Halaman

Ahad, 22 Februari 2015

Soalan 110: Benarkah Nabi-nabi Tidak Diwarisi Dan Mewarisi


Soalan 110:  Benarkah Nabi-nabi Tidak Diwarisi Dan Mewarisi

بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as),
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seorang rakan wanita Sunni saya telah membangkitkan beberapa kekeliruan yang membingungkan , iaitu:

Ada riwayat di sisi kita dari Al-Shadiq (as) apa yang bermaksud bahawa para nabi tidak mewariskan bagaimana untuk mengatakan bahawa riwayat ini sebagai maudhu’ (hadith palsu).
.

Dihantar oleh: Shaima Hassan Ali

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
1. Nabi-nabi (as), mereka tidak mempunyai himpunan (harta) di dunia untuk diwariskan, tetapi mungkin berlaku sebab, dari sesuatu yang menyebabkan ada warisan dunia dalam milik mereka, dengan itu mereka sering tidak meninggalkan kepada waris mereka sesuatu warisan dunia ini, maka mereka tidaklah mewariskannya, iaitu: Mereka tidak peduli untuk mengumpul sesuatu daripada warisan dunia kepada waris mereka.

2. Apa yang Nabi-nabi (as) wariskan, adalah Ilmu, Hikmah dan Khalifah Allah di bumiNya bagi sesiapa yang akan menggantikan mereka iaitu aushiak (pemegang amanah) mereka. Mereka tidak meninggalkan untuk diwarisi dari warisan dunia kepada pewaris mereka tidak kira berapa besar jika dibandingkan dengan nilai.

3. Adakah benar maka dalam masalah (tanah) Fadak bahawa Muhammad (S) mewaris kepada umat Islam, dan tidak mewariskan kepada anaknya Fatimah (as)? Maka jika tidak sah diwariskan kepada Fatimah binti Muhammad (S) dari bapanya Muhammad (S) di sisi mereka, maka manakah ayat dari kitab Allah dan manakah riwayat (hadits) dari Rasulullah (S) yang mengesahkan pewarisan mereka pada keseluruhan daripada Rasulullah (S)? Bagaimana pula untuk mengesahkan pewarisan Aisyah terhadap bilik Rasulullah (S), yang mereka berikan hak kepadanya, untuk membenarkan pengebumian bapanya dengan mendiami di dalamnya, dan untuk mencegah pengebumian Hassan bin Fatimah (as) binti Rasulullah (S) di dalamnya? Maka jika bilik telah diwariskan, maka manakah untuk bahagian Fatimah (as) dan manakah untuk bahagian Hassan (as) daripada ibunya Fatimah (as), dan bagaimana dia telah dihalang dan apakah hak Aisyah menghalang beliau dari dikebumikan dari harta miliknya?!

4. Allah berfirman:

﴿وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُدَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ﴾

Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata". [213]
.
Dan Allah berfirman di dalam kisah Zakharia (as):

﴿وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِراً فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيّاً * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيّاً﴾

Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku (wali) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, * yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai".[214].

Apakah kehendak Allah dengan ayat-ayat ini? Apakah yang diwarisi Sulaiman dari Daud? Dan apakah yang diwarisi Yahya dari Zakaria (as)?

Adakah Bani Israel mewarisi warisan Daud dan Zakaria bukan kepada Sulaiman dan Yahya (as)?! Dan Allah berfirman:

﴿وَأُولُوا الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [215].

Jika mereka mengatakan: bahawa itu hanya pada Nubuawah, Ilmu dan Hikmah, serta Khalifah Allah dibumiNya sahaja bukan pada yang lain. Jadi bagaimana jawatan Khalifah ditukar kepada selain Al-Hassan dan Al-Hussein, kedua-duanya anak cucu Rasulullah (S) dari Fatimah? Dan jawatan Khalifah Ilahiyah inilah diwarisi oleh Isa (as) dari Daud (as), dia adalah anak cucunya dari Maryam (as), dan Allah berfirman:

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

(sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [216].

Bagaimana ditukar kepada selain Ali (as)? Sedangkan mereka sedar (yakin) bahawa dia dilahirkan dari Bani  Hashim dari zuriat Ibrahim (as) selepas diutus Muhammad (S) jika mereka beriman, firman Allah:

﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكاً عَظِيماً﴾

ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar. [217].

Bagaimana ditukar kepada selain Ali (as), yang lebih berilmu dari mereka dan lebih hikmah (bijaksana) dari mereka, jika di kalangan mereka ada orang-orang yang membawa sedikit pengetahuan dan kebijaksanaan?

Apatah lagi, Allah Yang Maha Suci menerangkan bahawa para nabi (as) mewarisi dan diwarisi, dan bagaimanapun ditafsirkan pewarisan ini menunjukkan kebatilan (kepalsuan) untuk menghilangkan kelayakan Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein (as) dan kebatilan (ketidaksahan) dalam merampas hak Fatimah (as).


Ahmad Al-Hassan




✡✡✡✡✡

______________________________
[213] – Al-Naml 27:16.
[214] – Maryam 19:5-6.
[215] – Al-Anfaal 8:75.
[216] – Aali Imran 3:34.
[217] – Al-Nisaa’ 4:54.



                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan