Halaman

Khamis, 19 Februari 2015

Soalan 99 Ilmu AL-Makshumin (as(

Soalan 99     
بسم الله الرحمن الرحيم.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
,
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya.

Ayat-ayat yang mulia menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu baginda adalah Rasul yang diutus oleh Allah, sehingga wahyu itu datang kepada baginda, seperti ayat ini:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu,  [187],

dan firmanNya SWT:  

﴿وَوَجَدَكَ ضَالّاً فَهَدَى﴾

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. [Al-Dhuha 93:7] 


manakala ada beberapa riwayat menunjukkan bahawa Al-Rasul mengetahui kenabian baginda sebelum baginda diutus, dan baginda hafal Al-Quran sebelum diturunkan, seperti dalam riwayat kelahiran Amir Al-Mukmnin (as) yang menyatakan bahawa Ali (as), apabila baginda membaca Surah Al-Mukmnun mengenai kelahiran beliau, iaitu:pada permulaan surah:

﴿قد أفلح المومنون ...﴾

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,... hingga akhir ayat.

Bahawa Al-Rasul bersabda kepadanya: Sesungguhnya beruntunglah kamu dengan Wilaya Mu, Wahai Ali. Walaupun kelahiran Ali sebelum kerasulan, bagaimana ini boleh terjadi dengan ayat-ayat yang mulia sebelumnya?

والسلام عليكم سيدي ورحمة الله وبركاته.  
Salam atas kamu, tuan rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh: Maitsam Barzan Khalaf Al-Mussauwi

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Firman Allah SWT:  

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikannya cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [188].

[Diriwayatkan] dari Abi Hamzah yang berkata:

("Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾

{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu}

Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' ")
 [189].

Ini adalah iktikad yang betul, dan telah diterangkan pada masa lalu [190].


Ahmad Al-Hassan


✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[187] - Surah Al-Syura 42:52.
[188] - Surah Al-Syura 42:52.
[189] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.
[190] - Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menerangkan dalam Al-Mutasyabihaat: Jn 3 cetekan kr 2: halaman 139. (Pengulas).


                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan