Halaman

Rabu, 10 Februari 2021

Kenal Pokok Dari Buahnya




Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 27 September 2013:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mohon kepada Allah agar anda baik-baik dan sihat.

Salam buat pengunjung laman yang diberkati ini.

Di halaman yang diberkati ini, saya dapati ada kata-kata yang ditulis oleh seseorang yang tidak memasukkan namanya yang jelas kerana takut akan memalukan atau yang seserupa dengannya:

Saya memetik di sini sebahagian dari apa yang ditulisnya, dan hanya yang saya salin dari apa yang ditulisnya sahaja, jadi selebihnya dari apa yang dia tulis mengenai kata-kata kesat yang tidak saya temui setelah saya menulis jawapan ini dan nampaknya sebahagian daripada orang-orang yang beriman adalah mereka yang bangkit dan membersihkan halaman dari bahasa yang tidak baik, dia memadamnya, semoga Allah membalas kebaikannya.

 

Inilah sebahagian apa yang ditulisnya:

(Talwar Zani:

Ahmad Ismail, anda duduk, anda dapat melihat kata-kata saya ... Bapaku adakah anda memikirkan Aisyah!!

Buat pertama kalinya bagi anda , saya melihat apa yang berlaku dengan pembunuh datuknya!! Mencemarkan, wahai yang memimpin, ini adalah pembunuh Rasulullah. Anda tidak malu membiarkan Nadzim Al-Uqaili mengatakan kepada Aisyah, ucapan Salam Allah Ta3ala 3alaiha (Salam Allah Taala atasnya)!!! Oh, jika anda lelaki, anda akan berlepas diri dari kata-kata Al-Uqaili.

Tetapi anda tidak boleh lakukan, kerana anda tahu bahawa bahan bakar untuk dakwah anda adalah Al-Hamami, Al-Uqaili, dan Shadiq.)

 

Jawapan:

 شنشنة أعرفها من أخزم.

Pepatah Arab: “Kebiasaan yang telah aku ketahui dari Akhzam” [“Kebiasaan yang telah aku ketahui dari Ular jantan, seekor Ular hanya dapat melahirkan seekor Ular pula.” - penj]

Nampaknya ini adalah jawaban Shadiq Al-Syirazi terhadap penolakan ilmiah yang dikemukakan mengenai aqidah wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum, dan secara umum, wahai penulis, sama ada anda adalah Shadiq Al-Syirazi sendiri atau salah seorang wakilnya atau anda salah seorang yang jahil yang boleh ditipu. Maka yang pertama adalah anda - jika anda waras - Untuk menjawab dalil ilmiah yang saya sampaikan di halaman ini dalam menolak aqidah wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum, dan diterangkan juga melalui kejahilan Shadiq Al-Syirazi, yang kurang kesedarannya dan kurang memahaminya, dan ini juga yang pertama dengannya dan bagi mereka yang mendesak untuk menghina dengan kata-kata buruk yang diamalkan olehnya, saudara-saudaranya dan wakil-wakilnya, yang timbul darinya setiap anak lelaki yang bebas memakai pakaian halus.

Firman Allah Taala:

﴿وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Tuhannya; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. [Al-A'raf :58.]

Wahai saudara yang dikasihi, pengunjung halaman yang diberkati ini, ambillah ia sebagai hikmah Ilahiyah dari Al-Quran yang diberkati: "Dari buah kita mengenal pohonnya."

Mungkin anda mengatakan saya seorang yang biasa, saya tidak dapat membezakan bagaimana saya tahu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah benar, dan mereka yang menentangnya adalah batil dan para imam yang sesat. Al-Quran memberitahu anda secara mudah untuk melihat buahnya, kerana ia mengenalkan anda tentang jenis pokoknya, walaupun anda bukan salah seorang pakar dalam mengetahui jenis pokok dari dahan atau daunnya, Oleh itu siapakah yang tidak dapat mengenal sebatang pohon epal ketika melihat buah epal tergantung di dahannya, dan samalah kepada pokok yang menghasilkan buah beracun atau pahit, apabila anda melihat buahnya, anda akan mengenalinya dari buahnya.

﴿كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.

"Dari buah kita mengenal pohonnya."

Pemimpin (imam) yang soleh mengeluarkan ilmu yang baik dan diberkati, dan hasil dari berpegang pada ilmunya adalah keluarnya ahli ibadah yang soleh yang berbicara dengan bijaksana.

Adapun pemimpin (imam) api nereka yang takut dengan Syaitan dan mengikutinya, mereka mengeluarkan kata-kata yang bodoh dan rosak. Akibatnya, mereka menghasilkan pengikut yang menggunakan bahasa Syaitan, mengeji, menghina, pidato kesat, bohong dan fitnah.

"Dari buah kita mengenal pohonnya."

Tanah yang baik menghasilkan tanaman yang baik dan buah yang baik, dan tanah yang buruk menghasilkan buah yang tidak baik.

Tanah ini adalah imam yang mendidik dalam ilmunya dan mengusahakan penyokongnya agar mengikutinya, maka Imam yang membimbing dikenali dari usaha dan buahnya:

﴿وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ

Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Tuhannya.

Dan imam sesat dapat diketahui dari usahanya dan buahnya, terutama jika ada yang jelas menunjukkan bahawa dia dan usahanya yang rosak adalah penyebab buahnya yang rosak ini, dan di sini setiap orang yang waras berhak untuk merasa pelik ketika dia menemukan bahawa orang yang sesat itu merosakkan akhlak dengan lidah (perkataannya) yang tidak senonoh atau menemukan seseorang yang mengikutinya dan menerima kata-katanya, tetapi kebijaksanaan Allah adalah bahawa jika Dia ingin menunjukkan kebenaran dengan jelas, yang jahat akan diperlihatkan padamu sebahagian di atas sebahagian yang lain, untuk menunjukkan niat jahatnya dengan jelas.

﴿وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ﴾

dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.

Untuk melengkapkan hujah terhadap mereka yang ditipu oleh Shadiq Al-Syirazi dan saudara-saudaranya, saya akan membincangkan bukti apa yang dia dan saudara-saudaranya lakukan, sama ada secara langsung atau mendesak orang lain untuk mengeji dan menghina dan dengan kata-kata paling kotor yang jiwa manusia normal keberatan menerimanya.

Ini adalah rakaman apa yang dia lakukan Shadiq Al-Syirazi secara langsung atau melalui saudara-saudaranya dan waklinya mengucapkan kata-kata kesat dan buruk yang dikecam oleh akhlaq manusia yang normal:

https://www.youtube.com/watch?v=HoR9m6z54TM

Ini adalah rakaman saudaranya, Mujtaba Al-Syirazi, yang menerapkan pendekatan menyimpang ini dengan menghina dan mengutuk dengan kata-kata yang menjijikkan jiwa-jiwa normal yang mempunyai akhlak dan agama, dan musibahnya ialah dia menyifatkan beberapa penghinaan dan fitnah palsu ini kepada Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib yang suci anak kepada yang suci, yang tidak keluar dari mulutnya yang mulia satu pun perkataan pun yang menyinggung perasaan Aisyah ketika dia dalam kesakitan dan di medan perang di mana darah orang yang disayanginya, yang kehilangan di dalamnya, tidak kering. dia tidak menghina Aisyah ketika melihat bahawa Aisyah telah menyebabkan pembunuhan besar yang menghancurkan dukungan Negara Islam..

Rakaman Mojtaba Al-Shirazi menggunakan kaedah menghina:

https://www.youtube.com/watch?v=gBO5QE_PZbI

http://www.youtube.com/watch?v=48GfC0TvNsE

Demi Tuhan, adakah Shadiq Al-Syirazi dan Mujtaba Al-Syirazi yang anda lihat dalam rakaman ini mewakili usaha atau akhlaq agama?!

Demi Tuhan, apakah orang-orang ini sesuai untuk memperkenalkan Islam kepada berbilion-bilion orang-orang Buddha, Kristian dan ateis di seluruh dunia?!

Dalam rakaman di atas, Shadiq Al-Syirazi membenarkan pendekatannya yang sesat dengan menggunakan bahasa kesat, keji dan hina yang anda dengar dari saudaranya pada rakaman yang lain. Shadiq Al-Syirazi menuduh Allah mengeji dan menghina dan menggunakan bahasa buruk dalam Al-Quran. Dan dia menuduh Allah Yang Maha Suci berdasarkan pemahamannya tentang kata celaan - "zanim" (زنيم) yang terdapat dalam Al-Qur'an, jadi dia, dalam kejahilannya, menganggap kalimah muhkam ini memiliki arti yang dekat dan ia bermaksud menghina dengan kata-kata keji. Pada firman Allah Taala:

﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.[Al-An'am: 108]

Shadiq Al-Syirazi mengatakan bahawa ayat ini khusus dan sama sekali tidak melarang penghinaan dan kejian. Oleh itu, orang yang jahil ini menghadkan ayat ini kepada pemahaman yang serupa dengan perkataan "Zanim" (celaan)!

Sementara pada zahir dari ayat itu jelas melarang bagi menghina dan menggunakan kata-kata buruk. ini bukan ciptaan manusia biasa, dan orang yang normal dan adil tidak dapat menuduh Allah mengeji, menghina dan mengeluarkan kata-kata buruk. Jauh Dia Yang Maha Suci dari mengatakannya kerana Dia Maha Kuat, Maha Berkuasa, Maha Pelindung tidak berhajat kepada menghina dan mengeji, dan itu adalah sifat, nilai dan kata-kataNya yang baik dan Dia Yang Maha Suci berfirman:

﴿ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Al-Nahl:125],

Ini adalah pendekatan umum Al-Quran, yang mesti difahami dalam kerangka perintah-perintah Ilahiyah.

Wahai Syiah Aali Muhammad yang dikasihi: Berilah perhatian, semoga Allah menolong anda ini adalah penimbang tara yang muhkam dan bahawa Allah memerintahkan berdakwah kepada yang berbeza dengan dengan kamu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik, bukan menghina dan mengeji dan kata-kata buruk:

﴿ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ .

Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Wahai Syiah Aali Muhammad yang dikasihi: Berilah perhatian, semoga Allah menolong anda ini adalah penimbang tara yang muhkam dan bahawa Allah memerintahkan supaya tidak menghina dengan jelas dan nyata:

﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ .

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

Inilah ketetapan (muhkam), wahai Syiah Aali Muhammad yang dikasihi: "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah... Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik."

Inilah ketetapan (muhkam), dan inilah yang dikatakan oleh akal budi dan kemanusiaan, dan inilah yang kita ketahui mengenai akhlak ketuhanan tertinggi yang kita pelajari dari Muhammad (S).

Adapun kata "Zanim" (celaan), itu adalah yang terbaik dan itu adalah kata dengan makna mutasyabihat, dan inilah maknanya yang diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (Shalawatu Allah 3alaih) dan juga dalam beberapa kitab-kitab Lughah (bahasa), yang jauh dari tafsiran yang salah yang dikatakan oleh Shadiq Al-Syirazi:

Syeikh Al-Saduq meriwayatkan dalam Ma3ani Al-Akhbar, dan dia berkata: "Bapaku, semoga Allah merahmatinya, berkata: Sa'd bin Abdullah memberitahu kami dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Al-Abbas bin Ma’aruf, dari Safwan bin Yahya, dari Ibn Maskan, dari Muhammad bin Muslim, yang berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as). Kejam selepas itu, Zanim (celaan), Katanya: Kejam ingkar yang besar, dan Zanim (celaan) tak senonoh dengan keingkarannya. [Ma3ani Al-Akhbar Al-Syeikh Al-Shaduq: ms - 149.]

Dan dalam beberapa kitab-kitab Lughah (bahasa):

(Zanim: cuping telinga yang buruk (tercela): ruang udara melalui cuping telinga, dan keduanya kelihatan ganjil.

وزَنَمَتا القوقِ وَزُنُمَتاه.

Salakan yang buruk (cela) memburukannya.

[Yang berikut tidak diterjemahkan kerana menyangkut bahasa (lughah) - Zanim (cela)]

[وزَنَمَتا القوقِ وَزُنُمَتاه.

والأول أفصح: أعلاه وحرفاه.

الزَّنمَتان: زَنَمَتا الفوق، وهما شرَجا الفوق وهما ما أشرف من حرفيه.

والمزَنَّمُ والمزَلَّمُ: الذي تقطع أذنه ويترك له زَنَمًةٌ

ويقال: ولمزَلَّمُ والمزَنَّمُ الكريم.

والمزَنَّمُ من الإِبل: المقطوع طرف الأ ذن؛ قال أبو عبيد: وإِنما يفعل ذلك بالكرام منها؛ والتزَنيَّمُ: اسم تلك السمة اسم كالتنبيت.

الأحمر: من السِمات في قطع الجلد الرَّعْلة، وهو أن يشق من الأذن شيء ثم يترك معلقا، ومنها الزَّنمة،  وهو أن تبين تلك القطعة من الأذن، والمفضاة مثلها.

الجوهري، الزنمة شيء يقطع من أذن البعير فيترك معلقا، وإِنما يفعل ذلك بالكِرام من الإِبل.

 

يقال: بعير زنم وازَّنّمُ والمُزَنَّمُ وناقة زنمةٌ وزنْماء ومزنَّمة،

والزَّنّمُ: لغة في الزلمِ الذي يكون خلف الظِلف، وفي حديث لقمان: الضائنة الزَّنِمَة أي ذات الزَّنمَةِ، وهي الكريمة، لأن الضأن لا زنمة لها وإِنما يكون ذلك في المعز؛ قال المعلى بن حَمال العبدي:

وجاءت خلعة دُهْس صَفايا، يَصُوعُ عُنوقها احوى زنيم

يفرق بينها صدع رباع، له ظأب كما صخب الغريم

والخلعَة: خيار المال.

والزَّنِيمُ: الذي له زمَتان في حلقه،وقيل المُزنم صغار الإِبل، ويقال: المزَنمُ اسم فحل؛ وقول زهير: فأصْبَحَ يَجرِي فيهمُ، من تِلادِكَمْ، مَغانم شتَّى من إِفا ل مُزَنم

قال ابن سيده: هو من باب السِمام المزْعِف والحِجال المسَجَّف لأن معنى الجماعة والجمع سواء، فحمل الصفة على الجمع، ورواه أبو عبيدة: من إِفال المزَنمِ، نسبه إِليه كأنه من إِضافة الش يء إِلى نفسه.]

 

وقوله تعالى: عُتُل بعد ذلك زنَيم؛ قيل: موسوم بالشر لأن قطع الأذن وَسْم(   ]لسان العرب: ج 12 ص 275 .]

Dan Yang Maha Kuasa berfirman: Kejam selepas Zanim (celaan) itu, Dikatakan: Ini ditandai dengan kejahatan kerana memotong telinga mempunyai tanda [Lisan Al-Arab: jld.12 hal. 275.]

Wahai Syiah Aali Muhammad yang dikasihi: Takutlah kepada Allah dan jangan terima dari Shadiq Al-Syirazi yang jahil ini, kerana telah dibuktikan kepada kamu dan dengan bukti bahawa dia jahil mengenai Al-Quran, yang Muhkam dalam larangan menghina, merujuk kepada faham yang samar dari kalimat yang mempunyai lebih dari satu makna, oleh itu dalam keadaan terbaik yang mutasyabihat dan samar hendaklah drujuk kepada yang muhkam. Oleh itu, adalah mustahak bagi dia untuk memiliki makna yang tidak menyisihkannya dari kata-kata Yang Maha Kuasa (janganlah kamu memaki), iaitu makna yang dinyatakan oleh Imam Al-Shadiq (as) (dan Zanim (celaan) tak senonoh dengan keingkarannya).

Wahai yang dikasihi: yang samar dirujuk kepada yang muhkam, dan keluarga Muhammad, mereka adalah orang yang merujuk yang mutasyabihat kepada yang muhkamat, dan bukan kepada Shadiq Al-Syirazi yang jahil yang menjadikan perkara itu terbalik kepada anda dan merujuk kata-kata Al-Quran yang muhkam kepada pengertian tidak sehat yang dipakainya sendiri. Dia kemudian menuduh Allah menghina dan mengeji untuk membenarkan dirinya dan saudara-saudaranya dan pembantu-pembantunya menghina dan mengucapkan kata-kata keji yang tidak akan diterima oleh orang normal dan yang beragama.

Adapun yang selebihnya dari apa yang anda tulis, wahai, yang diciptakan dengan sikap tidak senonoh dari Shadiq Al-Syirazi, tentang Al-Syeikh Al-Alim Al-Fadhil Nadzim Al-Uqaili, semoga Allah memeliharanya, katanya mengenai: Aisyah (as), Saya melihatnya dan Syeikh Nadzim Al-Uqaili, semoga Allah memeliharanya, sedang berbicara dalam perbahasan dengan seorang syeikh Wahhabi Salafi, dan kebanyakan kata-kata Syeikh Nadzim Al-Uqaili berada dari keluarga Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim) untuk membuktikan hak mereka terhadap kekhalifahan. Setiap kali dia menyebut mereka dengan salam 3alaihim, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. Oleh itu, nama Aisyah muncul di tengah-tengah ucapan, dan dia secara tidak sengaja mendahului lidahnya mengucapkan salam 3alaiha..

Mengenai kedudukan saya tentang Aisyah, saya secara umum telah menjelaskannya di banyak tempat, kerana sama dengan semua pihak yang berselisih dengan Amirul Mukminin (Shalawatu Allah 3alaih) dan Amirul Mukminin adalah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNya, maka jika dia seorang yang beriman, dia wajib taat kepada Ali (as) ketuanya dan imamnya, dan dia harus mematuhi perintahnya, kerana dia adalah imam mukminin dan mukminah yang dilantik oleh Allah, tetapi saya tidak mengutuk, tidak menghina, dan saya mematuhi pendekatan Al-Quran, pendekatan bapa-bapa saya para imam yang disucikan, yang juga anda dapati dalam ayat-ayat di bahagian atas halaman yang diberkati, yang merupakan dakwah dengan hikmat dan akhlaq yang baik bukan kaedah mengutuk, menghina dan bahasa kesat yang diguna pakai oleh Shadiq Al-Syirazi, saudara-saudaranya dan para pembantunya.

Dengan cara kesat yang ditulis oleh orang ini di halaman yang diberkati ini, saya mengajak mereka untuk bertaubat dan meninggalkan akhlaq yang buruk dan kata-kata kesat ini.

Juga: Saya menyeru Shadiq Al-Syirazi supaya bertaubat dan tinggalkan perbuatan menipu manusia dengan aqidah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, yang tidak mampu memberikan dalil mengenainya. Tidak ada ayat muhkam sebagai dalil, mahupun riwayat qath’ei bersumber dari dalil muhkam ke atas aqidah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum. Fuqaha’ Ushul sendiri membincangkan ayat-ayat dan riwayat-riwayat ini, dan menunjukkan bahawa ianya tidak menjadi dalil dan untuk ini mereka menggunakan apa yang mereka sebut sebagai dalil aqli atau perlunya orang jahil merujuk kepada yang alim. Kami telah membantah mereka bahawa itu adalah pandangan (pendapat) mereka kerana yang lebih mengetahui di sini adalah orang yang mengemukakan dengan pasti, bukan pandangan. Sebahagian dari mereka, termasuk Shadiq Al-Syirazi, mengatakan bahawa dalil aqli adalah merujuk kepada pakar, dan telah diterangkan bahawa dengan mengemukakan perkara ini sebagai dalil, dan telah mendedahkan kejahilannya dan telah menunjukkan bahawa dia tidak memahami apa yang diperkatakannya, seperti di satu sisi dia mengatakan bahawa wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum atau ahli fiqh, dan di sisi lain dia memberikan dalil yang mana yang paling baik pun hanya menunjukkan dibolehkan, bukannya wajib. Maka merujuk kepada pakar bukannya wajib, Saya masih menunggu jawapan mereka, yang tidak akan kunjung tiba kerana mereka tahu bahawa aqidah mereka telah berakhir setelah bantahan-bantahan yang dikemukakan dan tidak ada lagi yang tinggal untuk mereka.

✡✡ ✡✡ ✡✡

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan