Halaman

Isnin, 16 Ogos 2021

Pergaulan wanita dengan lelaki

 Pergaulan wanita dengan lelaki

o Dalam kehidupan seharian

o Perbualan antara lelaki dan wanita

o masalah perubatan

o jabat tangan

o pengasingan

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 129

 

Pergaulan wanita dengan lelaki >> Dalam Kehidupan Seharian

 

S / Seseorang terus berada di jabatan kesihatan dengan ramai pekerja wanita, apakah hukum pergaulan pada waktu kerja? Apakah hukum untuk memandang?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Kehadiran lelaki dan wanita di setiap tempat dengan tujuan melakukan suatu perbuatan (yang diizinkan syarak) adalah dibenarkan, dan orang-orang lelaki dan wanita wajib melaksanakan tugas menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Adapun memandang, jika itu tidak bertujuan (yang meragukan atau menikmati), maka dibolehkan.][1]

 

S / Apakah hukum mengenai terdapat lelaki dan wanita di suatu tempat yang sama dari segi memandang?

J / [Al-Syarai3 Al-Islam Jz 3 : (Mengenai memandang yang tidak sengaja tanpa tujuan sebagai akibat terdapat lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah dengannya. Seorang lelaki tanpa tujuan memandang wanita asing kecuali untuk keperluan, dan dibenarkan melihat wajah dan tangannya tetapi makruh dengan sekali pandang, dan tidak boleh mengulangi pandangannya lagi. Hukum yang sama dikenakan pada wanita. Dibolehkan bila perlu, seperti jika dia ingin memberi keterangan di atasnya, dan orang yang melihatnya terbatas pada apa yang wajib dia lihat, seperti doktor sekiranya wanita itu perlu diperiksa untuk diberikan rawatan. Mengenai memandang yang tidak disengajakan sebagai akibat kehadiran lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah dengannya.)

Dan masalah tidak sengaja ini bermaksud memandang tanpa tujuan, "Adapun memandang yang tidak disengajakan tanpa tujuan sebagai akibat dari terdapat lelaki dan wanita di suatu tempat, tidak ada masalah dengannya." Lelaki dan wanita ini tidak ada bezanya jika mereka hadir bekerja di kilang atau pejabat, atau ada di rumah atau ada di jalan, sama ada mereka orang asing sama sekali, atau mereka ada hubungan silaturrahim sebagaimana saudara lelaki dengan isteri saudaranya.] [2]

 

_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, hlm 168

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 1 hlm. 42

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 130

 

S: Apakah hukum berada di tempat bercampur (Lelaki dan Wanita)?

J / [Dibolehkan.] [1]

 

S / Adakah wanita boleh bekerja di tempat yang bercampur, dan adakah hukumnya berbeza antara persetujuan suami dan penolakannya? Menyedari bahawa dia memerlukan gaji hasil dari kerjanya, dan bahawa suaminya menyediakan kemudahan untuk kehidupan yang layak, dan dengan ketiadaannya di rumah akan mengundang pendedahan aurat anaknya yang baru berusia empat tahun.

J / [Wanita bekerja dibenarkan dan tidak ada masalah dengannya, dan jika suami tidak membenarkan dia bekerja dan menjamin kehidupannya, tidak dibenarkan baginya untuk tidak mematuhinya dan meninggalkan rumah tanpa izinnya. [2]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Adakah wanita boleh belajar ilmu mempertahankan diri (Judo; Jiu-Jitsu) di bilik riadah (tempat latihan jasmani) seperti sekarang ini, semuanya terutama sekali orang lelaki yang menyebabkan berlaku sentuhan dan ia adalah satu perkara yang semula jadi dalam sukan tersebut. Ya Maulai, Ya Ahmad Al-Hassan

Semoga Allah memelihara tuan dan mempercepat kelapangan tuan.

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Ia tidak dibenarkan.] [3]

 

___________________

1 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3 hlm 34

2 - Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3, hlm.37

3 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm 54

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 131

 

S / Al-Salamu 3alaikum (Wahai Bapaku) Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Tuan, adakah agama mengatakan bahawa lebih baik wanita tidak keluar tanpa muhrim? Oleh itu, dihalang untuk bekerja, belajar dan melaksanakan keperluan mereka? Adakah pernyataan ini benar?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Tidak betul.] [1]

 

S / Adakah dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan di majlis hanya untuk wanita sahaja, tetapi ada tari menari dan menyanyi?

J / [Dibolehkan jika hanya wanita sahaja dan lelaki tidak mendengarnya, dan juga jika tidak ada yang dilarang seperti memukul dan meniup alat muzik.] [2]

 

S / Diketahui bahawa raungan (lolongan, getaran) suara wanita di hadapan lelaki adalah haram. Namun, jika gema rongga (lolongan, raungan) itu adalah suara yang menyerang lelaki secara tidak sengaja, kerana sebilangan wanita tidak tahu bahawa suaranya memberi kesan kepada orang lelaki, dan mereka menyebutnya di dewan-dewan (majlis) di dalam Al-Hussainiyah, Al-Hussainiyah tersebut terdiri dari dua tingkat, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Apakah hukumnya wahai bapaku?

J / [Tidak ada masalah.] [3]

 

___________________

[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 5 Julai 2018

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz hlm. 39

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 27

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan