Halaman

Jumaat, 12 Julai 2019

Soalan 381: Dalil Ringkas


Soalan 381: Dalil Ringkas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Apakah dalil praktikal dan ilmiah anda dan bukti bukti-bukti amaliah dan ilmiah untuk orang pertengahan yang tidak dapat membezakan yang baik dari yang buruk? Semoga Allah membantu kita dan kepada anda atas khidmat  golongan yang mulia.

Pengirim: Ahmad – Mesir

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Tidak jelas maksud anda tentang dalil praktikal (kebendaan), Sekiranya anda bermaksud kewujudan tanda-tanda fizikal (jasmani) yang terkandung dalam riwayat terhadap Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), ianya terdapat seperti yang disaksikan oleh ramai yang melihatnya. Tetapi jika anda maksudkan mukjizat dan karamah kebendaan, ia juga wujud dan anda dapat melihat sebahagian darinya dalam kitab-kitab saudara ansar, terutama kitab (Karamat Wa Ghaibiyat). Adapun bukti-bukti ilmiah atas kebenaran dakwah yang diberkati ada banyak sekali, antaranya bahawa dakwah yang mulia adalah satu-satunya di dunia ini, yang menyeru kepada Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah - Pemerintahan Allah) dan perlantikan penguasa ilahi, yang merupakan satu-satunya yang menyentuh beriman dengannya dengan taufiq ilahi melalui penglihatan-penglihatan (rukya), kasyaf-kasyaf, membenarkan alamat-alamat kezuhuran dalam kemunculannya. Ia adalah satu-satunya yang tiada pengampu dalam agama Allah walaupun semua orang kini mengampu Dajjal Amerika, yang hanya mengambil dari Al-Quran dan ilmu pengetahuannya dalam menyebarkan dalil-dalil, Bahkan ia juga satu-satunya yang menyeru keoada semua agama samawi untuk berdialog dan berbahas dan kepada semuanya dengan kitab tulisannya untuk mengetahui pemilik kebenaran, yang merupakan satu-satunya yang membawa dalil tsaqalain iaitu Al-Quran dan Al-‘Itrah dan ridak selain kedua-duanya dari pandangan manusia yang bukan orang-orang Maksum.

Adapun dalil ilmiah yang ringkas (mudah) yang diminta maka memadalah dengan mengetahui bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah di-nash-kan untuknya dalam wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda iaitu di-nash-kan kepadanya sebagai seorang dari aushiak dan dia (as) adalah washi Imam Mahdi, dan anda boleh mendapatkan kitab-kitab saudara-saudara ansar untuk melihat dalil kukuh bahawa wasiat Rasulullah (S) tidak boleh dituntut melainkan oleh pemiliknya, dan wasiat merupakan syarat pertama dari peraturan (syarat-syarat) untuk mengenal Al-Hujah yang di-nash-kan oleh ayat-ayat Al-Quran dan riwayat-riwayat Aali Muhammad (as), dan syarat kedua yang terakhir adalah ilmu dan Hakimiyah Allah yang telah disebutkan mengenai kedua-duanya.

سُئل أبو عبد الله (ع) بأي شيء يُعرف الإمام ؟ قال: (بالوصية الظاهرة وبالفضل، إن الإمام لا يستطيع أحد أن يطعن عليه في فم ولا بطن ولا فرج فيقال: كذاب ويأكل أموال الناس وما أشبه هذا)

Abu Abdillah (as) telah ditanya: Dengan apa kita mengenal Al-Imam? Beliau berkata: (Dengan wasiat yang jelas dan dengan keutamaan (kelebihan), Bahawa imam tidak boleh dicabar pada mulut atau perut atau Faraj dengan mengatakan: dia pendusta dan makan harta manusia dan apa yang serupa dengannya) [170].

Dan dari Ahmad bin Abi Nashr, beliau berkata: "Aku berkata kepada Abi Al-Hasan Al-Redha (as): Jika imam mati, dengan apa diketahui siapa selepasnya? Beliau berkata: Imam itu ada tanda-tandanya, antaranya: Dia anak yang paling besar pada bapanya, dan dia yang terunggul dan diwasiatkan ...) [171].,

وعن عبد الأعلى، قال: قلت لأبي عبد الله (ع): (المتوثب على هذا الأمر المدعي له، ما الحجة عليه ؟ قال: يُسأل عن الحلال والحرام، قال: ثم أقبل عليَّ فقال: ثلاثة من الحجة لم تجتمع في أحد إلا كان صاحب هذا الأمر: أن يكون أولى الناس بمن كان قبله، ويكون عنده السلاح، ويكون صاحب الوصية الظاهرة ...)

Dan dari Abdul A3la, dia berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): "Siapa yang terikat dengan urusan ini adalah yang mendakwanya, apakah dia Al-Hujjah?" Dia berkata: Tanyakan tentang halal dan haram. Katanya lagi: Kemudian dia menghadap kepadaku dan berkata: Tiga perkara pada Al-Hujjah yang tidak berkumpul (ada) pada sesiapa pun kecuali pemilik urusan ini: Menjadi manusia yang lebih utama yang ada di hadapannya, yang memiliki senjata (ilmu), dan pemilik wasiat yang jelas ...) [172].

عن أحمد بن عمر، عن الرضا (ع)، قال: (سألته عن الدلالة على صاحب الأمر، فقال: الدلالة عليه: الكبَر والفضل والوصية ...)

Dari Ahmad bin Umar, dari Al-Redha (as): dia berkata: (Saya bertanya kepada beliau mengenai tanda (petunjuk) pemilik urusan, dia berkata: Tandanya: keunggulan, keutamaan dan wasiat...) [173].

وعن أبي بصير، قال: (قلت لأبي الحسن (ع): جُعلت فداك بم يُعرف الإمام ؟ قال: فقال: بخصال؛ أما أولها فإنه بشيء قد تقدم من أبيه فيه بإشارة إليه لتكون عليهم حجة ...)

Dan dari Abi Bashir berkata: "Aku berkata kepada Abi Al-Hasan (as):" Semoga aku menjadi tebusanmu, dengan apa Imam dikenali? katanya: Beliau berkata: dengan sifat-sifat; Yang pertama adalah sesuatu yang telah disampaikan oleh bapanya sebagai isyarat kepadanya untuk menjadi hujjah ..." [174]

وعن الحارث بن المغيرة النضري، قال: (قلنا لأبي عبد الله (ع): بما يعرف صاحب هذا الأمر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية)

Dan dari Harits bin Al-Mughirah Al-Nadhri, berkata: (Kami berkata kepada Abi Abdullah (as): dengan apa dikenal pemilik urusan ini. Beliau berkata: dengan ketenangan, kesungguhan (Al-Waqaar), Ilmu dan wasiat) [175].

Dan saya akan sampaikan kepada anda sekarang wasiat Rasulullah (S):

(قال رسول الله (ص) في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة، فأملا رسول الله (ص) وصيته حتى انتهي إلى هذا الموضع فقال: يا علي، إنه سيكون بعدي إثنا عشر إماماً ومن بعدهم إثنا عشر مهدياً، فأنت يا علي أول الإثني عشر إماماً، سمّاك الله تعالى في سمائه علياً المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الأكبر والفاروق الأعظم والمأمون والمهدي فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك.
يا علي، أنت وصيي على أهل بيتي حيّهم وميتهم وعلى نسائي فمن ثبتها لقيتني غداًً ومن طلقتها فأنا برئ منها لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلّمها إلى ابني الحسن البر الوصول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الباقر، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه جعفر الصادق، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه موسى الكاظم، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الرضا، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الثقة التقي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الناصح، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه الحسن الفاضل، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد،
فذلك إثنا عشر إماماً، ثم يكون من بعده إثنا عشر مهدياً، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه أول المقربين (المهديين) له ثلاثة أسامي أسم كاسمي وأسم أبي وهو عبد الله وأحمد، والاسم الثالث المهدي وهو أول المؤمنين)

Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as) pada malam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali as) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:

Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku dua belas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitNya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al-Akbar, Faruq Al-A’zham, Al-Makmun, dan Al-Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al-Hassan Al-Birr Al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al-Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al-Shadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadzim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Tsiqah Al-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al-Nashih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al-Hassan Al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. 

Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al-Mahdi, dan dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). [176].

Ia mungkin berguna sekarang untuk diingat bahawa wasiat itu tidak boleh dituntut oleh bukan pemilik.

فعن محمد بن الفضل، عن الرضا (ع): (في حديث طويل إنه حضر في البصرة في مجلس عظيم فيه جماعة من العلماء وفيه جاثليق النصارى ورأس الجالوت، فالتفت الرضا (ع) إلى الجاثليق وقال: هل دل الإنجيل على نبوة محمد (ص) ؟ قال: لو دل الإنجيل على ذلك لما جحدناه، فقال (ع): أخبرني عن السكتة التي لكم في السفر الثالث، فقال الجاثليق: اسم من أسماء الله لا يجوز لنا أن نظهره.
قال الرضا (ع): فإن أقررتك إنه اسم محمد ... (وبعد أن ذكر الإمام (ع) ما جاء في الإنجيل والتوراة من ذكر للرسول (ص)، أي ذكره لوصية موسى وعيسى (عليهما السلام) بمحمد (ص)) قالا - أي الجاثليق ورأس الجالوت -: والله لقد أتى بما لا يمكننا رده ولا دفعه إلا بجحود الإنجيل والتوراة والزبور، وقد بشر به موسى وعيسى عليهما السلام جميعاً، ولكن لم يتقرر عندنا بالصحة إنه محمد هذا، فأما اسمه محمد فلا يصح لنا أن نقر لكم بنبوته ونحن شاكون إنه محمدكم. فقال الرضا (ع): احتججتم بالشك، فهل بعث الله من قبل أو من بعد، من آدم إلى يومنا هذا نبياً اسمه محمد ؟ فأحجموا عن جوابه... الخ)

 Maka dari Muhammad bin Al-Fadhl, dari Al-Redha (as):  (Dalam satu hadits yang panjang yang beliau telah menghadiri majlis besar di Basrah, terdapat sekumpulan ulama, dan terdapat Kristian Katolik dan ketua Al-Jalut , Maka berpaling Al-Redha (as) kepada Si Katolik dan berkata: Adakah Injil menunjukkan nubuawah Muhammad (S) dia berkata: Jika Injil menunjukkannya untuk apa kami mengingkarinya, beliau (as) berkata: Beritahu aku pada yang kamu diamkan dalam Kitab ketiga, Si Katolik berkata: nama dari nama-nama Allah tidak dibenarkan bagi kami menunjukkannya.

Al-Redha (as) berkata: Jika aku sebutkan kepada kamu bahawa itu adalah nama Muhammad ... (Kemudian Imam (as) menyebutkan apa yang ada di dalam Injil dan Taurat yang menyebutkan Al-Rasul (S). Iaitu menyebut tentang wasiat Musa dan Isa (as) pada Muhammad, (S): kedua-duanya berkata – Si Katolik dan ketua Al-Jalut  "Demi Allah telah datang kepada kami dengan apa yang kami tidak dapat menolaknya atau melaksanakannya kecuali dengan mengingkari Injil, Taurat, dan Zabur (as): Telah memberitakannya Musa dan Isa kepada semua, tetapi pada kami, tidak mengakuinya bahawa ianya adalah Muhammad ini. Adapun namanya Muhammad tidaklah wajar bagi kami untuk mengakui kenabiannya, dan kami ragu bahawa dia adalah Muhammad kamu. Al-Redha (as) berkata: Kamu beralasan dengan keraguan kamu, adakah Allah pernah mengutus sebelum atau sesudahnya, dari Adam hingga hari ini seorang nabi bernama Muhammad? Oleh itu, maka mereka tidak menjawabnya ... hingga akhir) [177].

Saksi pada riwayat ini adalah Imam Al-Redha (as) berhujjah atas kebenaran nubuawah Al-Rasul Al-Karim (S) seperti yang dinyatakan di dalam Taurat dan Injil yang menyebut atau berwasiat terhadap baginda (S), Maka Si Katolik dan ketua Al-Jalut mengakui dengan pernyataan nama Al-Rasul (S), tetapi mereka ragu-ragu bahawa pemilik nama adalah nama Rasulullah (S) sendiri dan bukan yang lain, Imam (as) menjawab: Kamu beralasan dengan keraguan kamu, adakah Allah mengutus sebelum atau selepasnya, dari Adam hingga ke hari ini seorang nabi bernama Muhammad?

Dan saya katakan kepadamu: Apakah ada sesiapa yang mentuntut sebelum Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) bahawa dia adalah anak kepada Imam Mahdi (as) dan washinya, dan berhujjah atas kamu dengan wasiat Rasulullah (S), sebagai mana Imam Al-Redha (as) berhujjah atas kenabian Al-Rasul (S) dengan wasiat Musa dan Isa pada baginda? Sejarah ini ada di hadapan anda maka jika anda suka ianya boleh diputar balikkan halamannya, dan Demi Allah tidak pernah ada sesiapa yang mendakwa hal ini di sebelumnya,

Sekiranya anda menerima hujjah-hujjah Al-Redha (as), anda harus menerima hujjah-hujjah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dengan wasiat tersebut.

Kita perlu tahu bahawa keterangan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)  tidak berhenti pada takat ini sahaja, ianya adalah lebih banyak bagi sesiapa yang mahu mengira dalam sebutan ini  dengan segera tetapi tidak ada masalah untuk menyebutnya bahawa dia (as) disokong oleh Kerajaan Langit (Malakut Al-Samaa’) melalui rukya dan mukasyasafah (kasyaf-kasyaf), dan bahawa dia (as) telah mencabar ahli-ahli ilmu semua Agama-agama ilahi untuk bermubahalah dan bersumpah tidak bersalah. Pada keadaan tertentu, anda boleh menghadap kepada Allah SWT untuk mendapatkan rukya benar yang mententeramkan hati ​​dan mudah-mudahan Allah Taala memberi rukya solehah.

Kesimpulannya, saya fikir adalah perlu untuk setiap pencari kebenaran untuk merujuk kitab-kitab saudara-saudara ansar untuk mendapatkan keterangan yang lebih teliti dan terperinci untuk semua yang saya sebutkan kepada anda dan mengetahui dalil-dalil syar’ei dan bukti bukti jelas dari nokhtah he nokhtah yang disebutkan dan dari Allah jua datangnya taufiq..

                            
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                                  
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy        

Sha3ban Al-Khair / 1430 H


✡✡✡✡✡

----------------------
[160]- Al-Taubah 9:105.
[161]- Al-Shaf 61:8.
[170]- Al-Kafi: J 1 hal 314 - 315.
[171]- Al-Kafi: J 1 hal 314.
[172]- Al-Kafi: J 1 hal 314.
[173]- Al-Kafi: J 1 hal 315.
[174]- Al-Kafi: J 1 hal 315.
[175]- Bihar Al-Anwar: J  52 hal 183.
[176]- Al-Ghaybat – Al-Thusi: hal 150.
[177]- Itsbat Al-Hadah: hal 194 - 195.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan