Halaman

Rabu, 18 Februari 2015

Soalan 96: Penerangan Lanjut Mengenai Orang Yang Diserupakan Dengan Isa (as)

Soalan 96: Penerangan Lanjut Mengenai Orang Yang Diserupakan Dengan Isa (as)


Soalan:
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
Utusan dan Washiy Imam Mahdi,
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Mengenai apa yang dinyatakan dalam Kitab Mutasyabihaat Bahagian IV (dalam Soalan 179) mengenai orang yang diserupakan dengan Isa dan disalibkan adalah Mahdi Pertama daripada Aushiak. Adalah diketahui bahawa kewujudan Mahdi Pertama adalah sebagai cahaya atau pada hakikat. Adakah Mahdi Pertama turun sebagai jasad atau roh yang diwujudkan dalam tubuh manusia? Adakah bahawa Mahdi Pertama sekarang hidup dalam diri jasad yang sama, yang pernah disalib itu? Jika kewujudannya bukan dengan jasad ini adakah mungkin kewujudan rohnya pada lebih dari satu jasad? Mohon dimaafkan jika soalan saya adalah suatu kesalahan dalam adab terhadap washiy dari washiy-washiy keluarga Muhammad, yang memerintahkan kami untuk menyerah kepada mereka, kerana saya salah seorang dari ansar, dan soalan-soalan ini saya hadapi ketika menyampaikan dakwah.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته            
Dan Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh: Maitsam Barzan


Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Nuthfah (benih) hubungannya dengan diri tidak berubah, tetapi ia boleh terbentuk dalam Alam Jasmani ini pada lebih daripada satu shurah (rupa bentuk) [173], Bukankah saudara melihat bahawa rupa bentuk jasmani saudara berubah dan bertukar mengikut peralihan masa. Rupa bentuk saudara ketika saudara masih seorang kanak-kanak belum sesempurna seperti rupa bentuk saudara ketika muda,

﴿أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ﴾

Maka apakah Kami lemah dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru. [174],


Dan yang dimaksudkan Nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr, bukanlah nuthfah air mani (Al-Manawiyah), tetapi ia berserta (berhubung kait) seperti hubung kait diri (nafs) dengannya. 

Bukanlah suatu keperluan menghubung-kaitkan nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr dengan nuthfah air mani (nuthfah Al-Manawiyah), untuk mewujudkan manusia di alam dunia (jasmani) ini, seperti yang kita lihat penjelasan ini pada nuthfah Isa (as), ia tidak berhubung kait dengan nuthfah air mani (nuthfah manawiyah), ia hanya ditiupkan ke dalam rahim Mariam (as) secara langsung.

Lalu ia boleh diberikan jasad manusia di alam jasmani ini sebelum memasuki ujian (imtihan - ditanya) (iaitu, sebelum dia dilahirkan), dan juga boleh selepas berakhirnya ujiannya (selepas kematiannya),maka kita dibangkitkan Allah selepas kematian dan Al-Quran menyaksikan perkara ini. Diri ianya tersendiri dan begitu juga nuthfah adalah tersendiri. Adapun bentuk rupa jasmani boleh dalam bentuk rupa dirinya sendiri atau berubah sebahagiannya atau keseluruhannya.

Yang mesti difahami adalah: Kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal penciptaanNya, tetapi ia bermakna awal dimasukanNya ke dalam alam jasmani ini untuk diuji. Maka manusia adalah makhluk sehingga sedemikian itu, tetapi ia telah menjalani ujian yang pertama di dalam Alam Al-Zarr,dan sekarang ini kita menjalani ujian yang kedua.




✡✡✡✡✡
                                                           
______________________
[173] - akan dikeluarkan Kitab mengenai perkara ini tidak lama lagi, Insya-Allah, berhak «Al-Yamani dan Yang Diserupakan dengan Isa» yang terdapat secara terperinci untuk tajuk ini. (Pengulas).

[174] – Qaf 50:15.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan