Halaman

Ahad, 22 Februari 2015

Soalan 109: Istikhaarah Dengan Al-Quran

Soalan 109: Istikhaarah Dengan  Al-Quran

Saya beristikhaarah dengan Al-Quran Al-Karim mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan maka muncul kepada saya Surah Al-Anbiya:



﴿قَالُوا مَن فَعَلَ هَذَا بِآلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ * قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ﴾

Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim". * Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim".[21:60]

Pada istikhaarah tersebut ia muncul dua kali berturut-turut [211],
di akhiri dengan ucapan terima kasih.

Dihantar oleh: Umm Raghad

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Adapun mengenai Firman Allah SWT:

﴿قَالُوا مَن فَعَلَ هَذَا بِآلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ * قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ﴾

Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim". * Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim" [212],

Oleh kerana para ulamak yang tidak beramal adalah lanjutan dari tabiat penyembah berhala-berhala selain Allah. Sementara Aali Muhammad (as),para  imam dan Mahdi-mahdi, mereka adalah lanjutan kepada bapa mereka Ibrahim (as) yang berdakwah kepada kebenaran.


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡


______________________________
[211] - dari Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib (as) berkata: (Rasulullah (S) mengutus ku ke Yaman, beliau berkata, baginda berwasiat kepadaku: Wahai Ali, apa yang menyenangkan dari yang terbaik, dan yang tidak disesalkan dari perundingan ...) Al-Amaliy oleh Al-Syeikh Al-Thusi: halaman 13. .
Dan baginda (S) bersabda: (kebahagiaan anak Adam dengan beristikharah (minta petunjuk) kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan Allah dan kesengsaraan anak Adam apabila meninggalkan istikharah kepada Allah dan marah dengan ketentuan Allah.) Bihar Al-Anwar: Jilid 47 halaman 159..
Dan dari Abi Abdillah (as), dia berkata: (Sesiapa yang beristikharah (minta petunjuk) kepada Allah dan redha dengan perbuatan pilihan Allah baginya kenyataan (tidak dapat tidak)) Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bayt): Jilid 8: halaman 63.
Dan dari Abi Abdillah (as), dia berkata: (istikharah (minta petunjuk) kepada Allah seorang hamba mukmin pilihan itu berlaku padanya, walaupun yang dia benci) Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bayt): Jilid 8: halaman 81.
Dan ‘Umar bin Harits berkata: Abi Abdillah (as), berkata: (Solat dua rakaat, dan beristikharah kepada Allah dan demi Allah ia petunjuk dari Allah kepada Muslim dan ia adalah pilihan Allah baginya dalam apa jua bentuk) Mishbah Al-Mujtahid oleh Al-Syeikh Al-Thusi: halaman: 533.
[212] – Al-Anbiak 21:59-60.     



Tiada ulasan:

Catat Ulasan