Halaman

Sabtu, 13 Julai 2019

Soalan / 382: para ulama dusta dan tidak mahukan kebenaran


Soalan / 382: Para ulama dusta dan tidak mahukan kebenaran

السلام عليكم
Saudara-saudaraku yang tersayang .. Saya harap anda dapat membantu saya dalam mencari kebenaran, adakah benar bahawa para ulama Syiah semuanya dusta dan mereka yang tidak mahukan kebenaran muncul supaya tidak mengganggu takhta mereka? Saya bertanya kepada anda bahawa seseorang cuba meyakinkan saya untuk dalwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Saya amat berterima kasih kepada anda, salam dari saya.

Dihantar: Pencari Hidayah

Jawab:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Saudari yang dumuliakam: tidakkah anda tahu tentang ulama akhir zaman , seperti seperti yang khabarkan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as), Ada banyak riwayat yang telah menerangkan keadaan mereka yang akan disebutkan kepada anda sebahagian daripadanya, tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa prinsip, yang merupakan tanda yang membezakan bagi Syiah Ahl Al-Bayt adalah iman mereka dalam perlantikan ilahi untuk pemerintah. Iaitu mereka beriman bahawa pemerintah tidak dikantik oleh manusia, tetapi Allah Taala yang melantiknya, dan sekarang anda melihat bagaimana fuqaha Syiah telah meninggalkan prinsip ini di belakang mereka dan mengampu Amerika dan mereka masuk bersama dalam permainan demokrasi, yang bermaksud bahawa pemerintah dipilih oleh manusia. Dan anda, Insyaallah, tahu bahawa pelanggaran agama Allah dan syari’ahNya, khususnya masalah penentuan Imamah dan perlantikan pemerintah adalah ketetapan-ketetapan yang tidak boleh dilanggar dengan alasan bahawa keadaan memerlukannya, Imam Al-Hussein (as) menunjukkan dirinya yang suci sendiri, diri-diri keluarganya, dan para sahabatnya adalah manusia terbaik untuk yang berjuang dan berkorban atas prinsip ini, Dia tidak tedha Yazid (laknahu Allah) sebagai pemerintah yang menegaskan bahawa pemerintah hanya dilantik oleh Allah sahaja..

Riwayat-riwayat:

Dari Huzhaifah bin al-Yaman dan Jabir Al-Ansari, dari Rasulullah (S), bahawa baginda bersabda: (Celakalah, celakalah bagi umatku dari Syura Kubra dan sughra (syura besar dan syura kecil!)” Nabi ditanya tentang keduanya, lalu baginda menjawab, “Syura besar itu berlaku di negeriku (yakni Madinah) setelah kewafatanku untuk mengambil alih kekhalifahan saudaraku (Ali as) dan merampas hak putriku (Fatimah as). Sedangkan syura kecil itu berlaku di Zaura` pada masa ghaib kubra (Imam Mahdi (as)) untuk mengubah sunnahku dan menggantikan hukum-hakamku.” [178]

Dan syura sughra maknanya adalah pihanraya yang berlaku di Iraq, Zaura` adalah dari nama-nama Baghdad.

عن رسول الله (ص) في حديث المعراج، قال: (قلت: إلهي فمتى يكون ذلك - أي الفرج - فأوحى إليّ (عز وجل): يكون ذلك إذا رُفع العلم، وظهر الجهل، وكثر القراء، وقل العمل، وكثر الفتك، وقل الفقهاء الهادون، وكثر فقهاء الضلالة الخونة)

Dari Rasulullah (S), dalam hadits Al-Mikraj baginda bersabda:: " Ilahi, bilakah berlakunya demikian – iaitu Al-Faraj (kelapamgam) – Lalu Dia (AWJ) mewahyukan kepadaku: Apabila ilmu diangkat, kejahilan tampak jelas, ramai yang membaca dan sedikit yang beramal, banyak kemusnahan; sedikit ulama yang memberi bimbingan dan ramai ulama yang sesat yang berkhianat) [179].
                                           
Dan dari Rasulullah (S): (Akan datang satu masa (zaman) apabila umatku tiada apa yang tinggal dari Al-Quran selain tulisannya dan tiada apa yang akan tinggal dari Islam selain namanya. mereka dinamakan dengannya dan mereka adalah orang-orang yang paling jauh daripadanya. masjid mereka akan dihias indah tetapi jauh dari petunjuk (hidayah). Ulama zaman mereka adalah ulama yang paling buruk di bawah naungan langit; Fitnah akan datang daripada mereka dan kepada mereka (fitnah itu) dikembalikan.) [180].

Dalam Bisyarat Al-Islam hal 246: (... musuh-musuhnya bertaqlid kepada fuqaha ahli Al-Ijtihad, kerana pendapatnya tentang hukum adalah bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh para imam).

Dan dari Abu Ja’far (as): (Ketika Al-Qaim (as) bangkit, ia akan berangkat ke Kufah dan orang-orang akan keluar dari kota itu seramai sepuluh ribu orang yang menyeru Al-Batriyah (pemotongan), Mereka berkata kepadanya: kembalilah dari mana engkau datang. Kami tidak memerlukan Anak-anak Fatimah,) dan dilampirkan Al-Kurani pada hadits ini dengan mengatakan: (Nampaknya mereka pada Al-Batriyah itu adalah orang Syiah) 181].

Dan dari Rasulullah (S), dalam hadits Al-Mikraj (Aku bertanya:Ilahi, bilakah berlakunya demikian – iaitu Al-Faraj (kelapamgam) – Lalu Dia (AWJ) mewahyukan kepadaku: Berlakunya demikian apabila ilmu diangkat, kejahilan tampak jelas, ramai yang membaca dan sedikit yang beramal, banyak kemusnahan; sedikit ulama yang memberi bimbingan dan ramai ulama yang sesat yang berkhianat.) [182]

Ini adalah sebahagian hadits mengenai para ulama akhir zaman, dan terdapat banyak lagi di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab Ansar. Sekiranya anda merujuk kepada kitab-kitab persaudaraan ansar, anda akan dapati banyak dalil yang menunjukkan bahawa dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dakwah kebenaran. Mudah-mudahan anda akan tahu bahawa zaman kita adalah kezuhuran seperti yang dibuktikan oleh banyak tanda-tanda, dan bahawa pada zaman ini perlu zahir Al-Yamani yang membuka jalan (mempersiap) asas bagi Imam, dan Al-Yamani kita mengenalinya melalui perkara-perkara yang disebut oleh Ahl Al-Bayt (as).

Abu Abdillah (as) telah ditanya: Dengan apa kita mengenal Al-Imam? Beliau berkata: (Dengan wasiat yang jelas dan dengan keutamaan (kelebihan), Bahawa imam tidak boleh dicabar pada mulut atau perut atau Faraj dengan mengatakan: dia pendusta dan makan harta manusia dan apa yang serupa dengannya)  [183].

وعن أحمد بن أبي نصر، قال: (قلت لأبي الحسن الرضا (ع): إذا مات الإمام بم يُعرف الذي بعده ؟ فقال: للإمام علامات منها: أن يكون أكبر ولد أبيه، ويكون فيه الفضل والوصية...)

Dan dari Ahmad bin Abi Nashr, beliau berkata: "Aku berkata kepada Abi Al-Hasan Al-Redha (as): Jika imam mati, dengan apa diketahui siapa selepasnya? Beliau berkata: Imam itu ada tanda-tandanya, antaranya: Dia anak yang paling besar pada bapanya, dan dia yang terunggul dan diwasiatkan ...) [184].

Dan dari Abdul A3la, dia berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): "Siapa yang terikat dengan urusan ini adalah yang mendakwanya, apakah dia Al-Hujjah?" Dia berkata: Tanyakan tentang halal dan haram. Katanya lagi: Kemudian dia menghadap kepadaku dan berkata: Tiga perkara pada Al-Hujjah yang tidak berkumpul (ada) pada sesiapa pun kecuali pemilik urusan ini: Menjadi manusia yang lebih utama yang ada di hadapannya, yang memiliki senjata (ilmu), dan pemilik wasiat yang jelas ...) [185].

Dari Ahmad bin Umar, dari Al-Redha (as): dia berkata: (Saya bertanya kepada beliau mengenai tanda (petunjuk) pemilik urusan, dia berkata: Tandanya: keunggulan, keutamaan dan wasiat...) [186].

Dan dari Abi Bashir berkata: "Aku berkata kepada Abi Al-Hasan (as):" Semoga aku menjadi tebusanmu, dengan apa Imam dikenali? katanya: Beliau berkata: dengan sifat-sifat; Yang pertama adalah sesuatu yang telah disampaikan oleh bapanya sebagai isyarat kepadanya untuk menjadi hujjah ..." [187].

Dan dari Harits bin Al-Mughirah Al-Nadhri, berkata: (Kami berkata kepada Abi Abdullah (as): dengan apa dikenal pemilik urusan ini. Beliau berkata: dengan ketenangan, kesungguhan (Al-Waqaar), Ilmu dan wasiat)  [188].

Dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan berhujjah dengan wasiat Rasulullah (S) yang saya sebutkan ... dsb.


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)

Profesor Razak Al-Ansari

Sya3ban Al-Khair / 1430 AH


✡✡✡✡✡

--------------------
[178] - Munaqib Al-3itarah/ Wa Mi’atan Wa Khamsun 3alamat: hal 130 .
[179] - Bihar Al-Anwar: J  52 hal 27-28.
[180] - Bihar Al-Anwar: J  52 hal 90.
[181] – Al-Mu3jam Al-Maudhu3i: hal 570.
[182] - Bihar Al-Anwar: J  52 hal 27 dan yang selepasnya
[183] - Al-Kafi: J 1 hal 314 - 315.
[184] - Al-Kafi: J 1 hal 314.
[185] - Al-Kafi: J 1 hal 314.
[186] - Al-Kafi: J 1 hal 315.
[187] - Al-Kafi: J 1 hal 315.
[188] - Bihar Al-Anwar: J  52 hal 138.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan