Halaman

Selasa, 24 Ogos 2021

Poligami

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 195

 

Mengenai perkahwinan >> Poligami

 

S / Apakah maksud hadits:

قال رسول الله )صلى الله عليه وآله(: )من كانت له امرأتان فلم يعدل بينهما في القسم من نفسه وماله جاء يوم القيامة مغلولاً مائلاً شقه حتى يدخل النار

Rasulullah (S) bersabda: “Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan tidak berlaku adil antara mereka dalam pembahagian dirinya dan wangnya akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dibelenggu, berjalan terhuyung-hayang, terbelah dua sehingga ia masuk Neraka.”[1]

Adakah mungkin seorang lelaki yang tidak maksum untuk membahagi dirinya dan wangnya serta kasihnya di antara mereka dengan adil ?!

J / [Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda, keadilan dan hak-hak di antara isteri-isteri adalah wajib seperti giliran atau masa bermalam dengan isteri dan nafqah yang wajib.] [2]

 

S / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Yang Maha Penyayang, Orang yang mempunyai isteri Hashimiyah (keturunan Bani Hashim) adakah dibenarkan berkahwin lain dengan isteri Hashimiyah atau orang biasa, secara perkahwinan sementara atau kekal?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Ia dibenarkan.][3]

 

S / Adakah seorang ansar yang beriman dengan tuan boleh mengahwini dalam perkahwinan sementara dengan salah wanita yang berlainan aliran (mazhab) atau dari wanita Ahli Kitab? Adakah sah perkahwinan kekal dengan wanita Ahli Kitab atau tidak, seperti yang saya dengar beberapa kata dari para fuqahak, saudara ansar, bahawa tidak dibenarkan menikahi wanita yang tidak beriman terhadap para imam dan Mahdi-mahdi, tetapi Saya membaca sebaliknya pada jawapan terakhir tuan kepada salah seorang saudara bahawa dibenarkan untuk berkahwin dengan wanita Islam, tetapi lebih afdhal dengan Al-Yamaniah yang sah dianggap sebagai orang yang beriman.


_______________________

1 - Bihar Al-Anwar - Jz 7 h 214

2 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 90

3 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 59

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 196

 

Tuan, kita memerlukan kitab fiqah mengenai perkahwinan, selain kita yang tidak terbiasa dalam Kitab Al-Syarai3 Al-Islam. Dan saya ingin bertanya kepada tuan, adakah sah berkahwin dengan lebih dari satu wanita tanpa lelaki mengambil persetujuan isterinya dalam hal ini? Oleh kerana sekarang tidak ada wanita yang dapat menerimanya, apakah isteri mempunyai pendapat dalam hal ini, atau adakah sah seorang lelaki untuk menikah tanpa merujuk kepada isterinya? Adakah seseorang dianggap tidak taat kepada ibu bapanya dan memutuskan hubungan kekeluargaan jika dia berlepas diri dari mereka jika mereka tidak beriman dengan dakwah ini, atau apa yang harus dia lakukan?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Dibolehkan bagi orang beriman untuk menikahi wanita Muslim yang berlainan aliran dan dengan Ahli Kitab, tetapi tidak dibenarkan menikahi wanita Nasibi. Dia boleh berkahwin tanpa memberitahu isteri pertamanya mengenai perkahwinan keduanya. Orang beriman lebih utama bersikap baik kepada saudara-mara dan berusaha membimbing mereka sebaik mungkin. Ada pun kepada kedua orang tua secara khusus mestilah berlaku baik kepada mereka walaupun mereka tidak beriman. Dia SWT berfirman:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٥﴾‏

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”[1]

Semoga Allah memberikan anda kejayaan dan memberi ganjaran yang terbaik untuk anda, Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.] [2]

 

___________________

1 - Surah Luqman: ayat 15

2 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm. 54

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan