Halaman

Jumaat, 20 Februari 2015

Soalan 101: Kekeliruan banyak Perkara dalam Islam



Soalan 101: Kekeliruan banyak Perkara dalam Islam

Soalan ditujukan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (semoga Allah melindunginya)

.
Pertama: Saya kenalkan diri saya yang dhaif pada tuan, Saya tinggal di Pulau Awal (Pulau Bahrain), dan saya orang bukan Arab (atau anak-anak bukan Arab seperti dalam riwayat bahawa mereka sebahagian dari ansar Al-Mahdi, dan saya berharap, Insya-Allah, akan menjadi ansarnya) Saya berumur 30 tahun.

Islam: Saya ada kekeliruan berhubung dengan akhlak Islam dan benar-benar keliru dengannya, dan saya berharap tuan dapat menjawab di mana saya lihat tuan sangat ahli mengenainya. Alhamdu Lillah.

Terdapat beberapa sifat yang disarankan oleh Nabi (S) dan para Imam Ahl Al-Bayt (as), tetapi terdapat di dalamnya percanggahan dan dengan itu menjadikan proses penjalanan moral (akhlak) masyarakat Islam sukar untuk diahami dan dilaksanakan. dan juga bawaan fitrahnya.

Sebagai contoh, Islam menyeru kita kepada rahmah, belas kasihan dan kasih sayang, tetapi pada masa yang sama menyeru kepada membenci sesiapa yang ingkar perintah atau kafir dan bersikap dingin dengannya. Islam menyeru kepada toleransi dan menghormati pesalah dan berbincang dengan mereka dengan hikmah dan nasihat yang baik, tetapi diperintahkan untuk memerangi mereka dan membunuh mereka. Islam menyeru kepada penolakan yang sia-sia, tetapi memuji kepada kemuliaan diri, apakah perbezaannya; kerana apabila diteliti dua perkara menjadi sesuatu yang sama!! Dan juga meredhakan diri dengan menghinanya kerana Allah, bagaimana diri boleh menjadi mulia kemudiannya? Islam menolak ketaksuban dan dan tidak bertolak ansur, tetapi beliau mendokong Al-Wilayah dan keberanian. Islam menolak hawa nafsu di dunia ini, tetapi tidak menolaknya di akhirat (kecantikan, istana dan minuman keras), dan akhirnya seruan kepada kebebasan, tetapi ia meletakkan undang-undang dan perintah kepadanya untuk mengikuti Nabi (S) dan imam-imam secara mutlak. Dan juga melihat bahawa Al-Quran yang menyebabkan kepura-puraan (munafik) seorang Islam dan tidak jujur ​​dengan diri sendiri dan dengan orang lain.

Kekeliruan lain: ia menerangkan hubungan khayalan menjalani siksa neraka dalam Al-Quran di mana saya tidak tahu sebab ugutan ini, keganasan yangmenyeramkan yang Allah kehendaki bagi kehidupan manusai. Saya faham bahawa ugutan berguna, tetapi saya berharap anda mengimbau kembali sebahagian daripada ayat-ayat yang manusia meraguinya dari pencipta Yang Rahim dengan makhlukNya seperti:
﴿سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا﴾
 Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan. [74:17]
﴿خُذُوهُ فَغُلُّوهُ﴾
 "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. [69:30] 
(في سلسلة ذرعها سبعون ذرعاً فغلوه)
belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta ke lehernya.
(الخلود في جهنم)
(selama-lamanya di dalam neraka),
 (جزء عم)
(Juzuk 3amm), (kengerian), (azab kubur), (wajah-wajah pekerja pembina), (Zaqqum dan tempat suci) dan dan dan dan lain-lain ..!

Kekeliruan ketiga: wujud perenggan di dalam Al-Quran menceritakan tentang perkara-perkara peribadi Rasulullah (S) dan isteri-isterinya dan ibu saudara dan seorang wanita yang dikurniakan itu sendiri, dan kisah pengharaman bagi alasan dan perkahwinannya dengan isteri Zaid, yang memanggil dari belakang bilik dan... dan... dan.... Mengapa diperkatakan tentang kehidupan peribadi Rasulullah.. Ya , Rasulullah itu pesuruh Allah untuk membimbing manusia supaya kembali kepada Allah. Saya harap suapya memikirkannya.

Kekeliruan yang keempat: Wujud perkataan dan keterangan dalam Al-Quran mereka tidak suka diri-diri, sebagai contoh: Beralih kepada isu haid Quran. Penggunaan perkataan faraj:
﴿وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا﴾
dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya (faraj)
Bayangkan bahawa saya akan menerangkan nenek atau ibu anda dan saya katakan: Ibu kamu memelihara farajnya !!

Kekeliruan kelima: adalah wujud hukuman khayalan dalam urusan kesalahan mudah, sebagai contoh,: Homoseksual adalah tidak normal dalam badan manusia, ya, tetapi ia disebabjan hormon wanita yang dicipta oleh Tuhan pada orang lelaki, yang menyebabkan keinginannya ini tidak normal, yang mereka inginkan dan mahu memenuhinya, sama ada bersifat perempuan yang suka melakukannya atau tindak balas rangsangan, mengapa ia dikuat-kuasakan dalam hukuman dan penyelewengan, yang asasnya Al-Quran?

Contoh kedua: diharamkan mengahwini isteri-isteri Nabi selepas baginda wafat, dan bahawa ia di sisi Allah itu perkara besar!! Hairan kenapa perkara besar?! Mengapa asalnya terlalu suci!?

Contoh ketiga: Melarikan diri perang. Manusia sememangnya takut dibunuh dan sekiranya melarikan diri dari pertempuran di medan perang yang sengit, dan menyembunyikan diri, perkara ini tidak boleh disalahkan padanya (berlaku adil), tetapi kita dapati bahawa dalam Al-Quran mengharamkan orang yang lemah dan takut ini melarikan diri.

Contoh Keempat: Menyakiti Nabi hukumannya dilaknat (disingkirkan dari rahmat Allah), Saya disakiti isteri saya siang dan malam, tetapi saya masih kasihkan dia, atau, sebagai contoh, untuk mendoakan penzalim terkutuk. Saya tidak sanggup mendoakan seseorang dari hati saya agar Allah melaknat mereka, ini adalah bertentangan dengan naluri, tetapi saya mendoakan dia mendapat hidayah.

Kekeliruan Keenam dan terakhir: Al-Quran mengatakan bahawa tidak akan mampu jin dan manusia untuk mendatangkan sesuatu seperti Al-Quran, tetapi kita dapati bahawa terdapat satu tulisan, yang didatangkan daripada beberapa orang yang serupa dengan Al-Quran, dan saya secara peribadi boleh mendatangkan sesuatu yang sama seperti Al-Quran dengan segala kesederhanaan, bahkan ada ucapan-ucapan fasih (yang baik) yang lebih baik daripada kefasihan Al-Quran, malahan dalam Nahj Balaghah oleh Imam Ali (as), bagaimana kita menyelesaikan kekeliruan-kekeliruan seperti ini?

Saya tahu bahawa soalan-soalan saya boleh dianggap suatu kebodohan, tetapi saya benar-benar mencari kebenaran dan saya sangat inginkan untuk mengetahui kebenaran, saya tidak menafikan bahawa anda telah membawa perkara yang rasional, Pada masa ini, saya sangat percaya dengan bagaimana batilnya bertaklid dengan yang ada (semasa), hukum-hakam dengan pemikiran (sangkaan) dan ijtihad yang bathil dan ilmu Usul, Kemungkinan melihat Imam menurut riwayat yang dipindahkan dan keturunan dengan baik. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda. Banyak perkara saya telah belajar daripada anda.

Dihantar oleh: Hassan Ali

                             
Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Jawapan kekeliruan pertama mengenai akhlak dalam Islam:

Agama ilahi secara umum, bukan Agama Islam sahaja yang didatangkan, yang telah dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul dari Allah SWT:

Samada membenci kemungkaran dan kekufuran, atau membenci mereka yang mungkar dan yang kufur, kerana kebencian bukan kepada diri manusia, tetapi kepada sifat yang ditunjukkan. Pelaku kemungkaran dan kekafiran sendiri jika dia mendengar keadaanya dari orang lain juga akan membencinya.

Contohnya: Allah mengutus Jibril (as) kepada Firaun (laknahu Allah). Dan Jibril menyamar sebagai seorang lelaki, mengajukan pengaduan kepada Firaun bahawa dia memiliki seorang hamba yang telah diberikan hartanya untuk didagangkan, kemudian hamba ini mengambil harta itu dan merampasnya serta bertindak memusuhi tuannya, dan menggunakan harta itu menentang tuannya. apakah hukuman pada hamba yang dipelihara lagi berlaku zalim ini. Firaun berkata kepadanya: hukumannya adalah dihumbankan (lemaskan) dia di Laut Kalzum (Laut Kaspia).

Kemudian Jibril (as) meminta Firaun menulis untuknya di dalam buku hukuman bagi hamba yang dipelihara lagi berlaku zalim ini, Firaun telah menulis: hukuman bagi hamba yang dipelihara lagi berlaku zalim itu supaya humbankan (lemaskan) dia di Laut Kalzum.Maka Allah menghukumnya pula dengan hukuman yang dibuatnya sendiri dan dilemaskan di dalam laut [201].

Maka saya tanya kamu siapakah Allah? Bukankah Dia, yang telah mencipta dan mengwujudkan kamu daripada tiada, dan semuanya yang bernafas dengan daya dan kekuatan Allah, dan diri kamu sendiri di antara sisi yang tegak berdiri oleh Allah, kalaulah diangkat dayaNya, kekuatanNya dan cahayaNya SWT dikembalikan kamu kepada tiada, adakah kamu boleh berbuat apa-apa?

Tidak ada Kemuliaan melainkan pada Allah SWT, bagaimana manusia mulia di sisiNya dan di hadapan Allah, maka apakah KemuliaanNya atau dengan Kemuliaan selainNya?! Tunjukkan pada saya Kemuliaan selain Dia Yang Maha Suci, mengelak daripadaNya atau ke atasNya, untuk menjadikan kemuliaannya menolak Kemuliaan Allah?! Maka apakah dengan keredhaanNya atau secara dipaksa?! Tiada yang memaksanya menjadikan dia lebih besar darinya, tiada sesuatu yang lebih besar daripada Allah. Adapun yang mendapat redhaNya adalah meraka yang tidak lain melainkan menjadi hamba-hambaNya., Al-Ubudiyah (perhambakan diri) adalah pematuhan, penyerahan dan memberi khidmat. Tidak seorang pun daripada orang-orang yang beragama dengan agama Ilahiyah mengikari Ubudiyah kepada Allah SWT.

Keinginan nafsu: Dimana terdapat semua agama ilahi umumnya melarang memenuhi tabiat keinginan nafsu dengan jalan yang benar yang diredhai Allah.

Zuhud (tidak mementingkan) dunia ini: tidaklah bermakna mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, tetapi ia bermakna berpada (mencukupi) dengan yang sedikit dan bersempadan (beerpantang). Untuk tidak membezakan kesengsaraan kedua-duanya sebagai terpuji, termasuk bersimpati kepada mereka yang tidak mendapatnya kecuali sangat sedikit, dan menghadkan pengisian roh dengan jasad dan kemahuannya kepada apa yang perlu, dan banyak kesengsaraan yang membuat orang mukmin dinaikkan ke Malakut Al-Samawaat (Kerajaan Langit; bagi yang menghiasi akhlak yang baik dan mulia, dan dengan itu dibukakan kepadanya hakikat dan mengenal hakikat (kebenaran) itu.

Akhirat: Adalah Kehidupan mereka yang arif ahli kebenaran (hakikat) dan semua.yang mengikut sesuai penciptaannya

Peperangan di dalam Islam dan agama Ilahi secara umumnya bukanlah keterlaluan (tidak munasabah), tidak bercanggah dengan belas kasihan, bacalah buku «Jihad Pintu Syurga» menjelaskan kepada anda lebih banyak gambarannya.

Kebebasan bukanlah menentang dan tidak mengikuti para nabi, aushiak dan dari mentaati mereka, kerana mereka (as) bukan mencari sesuatu melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah, oleh itu ketaatan kepada mereka adalah ketaatan kepada Allah dan menentang mereka adalah menentang Allah SWT.

Adapun kekeliruan mengenai neraka (jahannam) atau azab, sila baca Kitab Al-Mutasyabihaat untuk mengetahui bahawa azab di dalam neraka jahannam adalah satu-satunya pengangkatan tabir pada manusia untuk melihat pilihannya di dunia ini [202], dan seluruh masalah-masalah yang semua jawapannya dibentangkan dalam kitab tersebut Saya harap anda membacanya dengan teliti.


Ahmad Al-Hassan
                       

✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[201] - teks ceritanya boleh didapati dalam Kitab Bihar Al-Anwar: Jilid 13 halaman 132 - 133. (pengulas)..
[202] – Tajuk telah diterangkan dalam Al-Mutasyabihaat: Jz 2 cetakan ke 2: halaman 43-44, dan juga: Jz 4 cetakan 1: halaman 127 dan yang selepas – rujukan versi B. Arab. (Pengulas).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan