Halaman

Rabu, 18 Februari 2015

Soalan 97: Tempoh pemerintahan Mahdi-mahdi dan tanda-tanda kemunculannya (as)


Soalan 97: Tempoh pemerintahan Mahdi-mahdi dan tanda-tanda kemunculannya (as)
بسمه تعالى، والسلام عليكم.  
Dengan namaNya Yang Maha Tinggi. Salam atas kamu

Saya ada beberapa soalan untuk tuan khusus mengenai Imam Al-Muntadzar (as).

Soalan 1: Khusus mengenai riwayat-riwayat yang tergolong dalam tempoh pemerintahan Al-Hujjah, iaitu, (7 tahun atau 9 tahun atau 11 tahun), Dalam pengertian ini, dengan kemurahan hati tuan Syed mengikut  pertemuan tuan dengan Imam,bolehkah tuan menentukan kepada kami berapa lamakah pemerintahan Imam?

Soalan 2: Dengan dikhususkan bilangan  ansar Al-Hujjah berjumlah 313 orang, bagaimana pula dengan orang-orang yang lain yang beriman di seluruh dunia?

Soalan 3: Adakah mungkin untuk mengetahui berapa lama lagi tempoh kemunculan Al-Hujjah (as)?

Soalan 4: Apakah tanda-tanda yang selebihnya kemunculan Al-Hujjah?

Dihantar oleh:: Sin Kaf

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           

Jawapan Soalan 1: Perbezaan di dalam riwayat-riwayat bagi tempoh masa pemerintahan Imam Mahdi (as); kerana ia adalah masa untuk pemerintahan Imam Mahdi (as), masa pemerintahan Mahdi Pertama, dan masa pemerintahan Mahdi Kedua. Adapun riwayat mengenai tempoh pemerintahan yang dilalui selama beratus-ratus tahun adalah dilihat kepada tempoh pemerintahan Mahdi-mahdi.
                      
Jawapan Soalan 2: Jumlah (313) orang adalah sahabat-sahabat Imam Mahdi (as), dan tidaklah semua orang akan beriman dan bukan semuanya menjadi pemimpin, tetapi menghasilkan keimanan berjuta-juta manusia dan penubuhan negara kebenaran dan adil, yang mendapat keampunan di seluruh pelusuk di muka bumi ini.

Jawapan Soalan 3: Berdiri dan munculnya sesuatu Urusan Kebenaran (Al-Amr Al-Haq) ke atas penzalim-penzalim wujud dalam Al-Quran dengan jelas; dan bagi menjelaskan masa yang ditentukan (Al-Waqt Al-Maklum) dan kemunculannya terdapat dalam Al-Quran tidak dapat di agak dan tidak diketahui

                                   ﴿إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى﴾                                  

Segungguhnya hari Al-Saat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. [175],

iaitu: Bahawa saat berdirinya Al-Qaim pasti berlaku. dan tidak tersembunyi. Tetapi jika saudara bertanya kepada saya, maka saya tidak tahu bila masanya. [176].


Ahmad Al-Hassan




✡✡✡✡✡
       

                            
______________________________
[175] – Taha 20:15.                                                                                                  
[176] – Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) berkata: Aku bertanya kepadanya tentang Al-Qaim (as) beliau menjawab: (Yang memberi tahu bila masanya adalah dusta, Bahawa kami Ahl Al-Bait tidak tahu bila masanya) Al-Kahfi:1 halaman: 368.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan