Halaman

Isnin, 19 Januari 2015

Soalan 76: Ayat menerangkan himpunan Tauhid


Soalan 76: Ayat menerangkan himpunanTauhid
Beliau berkata dalam surah Hasyr:

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ * هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. * Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. * Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [127].
                
S 1: Apakah tafsiran ayat-ayat yang mulia ini?
S 2: Nama-nama, adalah nama-nama Allah dalam ketiga ayat-ayat yang mulia ini bilangannya empat belas, adakah nama-nama ini ada hubungan dengan empat belas Ma’sumin ?
S:3. Adakah nama-nama ini mencerminkan sifat-sifat Allah pada ma'sumin (as) itu?

Penyoal: Ibrahim Raghil

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. * Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. * Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Pertama, Saudara perlu mengenal Al-Uluhiyah dan sifat-sifat bagiNya SWT. Seorang hamba Allah adalah seorang musyrik dalam martabat, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ﴾

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah. [128].

Syirik jenis ini tidaklah mengeluarkan pemiliknya dari beriman kepada Allah, tetapi ia adalah satu kekurangan besar pada makrifah  Tuhan Yang Esa SWT, yang dikenal melalui nama-nama dan sifat-sifat, tetapi ia tidak menunjukkan atas nama-nama dan sifat-sifat yang menunjukkan kesempurnaanNya, maka ia adalah kenyataan pada jalan mengenaliNya SWT, Dan tidaklah Ia adalah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi., kerana Dia SWT tajalli (menyatakan) Diri-Nya dengan nama yang Agung lagi Teragung (Allah), yang menghimpunkannya, supaya dikenal dan disembah Dia SWT bukanlah untuk menyembah, maka dengannya dikenal dan disembah, oleh itu sesiapa yang kurang mengenal Dia Yang Maha Suci pada Nama-nama dan sifat-sifat tidak akan sampai pada Kesempurnaan Tauhid yang tidak akan dicapai melainkan dengan Kesempurnaan Keikhlasan kepadaNya SWT, bahkan dari hamba kepada Zhat yang akan mendapati dirinya pada akhirnya dari golongan orang-orang musyrik.

                                           ﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ﴾                                         

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah. [129], [130].

Dalam ayat di atas menerangkan hakikat ini, maka pada hakikatnya dinyatakan dengan gantinama ketiga (DIA), dan hakikat ia adalah nama yang Teragung, Yang Maha Agung lagi Maha Teragung (Al-Ism Al-A3dzam Al-A3dzam Al-A3dzam) yang mesti (wajib) bagi hamba-hamba bertawajjuh kepadaNya dalam beribadah. Maka sujud adalah kepunyaan Allah, tetapi Allah Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) kiblat bagi hakikat dan kenyataan dan bukannya nama Allah hakikat (yang sebenarnya) [131].

Dalam tiga ayat tersebut didapati:

﴿هُوَ اللَّهُ﴾، ﴿هُوَ اللَّهُ﴾، ﴿هُوَ اللَّهُ﴾
(Dia Allah), (Dia Allah) , (Dia Allah), setiap ayat meyifatkan Dia SWT dengan Zat Ketuhanan (Allah), atau bahawa Dia SWT tajalli (menyatakan) diri-Nya dan zahir untuk penciptaan dengan Zat Ketuhanan (Allah). Tetapi Zat Ketuhanan (Allah) setiap kali disifatkan dengan nama-nama yang berbeza daripada yang lain:

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ﴾.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam ayat ini Kalimah Tauhid dimulakan dengan (هو - Dia) dan diakiri dengan (هو - Dia), maka menyatakan Yang Ghaib adalah Dia Yang Maha Suci disifatkan pada (Allah), dan Allah akan menyampaikan kamu untuk mengenal hakikat (kebenaran), dan ia adalah Dia Yang Maha Suci menyatakan Yang Ghaib.

Ayat ini menerangkan Tauhid dari Alif sampai Yaa (A ke Z), Maka Yang Disembah SWT tajalli (menyatakan) dengan Zat Ketuhanan (Allah), dan dengan Zat Ketuhanan yang dikenali dan disembah Dia SWT. Kerana hakikat dan pengenalan segala makhluk adalah kegelapan dan kekurangan, Dia SWT telah menghadap ciptaannya dengan kesempurnaan mutlak (Allah, Zat Ketuhanan).

﴿عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ﴾
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:

Sifat-sifat ini walaupun bagi Zat Ketuhanan (Allah), tetapi dihubungan dengan makrifat kenyataan dan hakikat maka (Dia) Yang Maha Suci menyatakan yang Ghaib, dan Haa’ menunjukkan yang nyata, dan Wau menunjukkan yang Ghaib.
﴿هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ﴾
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang:
Telah diterangkan terdahulu lebih daripada sekali bahawa Al-Rahman adalah pintu Zat Ketuhanan (Allah) [132]), dan kalaulah tidak kerana Dia Yang Maha Suci menjadikan pintu Zat Al-Rahmah, adakah mampu setiap dari penciptaan mencapai kesempurnaan dan menuju kepada makrifah dan ibadah.

Dia Yang Maha berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [133].

Adalah sesuai di sini untuk memberi perhatian kepada ayat:
﴿عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ﴾.
Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dia SWT dalam ayat ini menerangkan bahawa tajalli (penzahiran) pada penciptaan dengan Zat Ketuhanan (Allah), dan juga melalui pintu Zat Ketuhanan (Al-Rahman dan Al-Rahim), di mana, ia juga tajalli (zahir) dengan pintu itu, tetapi adalah penghadapan penciptaan terjadi pada pintu Zat Ketuhanan (Al-Rahman dan Al-Rahim),

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى﴾

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al Asmaa Al Husna (nama-nama yang terbaik) " [134],

Maka Dia SWT mahu menyatakan sesungguhnya Dia SWT tajalli (menzahir) dengan Zat Ketuhanan (Allah), dan juga tajalli (menzahir) dengan Pintu Zat Ketuhanan (Al-Rahman dan Al-Rahim); oleh itu Dia SWT berkata:
﴿هُوَ اللَّهُ﴾ - Dialah Allah
dan Dia SWT berkata:
﴿هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ﴾.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾.
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Di dalam ayat Al-Asmaa’ (nama) ini selepas Dia SWT berfirman:
﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ﴾
Dialah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (lapan nama-nama, dan pada hakikatnya semuanya terikat dengan pintu tersebut, Pintu Zat Ketuhanan dari batinnya dan zahirnya, iaitu: Al-Rahman dan Al-Rahim dan Al-Wahid Al-Qahhar yang telah diterangkan pada terdahulu bahawa ia adalah Basmalah Surah Al-Taubah (بسم الله الواحد القهار), dan diterangkan bahawa Pintu Zat Ketuhanan baginya batin dan zahir.

Dia SWT berfirman:

﴿بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ﴾

Di pintu batin (sebelah dalam)nya ada rahmat dan di zahir (sebelah luar)nya dari situ ada siksa. [135],

Bahawa Al-Bathin (yang batin) adalah Al-Rahman dan Al-Rahim, adalah meliputi ahli tauhid, mereka yang dapat masuk, dan Al-Dzahir (yang zahir) orang-orang kafir yang tidak dibenarkan masuk [136].

Sekarang kita kembali kepada ayat tersebut, kita dapati bahawa lapan nama-nama dibahagikan sama rata antara pintu batin dan pintu zahir, empat yang pertama dikaitkan dengan pintu batin Al-Bab Al-Rahman Al-Rahim, dan empat yang akhir dikaitkan dengan pintu zahir.

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ﴾
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dialah Raja:  
Kepentingan nama ilahi ini (Raja) yang tidak tersembunyi kepada mereka yang mengakui dengan Hakimiyah Allah dan menolak Hakimiyah (Ketuanan) Manusia, maka mereka tahu bahawa nama ini adalah pembahagi di antara Syurga dan Neraka, sesiapa yang mengakui dengan tajalli (zahir)nya nama ini dalam penciptaan akan masuk Syurga, dan sesiapa yang tidak mengenali (mengakui) adalah di antara mereka yang mengikuti Iblis (laknahu Allah), Maka Hujjah Allah atas makhluk-Nya adalah tajalli (penzahiran) daripada nama ini dalam penciptaan, dan Iblis adalah antara mereka yang Kafir dan diikuti oleh ramai anak-anak Adam dari kekufuran ini dan tidak mengiktiraf Hakimiyah Allah. Maka Nama tersebut dalam ayat ini adalah dari ayat-ayat ibu-ibu Tauhid, bahkan selepas firmanNya SWT:
﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ﴾
Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia:
menunjukkan bagaimana pautan Hakimiyah Allah dan Kerajaan Allah dengan Tauhid, dan menerangkan bahawa mengiktirafnya adalah satu dan kafir (ingkar) dengannya adalah musyrik.

﴿هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾.

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Al-Asmaa Al-Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Di dalam ayat ini ada tiga nama: Al-Khaliq, Al-Baariy dan Al-Mushauwir (Yang Menciptakan,Yang Mengadakan dan Yang Membentuk Rupa). Dan Nama-nama ini adalah sifat-sifat bagi Zat Ketuhanan (Allah), dan perbezaan di antaranya dan yang diterangkan terdahulu daripada empat nama-nama yang pertama menerangkan kesempurnaan Zat Ketuhanan, dan empat yang kedua menerangkan kepentingan penguasaan (penakluk) Zat Ketuhanan (Allah) kepada selain daripadaNya Yang Maha Suci. Adapun nama-nama ini adalah kurnia dan limpahan Allah Yang Maha Suci kepada selain daripadaNya.



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[127] – Al-Hasyr 59:22-24.
[128] – Yusuf 12:106.
[129] – Yusuf 12:106.
[130] – Maka sesiapa yang inginkan kesempurnaan Tauhid hendaklah dia bertawajjuh (tumpu) kepada hakikat, pada nama-nama atau sifat-sifat kerana ia adalah dalil-dalil dan tanda-tanda (alamat) yang menunjukkannya dan mengenal dengannya, tidak berlaku tawajjuh yang haqiqi dengan, tidak menuju makna yang ditunjukkan oleh tanda-tanda dan alamat, misalnya seperti mendengar loceng pintu, bunyi loceng menarik perhatian dan ketepatan nadanya dan semuanya disibukkan, seperti yang ditunjukkan oleh loceng, iaitu adanya orang di pintu menunggu untuk dibukakannya, maka sesiapa yang disibukan dengan sifat-sifat dan kurang pemerhatiannya maka telah telindung dirinya dari siapa yang ditunjukkan kepadanya akan sifat-sifat ini (iaitu hakikatNya Yang Maha Suci), maka manusia mesti sampai ke peringkat (marhalah) yang membolehkan ia akan ditunjukkan kepada Allah dengan kesan (jejak-jejak); kerana ia adalah penampilannya dan adalah jelas yang tidak menghilang, sebagai Imam Al-Hussein (as) sebut dalam doa Arafah:
(...Ya Tuhanku, aku teragak-agak untuk (mengikut) jejak Mu. Selepas diwajibkan ziarah. Maka dampingingilah aku, dengan khidmat tawassulku kepada Mu. Bagaimanakah Engkau akan ditunjukkan melalui kewujudan yang bergantung kepada Engkau? Bolehkah selain Engkau zahir dan ia bukan Engkau. Sehingga dia menzahirkan bagi Engkau? Bilakah Engkau pernah tidak hadir sehingga Engkau memerlukan dalil untuk menunjuk Engkau? Bilakah Engkau pernah jauh sehingga kesan boleh membawa kepada Engkau? Butalah mata yang tidak dapat melihat Engkau dari dekat. Rugilah urusan hamba yang tidak jadikan sebahagian kasih pada Engkau. Ya Tuhanku, Engkau telah perintahkan untuk merujuk kepada kesan; maka buatlah aku merujuk kepada Engkau dengan pakaian cahaya, dan hidayahkanlah yang membawa gembira sehingga aku kembali kepada Engkau dengan seperti mana aku datang kepada Engkau, dari terlindung rahsia untuk melihatnya dan bergantung kecekalan untuk mempercayainya, Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.) Bihar Al-Anwar Jilid 59 halaman 225..
Berfikir dengan kata-katanya (as):
(Engkau telah perintahkan untuk merujuk kepada kesan; maka buatlah aku merujuk kepada Engkau dengan pakaian zahaya, dan hidayah yang membawa gembira sehingga aku kembali kepada Engkau dengan seperti mana aku datang kepada Engkau, dari terlindung rahsia untuk melihatnya dan bergantung kecekalan untuk mempercayainya, Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu)
Di sini Imam Al-Hussein (as) menerangkan bahawa manusia, walaupun dia perlu kembali kepada kesan dan sifat-sifat, juga mesti berusaha untuk melindungi rahsia hati dan batin (dalaman)nya dari melihatnya dan asyik dengannya dan bergantung kecekalan untuk mempercayainya selain Allah. Mengapa; kerana diwajibkan selepas menziarahi Allah Taala, sering menghijab antara hamba dan Tuhannya, dan mestilah manusia itu bersungguh-sungguh keluar dari kesan-kesan sepertimana ia datang padanya, tanpa menjejaskan dia atau mempercayai dan asyik dengannya seperti dalam doa Imam Al-Hussein (as): (sehingga aku kembali kepada Engkau dengan seperti mana aku datang kepada Engkau), Salam atas mu ya Maulai pada hari dilahirkan dan pada hari syahid dan pada hari dibangkitkan hidup, telah dikabulkan Allah SWT doa Al-Hussein (as) kembalilah dirinya dengan tenang redha dan diredhai, seperti dalam riwayat berikut:
Dari Abi Abdillah (as) katanya: (Bacalah surah Al-Fajr dalam (sholat) Fardhu dan Nafilah kamu, ia adalah Surah Al-Hussein dan mintalah di dalamnya supaya kamu dirahmati Allah. Berkata kepadanya, Abu Usamah dan dia hadir dalam majlis itu: bagaimana surah ini jadi khusus surah Al-Hussain (as)? Beliau berkata: Tidakkah engkau mendengar firmanNya SWT:
(يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً * فَادْخُلِي فِي عِبَادِي * وَادْخُلِي جَنَّتِي)
(Hai jiwa yang tenang. * Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. * Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, * masuklah ke dalam syurga-Ku.)
Ia adalah Al-Hussein bin Ali (shalawat Allah 3alaihima), ia adalah jiwa yang tenang, redha dan diredhai...) Bihar Al-Anwar Jilid 42 halaman 93. (Pengulas).
[131] – dan sesiapa yang inginkan yang lebih terperinci, sila rujuk Sebahagian Dari Tafsir Surah Al-Fatehah oleh Al-Syed  Ahmad Al-Hassan, dan Kitab Al-Mutasyabihaat Soalan 46 dan Soalan 62: (Edisi Arab Jilid 2 Cetakan 2 halaman  69 halaman  80 halaman  86.) (Pengulas).
[132] - dalam Sebahagian dari Tafsir Al-Fatihah, dan Kitab Al-Mutasyabihaat: (Edisi Arab Jilid 1 Cetakan 2 halaman 9, dan Jilid 2 Cetakan 2 halaman 52, halaman 61 dan halaman 82, dan sumber-sumber lain. (Pengulas).
[133] – Al-Nuur 24:21.
[134] – Al-Israa’ 17:110.
[135] – Al-Hadid 67: Dari ayat 13.

[136] – Kalimah ini adalah tentang akhirat, maka pintu zahir adalah (Al-Wahid Al-Qahhar) dan batin adalah adalah (Al-Rahman Al-Rahim); kerana Al-Rahmah di akhirat tidak termasuk orang-orang kafir dan orang-orang munafik, maka mereka menghadapi kekuatan kekuasaan, dan azab (Al-Wahid Al-Qahhar), dan dalam hidup di dunia, pintu zahir adalah (Al-Rahman), yang juga termasuk orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan segala sesuatu, dan pintu batin adalah (Al-Rahim), yang dikhusukan kepada orang-orang yang beriman di dunia dan di akhirat. Sebahagian Dari Tafsir Surah Al-Fatehah, dan Kitab Al-Mutasyabihaat: (Edisi Arab Jilid 1 Cetakan 2 halaman 13 ... Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang dijanjikan. (Pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan