Halaman

Jumaat, 20 Februari 2015

Soalan 102: Mazhab Ismailiyah dan Baha'iyah


Soalan 102: Mazhab Ismailiyah dan Baha'iyah

1. Mengapa Imam Al-Shadiq menulis: Ismail bersaksi “La Ila Illa Allah” - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah pada kain kafan beliau! Tidakkah ia menunjukkan bahawa ia bertujuan untuk menandakan bahawa Ismail tidak mati dan masih hidup, dan dia adalah Imam selepas itu! Dari sana kemudian salsilah antara Imam dalam keturunan Ismail, bukan Al-Kadzim, Al-Kadzim adalah perisai dan gedung Imam; dan begitulah menurut Al-Shadiq beliau menyampaikan: Bahawa Musa dipakaikan perisai dan menetapkannya! Dan juga dengan menambah kepastian apabila Imam Al-Shadiq mati diwasiatkan kepada lima orang!! Di antaranya Musa. Bagaimana boleh diwasiatkan kepada lima orang
﴿لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ﴾
Jika kamu mempersekutukan, niscaya akan hapuslah amalmu 

Dan untuk mengatakan bahawa dia mahu melindungi Al-Kadzim dari dibunuh tidak masuk akal; kerana Al-Mansur (Bani Abbasiyah) bukanlah tidak bijak dalam persoalan darjat ini! Sesungguhnya, kematian Ismail menunjukkan pengebumian palsu (keanehan yang mengelirukan dimana didedahkan wajahnya kepada para sahabatnya dan orang lain), Katakanlah: Cara ini adalah yang paling kuat perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa Imam Ismail, dari dibunuh.

2. Mereka Mazhab Ismailiyah mengatakan wujud Imam yang masih hidup dari zuriat Ismail hingga sekarang, yang berada dalam peranan persembunyian. Mereka menta’wil Al-Quran dan Hadits-hadits dan menyifatkannya kepada Imam-imam. Mereka menolak Ushul, Qias, Ijtihad dan Pendapat.

Baha'iyah: mereka menerangkan bahawa tidak wujud anak Al-Hassan Al-‘Askariy, dan JafarAl- Shadiq adalah seorang pendusta dan empat orang Safir adalah dusta; dalam usaha untuk merampas menjadi lima, dan mendakwa bahawa Al-‘Askariy mempunyai anak!! Al-Mahdi telah keluar dia adalah Bahá'u'lláh, dan membawa sebuah Kitab baru dan agama baru, seperti dalam riwayat. Mereka mempunyai Kitab AI-Iiqaan dan ia adalah wahyu dari Allah. Apakah tuan menolak mereka?

Dihantar oleh: Hassan Ali

                             
Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Pada Mazhab Ismailiyah: Saya berpendapat bahawa Wasiat Rasulullah (S) yang diterima daripada Imam Al-Shadiq (as) dan para Imam (as), serta berpuluh-puluh riwayat ditetapkan untuk Imam (as) sebagai petunjuk yang mencukupi mengenai Imamah Imam Musa bin Ja'far (as), dan saya berharap anda memberi perhatian bahawa Allah tidak meninggalkan penciptaannya tanpa meletakkan mereka peraturan untuk mengenal kedudukan (jawatan) Al-Hujjah daripadaNya SWT, dan sejak dari hari pertama Dia mencipta hujahNya, iaitu Adam (as): dijadikan dengan (Nash, Ilmu dan Hakimiyah Allah) adalah dalil-dalil (petunjuk) dan peraturan untuk mengenal Khalifah. Baca Al-Idha’at: Jilid 3 Bahagian 2 akan dikeluarkan tidak lama lagi jika anda mahu perinciannya. [203].

Baha'iyah: mereka tertolak atas semua yang dibatalkan dengan peraturan Allah untuk mengenal Al-Hujjah yang terkandung dalam Al-Quran. Kemudian mereka kembali pada asal kepada Ali Muhammad Al-Bab, dan ini yang digelar untuk dirinya sebagai Al-Baha’ (perhiasan) oleh salah seorang muridnya, dan Al-Bab (pintu) didakwa sebagai pintu Imam Mahdi (as) tidak dinafikannya, tetapi mubaligh yang datang selepasnya, dan murid sebagai mubaligh ini mengambil kesempatan daripada dakwah dengan memanggil dirinya sendiri, kerana dia pada masa yang sama mendakwa sebagai saudara kepada Baha’ dan dia adalah sebagai mubalighnya.


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[203] - Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menulis jawapan ini sebelum dikeluarkan Kitab Al-Idha’at: Jilid 3 Bahagian 2 dan buku itu dikeluarkan beberapa bulan yang lalu. (Pengulas).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan