Halaman

Isnin, 2 Ogos 2021

Perkahwinan di bawah umur

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 27

 

Perkahwinan di bawah umur

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan

Sejak kecil saya meminati isu-isu kemasyarakatan dan hak asasi manusia. Ada masih banyak lagi penderitaan dan kezaliman dalam masyarakat kita yang menyakitkan bagi saya. Saya bekerja di beberapa buah institusi sosial dalam bidang hak asasi manusia, dan dalam tempoh terakhir pekerjaan saya berkaitan dengan hak-hak wanita dalam Islam secara khusus.

Saya percaya bahawa Syari’at Allah dan hukum-hukum Allah SWT semuanya adalah rahmat, keadilan dan menjamin kemuliaan manusia di setiap waktu dan tempat. Tetapi melalui pekerjaan saya, saya menghadapi beberapa persoalan berkaitan hak wanita dalam Islam yang membingungkan saya dan saya tidak dapat menemui jawapannya. Saya tujukan kepada tuan, ya saidi beberapa pertanyaan ini kerana agama sering digunakan untuk membenarkan kezaliman terhadap wanita dan prasangka terhadap hak mereka. Saya berpaling kepada tuan, ya saidi kerana saya benar-benar mencari kehendak dan kebijaksanaan Allah yang sesungguhnya, dan saya ingin benar-benar mengerti, kerana dalam kehendak dan kebijaksanaan Allah adalah satu-satunya cara untuk menghilangkan penderitaan dan kezaliman dari manusia. Saya meminta maaf terlebih dahulu atas kejahilan saya dan ingin memperbaikinya dengan ilmu tuan.

Saya mohon kepada Allah agar menjadi perhiasan bagi tuan, Ahl Al-Bait, dan agar menunjukkan tuan, ya Maulai dengan pembukaan yang nyata, insya Allah:

Adalah tertulis di dalam Kitab Al-Syarai3 dalam bab nikah bahawa seorang wanita dilarang bersama sebelum dia mencapai usia sembilan tahun. Dari kenyataan ini saya faham bahawa dibenarkan bersama seorang gadis, bermula dari 9 tahun.

Melalui pekerjaan dan persekitaran saya, saya menghadapi banyak kes di mana seorang gadis mengalami kecederaan fizikal yang serius kerana tubuhnya belum bertolak ansur (boleh menerima) dengan hubungan seksual dengan suaminya. Juga, dalam masyarakat kita hari ini, seorang gadis dengan usia seperti itu masih dianggap sebagai anak, dan dia tidak mempunyai kematangan mental dan fizikal yang cukup untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang sedemikian pentingnya. Jadi mengapa Allah SWT mengizinkannya untuk berkahwin dengan gadis di awal usia ini? Adakah benar bahawa boleh mengahwini seorang gadis sejak lahir?

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 28

 

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

1- Berkenaan dengan kebenaran perkahwinan untuk seorang gadis pada usia sembilan tahun dalam Islam, ini adalah pernyataan mengenai had kedudukan syar’eiyah, dan bukan undang-undang yang boleh digunakan oleh pemerintah Ilahiyah sekiranya khalifah Allah dapat memerintah dan menetapkan undang-undang hal ehwal kedudukan peribadi.

Oleh itu, Sekiranya perkara itu dibentangkan kepada khalifah Allah, dia boleh menetapkan larangan yang menghalang perkahwinan seorang gadis di bawah usia di mana dia biasanya menjamin selesainya perkembangan alat kelamin orang perempuan, seperti menetapkan keperluan untuk perkahwinan ini dan bahawa keadaan fizikal gadis itu menurut pemeriksaan perubatan rasmi sesuai untuk perkahwinan ... dll. Secara umumnya, disyari’atkan perhiasan untuk perkahwinan jenis ini dalam syari’at Islam tidak bermaksud bahawa ia adalah keadaan semula jadi seperti yang dinyatakan, tetapi ia hanyalah had maksimum di mana seorang gadis boleh berkahwin apabila perlu, misalnya jika kita membayangkan bahawa bencana telah berlaku di bumi dan tinggal hanya beberapa individu umat manusia atau dari orang-orang yang beriman, maka masalah perkahwinan awal dan kelahiran anak awal –  adalah mengambil langkah keselamatan berjaga-jaga - suatu keperluan untuk memelihara umat manusia atau untuk memelihara orang-orang yang beriman. Jika tidak, umat manusia akan cenderung pupus, dan sesiapa yang memahami teori evolusi dan bagaimana sistem genetik berfungsi dalam memahami apa yang saya katakan. Tidak ada kepentingan untuk perkahwinan awal - atau untuk menyampaikan kesediaan seorang wanita untuk hamil pada usia muda dalam pemeliharaan umat manusia pada satu masa - lebih awal dalam evolusi Homo, ketika tubuh wanita berkembang dengan cara ini sehingga bersedia untuk persenyawaan pada usia muda.

Adapun mengenai masalah sebilangan umat Islam sendiri yang menerapkan undang-undang ini tanpa sekatan dan menyebabkan bahaya fizikal terhadap anak-anak perempuan, ini adalah kesalahan mereka dan bukan kesalahan Syariah, sehingga mereka atau fiqh mereka tidak memenuhi syarat untuk menerapkan Syariah. Tidak ada pengetahuan tentang hadnya sepenuhnya, dan itulah sebabnya mengapa Allah menjadikan pelaksanaan khalifah Allah itu penting di bumiNya.[1]

.

 

_____________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 2 Nov 2014, hal 201

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 29

 

S / Al-Salamu 3alaikum Saidi Wa Maulai Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh .. Apakah pernikahan Saidina Muhammad (S) dengan Aisyah, yang berusia 9 tahun, dianggap sebagai perkahwinan dengan anak di bawah umur?

J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Dia tidak menikahinya pada usia ini, tetapi dia sudah besar. [1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Tuan, bagaimana dengan perkahwinan Al-Saiyidah Fatimah Al-Zahraa’ dengan Imam Ali, (Salawatu Rabbi 3alaihima).

Menurut apa yang saya dengar sejak saya kecil bahawa Al-Saiyidah Fatimah Al-Zahraa’ meninggal pada usia (18 tahun) dan pada masa itu dia sudah berkahwin dan menjadi ibu kepada (tiga) orang anak?

Saya berharap kepada tuan, wahai keturunan ulama, penjelasannya. Semoga Allah menempatkan tuan, dengan segera, dan kami meminta tuan mendoakan kami.

J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Tidak benar bahawa dia berusia 18 tahun ketika syahadahnya (Salawatu Allah 3alaiha). [2]

 

S / Saya tidak tahu pendapat yang betul dalam fatwa ulama suuk bahawa dibenarkan berkontrak (akad nikah) dengan seorang gadis muda dengan dalih memasuki rumah ibunya untuk melihat ibunya dan seumpamanya. Adakah ini dibenarkan?

J / [Kontrak (akad nikah) dengan seorang gadis muda dengan dalih itu adalah untuk wanita itu berkahwin dan bukan main-main, (Saya tidak tahu pendapat yang betul dalam fatwa ulama suuk bahawa dibenarkan berkontrak (akad nikah) dengan seorang gadis muda dengan dalih memasuki rumah ibunya untuk melihat ibunya dan seumpamanya), ini suatu gangguan dan main-main dan tidak ada kaitan dengan agama atau moral.

_________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - hal 201

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - hal 562

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 30

 

Ketika Syari’at Islam mengatur pernikahan seorang wanita muda iaitu yang hampir dengan akil baligh dan bukanlah bayi atau kanak-kanak, dan bahkan perkahwinan dengan seorang gadis muda atau yang sudah baligh usianya, ia adalah Syari’at untuk keperluan yang mungkin terjadi atau mungkin berlaku secara kebetulan pada manusia, seperti bilangan yang kecil orang yang masih hidup dan takutkan kepupusan manusia atau orang-orang mukmin, maka perkahwinan dilakukan pada usia muda untuk melahirkan bilangan yang lebih besar dan seramai mungkin dan memelihara umat manusia atau orang-orang yang beriman, dan Syari’at bukanlah perkara sia-sia (main-main), semoga Allah memberi kejayaa kepada anda. Maka mengahwini seorang gadis muda tidaklah bererti ia disyari’atkan untuk keperluan dan bukan untuk perkara sia-sia dan main-main. [1]

______________________

[1] Buku Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah, Jilid 3, hal 40

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan