Halaman

Ahad, 6 Jun 2021

Makanan dan Minuman: S 65 - 71

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Makanan dan Minuman: 

S 65 / Adakah dibenarkan makan sotong?

J / Tidak dibenarkan.

 

S 66 / Apa hukum makan moluska (dua cangkerang seperti tiram dan kepah) dari makanan laut, dan makan ketumbar, tanaman yang digunakan untuk menyiapkan banyak makanan kita?

J / Moluska (sotong dan sejenisnya) tidak dibenarkan dimakan. Adapun tanaman ketumbar, dibenarkan memakannya dan tidak ada masalah dengannya.

 

S 67 / Saya membaca surat khabar Timur Tengah bahawa seorang pendakwah Kuwait mengizinkan makan ikan yang diberi makan di ladang Eropah dengan sisa babi setelah ia ditukarkan menjadi bahan lain, dan pertanyaannya: Apakah hukum mengenai ikan yang diimport yang tersedia di pasar tempatan?

J / Ia halal dan dibenarkan memakannya jika memenuhi syarat-syarat analisa lain seperti cara matinya (Al-Zhakatu) iaitu dengan mengambilnya hidup-hidup dari air.

 

S 68 / Apakah hukum tentang keju kemasan asing, terutama keju Kraft, dan apakah hukum tentang renet (pencerna) yang digunakan di dalamnya (membuat keju)?

J / Renet tidak bermasalah dalam menggunakannya untuk membuat keju, baik untuk binatang yang disembelih dengan betul, atau tidak.

 

S 69 / Adakah air barli halal atau haram untuk pesakit, dan adakah syarat untuk manisnya?

J / Jika barli tidak diperam ((ditapaikan) dijadikan khamar), airnya boleh diminum. Tetapi jika barli telah diperam (menjalani proses penapaian), tidak boleh diminum airnya walaupun untuk rawatan (iaitu dibenarkan untuk merendam barli dan mengeluarkan airnya dengan menekannya atau dengan kaedah lain, tetapi sebelum keadaan penapaian muncul padanya).

 

S 70 / Adakah dibenarkan menggunakan air kencing unta untuk merawat gangguan pernafasan di dada orang yang beriman, dan salah seorang doktor menerangkannya kepada saya dengan dalil yang dijelaskan oleh Imam Al-Shadiq (as). Adakah air kencing memenuhi syarat untuk penyakit seperti itu?

J / Sekiranya anda bermaksud minum air kencing unta seperti yang dilakukan oleh syeikh Wahhabi dan orang-orang yang menipu pengikutnya, maka ini adalah perbuatan yang jelek dan menjijikkan dan tidak dibenarkan meminum kotoran. Adapun Imam Al-Shadiq, Shalawatu Allah 3alaih, jauh dia dari meghalalkan minum kotoran.

 

S 71 / Pertanyaan mengenai kejuruteraan genetik tumbuhan, haiwan, kulat dan bakteria melalui teknologi biologi, adakah ia dibenarkan?

Apa yang saya fahami dari jawapan sebelumnya yang dikeluarkan oleh Imam (as) adalah bahawa tidaklah haram memakan makanan yang diubahsuai secara genetik, tetapi saya ingin tahu apakah ia dianggap sebagai perubahan dalam ciptaan Allah SWT, lalu menjadi haram?

J / Adalah dibenarkan untuk mengubah genetik tumbuhan, haiwan, dan bahkan genetik manusia jika tidak terkeluar peraturan akhlaq dan hukum syarak umum, kerana jisim-jisim ini hanyalah alat yang digunakan oleh roh kita untuk diuji di dunia jasmani ini.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan