata: Seorang lelaki muncul dengan mengatakan: Saya adalah washi dan utusan Imam Mahdi. (Shalawatu Allah 3alaih) dan namanya Ahmad, akhlaknya, sifat-sifatnya, dan... dan..., dan, suadara ini bercakap tentang tokoh ini dengan perasaan aneh dan pelik. Dia bercakap tentangnya dalam bahasa kasih, yang tidak akan keterlaluan jika dia menggambarkan sebagai dia hanyut dalam cintanya. Saya mendengarnya tanpa sebarang ulasan, dan tajuk itu bagi saya ketika saya mendengarnya hanyalah percakapan di mana kami akan pergi berjalan dan saya mengambil darinya apa yang saya lihat akan bermanfaat bagi saya.

Saya berazam pada diri saya untuk menjauhkan diri daripada sebarang pertalian, dan azam ini menapis saya daripada pandangan saya tentang realiti manusia dan berapa ramai daripada mereka yang kita anggap mempunyai budaya dan kesedaran telah hanyut dalam arus pertalian yang melanda kepada kepartaian dan organisasi yang kedai-kedainya (tempat operasi) membanjiri negara, bahkah perkara yang menyedihkan lagi menggelikan hati ialah ramai daripada mereka mempunyai lebih daripada satu gabungan. Mereka sedang menunggu pihak-pihak atau parti-parti mana yang akan menguntungkan dari segi kewangan, dan mereka akan bergegas ke sana, dan itulah sebabnya ramai orang, termasuk mereka yang rapat dengan saya, mencadangkan kepada saya idea mempunyai pertalian dengan kedai-kedai (tempat operasi) itu dan projek mereka tetapi saya menolak. Saya juga membenci cara pengiklanan yang murah untuknya, dan dengan kelebihan perasaan ini, Alah Maha Suci, menyelamatkan saya daripada mengambil bahagian dalam demokrasi yang diimport sepenuhnya ini tanpa saya mempunyai kesedaran yang wujud sekarang tentang bahaya projek itu.

Jadi saya dengar pendapat saudara itu dan saya menyelesaikan apa yang dia cadangkan kepada saya tentang pertalian yang popular di kalangan orang ramai, jadi saya berjanji kepadanya sesuatu yang baik, tetapi apa yang dia cadangkan tidak membawa saya ruang untuk berfikir, lebih-lebih lagi dia menyebut kepada saya bahawa terdapat tulisan mengenai berwaspada terhadap dakwah ini, dan pengumumannya, dan perkara ini meningkatkan kekurangan minat saya kerana apa yang dikatakan mengenai berwaspada selepas kejatuhan rejim, bercampur penipu dengan pemburu (perjuangan bebas), dan menjadilah yang hijau diambil pada harga kering. Yang penting kami berziarah dan menjadi teman ziarah yang pelik ini disertai pelbagai kepayahan buat pertama kali yang telah saya lalui kerana sedikit sekali saya menziarahi tempat-tempat dan maqam-maqam suci. Mungkin ini kunjungan pertama saya pada kesempatan ini sepanjang hidup yang saya lalui. Apa yang penting dalam perjalanan pulang, kedua-dua saudara itu pulang bersama kami, dan saudara ini meneruskannya tetapi kali ini dengan cara yang diperluas, kerana dia yakin bahawa saya mendengarnya dan tidak ada bantahan dari saya, selain bersetuju dengannya. Tentang pandangan di antara kami mengenai orang yang berserban. Dalam perjalanan itu, saya mengambil tempatnya, supaya saya dapat mendengar perkara-perkara dan lain-lain yang tidak saya dengar. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah saudara ini, apabila kami memasuki kota selepas kami melintasi kawalan, dia menyeru: Terimalah kota Al-Qaim dengan selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad!! (Allah shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmah Wa Al-Mahdiyin Wa Sallim Taslimaa) Maka bergemalah selawat orang-orang yang berada di dalam bas itu tanpa ada yang menghiraukannya - seperti yang saya fikirkan - kepada apa yang saudara itu katakan; (Kota Al-Qaim), tetapi penerangannya memukau saya tanpa membuat sebarang ulasan.

Saudara ini meminta kami mengambil berat tentang perkara itu dan mengambil serius dalam pemikiran dan penyelidikan, dan kami memberitahunya, baiklah, insya-Allah, dan kami berpisah, dan selepas dua tiga hari kami bertemu di rumah seorang kawan, saudaranya baru sahaja berkahwin dan saya datang untuk melaksanakan kewajipan dengannya, dan dia bersetuju bahawa saya bertemu dengannya sekali lagi dan kali ini dia bercakap dengan lebih luas tentang perkara itu dan pembuktian dakwah ini secara umum. Dia membawa beberapa risalah yang berkaitan dengan dakwah ini, dan dia bercakap mengenainya dan pemiliknya dengan cara yang penuh emosi, dan dia teruja ketika dia bercakap mengenainya dan memanggil kami untuk itu, jadi kami mendengarnya, dan dia bertanya kepada kami tentang pendapat kami?? Dan dia memberitahu kami bahawa ini adalah dakwah Hussainiyah baru dalam proses pembinaan dan terletak di kejiranan Al-Zahraa’, dan pekerjanya beriman dengan dakwah ini, dan sholat Jumaat akan diadakan di dalamnya. Dia bersetuju dengan apa yang dia katakan pada hari Rabu, jadi kami bersetuju dengannya untuk datang ke Hussainiyah ini dan melihat apa yang dia katakan dan mengesahkannya. Selepas kami pergi, profesor dan saya membincangkan perkara itu, dan dia bertanya kepada saya pendapat saya tentang apa yang saya dengar, maka saya berkata kepadanya: Kita akan pergi sholat Jumaat, insya-Allah, dan kita akan melihat. Jika kamu melihat orang-orang yang termasuk dalam kalangan orang-orang Allah, maka insya-Allah ia adalah baik, dan jika perkaranya tidak demikian, maka setiap kejadian itu ada haditsnya - sebagaimana yang dikatakan - Adapun dia menjadikan rukya (mimpi) itu sebagai petunjuk kepada makrifah (untuk mengenal), dan berkata: Jika kamu melihat rukya (mimpi) seperti yang saudara itu katakan, maka perkara ini mesti penting dan patut diteliti dan diberi perhatian. Yang penting kita memecahknnya, dan tidak ada yang tersisa daripada tajuk itu selain masalah perjanjian dan ziarah Hussainiyah ini. Maka hari Jumaat akan datang yang barakah ini, kami akan pergi menunaikan janji kami, dan ia adalah pertemuan pertama dengan perkara besar ini, dengan sungguh-sungguh dan ikhlas.

Hussainiyah yang diceritakan saudara itu tidak lain hanyalah pagar yang tingginya beberapa sentimeter dari tanah, sebuah bilik terpencil, timbunan batu bata dan bahan binaan ringkas yang lain, dan sebuah tempat sholat yang dipenuhi dengan rataan pasir. Waktu semakin menghampiri panas, jadi seingat saya, mungkin pada hari Jumaat ini atau Jumaat kedua, imam solat Jumaat adalah seorang lelaki memakai kupiah dengan igal (3aqal), bertubuh tinggi dan berkulit sawo matang, dan apabila kami memasuki Hussainiyah, dia menarik perhatian saya dan dia sedang sholat seorang diri, dan orang-orang yang lain di Hussainiyah semuanya sibuk dengan urusan masing-masing, dan kami pergi dan memasuki bilik di mana salah seorang syeikh bercakap mengenai dakwah ini, dan namanya (Syeikh Habib), dia adalah seorang yang sederhana yang bercakap dengan naluri dan spontan yang menakjubkan, seolah-olah dia bukan dari zaman kita.

Pada penglihatan pertama pengikut dakwah ini, saya menyedari dalam diri saya apa yang membuat saya terikat dengannya, iaitu apabila saya berkata kepada rakan saya, profesor: Menurut apa yang saya tahu perkara ini mesti orang yang sederhana, kerana saya ingat Heraclius Rom ketika dia bertanya kepada Abu Sufyan (la) tentang pengikut Muhammad (S), adakah mereka dari golongan yang tinggi atau adakah mereka dari golongan yang sederhana?? Jawab Abu Sufyan: Bahkan, dari orang-orang yang sederhana dan miskin dan dari mereka yang tidak mempedulikannya, Heraclius menjawabnya: Demikianlah para pengikut nabi-nabi, kalimat ini menjadi petunjuk saya untuk mengenal kebenaran, karena dakwah yang benar hanya diikuti oleh golongan yang sederhana pada permulaannya, dan seruan ini memang pada permulaannya, dan keadaannya adalah sebagaimana dikhabarkan kepada Heraclius tentang keadaan pengikut para nabi (as), terutama syeikh ini yang berbicara tentang hadits, hati saya menjadi terikat kepada tempat dan orang-orangnya, dan sejak hari itu saya tidak boleh lagi meninggalkannya.

Yang penting kami sholat jumaat di belakang lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang ini dan dia memegang Al-Quran di tangannya, dan dia sering menghentak-hentak ke tanah semasa dia bercakap. Dan apabila percakapannya sampai kepada kehidupan mereka yang berserban, dia bercakap dengan intensiti dan emosi yang jelas, terutamanya apabila dia menyebut penyelewengan akidah dan akhlaq mereka. Saya tidak menemukan alasan untuk bertanya tentang imam jama’ah kami, kerana dia mesti menjadi orang yang diikuti, apatah lagi dalam khutbahnya dia juga sederhana dan spontan, dia tidak berlagak, dan saya tidak meneliti ucapannya kerana keseluruhan pandangan dan perinciannya adalah baru bagi saya, sehingga saya hampir terpegun. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan: Seolah-olah hari ini baru saya tahu dunia aneh ini yang namanya (agama)!!!

Penyelesaian apabila bukti pengetahuan saya tentang kebenaran tercapai, saya telah dikaitkan dengan tempat itu dan rakan-rakannya, dan saya tidak meninggalkan mereka sejak saya menjejakkan kaki di tempat yang suci ini, maka tidak ada satu hari pun berlalu tanpa saya - dan saya berlindung dengan Allah dari Al-Ana – menghadirkan diri dan berada mendengar bersama saudara ansar, dan belajar daripada mereka, dan untuk pertama kalinya saya bertemu dengan riwayat-riwayat mereka yang disucikan (Shalawatu Allah 3alaihim) dengan bentuk seperti ini, semua yang kita ketahui daripada riwayat mereka (Shalawatu Allah 3alaihim) adalah sebahagian yang memberi petunjuk kepada akhlak yang mulia. Adapun yang menggambarkan hakikat dan penyelewengan manusia dari kebenaran, dan mereka mengikuti fuqaha’ yang sesat. Tanda-tanda fuqaha itu, itulah yang saya tidak ketahui secara pribadi. Bahkan, walaupun saya tidak sayang kepada orang-orang yang berserban itu dan saya mendapati mereka tidak berwibawa, tetapi saya tidak tahu apa yang disifatkan oleh keluarga Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim) kepada mereka, kerana agama bagi saya sebelum saya memasuki tempat yang suci ini bukanlah sesuatu yang istimewa bagi saya, malah ia adalah keistimewaan bagi orang-orang berserban, dan mungkin ini mengejutkan saya dan membuat saya hairan ialah agama adalah tanggungjawab semua orang dan tidak ada alasan atau keuzuran bagi mana-mana manusia tidak mempunyai ilmu dan makrifah, dan itu adalah mengapa pepatah "Letakkan di kepala seorang ulama dan pelajari yang selamat daripadanya" Ia tidak lain hanyalah penipuan besar, dan seluruh agama, jika tidak semua, telah hilang dengan menyebarkan pepatah ini di kalangan manusia. Seperti ; (Orang yang jahil hendaklah memohon pertolongan ulama) dan (agama adalah bidang bagi orang yang mempunyai pengetahuan khusus seperti ilmu perubatan, kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain), dan (orang biasa mesti bertaqlid dalam agamanya), dan...dan...dan lain-lain adalah antara ungkapan (Al-Musallafinah) yang dirampas oleh agama dan mengenalinya.

Oleh itu, dakwah ini menggoncangkan kenyataan, bahkan ia meletus di dalamnya seperti gunung berapi dan yang merangsangnya, maka semua orang yang diperkenalkan dengan dakwah itu reaksi awal mereka adalah terpukul dan hairan, dan kehairanan mereka sangat menekan sehingga pendengar akan segera dan terus menafikannya sebelum dijelaskan dan diceritakan. Tidak syak lagi bahawa reaksi ini mendedahkan orang yang mengingkari dan mendustakan kenyataan sejarah hitam yang dia gambarkan adalah cahaya telah didedahkan kepadanya, dan selepas perjalanan yang panjang ini dia mendapati bahawa dia menipu dirinya sendiri, dan tidak ada cahaya melainkan kegelapan dalam kegelapan!!!

Oleh itu, pemilik dakwah itu menilai keadaan manusia yang meremehkan mereka, dan mengarahkan pengikutnya untuk mempergauli manusia dengan baik, dan melayan mereka seperti doktor kepada pesakit, dan orang bijak melayan orang gila, kerana kerosakan yang dilakukan oleh fuqaha’ jahat sepanjang jalan sejarah mereka pada agama adalah sangat besar dan sangat berbahaya!!! Seandainya bukan kerana kemunculan beliau (Shalawatu Allah 3alaih) pada masa ini, agama ini akan hancur sama sekali. Maka kemunculan beliau pada masa yang tepat ini adalah pernyataan peluasan tangan perhatian ilahiyah kepada manusia sebelum syaitan berjaya merangkul kesemuanya, Yang Maha Tinggi berfirman:

أَرَأَيْتَكَ هَـذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إَلاَّ قَلِيلاً

“Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".” (Al-Isra’: 62), dan hingga hari ini dia (Shalawatu Allah 3alaih) tetap mengarahkan pengikutnya agar mempergauli manusia dengan baik bahkan menekankan pada kebaikan setiap kali datang waktu dan tanur (dapur) telah memancarkan air, karena hari dicabutnya taubat dari manusia sangat dekat.

Dakwah ini meletakkan saya bersemuka dengan (Ana - keakuan) dan buat pertama kalinya saya menjalani pertentangan pahit ini dengan semua butirannya, dan buat kali pertama saya mendapati bahawa saya jauh dari ruang kemanusiaan, bahkan saya tidak bernasib baik di dalamnya kecuali untuk sesuatu yang sangat kecil, dan mungkin yang kecil inilah yang menjadikan Allah Yang Maha Suci mengurniakan kepada saya dengan kurnia-Nya yang besar ini, dan oleh itu adalah betul bahawa tajuk topik ini ialah "Beginilah cara anda mengenali saya" dan saya tidak mengenalinya kerana Ahmad Al-Hassan (Shalawatu Allah 3alaih) adalah cermin ketuhanan yang besar di mana keterasingan manusia di dalam diri kita jelas, dan di dalamnya kecuaian dan keterasingan agama menjadi jelas. Dan ini benar-benar dan benar hidangan Allah Yang Maha Suci, yang kemudian menemui penyakit dan kehilangan kesihatan kita. Dan darinya dan di dalamnya saya mula merasai nikmat kesihatan dan mengenalinya, apabila hakikat penyakit yang saya hadapi didedahkan, dan saya mengumpamakan bahawa ia adalah kesihatan!!

Ahmad Al-Hassan (as) adalah risalah Allah Yang Maha Suci kepada hamba-hamba-Nya untuk menyedarkan mereka dari lena kelalaian mereka di saat pisau dunia ini menyentuh dan menyembelih leher kita. Oleh itu, saya tidak hairan apabila saya sedar manusia dan keganasan mereka dalam menghadapi perkara ini, kerana ia hanya mendedahkan realiti bahaya penyelewengan dari jalan Allah Yang Maha Suci, dan ia mendedahkan khayalan dan kegelapan besar yang manusia bayangkan sebagai cahaya, dan kemudian reaksi ini adalah dikawal oleh peraturannya (Untuk setiap tindakan terdapat tindak balas yang sepadan dan yang bertentangan arah). Mungkin peraturan ini mengawal aspek material (kebendaan) pada manusia, tetapi aspek rohani yang membuat keputusan dan pilihan di antara syurga dan neraka???

Maha Suci Tuhan, pengajaran dari dakwah besar ini bermula dengan mereka yang mengikutinya dari hari pertama, yang tersedar dari kejutan tindakan dan reaksi lalu mendapati dirinya benar-benar kosong seolah-olah pesakit telah dikeluarkan dari barah tumor yang ganas dan besar yang dipanggil dunia. Maka tubuh berasa hina dan lemah. Dia harus memberi perhatian kepada tempoh ini dan menanganinya dengan cara yang menjamin kelangsungan hidupnya, kerana peluang membasmi tumor ini (cenderung menjadi lebih teruk) ia masih wujud selagi badan berasa lemah, dan sebenarnya kelemahan ini adalah perasaan psikologi, dan ia tidak hilang melainkan dengan mengambil dos demi dos dari riwayat-riwayat Al-Thahirin (as). Maka dakwah yang besar ini adalah pisau pakar bedah mahir yang sedang membasmi tumor ini, yang pemiliknya membayangkan bahawa ia adalah gunung yang tiada jalan ke sana, untuk mencarinya dengan mudah selepas penyingkirannya (membuangnya), mencari penanaman dan pertumbuhan (pembesaran).

Dan di sini bermulalah tahap yang penting, iaitu tahap merasakan kerendahan hati dan beramal berdasarkan asasnya sebagaimana yang diajarkan oleh beliau (Shalawatu Allah 3alaih) kepada kita apabila dia menyebutkan kata-kata Isa (as) kepada kita [Rendah hatilah, kerana tumbuh-tumbuhan tumbuh di dataran, bukan di gunung] Ya, daripadanya (as) saya belajar perkara yang hebat ini, tetapi saya masih belajar daripadanya dan dengan itu saya merawat tumor yang jahat ini. Dan daripadanya (as) saya mengenal Isa (as), Musa (as) dan semua nabi-nabi Allah dan rasulNya (as), dan daripadanya saya mula belajar sesuatu daripada Muhammad (S), Ali (as), Fatimah (as) dan semua yang disucikan (as).

Sebahagian daripada mereka telah berkata: Hampir-hampir guru itu menjadi utusan, dan kata-kata ini kurang tepat. Jika mereka adil, mereka akan berkata:: Bahawa guru untuk menjadi utusan, Maka tidaklah guru itu untuk menjadi seorang mualim, Yang Maha Tinggi berfirman

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ * وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, * dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Jumu’ah 2: 3].

Ya, Rasulullah adalah seorang guru dan guru sebagai rasul dan nikmat kepada kamu, dan pelajaran pertama yang diajarkan oleh guru kepada murid-muridnya ialah: Kamu harus melawan Al-Ana dan membunuhnya, maka janganlah kamu berhubung dengan Allah Yang Maha Suci kecuali dengan membunuhnya. Dengan membunuhnya, atau seperti yang dia (as) katakan dalam menjawab soalan seorang wanita Nasrani tentang isi dan objektif dakwahnya? Beliau menjawab, katanya: [Isa (as) berkata: "Bukan dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan firman Allah." Dan aku, Abdullah, memberitahu kamu bahawa dengan makanan anak Adam mati, dan dengan firman Allah dia hidup.

Maka dakwahku adalah seperti dakwah Nuh (as), seperti dakwah Ibrahim (as), dan seperti dakwah Musa (as), dan seperti dakwah Nabi Isa (as), dan seperti dakwah Muhammad (S).

Untuk menyebarkan tauhid ke seluruh pelosok bumi ini, matlamat anbia’ dan aushia’ adalah matlamat saya, dan untuk menerangkan Taurat, Injil, dan Al-Quran, dan apa yang kamu perselisihkan di dalamnya, dan untuk menerangkan penyelewengan ulama orang-orang Yahudi, ulama Kristian dan Muslim dan penyelewengan mereka dari Syari’at Ilahiyah, dan penentangan mereka terhadap washi (pemegang wasiat) para nabi (as).

Kehendakku adalah kehendak Allah SWT dan keinginanNya. Bahawa tidak berkehendak penduduk bumi melainkan apa yang dikehendaki oleh SWT, agar bumi dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, supaya orang yang lapar dipuaskan dan orang miskin tidak tinggal di tempat terbuka, supaya anak-anak yatim bergembira selepas kesedihan mereka yang panjang, dan agar janda-janda mendapatkan apa yang memenuhi keperluan kebendaan mereka dengan maruah dan kemuliaan.... ... agar... dan agar... bahawa perkara yang paling penting dalam Syariah adalah keadilan, belas kasihan dan kejujuran.] (Dari kitab Washiy Dan Utusan Imam Mahdi (as) Di DalamTaurat, Injil dan Al-Quran)

Di antara pertemuan-pertemuan yang dikurniakan Allah SWT kepada saya adalah pertemuan di Husseiniyah dengan para ansar Imam Al-Mahdi (as) di Basrah, di mana saya didakwah oleh salah seorang daripada orang yang saya anggap sebagai kawan saya kepada dakwah yang diberkati ini, dan kehadiran kami di Husseiniya bertepatan dengan kehadiran Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as). Orang ini duduk di hadapan Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan mula bertanya kepadanya beberapa soalan, dan Imam (as) menjawab dengan mudah yang hanya sesuai dengannya, semoga Allah memberinya kesejahteraan, kerana pertanyaan orang itu bukanlah untuk mencari kebenaran sebagaimana mereka menguji penyeru Allah (as). dan saya ingat di antara soalan-soalan yang dia tanyakan adalah tentang beberapa nama dari cendekiawan Barat, dia bertanya kepada Imam (as) tentang ahli sains psikologi Freud, maka Imam (as) menyatakan rasa tidak senangnya terhadap lelaki ini, kemudian dia bertanya tentang Einstein, dia (as) menjawab bahawa orang ini mengiktiraf kesatuan kewujudan dalam teorinya, kemudian dia bertanya tentang evolusi, system komputer dan Internet dan revolusi teknologi gergasi ini dan kedudukan Imam Al-Mahdi (as) ke atasnya??? Imam (as) berkata kepadanya: Saya bertanya kepada kamu, maka jawablah dengan jujur: Adakah semua perkembangan (evolusi) yang kamu lihat ini dapat menyelamatkan seorang wanita yang terjerumus ke lembah maksiat, dan membimbingnya di atas jalan kebajikan??? Jawapan orang ini ialah: Tidak. Kemudian Imam (as) berkata kepadanya: Jadi tidak ada nilai untuk semua yang kamu panggil evolusi ini.

Dan dari apa yang saya ingat dari pertanyaan orang ini dia berkata kepada Imam (as): Ada karat (kotoran) dalam hati saya yang menghalang saya daripada mengetahui kebenaran, jadi apakah cara untuk menghilangkannya?? Imam (as) menjawab: Adakah kamu mempunyai pengikut?! Dia berkata: Tidak, dia berkata kepadanya: Adakah kamu mempunyai jawatan besar atau...atau...?? Dia menjawab: Tidak. Imam (as) berkata kepadanya: Kamu hanya menanggung kebimbangan diri sendiri. Dia berkata: Ya. Dia berkata kepadanya: Adakah karat (kotoran) di hatimu lebih besar, atau adakah karat (kotoran) di atas hati mereka yang ada pengikut?? Ada orang yang mempunyai pengikut, tetapi apabila dia mengetahui kebenaran, dia meninggalkan semua itu di belakangnya dan menyertai kebenaran.

Pertemuan itu panjang, mungkin lebih dari satu setengah jam dengan orang ini, tetapi saya - bercakap pada diri saya sendiri - terkejut dan tidak dapat menahan diri. Banyak soalan yang saya tidak ingat kerana saya menangis ketika mendengarnya jawapan Imam (as) dan ramai saudara yang duduk mengalirkan air mata. Adapun yang bertanya itu, hatinya menjadi lembut (Maha Suci Allah), salam Allah ke atas Nabi Allah, Isa ketika dia berkata: (Yang berasal dari Allah mendengar firman Allah). Pada malam itu, aku merasakan rasa cinta kepada Imam (as) yang tidak pernah aku rasakan kepada sesiapa pun sebelum ini, sehinggakan apabila aku melihat dia bersiap-siap untuk keluar, saya bergegas kepadanya dan memeluknya saya sedang menangis dan saya berkata kepadanya: Maulai (doakan saya) ini dalam bahasa sehari-hari, maka dia mendoakan saya, Shalawatu Allah 3alaih – selawat (sanjungan) Allah ke atasnya, dan dia berkata: Semoga Allah memberi kejayaan kepadamu.

Ya, apabila bertemu dengan Imam (as), seseorang hanya boleh terlepas (terbebas) jantung hatinya - dan saya memohon maaf kerana saya bercakap bahasa ini yang mungkin disifatkan oleh sesetengah orang sebagai beremosi, tetapi inilah yang saya rasakan dalam situasi itu - dia (Shalawatu Allah 3alaih) bersungguh-sungguh walaupun kesederhanaan terserlah padanya dalam pergerakan dan ucapan dan bahkan dalam pakaian, dan demi Allah - secara jujur ​​dan ikhlas ​​- sesiapa yang bertemu dengannya (as) akan berkata kepada dirinya sendiri: Alangkah besar penyesalan terhadap kemanusiaan, sesiapa yang melihat Al-Syed (salam Allah ke atasnya) mengetahui erti kemanusiaan, dan bagaimana seseorang boleh menjadi manusia. Pertemuan dengan beliau (salam Allah ke atasnya) adalah sedikit, khususnya di Al-Hussainiyah, di mana para fuqaha’ yang jahat dan pelanggan mereka mula mengetatkan tali kekang pada Al-Syed (as), dan mereka menghalang kami daripada bertemu dengannya (salam Allah ke atasnya), tetapi walaupun demikian, Allah SWT telah memberkati saya dan beberapa saudara dapat bertemu dengan beliau (as) di beberapa tempat dan dalam pertemuan tersebut kami tersentuh oleh keprihatinan beliau, dan keasyikan beliau. dengan keadaan umat dan apa yang dideritainya dan sejauh mana penyimpangannya dari apa yang membuatnya tetap hidup, dan dikejar fuqaha’ jahat yang akan membawa mereka ke jurang (Al-Hawiyah), dan semua itu, seperti datuknya, Rasulullah (S) bersungguh-sungguh dan mulia dalam mendoakan manusia agar mendapat petunjuk walaupun ditimpa kemudaratan daripada manusia, fitnah-fitnah, malah keburukan yang asing!!!

Saya masih ingat bahawa ada seorang yang bersetuju untuk bertemu dengan Al-Syed di Hussainiyah, dan lelaki ini adalah saudara kepada salah seorang ansar, dan lelaki ini meminta - untuk beriman kepada Al-Syed (as) dan dakwahnya - daripada Al-Syed (as) agar bersumpah kepadanya dengan Al-Quran bahawa dia adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as). maka Al-Syed (as) berkata kepadanya, sebelum saya bersumpah kepada kamu, saya akan menceritakan kepada kamu kisah ini; Sekumpulan penduduk Mekah bertemu dengan seorang Badwi di padang pasir, dan mereka memberitahunya tentang dakwah Muhammad (S) dan apa yang diturunkan kepadanya dari kalimat Allah SWT. Maka Badwi itu meminta mereka membacakan kepadanya, maka mereka membacakan kepadanya firman Allah SWT,

فَوَرَبِّ السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. [Al-Zhariyat/23]

Badwi itu berkata, ajaib dan pelik: Atau adakah kamu menyuruhnya bersumpah??!! Dengan kisah ini, beliau (as) ingin menyampaikan mesej kepada lelaki ini. Sumpah itu adalah besar dan ia adalah ujian yang besar bagi lelaki ini, tetapi lelaki itu bertegas supaya Al-Syed (as) bersumpah, maka Al-Syed (as) berkata kepadanya: Sebutkan bentuk sumpah yang kamu mahu supaya aku bersumpah kepada kamu, maka dikemukakan Al-Quran kepada Al-Syed (as) dan bersumpah kepada lelaki itu bahawa dia adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as).

Dan jika ada sedikit keadilan kepada wali yang menasihati ini dari kalangan aulia’ Allah dan hujah-hujahnya (Shalawatu Allah 3alaihim) untuk menjadikan manusia perkataan yang mulia sebagai landasan amalan untuk mencapai Allah Yang Maha Suci, maka ramai dari kalangan saudara ansar yang akan menemaninya - semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan - kami mendengar mutiara dari keluarga Muhammad (S) yang keluar dari mulutnya yang suci lagi mulia, termasuk kata-kata bijaksana yang menjelaskan dakwahnya (as) yang diberkati dalam ungkapan yang paling mudah dan menyampai kenyataan di mana ia berkata: (Barangsiapa yang mencariku akan binasa, dan sesiapa yang mencari Imam Mahdi akan sesat, dan sesiapa yang mencari Allah akan diterima). Matlamat yang dia inginkan agar pencarian manusia adalah Allah Yang Satu Lagi Tunggal, dan dia (as) tidak meminta manusia untuk mentaatinya dan mentaati perintahnya melainkan dengan perintah Allah Yang Maha Suci, maka dia (as) mendedahkan kepada manusia tugasnya yang besar, maka beban dan tugasnya adalah besar, dan perkara itu tidak seperti yang dimengerti manusia - dari apa yang diketahui oleh fuqaha sesat yang tidak beramal - bahawa ia adalah perintah mengenai kekuasaan dan kepimpinan dan untuk mencari kemuliaan. Bahkan, ia adalah lebih besar daripada itu. Perkara itu adalah tentang mengenal (makrifah) Allah Yang Maha Suci, dan matlamat ini, merupakan asas dan tujuan penciptaan, dan tidak menjadikan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar manusia kepada perihal kuasa dan pemerintahan ke atas urusan mereka. Sebaliknya, perkara-perkara ini dicapai dengan sendirinya dalam jalan yang besar ini, kerana ia adalah salah satu butirannya dan bukanlah asal untuknya, Dan bagi orang-orang yang berada di atas keluarga suci Muhammad (S), terdapat tanda yang jelas bahawa mereka tidak mencari kuasa kerana ia adalah matlamat akhir pencarian, bahkan pencarian mereka bukan di kalangan manusia, kerana ia merupakan salah satu syarat untuk menunaikan mandat sebagai pembimbing kepada manusia. Diriwayatkan bahawa Amirul Mukminin (as) berkata: "Tidak ada nasehat bagi orang yang tidak taat."

Tujuan ketaatan manusia kepada mereka (Shalawatu Allah 3alaihim) adalah untuk menyampaikan kehendak Allah SWT kepada mereka, dan bukanlah keinginan kepada dunia ini, yang lebih hina daripada ingus yang keluar dari hidungnya kambing di sisi mereka  (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in). Dan sirah yang harum ini tidak berbeza dan tidak ketinggalan ke belakang pada Imam Ahmad Al-Hasan (as) malah ia membentuk setiap langkah dari langkah-langkahnya, kerana dia (as) adalah seorang guru dalam diam dan dalam ucapannya, dan dalam setiap pergerakan dan diamnya. Segala kebimbangannya adalah agar manusia mengetahui ke mana pemandu mereka yang dihantar kepada mereka membawa mereka. Itulah sebabnya - seperti yang disebutkan oleh sebahagian ikhwan yang dihormati darinya (as) - Dia tidak jemu menerangkan maklumat itu kepada ansar, malah dia mengulanginya berulang kali. Perkara ini hendaklah diagihkan sesama mereka secara adil dan saksama, masing-masing menyampaikan perkara itu kepadanya mengikut apa yang dia sedar dan tahu, dan sifat dan kelebihan itu sama dengan sifat-sifat Guru Ilahi yang tidak mengalihkan perhatiannya daripada tujuan dan amalan mereka turun naik berubah mengikut persekitarannya. Bahkan dia melihat bahawa perubahan ini hanya turun naik disebabkan oleh putaran roda tindakan ilahi, dan perkara ini adalah benar dan pasti.

Apa yang dibawa oleh dakwah yang diberkati ini dalam realiti kehidupan manusia adalah lebih besar daripada apa yang dapat digambarkan, dan kesannya kepada mereka yang beriman dengannya dan dari mereka yang tidak beriman, dan ayat-ayat ilahiyah yang diturunkan ini tidak lain hanyalah dalil yang tidak memerlukan keterangan lanjut, Yang Maha Tinggi berfirman:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [Fushshilat: 53],

dan ayat yang mulia ini adalah ringkasan dari pergerakan Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan dakwahnya yang diberkati, yang kemampuannya hampir tidak disebutkan dalam ukuran kehidupan material, dan suaranya sampai ke seluruh pelosok bumi di Timur dan Barat, Tidak keterlaluan dalam hal itu dengan mengatakan bahawa bahawa Allah Yang Maha Suci, dikenal oleh semua manusia di bumi ini dengan dengan dakwah ilahiyah ini, yang merupakan bukti kecaman terhadap manusia seluruhnya, mereka tidak lepas dari alasan dan permintaan maaf, apabila Allah Yang Maha Suci, membangkitkan dari umat itu orang-orang yang mendengar perkataan yang benar dan menyahut dakwahnya, mempercayainya dan menyokongnya. Kegagalan orang lain mengikutinya adalah bukti pilihan mereka terhadap pihak lain, yang menerima pendekatan lama dan baru, iaitu melawan setiap dakwah Ilahiyah yang matlamatnya adalah tauhid, dan untuk mencapai matlamat ketuhanan dari penciptaan, Yang Maha Tinggi berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

{Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu } (Al-Zhariyat/56).

Kesimpulannya, saya catatkan bahawa ilmu ini adalah atas ukuran saya, bukan dengan ukuran beliau (selawat dan salam Allah ke atasnya), dan saya katakan kepada sesiapa yang ingin mengenali Imam Ahmad Al-Hassan (as) maka jalan yang paling singkat untuk mengenali beliau adalah soal kebenaran Dia Yang Maha Suci, sebagaimana yang diriwayatkan daripada mereka (Shalawatu Allah 3alaihim): (Kenalilah kebenaran dan nescaya akan mengenalil ahlinya) maka Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah neraca Allah hari ini di bumi,  dengan menjelaskan kepada manusia keadaan mereka di sisi Allah Yang Maha Suci. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.  (Al-A’raaf/8),

dan firman Allah Yang Maha Tinggi:

الْقَارِعَةُ * مَا الْقَارِعَةُ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ * يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ * وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ * فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ * فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ * وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ * فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ * نَارٌ حَامِيَةٌ

{ Hari Kiamat (bencana)  * apakah hari Kiamat itu? * Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? * Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran, * dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan. * Dan adapun orang-orang yang berat timbangannya, * maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. * Dan adapun orang-orang yang ringan timbangannya, * maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. * Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? * (Iaitu) api yang sangat panas. } [Al-Qari’ah / 1-11],

Dan mungkin dalam Surat Al-Qari’ah, penjelasan yang terbaik adalah bagi orang yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

Dan penutup doa kami ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin". yang telah menunjukkan kami kepada Imam Ahmad al-Hassan (as) dan memberi petunjuk kepada kami bersamanya, dan kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya tidak kerana Allah Yang Maha Suci memberi petunjuk kepada kami.

 

Al-Ustaz Zaki Al-Ansari

dari Basrah

16/ Rejab Al-Marjib/1431 Hijrah

Bersamaan dengan 29 Jun 2010 Masihi

 

Tiada ulasan: