Halaman

Sabtu, 21 Februari 2015

Soalan 107: Bush, Saddam dan Bin Laden


Soalan 107: Bush, Saddam dan Bin Laden

Jika Amerika memberikan janji secara bertulis untuk menarik balik tenekan dan mereka tidak perlukan minyak. Adakah Keamanan akan berlaku? Saya menentang penjajahan dan sangat bencikan Bush yang gila.
               
Dihantar oleh: Russell dari Amerika

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Jika manusia taat kepada Allah yang menciptakan mereka di muka bumiNya ini, dan mengakui kerajaan dan peraturan Allah serta berbuat baik dengan meninggalkan kejahatan yang kemudiannya akan memastikan keamanan dan keselamatan.




Bush, Saddam dan Bin Laden dan yang seumpama mereka, semuanya bekerja dan akan bekerja mengikut kehendak syaitan di muka bumi ini dengan melakukan kejahatan, kezaliman, ketidakadilan dan kerosakan. Perkara yng penting adalah Amerika menarik balik tenteranya dan mesti diperolehi tanpa mengira sama ada ia akan disusuli dengan keamanan atau sebaliknya, dan tentera Amerika sekali-kali tidak dan tidak akan pernah dari hari demi hari menyeru kepada keamanan.

Kita tidak tahu di muka bumi ini sehingga sekarang, Pihak mana yang tiada menggunakan bom nuklear dan yang menghapuskan seluruh bangsa adalah tentera Amerika, jika terdapat suatu kewarasan dalam fikirannya, akan dikatakan bahawa ancaman sebenar kepada penduduk bumi adalah tentera Amerika yang memiliki senjata nuklear. Ia telah digunakan pada masa lalu dan tiada satu jaminan pun bahawa tentera Amerika tidak akan menggunakannya pada masa akan datang, dan jika negara-negara yang memilikinya, termasuk Amerika Syarikat tidak mahu menggunakannya mengapa tidak menghapuskannya .

Maka siapa pun orang yang waras yang menghormati fikirannya, boleh melihat dengan jelas bahawa syaitan dan kejahatan pada hari ini adalah tentera Amerika dan keterlibatan Al-Qaedah (Qaedah syaitan), yang juga merupakan haiwan politik Amerika. Amerika menyokong Osama bin Laden yang juga sebagai pembunuhnya, penjenayah yang ada bersamanya dalam tempoh penjajahan Soviet di Afghanistan dan hasilnya adalah memakan diri sendiri.

Saya percaya tidak akan ada keamanan dan keselamatan di Iraq, apa yang rakyat Iraq tidak lakukan untuk mendapatkan hak. Pembersihan sepenuhnya perlu dilakukan kepada tentera Amerika dan kroninya serta Al-Qaedah (Qaedah syaitan) dan suku sakatnya adalah penjenayah-penjenayah yang melakukan pembunuhan.


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan