Halaman

Isnin, 18 Januari 2021

Pujian - Wasiat Suci - Taqlid

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi 


احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Disember 2012:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وجزاكم الله خيرا على كل كلمة طيبة كتبتها أناملكم المباركة.

 

Semoga Allah memberiganjaran kepada anda untuk setiap perkataan baik yang anda tulis dengan hujung jari anda yang diberkati.

 

Yang Maha Kuasa:

 

﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴾

 

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Allahnya".[Al-Kahfi 18:110] 

 

Ahmad Al-Hassan adalah manusia seperti anda, Allah ingin untuk mengenalkan hakikat (kebenaran) dan mengutusnya untuk mengenalkan manusia kepada kebenaran. Apa yang saya sempurnakan untuk semua orang-orang mukmin dan mukminah adalah supaya mereka menjadi lebih baik daripada saya. Dan pintu terbuka untuk anda semua, lelaki dan wanita yang beriman, untuk mencapai kedua-dua ketinggian dan menjadi seperti para nabi dan rasul.

 

Saya meminta anda untuk meninggalkan sanjungan dan puji-pujian yang berlebihan, Maka sepatutnya tidak ada di antara anda yang berpendapat bahawa sanjungan dan puji-pujian ini membuat saya gembira. Sebaliknya, ini membuat saya enggan untuk terus membaca apa yang anda tulis.

 

Saya datang untuk merobohkan kuil (berhala) kepalsuan dan kesyaitanan. Inilah sebabnya mengapa semua tindakan taghut penzalim dan orang-orang yang takbur saya tolak sepenuhnya, jadi bagaimana anda mengharapkan saya meredhainya untuk diri saya sendiri? Adakah anda membayangkan bahawa saya akan meletakkan tangan saya terbalik untuk dicium, atau adakah anda membayangkan bahawa saya akan menyebarkan gambar saya di jalan raya dan di jalan-jalan seperti orang-orang yang takbur sombong yang merebut Syiah Ali (as)? Aduhai, demi Allah, saya adalah pengikut kepada imam dan pengajar saya iaitu datuk saya, Muhammad Rasulullah (S) yang biasa dilihat kemarahan di wajahnya ketika berdiri para sahabat apabila baginda datang di hadapan mereka, dan ikutan saya adalah bapa saya Ali bin Abi Talib (as) yang duduk di tanah bersama para sahabatnya dan Syiahnya, dan dia tidak menghulurkan tangannya terbalik kepada para sahabat dan orang-orang Syiahnya untuk menciumnya, seperti yang dilakukan oleh sebilangan Marajik dan semua orang-orang yang sombong pada hari ini.

اللهم أني أعوذ بك من كل متكبر لا يؤمن بيوم الحساب.

 Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari setiap orang yang sombong yang tidak beriman pada hari hisab (perhitungan).

 

Saudara yang dikasihi, saya merasa terhormat untuk membaca apa yang anda tulis dan, insya Allah, saya cuba membaca komen anda, tetapi saya minta maaf tidak dapat membalasnya kerana kekurangan masa, tetapi saya akan cukup berinteraksi dengan beberapa komen anda melalui topik yang akan saya sampaikan, semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada anda, dan saya mohon kepada Allah agar menyempurnakan untuk anda dan saya, dan atas agamaNya yang benar yang diredhaiNya SWT. Dialah penjaga saya dan dia yang menjaga orang-orang yang soleh.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Disember 2012:

 

Kami telah membuktikan hujah kami dengan dalil syar’ei dan akal, dan ia diterbitkan dalam kitab, yang antara lain adalah kitab "Wasiat Suci" (Al-Washiah Al-Muqaddasah), dan tidak ada mereka yang menolak selain daripada berdusta dan tipu daya orang yang tidak berdaya, yang mencabar sanad Wasiat yang mutawatir dan yang berkaitan dengannya. Kerana sanadnya (rantai perawinya) disahihkan oleh Al-Thusi, dan menyifatkan rijalnya bersifat khusus [1], dan mereka semua ulama’ mutakhirin (terkemudian) adalah lebih tinggi dari ucapan Al-Thusi pada Ilmu Rijal, dan mereka tidak menolak qaul (kenyataan) Al-Thusi pada Ilmu Rijal, yang dibuat berdasarkan qaul mutakhirin (terkemudian). Jika tidak, kita akan menghancurkan apa yang ada di tangan mereka, dan mereka menyebutnya Ilmu Rijal, maka pada hakikatnya bahawa qaul (kenyataan) mutakhirin (terkemudian) pada Rijal bahawa itu tidak ada yang sama selagi itu hanya qaul (kenyataan) yang bebas (kosong) dari dalil syar’ei.

 

Mereka adalah orang-orang yang tidak dapat memberikan dalil syar’ei atau dalil aqli tentang akidah taklid pada mereka terhadap yang menjadi landasan agama marajik mereka, Bahkan mereka tidak memiliki ayat Al-Quran sebagai dalil muhkamat atau riwayat yang qarh’ei yang diumumkan sebagai dalil qath’ei (muktamat), Mereka tidak mempunyai dalil aqli yang lengkap, kerana peraturan wajib untuk merujuk kepada orang yang mengetahui yang yang mendahuluinya tidak berlaku kepada mereka. Kerana keadaan terbaik mereka, adalah mereka mendahulukan pendapat, maka mereka membuat sangkaan. dan pada hakikatnya adalah bahawa kadang-kadang mereka hanya menunjukkan khayalan seperti hukum sholat di kawasan berhampiran kutub. Bahkan, sebilangan orang yang menyebut diri mereka sebagai marajik (Tempat rujuk) tidak memahami apa yang diberitahu, sementara kita meminta mereka mendatangkan dalil atas akidah mereka pada mewajibkan bertaklid pada mereka yang bukan maksum, kita dapati mereka menunjukkan dalil mereka merujuk kepada pakar khusus, dan pendapat ini yang paling baik keadaannya adalah dibenarkan dan bukan diwajibkan, dan bahkan dibenarkan dalam perbincangan. Dan makna mereka mengemukakan pendapat ini sebagai dalil akal adalah bahawa mereka sama ada tidak memahami apa yang kita katakan kepada mereka, atau mereka mengakui bahawa akidah mereka adalah bid’ah atau batil dan tanpa dalil, dan mereka menyerahkah akidah yang wajib setelah kita menjelaskan ketidaksesuaiannya kepada mereka kepada akidah yang      dibenarkan atau yang mustahab, Dan jika hal ini terjadi, maka mereka harus menyatakan pengabaian mereka terhadap akidah batil mereka dan mereka menukar dari wajib kepada dibenarkan untuk membawa perbincangan kita dengan mereka kepada kedudukan ini dan membincangkan akidah mereka yang baru.

 

Saya menunggu jawapan dari para marajik dan pembelaan mereka terhadap akidah tentang wajib bertaklid kepada yang bukan maksum, atau mereka mengumumkan kepada orang ramai bahawa ia adalah kepercayaan (akidah) yang salah (tidak sah) dan bahawa mereka telah salah menerimanya.

 

________________________

1. Di mana dia mengatakan ketika sebelum penghitungannya pada riwayat-riwayat yang menunjukkan imamah para Imam (as): (Adapun apa yang diriwayatkan dari sudut yang khusus, terlalu banyak untuk diperhitungkan ...), dan menyebutkan sekumpulan riwayat, termasuk riwayat Wasiat Suci. Lihat Al-Ghaibah hal 137 – Ditahqiq oleh Al-Syeikh ‘Ibadillah Al-Tehrani.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Disember 2012:



 

✡✡ ✡✡ ✡✡


Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan