Halaman

Rabu, 18 Februari 2015

Soalan 98: Adakah diturunkan ayat-ayat Al-Quran menyebut Imam-Imam (as)



Dikatakan bahawa Imam-Imam yang ma'sum (as) telah disebut dalam Al-Quran, adakah ini benar? Walaupun ia benar, Adakah mungkin untuk diturunkan ayat-ayat Al-Quran yang menyebut mereka di dalamnya?


Dihantar oleh: Misaa’ Jaafar Al-Sa3idi



Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Ayat-ayat ini menyebut Imam-Imam (as) di dalamnya:

﴿وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

Dan sesungguhnya dalam Umm Al Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi Kami, bagi Ali yang bijaksana [177], [178].    

﴿قَالَ هَذَا صِرَاطُ عَلَيٍ مُسْتَقِيمٌ﴾

Katakanlah ini adalah jalan Ali yang lurus [179], [180].

﴿وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيّاً﴾

Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lisan kebenaran Ali [181], [182].

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ﴾

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin (Imam-Imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,. [183].

﴿وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآياتِنَا يُوقِنُونَ﴾

Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin (Imam-Imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. [184].

﴿إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ﴾

Sesungguhnya Waliy kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka rukuk. [185].

Ayat ini yang menyebut Ali (as) dan musuh-musuhnya (laknahum Allah)):

﴿وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْأِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ﴾

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, [186].


Ahmad Al-Hassan


                       
✡✡✡✡✡
                                   
______________________________
[177] – Al-Zukhruf 42:4.
[178] – Dari Abi Abdillah (as) telah ditanya mengenai firman Allah AWJ:
وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ
(Dan sesungguhnya dalam Umm Al Kitab di sisi Kami, bagi Ali yang bijaksana)
Beliau berkata: (Dia adalah Amir Al-Mukminin) Bihar Al-Anwar: Jilid 32 halaman 210.. (Pengulas).
[179] – Al-Hijr 15:41.
[180] - Dari Abi Hamzah Al-Tsamali, Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah AWJ:
﴿قَالَ هَذَا صِرَاطُ عَلَيٍ مُسْتَقِيمٌ﴾
Katakanlah ini adalah jalan Ali yang lurus
Beliau berkata: (Dia demi Allah adalah Ali (as). Dia demi Allah, adalah neraca dan jalan yang lurus) Mukhtashar Bashair Al-Darajaat - oleh Al-Hassan bin Sulaiman Al-Hilliy:halaman 68.. (Pengulas).
[181] - Mariam19:50
[182] - Dari Abi Basir, Dari Al-Shadiq (as):
﴿وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيّاً﴾
(Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka lisan kebenaran Ali), Iaitu Ali Amir Al-Mukminin (as)) Bihar Al-Anwar: Jilid 63 halaman 59.. (Pengulas).
[183] ​​-.Al-Anbiak 21:73
[184] -.Al-Sajdah: 32:24
[185] – Al-Maidah 5:55.
[186] – Al-Hujuraat 49:7.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan