Halaman

Sabtu, 21 Februari 2015

Soalan 103 dan 104: Dakwaan Yang Dikaitkan Dengan Imam Mahdi

Soalan 103: Dakwaan Yang Dikaitkan Dengan Imam Mahdi

Imam Al-Rabbaniy, saya membaca kata-kata Fadhil Abdul Hussein dan mendapati ia bersesuaian dengan akal dan fitrah, terutama pada perkara-perkara Perjanjian dan Persetiaan (Mitsaq dan 3ahd), ibadah dan karenah dan... dan... perkara-perkara lain. Saya tidak tahu apa ulasan tuan mengenai perkara ini, sama ada ia benar ​​dan kemudian apakah penjelasan ini?

Abdul Wahab Al-Basriy

Soalan 104: Ada orang di Bahrain dikaitkan dengan Imam Mahdi, kira-kira dua puluh tahun yang lalu dan mempunyai pengikut, dan mereka telah belajar, namanya Abdul Wahab, Adakah orang ini benar? Adakah tuan mengenalinya atau tuan diberitahu oleh Imam Mahdi mengenainya?

Dihantar oleh: Hassan Ali

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Untuk Fadhil Marsumiy:

Kita berada di dalam zaman Dzuhur Al-Muqaddas (Kezuhuran Suci) seperti yang diterangkan untuk semua orang mukmin dalam riwayat-riwayat yang diterima daripada Rasulullah (S) dan para Imam (as), yang telah tercapai dan menjadi kenyataan hari demi hari. Adakah terdapat riwayat yang membawa kepada Fadhil atau fulan atau fulan mengikut dakwaan mereka, adakah mereka disenaraikan dalam Wasiat Rasul Allah (S)?! [204], adakah mereka yang disenaraikan dalam riwayat-riwayat Imam-imam (as)?! Adakah mereka yang disenaraikan yang terkandung dalam doa-doa dari para Imam (as)?!

Abdul Wahab Al-Basriy


Dia diseru seperti yang lain supaya beriman kepada dakwah ini, jika tidak, dia adalah seumpama Bal3am bin Ba3uraa’ [205].


Ahmad Al-Hassan




✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
 [204] - Imam-imam (as) telah mengisytiharkan dalam banyak riwayat bahawa hujjah atas penciptaan mesti dilantik dengan Wasiat Rasulullah (S), di mana dinashkan atas hujaj-hujaj sehingga hari kiamat.

Dari Harits bin Al-Mughirah Al- Nadhariy, berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah Al-Shadiq (as), Dengan cara apa untuk mengenal pemilik urusan (Shohib Al-Amr) ini?
Katanya (as) (dengan ketenangan, kesungguhan (Al-Waqaar), Ilmu (Al-3ilm), dan Wasiat (Al-Washiah)) dan pemilik urusan (Shohib Al-Amr) itu adalah pemegang wasiat Nabi.) Bashair Al-Darajaat oleh Muhammad bin Al-Hasan Al-Shafar: halaman 509..

Dan dari Abi Abdillah (as), dia berkata: (...Shohib Al-Amr ini dikenali dengan tiga sifat, tidak boleh dengan sifat yang lain: ia adalah manusia pertama yang mereka yang telah diterimanya iaitu washiynya, dan ia adalah senjata Rasulullah (S) dan wasiat baginda,dan ada padaku, Aku belum menghampiri kematian lagi .. .) Al-Kafi Jilid: 1, halaman 379.

Tiada siapa yang boleh menjadi hujah atas penciptaan melainkan disebut dalam Wasiat Rasulullah (S), dan kepada kamu nash {teks) Wasiat: ... dari Abi Abdillah, Ja'far bin Muhammad, dari bapanya Al-Baqir, dari bapanya, yang tidak dapat dipengaruhi Penghulu ahli ‘abid, dari bapanya, Al-Hussein Al-Zaki Al-Syahid, dari bapanya, Amirul Mukminin (as), beliau berkata: (Rasulullah (S) kepada Ali (as) dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali (as)) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). Al-Ghaibah Al-Thusi: halaman 107-108, dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai dan disahkan. (Pengulas).
[205] – Dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as): (Bahawa telah diberikan kepada Bal3am bin Ba3uraa’ nama Yang Teragung dan dia telah berdoa dengannya dimustajab doanya, dia cenderung kepada Firaun, ketika ia pergi kepada Firaun untuk mencari Musa (as) dan para sahabatnya, Firaun berkata kepada Bal3am : Berdoalah kepada Allah atas Musa dan sahabatnya, supaya menjauhkan dia dari kami, maka dia menunggang keldainya untuk pergi mencari Musa (as), tetapi keldainya mendiamkan dirinya (tidak mahu bergerak), lalu dia mula memukulnya, maka Allah Azza wa Jalla menjadikan keldainya bercakap, maka dia berkata: Celakalah kamu, mengapa kamu memukulku, adakah kamu mahu aku pergi bersama mu untuk berdoa ke atas nabi Allah Musa (as), dan orang-orang yang beriman? Tetapi dia terus memukul sehingga (keldainya) terbunuh, dan dan dilucutkan Nama (Yang Teragung) itu dari lidahnya... ", dan Dia SWT berfirman
فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ * وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث
kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat... Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Ia seperti Allah telah memukulnya...) Bihar Al-Anwar: Jilid 13 halaman 377..
      
Dan dari Sulaiman Al-Laban, berkata: Abu Ja'far (as) berkata: (Adakah kamu tahu seperti apa Al-Mughirah bin Saeed? Saya berkata: Tidak, Lalu beliau berkata: Dia seperti Bal3am bin Ba3uraadiberikan Al-Ism A3dzan (Nama Teragung) Allah, yang difirmankan Allah::
آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. ")[7:175] Bihar Al-Anwar: Jilid 13 halaman 379.. (Pengulas).
               


Tiada ulasan:

Catat Ulasan