Halaman

Selasa, 17 Ogos 2021

Berjabat tangan, Khalwat

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 138 

Pergaulan wanita dengan lelaki >> Berjabat tangan

 

S / Saya bekerja sebagai doktor di negara Eropah, dan menjadi kebiasaan di sini bahawa ketika pesakit dibawa untuk pemeriksaan oleh doktor, doktor itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan, dan jika dia tidak melakukannya, mungkin tidak wajar atau salah faham sebagai seorang Muslim, atau boleh dianggap sebagai penghinaan, dan ini bergantung kepada keperibadian pesakit itu sendiri, bagaimana halnya sekiranya pesakit itu seorang wanita? Saya juga ingin bertanya mengenai keadaan yang serupa, tetapi dalam hal ini doktor adalah wanita Islam. Adakah dia boleh berjabat tangan dengan lelaki, kerana dia bekerja dalam keadaan yang sama.

J / Jika tidak berjabat tangan menyebabkan rasa malu, anda boleh menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan wanita bukan Islam jika dia dahulu yang menghulurkan tangannya kepada anda, dan bukan anda yang mula menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Bagi seorang doktor Muslimah, tidak dibenarkan baginya untuk berjabat tangan dengan lelaki Muslim atau yang bukan Islam, dan jika perkara itu menyebabkan dia merasa malu, maka dia dapat memakai sarung tangan dan berjabat tangan dengannya.][1]

                          

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Saidi wa Maulai

Saya mohon kepada Allah agar tuan berada pada seribu kebaikan dan sepanjang tahun dan tuan dalam keadaan seribu kebaikan pada kesempatan bulan Ramadhan

Saya mempunyai soalan kepada tuan yang yang mulia, sekiranya tuan sudi menjawabnya, semoga Allah memberi tuan seribu kebaikan.

Kami di Eropah dan saya sering terdedah kepada situasi di mana kami berjabat tangan dengan lelaki, seperti di sekolah, bank atau berjumpa doktor, dan mereka melakukannya dengan rasa hormat. Sebagai contoh, sekarang saya hampir tamat sekolah menengah, dan apabila keputusannya disampaikan, guru menghulurkan tangan untuk menyambut saya dan memberikan keputusannya kepada saya. Apakah saya patut menghulurkan tangan atau menahan diri darinya? Mengetahui bahawa perkara ini akan membuatnya malu, tolong bimbing saya, tuan, dan saya minta agar tuan mendoakan saya, tuan yang yang mulia.

_____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm.25

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 139

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memverkati anda.

Anda sepatutnya sering memakai sarung tangan sebagai penyelesaiannya, dan dalam keadaan akan mengwujudkan malu yang amat sangat, tidak ada masalah untuk berjabat tangan.[1]

_________________

[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 16 Mei 2018

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 140

 

Pergaulan wanita dengan lelaki >> Khalwat

 

S / Sejak kebelakangan ini, fenomena terapi kerohanian untuk merawat kesan jin dan sejenisnya telah meningkat, terutama pada wanita, dan ada sebilangan ahli terapi yang merawat wanita di bilik tertutup atau dikunci untuk menghalang orang masuk bersamanya walaupun dia bukan muhrim wanita tersebut. Mereka mendakwa bahawa rawatan itu bergantung pada bersendirian dengan pesakit.

Soalan:

1. Apakah hukum syar’ei untuk pengasingan ini dengan wanita, dan apakah ada perbezaan antara yang boleh dipercayai dan orang lain?

J 1 / Ini adalah pengasingan yang tidak dibenarkan dan dilarang, dan tidak ada perbezaan antara yang boleh dipercayai dan yang lain.

2. Adakah mengamalkan rawatan rohani bergantung pada bersendirian (pengasingan) dengan pesakit?

J 2 / Tidak perlu bersendirian dengan pesakit.

3. Adakah dibenarkan seorang lelaki (ahli terapi) untuk menyentuh badan wanita bukan muhrim tanpa penghalang atau dengan penghadang (beralas) dengan alasan rawatan?

J 3 / Tidak dibenarkan, dan ini adalah perbuatan yang haram.

Terakhir, apakah nasihat yang akan tuan berikan kepada orang-orang beriman untuk menyekat jalan Iblis yang terkutuk?

Nasihat saya, bahawa orang-orang beriman hendaklah menghindari pengasingan (khalwat) yang haram; kerana itu adalah salah satu pintu syaitan, jadi jangan mengetuknya, semoga Allah mengasihani kamu.] [1]

 

______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4 hlm. 37

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 141

 

S / Apakah hukum wanita yang menaiki kenderaan dengan pemandu sahaja?

J / [Di jalan awam dan di kalangan orang ramai tidak ada masalah.] [1]

                            

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Perkaranya adalah bahawa saya mengenali seorang gadis yang mengalami gangguan seksual ketika dia berusia dua belas tahun, dan gangguan itu datang dari bapa saudaranya, dan bentuk gangguannya tidak melebihi sentuhan sederhana, Ibu bapanya tahu apa yang berlaku, dan ayah gadis itu memutuskan untuk mencegah gadis itu melihat bapa saudaranya itu, atau bahkan tidak berada di tempatnya dan tidak melihatnya, walaupun dia ditemani oleh ibu, keluarga dan saudara-mara, dan bahkan anak-anaknya dilarang berada di tempat tersebut, walaupun dia tidak melihatnya, oleh itu apakah dia berhak berbuat demikian?

Dia menganggap bahawa satu-satunya jalan keluar yang memuaskan hatinya adalah membunuh atau membakarnya. Adalah diketahui bahawa bapa saudara gadis itu telah meminta maaf dan meminta pengampunan dan mengatakan bahawa dia bertaubat dengan taubat nasuha, dan ayah gadis itu tidak yakin dengan taubatnya dan masih ingin membunuhnya, Adalah juga diketahui bahawa gadis itu kini memasuki usia dua puluh satu tahun dan memutuskan untuk menjadikan Allah SWT sebagai penguasa antara dia dan bapa saudaranya, dan dia tidak mahu ada orang yang masuk campur, sama ada ibu bapa atau keluarganya, apakah ini hak dari hak-haknya? Keputusan yang nyata ini didasarkan pada memohon kepada Allah dalam doa dan sholat, dan sehingga gadis itu merasa selesa dengan mimpi yang telah dilihatnya, tetapi dia berjanji pada dirinya sendiri dan kepada Allah bahawa dia tidak akan memberitahu mimpinya ini kepada siapa pun, tidak peduli apa pun. Dia mahu yang menjadi hakim hanyalah Allah di antara kedua mereka sahaja, maka adakah ini haknya? Adakah dibenarkan membunuh bapa saudaranya? Mengetahui bahawa bapa saudaranya telah mengumumkan taubatnya, dan setelah itu dia berjaya menunaikan Umrah dan Ziarah Imam Al-Hussain (as) dan tempat-tempat suci yang lain. Yang mulia Al-Syed Ahmad Al-Hassan, saya harap mendapat jawapan secepat mungkin. Dan jawapannya harus lengkap untuk semua butiran soalan yang disebutkan. Terima kasih.


______________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4 hlm. 42

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 142

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Bapa mempunyai hak untuk mencegah orang ini mendekati keluarganya setelah menjadi jelas kepadanya bahawa dia telah melakukan perbuatan syaitan ini, tetapi si ayah tidak berhak membunuhnya. Sekiranya orang ini telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah, maka ia akan dapati Allah Maha Pengampun lagi, Maha Penyayang, tetapi yang kekal dalam hati nuraninya berhak menghalangnya dari membiarkan anak perempuan atau anak-anaknya bersendirian.

Semoga Allah membimbing anda dan mengarahkan membimbing anda.[1]


__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 71

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan