Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

Soalan 72: Tiga Martabat: Pilihan Allah

Soalan 72: Tiga Martabat: Pilihan Allah

Apakah tafsir ayat ini:

﴿ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ﴾

{Kemudian Kami jadikan Al-Kitab itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). } [110]?
Penyoal: Hassan Ali                        

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Pertama: Al-Astafaina bermakna kami pilih, dan yang memilih di sini adalah Allah SWT, tetapi dalam Al-Astafaa’ makna lain bagi pilih adalah yang lebih utama dari yang dipilih dari kalangan mereka, jadi antara nama-nama masyhur Nabi Muhammad (S) adalah Al-Mustafa (المصطفىyang lebih utama))

Di dalam ayat ini juga disifatkan tentang Al-Mustafain (dua yang terpilih) itu, bahawa mereka adalah hamba-hamba Allah, dan keagungan (kebesaran) mereka tidak diragukan lagi. Saudara akan dapati bahawa perkara yang terbaik disaksikan oleh Al-Rasul Muhammad (S) adalah Abd Allah (hamba Allah), dan nama Rasulullah (S) (Abd atau 3abd)) yang disebut dalam Al-Quran dan pada pujian keagungan (kebesaran) kedudukan Al-Rasul Muhammad (S) dalam Surah Al-Najm. [111].

Selain itu, mereka kedua-duanya adalah hamba-hamba Al-Mustafain (dua yang terpilih) itu, diwariskan Kitab, Kitab yang diwariskan kepada mereka para nabi dan Aushiak dan yang selain mereka.

Di sini saudara dapati penerangan hanya digunakan kepada Nabi atau Washiy, dan mereka adalah benar-benar hamba Allah, dan kesaksian Allah kepada mereka bahawa mereka orang-orang pilihan, dan mereka yang dipilih Allah, mereka adalah pewaris Kitab itu, dan yang diwariskan oleh Allah Yang Maha Suci.


Mereka dibahagikan kepada tiga martabat:

1. yang menganiaya dirinya sendiri,
2. yang sederhana,
3. yang lebih dahulu berbuat kebaikan .

Dan yang lebih dahulu berbuat kebaikan : mereka hanya Muhammad dan Aali Muhammad (S).
Dan yang sederhana: Mereka adalah Nuh, Ibrahim (as), dan para nabi dan para imam anak-anak Ibrahim (as).
Dan yang menganiaya dirinya sendiri, mereka adalah nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) yang mendahului Ibrahim dan dari keturunan Ibrahim (as). [112].

Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾

{ Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "Dan (saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". } [113].

Iaitu kezaliman dari para nabi, dan kezaliman para nabi tidaklah dengan mberbuat maksiat, tetapi ia adalah kelalaian dalam melaksanakan kerja berbanding dengan Nabi-nabi dan Imam-imam (as) yang lain, Maka tindakan (gaya atau cara) seperti yang apabila diberikan tugas kepada Yunus (as). Muhammad (S). tidak seperti Yunus, (as) tidak mempunyai gaya atau cara yang sama dengan Muhammad (S). Kelalaian Yunus ini adalah zalim, disebabkan beliau tidak berkelakuan seperti imam-imam anak-anak Ibrahim (as), dan menjadi sebab baginya tidak mencapai martabat Muhammad (S) [114].

Baca Kitab Al-Mutasyabihaat:Jika saudara ingin maklumat lebih terperinci tentang ayat ini [115].



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[110] – Fathir 35:32.
[111] – Ia adalah firmanNya SWT:
(وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى * مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى * وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى * عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى * ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى * وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى * ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى * فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى * فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى * مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى * أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى * وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى*عِندَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى * عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى * إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى * مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى * لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى)
(Demi bintang tatkala terbenam. * Tidaklah sesat kawanmu (Muhammad) dan tidaklah dia keliru. * Dan tidaklah mengucapkannya menurut hawa nafsunya. * Tidaklah ia itu melainkan wahyu yang diwahyukan. * Yang mengajarkannya ialah yang sangat kuat. *  Yang mempunyai kecerdasan, lalu menampakkan diri yang asli. * Dan dia berada di ufuk yang tinggi. * Kemudian dia mendekat, lalu turun (bertambah dekat). * Maka jadilah dia (pada) jarak dua busur panah atau lebih dekat. * Maka Dia (Allah) mewahyukan kepada hamba-Nya apa yang Dia (Allah) hendak wahyukan. * Tidaklah berdusta fuad (hati)nya akan apa yang dilihatnya. * Maka apakah kamu hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? * Dan sesungguhnya dia melihatnya pada waktu yang lain. * Di Sidratu'l-Muntaha. * Dekatnya ada syurga tempat tinggal. * Tatkala Sidrah diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. * Tidak berpaling penglihatannya dan tidak melampaui. * Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda Rab (Tuhan)nya yang paling besar. ) Al-Najm 53:1 -18. (pengulas).
[112] – Ini adalah kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengenai kesesuaian ayat ini pada para nabi dan Rasul-rasul (as), Muhammad dan Aushiak (as) dari ‘itrah baginda (as), dan ucapan dalam aspek ini agak berbeza berbanding dengan keturunan Al-Rasul (S) secara khusus, iaitu tanpa mengambil kira dari sudut Nabi-nabi dan Rasul-rasul (S), dan kedua-dua pihak berkisar mengenali keutamaan Ahl Al-Bait (as) dan mengakui kesempurnaan mereka, iaitu mengenali Imam dan menyerah kepadanya, seperti dalam riwayat berikut:
Dari Salim katanya: Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai firman Allah AWJ:
(ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ)
(Kemudian Kami jadikan Al-Kitab itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
Beliau berkata: (yang mendahului berbuat kebaikan adalah Imam, dan yang bersikap sederhana: adalah yang mengenal Imam, dan yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri : adalah yang tidak mengenal Imam) Al-Kafi Jilid 1 halaman 214.
Ketahuilah bahawa orang yang zalim kepada dirinya sendiri adalah yang keluar dari ketaatan dan Wilayah Ahl Al-Bayt (as); kerana yang mati tidak berwilayahkan Ahl Al-Bayt (as) tidak akan masuk syurga, manakala ayat ini menyifatkan tiga jenis sifat mereka yang terpilih, dan ahli syurga dalam ayat-ayat yang diikuti, dan diketahui bahawa Allah Taala tidak memilih siapakah yang menjadi ahli neraka, dan sesungguhnya yang zalim di sini adalah yang gagal dalam bermakrifah atau dalam mentaati, berikrar atau mematuhi.
Ini dinyatakan oleh Imam Al-Redha (as) dalam khabar berikut:

Dalam perdebatan antara Imam Al-Redha (as) dengan beberapa ulamak masyarakat dalam Majlis Al-Maamun Bani Abbasiyah,
(Berkata Al-Maamun: Khabarkan kepadaku tentang makna ayat ini
(ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا)
(Kemudian Kami jadikan Al-Kitab itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami)
Maka dikatakan para ulamak yang dikehendaki Allah AWJ pada umat ini seluruhnya. Lalu Al-Maamun berkata: Apa katamu, wahai Aba Al-Hassan? Maka Al-Redha (as) berkata: Aku tidak kata sebagaimana mereka katakan, tetapi aku mengatakan: yang dikehendaki Allah adalah Al-‘Itrah Al-Thahirah (Keluarga yang disucikan). Lalu Al-Maamun berkata: Jadi bagaimanakah saya bukan 'Itrah dari umat ini? Maka Al-Redha (as) berkata kepadanya: bahawa jika dia mahu pada umat ini tentulah seluruhnya masuk syurga, kerana Allah TWT berfirman:
(فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ)
(maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar)
kemudian mengumpulkan mereka semua di syurga, Dia SWT berfirman:
(جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ)
((Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, [Fathir 35:33] ) Al-Amaliy oleh Al-Sheikh Al-Shaduq: halaman 615..
Adalah diketahui umum bahawa Allah SWT menguji Umat-umat terdahulu dan para Nabi dan Rasul dengan Wilayah Ahl al-Bayt (as) dan mereka mengakuinya, sebagaimana diuji umat Muhammad (S) perkara yang sama, seperti dalam riwayat yang berikut dari Amir Al-Mukminin (as):
Dari Abi Al-Hassan Al-Redha (as) mengenai firman Allah Taala:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini.}
Beliau berkata: (berkata Amir Al-Mukminin (as):: Tidak ada berita bagi Allah lebih besar daripada ku, dan tiada tanda lebih besar bagi Allah daripada aku, telah dikemukakan kelebihan atas umat-umat yang lalu pada sunnahnya yang berbeza Tidak mengakui akan kelebihanku) Mustadrak Safinah Al-Bihar oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaziy: Jilid 9 halaman 509.
Kelebihan sebahagian nabi-nabi atas yang lain dengan pengakuan kelebihan Muhammad dan Aali Muhammad dan mengikut perkiraan mereka, bahkan pada Uuli Al-3azim (Nabi Ulul Azmi) disifatkan azam mereka atas pengakuan kelebihan Muhammad dan Aali Muhammad (as), seperti dalam riwayat berikut:
Dari Abi Ja'far (as) mengenai firman Allah AWJ:
(وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً)
(Dan sesungguhnya telah Kami berjanji pada Adam dahulu, maka ia lupa (akan janji itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan (azam) yang kuat.[Tha Ha 20:115])
kata: (perjanjian Kami kepadanya pada Muhammad dan para Imam selepasnya, dia meninggalkannya dan mereka tidak mempunyai keazaman yang seumpama itu, dan sesungguhnya dipanggil Uulu Al-3azim mengikut keutamaan azamnya; kerana perjanjian mereka kepada Muhammad dan Aushiak selepas baginda dan Al-Mahdi dan perjalanan sirahnya menghimpunkan azam mereka untuk itu mengikut pengakuan mereka ) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 416.
Kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan di sini mengenai martabat para Nabi dan Rasul-rasul (as) dan para Imam (as), mengenai yang mendahului dalam berbuat kebaikan mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as); kerana mereka mendahului semua orang untuk mengaku di sisi Allah Taala dan bagi yang menjawab seruanNya apabila Dia berbicara pada penciptaan, dengan firmanNya:
(أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ)
(Tidakkah Aku Tuhanmu),
dan yang sederhana mereka adalah imam-imam dari para Nabi dan Rasul (as), dan martabat ini tidak mengenai (tidak terpakai) pada orang-orang yang zalim. Mengikut makna ini.
Oleh itu didapati bahawa Allah Taala menjawab permintaan Ibrahim ketika meminta Imamah dari keturunannya, kerana tidak mengenai (tidak terpakai) orang-orang yang zalim, firmanNya:
(وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ).
(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".[Al-Baqarah 2:124] ).
Dan yang menzalimi dirinya sendiri adalah para nabi dan Rasul-rasul (as) yang lain yang lalai pada yang bukan maksiat, dan ketiga-tiga golongan ini akan ke syurga sebagaimana dikhabarkan Allah Taala dan dari yang orang-orang terpilih iaitu yang dipilih oleh Allah untuk Imamah atau Risalah atau Nubuwah. (Pengulas).
[113] - Al-Baqarah 2:124.
[114] – Dari Hibbah Al-3irniy katanya: Amirul Mukminin (as) berkata: (Bahawa Allah telah mengemukakan Wilayahku kepada penduduk langit-langit dan penduduk bumi, berikrarlah yang mengakuinya dan dinafikan bagi yang mengikarinya, Yunus mengikarinya maka dipenjarakan Allah di dalam perut ikan sehingga ia berikrar (mengakuinya)) Madinah Al-Ma3ajaz – oleh Al-Syed Hashim Al-Bahrani: Jilid 2 halaman 35.
Berkata Amirul Mukminin (as) kepada Salman Al-Muhammadi (as) dalam satu perbualan mereka: (... Adakah kamu tahu kisah Ayub dan sebab mengapa Allah mengambil nikmat darinya? (Salman) berkata: Hanya Allah dan kamu tahu wahai Amir Al-Mukminin. Beliau berkata: Kerana dia (Ayub) ragu-ragu pada kuasaku (kedudukanku) dan menangis lalu berkata: Ini adalah satu perkara yang sangat berat dan membebankan. Allah AWJ berfirman: Ya Ayub, Adakah kamu ragu-ragu sesuatu yang telah menjadi pilihan Aku? Sungguh ini sebabnya Aku meletakkan Adam dalam kesusahan dan kemudian memaafkannya apabila dia menerima (kedudukan) Amir Al-Mukminin (Ali). Dan kamu mengatakan bahawa ini adalah satu perkara yang membebankan? Aku akan memberikan azab tersebut sehingga kamu menerima (kedudukan) Amir Al-Mukminin (Ali). (Ali berkata): Kemudian dia menyedarinya akan kebahagiaan ku,)) Madinah Al-Ma3ajaz – oleh Al-Syed Hashim Al-Bahrani: Jilid 2 halaman 32. (Pengulas).
[115] – Kitab Al-Mutasyabihaat: J 4 Cetakan 1 hakaman 18, dan seterusnya. (Pengulas).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan