Halaman

Isnin, 18 Januari 2021

Perang Siffin - Tawanan Aali Muhammad ke Syam

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Disember 2012:

 

Hari ini, hari Sabtu, hari pertama bulan Safar, kita akan mengingat Peristiwa Siffin, dan puteri-puteri Muhammad (S) memasuki Syam:

 

1 Safar Tahun 37 H: Pertempuran Siffin bermula antara tentera umat Islam yang dipimpin oleh Imam Ali bin Abi Talib (as) dengan tentera hamba-hamba Hubal yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, semoga Allah melaknatnya.

1 Safar pada tahun 61 Hijrah: Masuknya kafilah tawanan dari keluarga Muhammad (S), Rasul Islam, ke Syam, kepada Yazid bin Mu’awiyah bin Abi Sufyan, semoga Allah melaknat mereka semua, pemimpin penyembahan Hubal.

 

Hari ini kita melihat wajah suram yang sama jahat yang melawan Ali (as) dan menyembelih keturunan Muhammad (S) telah dikumpulkan oleh Syaitan di tanah Syam,

Merekalah penjenayah yang menyembelih dan membunuh dan telah membuat malapetaka di Syria, membunuh dan mengganggu orang-orang Sunnah dan Syiah,

Mereka merobohkan masjid dan Hussainiyah, mereka menyembelih pemuda dengan pisau tanpa belas kasihan dan yang diseru oleh Islam, merampas tanpa rasa malu, rasa hormat, belas kasihan dan peri kemanusiaan,

Sama seperti nenek moyang mereka, para pembunuh Al-Hussein (as) menyembelih penghulu pemuda penghuni Syurga dan kekasih Muhammad Rasulullah (S) dan mereka berkata kepadanya: Jangan rasakan air sehingga kembali ke Neraka, padahal mereka mendakwa Islam dan pengikut Muhammad (S) dan menyeru dengan nama Muhammad (S),.

Mereka inilah yang disokong oleh Amerika dan Barat, yang menyokong mereka hari ini sama seperti mereka menyokong Al-Qaedah dan Bin Laden pada masa lalu di Afghanistan semasa penjajahan Soviet.

Siapa yang bertanggungjawab untuk mendatangkan peluru berpandu anti-pesawat ke barbar yang kejam dan bengis ini?

Adakah Amerika benar-benar tidak tahu siapa yang menyampaikan peluru berpandu anti-pesawat kepada orang-orang ini?

Adakah Amerika benar-benar tidak tahu bahawa mendatangkan peluru berpandu seperti itu di tangan orang-orang ini bermaksud ancaman terhadap pesawat awam di Syria, Iraq, Lubnan dan juga Jordan?

Dan adakah Amerika, yang menyokong penyembelih Al-Qaedah ini yang bertopeng dengan nama yang berlainan, tidak tahu bahawa jika mereka berjaya menjatuhkan rejim di Syria dengan kekuatan senjata dan menyembelih dengan pisau, mereka akan mensabotaj Iraq, Lubnan dan Jordan dan menyembelih orang-orang Sunni dan Syiah di sana?

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Disember 2012:

 

Pada hari ulang tahun Zainab binti Fatimah binti Muhammad (S) sebagai tawanan memasuki Syam:

Kita ingat bahawa Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan, semoga Allah melaknat mereka semua, menyembelih Al-Hussein, menawan puteri-puteri Muhammad (S) atas nama Islam dan atas nama Muhammad, dan tujuan syaitan dalam hal ini adalah untuk mengembalikan penyembahan Hubal yang diperjuangkan oleh Muawiyah dan Abu Sufyan, semoga Allah mengutuk mereka sebelumnya.

Tetapi mengembalikan penyembahan Hubal dengan cara lain,

Pewaris pendekatan cara Yazid hari ini adalah Wahabi Sufyani, pembunuh dan penyembelih yang menghalalkan darah orang-orang Islam.

Orang-orang Wahabi Sufyani, tanpa fikiran, kita dapati bahawa hari ini mereka menyembah Hubal dengan jelas dan menyebarkan penyembahannya atas nama Islam,

Adalah diketahui bahawa mereka berkata: Tuhan mereka mempunyai dua mata sahaja, dan Dia mempunyai dua tangan sahaja, dan setiap tangan mempunyai lima jari. Tidak perlu bagi saya untuk melengkapkan sifat-sifat Tuhan Hubal mereka, yang mereka sembah selain Allah.

Imam mereka Ibnu Utsaimin berkata: (Dan kami percaya bahawa Allah Ta’ala memiliki dua mata pada hakikatnya), dan dia juga berkata: (Allah mempunyai dua mata, yang dengannya dia benar-benar melihat). Kumpulan fatwa Ibnu Utsaimin.

 

Imam mereka Ibnu Jibrin mengatakan: (Jari ada di tangan, namun demikian ianya tidak harus seperti jari makhluk di hujung jari mereka, pada panjang dan pada seperti itu dan ini, tetapi di dalamnya adalah penegasan tangan dan jari padaNya) dalam lampiran ulasannya mengenai Kitab Lima3a Al-I3tiqad (Pada iktiqad) oleh Ibn Qudamah.

Dan sesiapa yang ingin keterangan lebih terperinci sifat-sifat Hubal mereka hanya perlu merujuk apa yang dikatakan oleh Ibn Baz, Ibn Utsaimin, Ibn Jibrin dan para ulama besar mereka, untuk memastikan bahawa Syaitan itu akan mencemarkan, apabila menghadapi Islam yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah (S) dengan berhala ukiran tangan, wajahnya adalah jisim (benda) berhala yang terkandung dalam fikiran ala Sufyani Wahhabi ketika mereka berusaha menyebarkan penyembahan berhala mereka atas nama Islam,

Ini adalah cara syaitan untuk menghancurkan Islam atas nama Islam dan menghancurkan Tauhid atas nama Tauhid. Oleh itu, orang-orang ini menyeru kepada Tauhid tetapi mereka menyembah berhala yang mempunyai dua tangan dan setiap tangan mempunyai lima jari dan dua mata ....

 

Tuhan kamukah ini ?! Adakah Hubal yang sama ini?!

Adakah penyembahan Hubal itu sendiri boleh ditutup dengan penutup nama Islam, Al-Qur’an dan Muhammad (S)?!

 

Pertempuran penyembahan Hubal atau penyembahan Allah yang dimulakan oleh Muhammad (S) belum selesai, dan tidak ada (peperangan) Siffin melainkan satu mata rantai dari rantaiannya, dan Karbala dan pengasingan keluarga Nabi Muhammad (S) ke Syam tidak lain adalah salah satu mata rantainya, dan hari ini kita mengalami salah satu mata rantai dari rantaiannya juga.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Disember 2012:

 

Kesepadanan:

 

Pertempuran Siffin -

Kemasukan tawanan Aali Muhammad ke Syam

- Apa yang berlaku hari ini di Syam

Saya mengulangi seruan saya sekali lagi dan saya mengarahkannya kepada umat Islam di mana-mana sahaja, terutama di Iraq, supaya mengibarkan panji kebenaran  Al-Mahdawiyah untuk menghadapi penyembelih Al-Qaedah orang-orang Sufyani yang berkumpul di Syria dan dengan sokongan pemerintah Amerika dan para proksinya (tali barut), dan menganggap Iraq sebagai langkah kedua mereka.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan