Halaman

Selasa, 10 Ogos 2021

Perhambaan Dan Eksploitasi Seksual

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 75

 

Kajian Ilmiah  >> Perhambaan Dan Eksploitasi Seksual

 

S / Selamat petang Ahmad Al-Hassan.

Mengapa ada perhambaan dalam Islam hingga ke saat ini dan ada hamba wanita? Ada yang mengesyaki bahawa tindakan ini adalah tindakan ISIS dan mereka yang mula memahami mereka, tetapi sebenarnya, jika kita membaca sejarah Islam, kita dapati bahawa ia benar-benar serasi dengan pemikiran ISIS dari segi perhambaan wanita dan tawanan, bahkan pada zaman Al-Rasul ketika umat Islam memasuki negara di mana mereka berkongsi wanita dengan apa yang ada di antara mereka dan sehingga sekarang mereka mengatakan di atas mimbar bahawa dibolehkan ketika sebuah negara ditaklukkan dari negara-negara di dunia bahawa wanita mereka harus ditawan dan dikongsikan wanita tersebut di antara mereka, jadi di mana hak-hak wanita dalam hal ini .. Terima kasih. Saya harapkan jawapan tuan kerana tuan mungkin berbeza dengan yang lain. Inilah yang saya lihat.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Pertama sekali, kita harus memahami bahawa perhambaan atau eksploitasi fizikal dan seksual bukan hanya berlaku pada masyarakat manusia, melainkan ia adalah satu bentuk strategi dari strategi evolusi. Itulah sebabnya ia tersebar luas dalam komuniti haiwan, kerana sejenis burung tekukur betina mengeksploitasi burung lain dan memperhamba mereka tanpa pengetahuan burung tersebut dan membuat burung tersebut membesarkan anak mereka. Dan perhambaan dalam masyarakat semut terbukti, baik dalam memperhambakan semut jenis lain atau perhambaan sebahagian serangga untuk melakukan pekerjaan dan melayani kerajaan semut yang mengeksploitasi dan memperhambakan mereka.

Oleh itu, adalah wajar untuk mengetahui keadaan ini dalam masyarakat manusia kerana ia juga merupakan komuniti haiwan, dan tubuh-badan manusia mengandungi genetik koloni (penjajah) yang keadaannya mengikut keadaan tubuh-badan haiwan dan serangga lain.

Anda boleh rujuk kepada sejarah yang dekat untuk mengetahui bahawa perhambaan tidak berakhir walaupun di Amerika hingga kepada waktu terdekat.

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 76

 

Adapun hubungan Islam dengan perhambaan, ini adalah sistem hubungan dan mengatur hak-hak hamba, menetapkan penebusan (denda) untuk pembebasan mereka dan mendorong masyarakat untuk membebaskan mereka.

Ketika Al-Rasul Muhammad diutus, dia diutus ke dunia yang membenarkan perhambaan dan eksploitasi terhadap orang lain, secara fizikal dan seksual, dan hanya mungkin untuk meletakkan undang-undang yang akan memberi mereka beberapa hak dan mendorong pembebasan mereka. Islam tidak mensyariatkan atau mendorong perhambaan, melainkan meletakkan undang-undang yang menyumbang untuk mengakhirinya dan menghapuskannya dari masa ke semasa, dan inilah yang paling banyak dapat dilakukan pada masa itu.] [1]

 

S / Al-Salam3alaikum, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Tuan, ada pertanyaan dari beberapa orang saudara ateis yang musykil dengan hukum-hukum Islam dalam perang, berikut adalah sebahagian dari kemusykilannya. Di mana mereka mengatakan mengapa dalam penaklukan Islam, bahkan pada zaman Nabi Muhammad yang mulia (S), tentera Islam yang menakluknya akan mengambil wanita dan menjualnya sebagai hamba, dan umat Islam akan membagikannya di antara sesama mereka sendiri, dan akan ada jual beli. Adalah diketahui bahawa tentera Islam membunuh bapa atau suami mereka semasa pertempuran, dan bagaimana wanita ini menerima perlakuan dan pendekatan tersebut? Bukankah ini penghinaan yang sama, dan apakah perbezaan antara tindakan tersebut dengan apa yang dilakukan ISIS hari ini ... Mengapa soalan ini datang dari seorang ateis?

Terima kasih tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati anda, saudara yang dikasihi.

Sebelum menjawabnya, perlu diketahui masalah penting yang berkaitan dengan tajuk ini, iaitu masalah perhambaan, eksploitasi seksual dan eksploitasi buruh adalah salah satu strategi genetik untuk menyebarkan, mengekalkan dan menyeberang ke generasi-generasi berikutnya, dan ini adalah jelas dari kewujudan dan kelangsungan hidupnya.

__________________

1 - Himpunan Pos Di Laman Facebook – hlm. 542

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 77

 

Sepanjang sejarah evolusi dan hingga ke hari ini pada lebih dari satu kerajaan haiwan, contoh terbaik dari eksploitasi ini adalah burung tekukur betina, yang mengeksploitasi burung lain untuk mengeramkan telurnya dan melayani anak kecilnya, dan semut yang memperhamba sebahagian serangga dan jenis semut-semut yang lain.

Dan Homo sapiens (sebagai jasad yang mewakili genetik koloni penjajah) mempraktikkan proses eksploitasi sepanjang sejarahnya, dan sehingga waktu terdekat secara perbandingan, kaedah perhambaan yang paling buruk dipraktikkan di Amerika, dan bukan hanya eksploitasi perhambaan buruh, tetapi praktik penyiksaan dan penghinaan terhadap hak mereka.

Hingga hari ini, Homo sapiens mengeksploitasi diri mereka setiap kali mereka berpeluang untuk melarikan diri tanpa hukuman, dan kisah eksploitasi seksual melalui pemerkosaan, penipuan, atau banyak cara lain terus berlaku.

Bagi saya, saya melihat bahawa perhambaan wujud hari ini dalam bentuk yang paling buruk yang dapat dibayangkan, tetapi bukan perhambaan individu untuk mendapatkan tenaga buruh individu itu dan mengeksploitasinya, melainkan eksploitasi dan perhambaan bangsa, negara dan rakyat, dan apa yang berlaku di Libya, Syria dan Yaman kita dapat membaca dalam bentuk yang lain. Yang melarikan diri dari negara-negara itu ke negara Arab lain yang ekonominya goyah pada tahun 2008 atau mendapat keuntungan dari pembekuan ekonomi negara-negara tersebut untuk kepentingan negara lain, dan dengan itu ekonomi Rakyat Syria dan Yaman - banyak di antaranya sudah menderita miskin dan melarat – ianya memihak kepada negara Arab yang kaya, yang mewakili peranan serigala, yang memanfaatkan kesempatan untuk menerkam bangkai atau binatang yang cedera. Perhambaan hari ini adalah jauh lebih besar daripada seribu atau dua ribu tahun yang lalu. Hari ini, penduduk dunia dieksploitasi setiap kali ada kesempatan untuk memanfaatkannya. Memang benar bahawa setiap individu bebas dan bukan menjadi hamba, menurut konsep perhambaan yang berlaku, dan tidak ada seorang pun yang mengeksploitasi usaha mereka dan pekerjaan mereka secara individu dan secara langsung dan bersendirian, tetapi sebenarnya pekerjaan dan usaha peribadi mereka, dan mungkin juga usaha ibu bapa dan datuk nenek mereka, semuanya dieksploitasi dan diperolehi oleh campuran ekonomi – ketenteraan – politik.

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 78

 

Nampaknya perhambaan dalam bentuknya yang lama tidak berguna hari ini, tetapi ada baiknya untuk terus memanfaatkan faedah yang diharapkan di sebalik perhambaan, yang merupakan ekonomi dan pemerolehan pengeluaran, pekerjaan dan kemampuan setiap kali ada peluang untuk beberapa negara dan pemerintah, atau katakan saja serigala manusia.

Adapun Islam sebagai agama, ia tidak disertakan dengan perhambaan, melainkan wujud sebelum Islam dan pada semua negara di dunia atau kumpulan Homo sapiens ketika anda mempraktikkannya dalam peperangan seperti mereka, dan tentera Islam pada zaman Al-Rasul (S) tidak dapat melepaskannya kerana melepaskannya bererti kehilangan dan kepupusan serta-merta bahkan sebelum bermulanya penyebaran Islam di Semenanjung Arab, dan jika pesaing kamu tidak tahu bahawa kamu akan menghukum mereka dengan cara yang sama seperti mereka menghukum kami, mereka tidak akan terhindar dari (menjauhi) kamu dan tidak akan meninggalkan kamu dalam keadaan selamat, dan itulah sebabnya Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ ۖ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرِينَ﴾

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. [An-Nahl:126],

Maka anda dapati bahawa Al-Rasul berusaha untuk menawarkan pilihan dengan bersabar daripada bahaya, maka baginda membebaskan tawanan Badar dan tidak memperhambakan mereka. Ini adalah tindakan yang jelas yang sepenuhnya bertentangan dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan munurut hak mereka pada masa itu. Tetapi adakah pihak lain akan melayannya dengan cara seperti itu? Jawapannya tidak, seperti yang ada pada masa itu. Sejauh mana anda boleh menuju ke arah ini dan memastikan kelangsungan hidup dan kesinambungan?!!!

Sebenarnya, masalah ini terbatas pada satu penyelesaian, iaitu bekerja dengan apa yang mungkin dan dalam keadaan yang ada di dalam keadaan tersebut dan persekitaran binatang buas yang menguasai pemikiran Homo sapiens pada masa itu. Islam tidak mempunyai pilihan selain untuk mengatur sistem perhambaan ini dengan cara yang akan membawa kepada masa penghapusan dan perasaan jijik atau muak dengannya, sehingga Islam menyamakan antara yang kebebasan dan menghambakan diri di hadapan Allah Yang Maha Suci dan dalam nilai kemanusiaan mereka, dan Islam telah menjadikan ihsan (kebaikan) kepada hamba dan pembebasannya dari cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.... dan lain-lain dari perundangan (syari’at) yang seharusnya mengakibatkan jiwa-jiwa dari masa ke masa merasa jijik dan membenci eksploitasi fizikal atau seksual dan menganggapnya sebagai perintah yang difardhukan dan tidak dapat diterima. Tidak diragukan lagi bahawa perundangan Islam ini, yang telah tersebar di seluruh dunia dan di kalangan masyarakat, ia memiliki peradaban lama yang tinggi dalam menerima Homo sapiens di bumi ini untuk melarang perhambaan dan mencegahnya sedikit demi sedikit.

Sekiranya jawapan ini cukup untuk anda, maka itu betul dan jika anda mempunyai komen atau perbincangan, saya akan berkhidmat kepada anda, insya Allah, dalam menjelaskan apa yang perlu dijelaskan..

Dan hanya untuk memberi peringatan: Tujuan saya menggunakan istilah

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 79

 

homo sapiens, dan bukan manusia, untuk merujuk kepada sisi genetik dan haiwannya, yang mendorongnya untuk melakukan perhambaan atau eksploitasi di kedua-dua bahagiannya (seksual dan buruh).[1]

 

_________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi – hlm. 568

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan